Ku Nan Beri RM300,000 Setiap Bulan Kepada Umno

Image may contain: 3 people, meme and text

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sering mendahulukan wang miliknya sehingga RM300,000 untuk kegunaan UMNO termasuk perbelanjaan sepanjang pilihan raya.

Perkara itu dimaklumkan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Tengku Adnan, Datuk Mohd Rahimi Rejab, di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Mohd Rahimi, 47, berkata Tengku Adnan mengeluarkan perbelanjaan antara RM100,000 hingga RM300,000 setiap bulan.

“Ia adalah jumlah yang banyak kerana beliau memegang tiga jawatan tertinggi di UMNO Pusat, Wilayah Persekutuan dan UMNO Bahagian.

“Tengku Adnan juga ada mengeluarkan wang pendahuluan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada Jun 2016 sebagai perbelanjaan parti,” katanya dalam soal balas peguam bela Datuk Tan Hock Chuan.

 

Bukti Umnopas khadam kepada MCA & MIC

Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim. – Arkib NSTP

MCA biadab

IPOH: Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, membidas tindakan biadab MCA yang mempertikai pemberian biasiswa kepada pelajar Palestin seperti diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA, Tan Chee Hiong yang tidak berpuas hati dalam pemberian biasiswa bagi mereka melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah di 12 universiti itu disifatkan sebagai biadab.

“Pemuda AMANAH Perak menggesa supaya beliau memohon maaf dan jangan bersikap biadab dengan mempertikaikan pemberian itu.

“Umum mengetahui bahawa hubungan rapat Malaysia-Palestin terjalin begitu lama dan sikap Malaysia jelas dalam hal ini, iaitu Palestin negara yang tertindas dan perlu dibantu dalam segenap aspek, termasuk pendidikan.

“Pemberian biasiswa yang diumumkan kepada pelajar Palestin bagi meneruskan pengajian di negara ini selari dengan dasar luar Malaysia terhadap Palestin dan akan menjadi contoh kepada negara lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain berkata, sumber peruntukan biasiswa berkenaan daripada universiti yang terbabit dan bukan daripada dana awam seperti yang digambarkan Chee Hiong.

Katanya, perkara itu jelas menunjukkan Chee Hiong tidak membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

“MCA juga dalam kenyataan itu diilihat bersikap tidak adil dan cuba memutar belit fakta sebenar apabila mendakwa kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH) meminggirkan kaum Cina dan bukan Bumiputera dalam pendidikan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan Chee Hiong yang mengeluarkan kenyataan secara tergesa-gesa dan tidak berlandaskan fakta sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan perlu dikecam kerana berpotensi menimbulkan salah tanggap dalam kalangan rakyat yang rata-ratanya bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada rakyat Palestin dan positif terhadap pemberian biasiswa berkenaan.

Katanya, semua pihak terutamanya MCA digesa supaya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan menyemak semua fakta bagi mengelak daripada berlakunya sikap prejudis yang menjurus kepada sifat perkauman dalam kalangan masyarakat.

“Sehingga kini, belum ada sebarang teguran dibuat oleh PAS dan UMNO terhadap rakan sekutu mereka ini dan Pemuda AMANAH Perak mengharapkan PAS dan UMNO supaya menasihatkan MCA sebagai sekutu mereka untuk membuat permohonan maaf terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan dan mengambil iktibar agar membuat semakan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/05/567609/mca-biadab?fbclid=IwAR3c1V-l–DsV05u___MHLxdwQCeFtgF_0Chq6kY6hc14VkS3bNMnu1wIPM