Terbukti Muhyiddin adalah PM paling lemah dalam sejarah – Shahrir

Saya ditanya mengapa perlu saya hujahkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin adalah ‘perdana menteri yang paling lemah’ dalam sejarah negara.

Kepimpinan lemah tidak membawa kebaikan bagi rakyat dan negara ketika rakyat berhadapan dengan kesan mencabar terhadap kehidupan mereka.

Dari segi kesihatan awam, rakyat bertuah kerana sistem kesihatan awam negara telah terbina kukuh bertahun lamanya sehingga mampu mengatasi sistem kesihatan awam negara-negara maju.

Bagaimanapun, rakyat dan negara perlu juga kepada kestabilan politik supaya ekonomi rakyat dan negara mampu bertahan kesan buruk wabak Covid-19 dan mampu meningkat kembali apabila wabak itu dapat diredakan.

Kesilapan Muhyiddin dan rakan-rakan politiknya menasihatkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengistiharkan darurat kononnya kerana inilah caranya negara boleh mengatasi wabak Covid-19 telah sebenarnya membuka kelemahan kerajaan PN itu sendiri.

Ianya suatu tindakan yang ‘desperate’ dan mendedahkan kelemahan kumpulan penasihat dan perancang Muhyiddin, ‘inner circle’nya dan jemaah menteri PN.

Keputusan untuk diistihar darurat sudah cukup memerlukan Muhyiddin meletakkan jawatan kerana pentadbir semasa darurat tidak perlu baginya kekal sebagai perdana menteri!

Siapalah yang menasihat Muhyiddin untuk menyembahkan nasihat ini kepada YDPA?

Saya dengar ramai peguam-peguam yang rapat dengan Bersatu dan komponen PN yang telah terlibat menasihat Muhyiddin.

Apabila nasihat Muhyiddin ditolak oleh YDPA, sekali lagi terdedah kelemahan kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan lagi mengukuhkan sebab Muhyiddin sepatutnya meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri.

Seterusnya, kerajaan PN terpaksa berhadapan pula dengan Dewan Rakyat untuk meluluskan Bajet 2021nya.

Sekarang Bajetnya itu mendapat pula ‘talian hayat’ dari YDPA yang bertitah agar Bajet 2021 dilulus oleh Dewan Rakyat.

Dah terbongkar lagi kelemahan kepimpinan kerajaan PN dibawah Muhyiddin Yassin!

Keempat, apabila saranan Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BNBBC untuk menyokong Bajet 2021 secara bersyarat sehingga menimbulkan polemik ‘hikayat PGL’ oleh wakil rakyat PN-PAS dan keangkuhan Ketua Eksekutif KWSP, Muhyiddin dan PN sudah berdepan dengan keadaan ‘kalah – kalah’ umpama ‘ditelan, mati emak, dibuang,…’

Ditolak saranan BNBBC pun susah, diterima pun lagi kelihatan lemah PN.

Tidak adil bagi rakyat dan negara terpaksa mendokong kepimpinan kerajaan yang lemah setelah baru 30 bulan dahulu je, mandat rakyat melalui PRU14 tidak akhirnya membawa kepada kebaikan dan manfaat untuk mereka!

Memang tepat permintaan awal-awal Umno-BN pada Mac lepas bahawa jalan yang terbaik ialah untuk kembali balik kepada mandat rakyat.

Umno-BN bersabar dan sanggup meletak tepi keresahan menyokong mereka yang pernah mengkhianati Umno untuk mereka pula duduk sebagai pemerintah.

Sudah tahu dengan pasti mereka itu mudah mengkhianati kawan dan perjuangan, sekarang jangan bertolak ansur lagi.

Mungkinkah boleh ‘pengkhianat’ bersifat ikhlas?

Hanya mandat rakyat yang mampu menyelamat rakyat dan negara dari kelemahan kepimpinan negara hari ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/550817

Muhyiddin PM Paling Gagal Dan Semakin dibenci rakyat, khianat mula makan diri

Hari demi hari yang berlalu, Muhyiddin Yassin kini bukannya makin disukai, tetapi nampaknya semakin dibenci dan dihamburkan kata-kata nista terhadapnya.

Jika selepas pembentangan Belanjawan 2021 Jumaat, 6 November lalu, beliau lebih teruk dikecam daripada Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri, terutama berkaitan isu KWSP dan moratorium pinjaman bank, semalam pula ketika muncul dalam wawancara Astro Awani, keadaannya jauh lebih parah lagi.

Dalam semua platform media sosial yang berkongsi siaran langsung tersebut, boleh dikatakan lebih 90 peratus yang memberi komen telah meluahkan kata-kata kecaman, kebencian dan nistaan terhadapnya.

Malah, dalam Facebook Muhyiddin sendiri yang turut berkongsi wawancara itu, ia penuh dengan komen-komen yang bernada kebencian dan gambaran meluat kepadanya.

Di laman Facebook beberapa penyokong Muhyiddin yang cuba memuji Perdana Menteri berikutan wawancara tersebut, turut dijadikan sasaran kecaman netizen dengan kata-kata makian dan serangan.

Pendek kata, apa saja berkaitan Muhyiddin sekarang ini, lebih banyak atau lebih 90 peratus akan dibalas dengan nada kebencian berbanding suka kepadanya.

Baru lapan bulan jadi Perdana Menteri, kenapa keadaan ini berlaku?

Tidak dinafikan, semua keadaan ini bermula dengan kedudukan Muhyiddin sendiri yang naik jadi Perdana Menteri melalui jalan pengkhianatan atau pintu belakang dan bukan melalui pilihan raya.

Pada mulanya, hanya penyokong Pakatan Harapan (PH) yang banyak mengkritik dan membalunnya, tetapi lama-kelamaan ia merebak kepada rakyat biasa, mereka yang berkecuali dan penyokong Perikatan Nasional (PN) sendiri, khususnya daripada Umno.

Selain beberapa tindakan dan pendekatannya sendiri yang menyumbang ke arah itu, ia kemudian diperkukuhkan lagi apabila beliau sendiri sebagai Perdana Menteri dilihat tidak mesra kepada kehendak rakyat, terutama dalam isu pengeluaran Akaun 1 KWSP berjumlah RM10,000 dan lanjutan tempoh moratorium pinjaman bank ketika PKPB terus dipanjangkan lagi tempohnya.

Satu dua perkara lagi yang dilakukannya sebelum itu seperti melindungi Azmin Ali dan dikatakan hanya mendengar nasihat beberapa menteri serta orang kanan di sekelilingnya.

Kata-kata tidak berpolitik di musim PKP hanya ungkapan tak serupa bikin, menekan serta membuli rakan sendiri iaitu Umno, memberi peruntukan besar untuk unit propaganda Jasa.

Semua itu secara tidak langsung telah menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Muhyiddin yang sejak dalam Umno lagi memang diketahui tidak mesra alam, sejuk dan lebih banyak masam daripada senyum yang dipapar di wajahnya.

Jika Najib Razak sebelum PRU14 begitu dibenci oleh rakyat dan netizen, kebencian mereka terhadap Muhyiddin sekarang ini, jika diteliti, jauh lebih parah daripada itu.

Najib sekurang-kurangnya dibenci ke tahap itu setelah lapan tahun menjadi Perdana Menteri, namun Muhyiddin menerima keadaan yang sama hanya dalam lapan bulan saja tempohnya.

Apa mesti Muhyiddin lakukan sekarang?

Muhyiddin boleh saja mengabaikan semua luahan hati netizen itu, tetapi suatu perkara yang harus disedarinya ialah jika Najib yang lebih kuat kedudukannya pun boleh dijatuhkan oleh suara keramat rakyat, tentu tidak mustahil beliau yang berada di dahan rapuh sekarang ini untuk ditumbangkan sama.

Hanya masa dan ketikanya saja lagi belum tiba, tetapi ibarat durian yang sudah masak – lambat atau cepat, Muhyiddin tetap akan ke tanah akhirnya.

Untuk itu, jika beliau ada masa meneliti komen-komen netizen terhadapnya atau isterinya sendiri menyampaikan perkara itu kepadanya, keinsafan dan penyesalan pasti menerpa ke lubuk jiwanya sekarang.

Apa guna jadi ketua jika hanya 10 peratus saja yang ternampak suka?

Yang terbaik ialah beliau memilih jalan sejahtera seperti Pak Lah dahulu yang cepat-cepat berhenti sebelum kebencian makin melaut terhadapnya.

Apa lagi, jika menjadi Perdana Menteri melalui jalan pengkhianatan, lebih terpuji jika segera kembali ke pangkal jalan dan mengembalikan hak itu kepada yang berhak dan sepatutnya.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/muhyiddin-lebih-teruk-rakyat-balun-berbanding-najib/

Muhyiddin terpaksa “bermain dua kolam”untuk memastikan Belanjawan 2021 dilulus

Cakap-cakap bahawa Muhyiddin Yassin cuba “bermain dua kolam”untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan nampaknya bukan lagi sekadar omong kosong.

Sebelum ini tersebar perkhabaran bahawa Muhyiddin cuba “menyogok” semua Ahli-Ahli Parlimen untuk meluluskan belanjawan dengan menawarkan peruntukan pembangunan sebanyak RM3 juta setiap seorang kepada mereka bagi tahun depan.

Dengan adanya peruntukan tersebut, jika ada Ahli Parlimen yang menolak untuk menyokong belanjawan, bermakna mereka menolak peruntukan pembangunan yang ditawarkan kerajaan.

Penolakan itu tentu saja berisiko membuatkan rakyat atau pengundi di kawasan yang mana Ahli Parlimennya berbuat demikian menjadi marah kepada wakil rakyat mereka.

Terutama bagi Ahli Parlimen pembangkang, selain dihimpit faktor kewangan untuk menyelesaikan masalah setempat, ketidakmampuan memenuhi keperluan pengundi adalah suatu masalah yang berkait rapat dengan khidmat mereka kepada rakyat.

Dengan yang demikian, tawaran RM3 juta itu bukan sekadar membuatkan Ahli Parlimen pembangkang berada dalam keadaan serba salah, malah tidak mustahil ramai yang terdorong untuk menerimanya.

Menerima peruntukan tersebut, bererti mereka menyokong Belanjawan 2021 dan ia dalam masa yang sama juga bererti setuju melanjutkan lagi khidmat Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Memandangkan usul tidak percaya amat mustahil untuk diberi kebenaran oleh Speaker, Belanjawan 2021 adalah medan terbaik untuk menguji keabsahan kedudukan Muhyiddin yang diragui selama ini.

Namun, jika belanjawan juga disokong, apa lagi peluang yang ada untuk menjatuhkan Muhyiddin?

Untuk itu, tidak mustahil juga sokongan pembangkang kepada Belanjawan 2021 yang dilihat hanya disebabkan “sogokan” akan membuatkan mereka dihujani kecaman dan tidak lagi dihormati.

Namun demikian, pemberian peruntukan yang sama rata kepada semua Ahli Parlimen itu, walaupun mungkin tidak mendatangkan masalah kepada mereka yang menyokong Muhyiddin, tetapi kelihatannya amat ditentang oleh BN.

Bagi BN, peruntukan sama rata itu akan “membunuh” mereka secara keseluruhannya.

Sekaligus, penentangan BN ini menunjukkan cakap-cakap mengenai tawaran itu memang ada kebenarannya.

“Kami tidak setuju, kenapa perlu beri pada mereka? Itu membunuh kami.

“Dulu semasa dia (Pakatan Harapan) memerintah, dia tak bagi kita pun (peruntukan),” kata Ahli MT UMNO, Tajuddin Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak.

Yang tersirat sebenarnya daripaka ketidaksetujuan BN itu ialah kerana ia juga akan menipiskan peluang UMNO untuk merampas semula kerusi Perdana Menteri selepas PRU15 nanti.

Lapan bulan berada dalam kerajaan tetapi berperdana-menterikan pemimpin parti lain pun sudah begitu meresahkan UMNO, apatah lagi jika mereka terpaksa berada di bawah telunjuk Muhyiddin untuk tempoh yang lebih lama selepas PRU15 akan datang.

Sebab itu, selain tidak setuju dengan langkah Muhyiddin mahu memberi peruntukan sama rata RM3 juta kepada semua Ahli Parlimen, UMNO turut tidak setuju dengan perjanjian keyakinan dan pembekalan yang diminta pembangkang.

Ada tiga perkara yang diminta pembangkang jika perjanjian keyakinan dan pembekalan itu dipersetujui – pertama; memperkasa fungsi Parlimen dengan Ahli Parlimen pembangkang dilantik dalam jawatankuasa terpilih, kedua; mendengar dan berunding dengan pembangkang sebelum belanjawan dibentangkan dan ketiga; perlunya reformasi di mana pembangkang berhak mendapat peruntukan pembangunan yang sama rata.

Bagi BN, jika Muhyiddin setuju dengan permintaan terhadap perjanjian keyakinan dan pembekalan itu, maknanya beliau tidak yakin dengan sokongan yang sedia ada padanya.

Serentak dengan itu, BN menjanjikan semua Ahli Parlimen BN akan menyokong penuh Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Soalnya, benarkah semua Ahli Parlimen BN akan menyokong Belanjawan 2021 yang mana sokongan itu bererti memanjangkan lagi hayat politik Muhyiddin?

Bagaimana dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang baru-baru ini mahu usul tidak percaya terhadap Muhyiddin dipercepatkan, apakah beliau akan menyokong belanjawan ini?

Begitu juga, bagaimana dengan Zahid Hamidi dan Najib Razak yang telah menulis surat kepada Agong untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, apakah mereka juga akan menyokong belanjawan yang sama ertinya setuju Muhyiddin lebih lama sebagai Perdana Menteri?

Dengan majoriti hanya ada dua, ketiadan sokongan tiga Ahli Parlimen di atas tentu saja meruncingkan kedudukan Muhyiddin.

Dalam keadaan ini, beralih mendapatkan sokongan blok pembangkang dengan menawarkan mereka peruntukan RM3 juta dan bersetuju dengan perjanjian keyakinan dan pembekalan adalah pilihan yang munasabah bagi Muhyiddin.

Begitu pun, ia juga berisiko membuatkan lebih ramai Ahli Parlimen BN tidak setuju dan menolak Belanjawan 2021.

Apalagi dengan kedudukan Najib sebagai Pengerusi baru Kelab Penyokong BN atau BNBBC di mana 23 Ahli Parlimen BN yang tidak berjawatan dalam kerajaan berada di bawahnya, ini bermakna keadaan lebih bahaya buat Muhyiddin.

Yang nyata di sini, “bermain dua kolam”, selain belum tentu akan menjanjikan dataran yang selamat, bahkan tidak mustahil lebih mudah Muhyiddin jadi tenggelam kerananya

Berita Penuh :https://shahbudindotcom.net/2020/11/04/selamatkah-muhyiddin-dengan-mainan-dua-kolamnya.html

ANAK MENTERI PINTU BELAKANG JADI BROKER TENDER KEMENTERIAN.

Anak Menteri jadi broker ? jika ada tender di Kementerian-zahrin

Ini kisah diberi tahu kepada saya. Tapi itulah ceritanya yang berpindah dari mulut ke mulut. Benar atau tidak, terserah kepada siasatan pihak berkuasa.

Cerita dia begini.. Sekarang banyak anak Menteri jadi broker jika ada tender di Kementerian bapaknya. Khabarnya bapa dia yang jadi Menteri. Bagi maklumat kepada anak dan menantu akan senarai penender yang istilah orang bisnes ‘masuk bakul’.

Maka anak atau menantu akan berjumpa dan berunding apa dia dapat jika membantu. Penender dan kontrektor mana yang tak percaya.. jika anak atau menantu menteri tolong Lobikan.

Ada orang bercerita dengan saya. Seorang usahawan Melayu masuk tender ada kaitan IT di Jabatan Imigresen. Pihak JiM dan KDN sudah buat penilaian dan penapisan. Maka berkesudahan dua syarikat di nilai layak.

Kerana nilai tender melebihi 1 billion ringgit. Kelulusan dan lepas uji kelayakan dengan kemampuan perlu di perbuat oleh MoF (Kementerian Kewangan)

Maka di Pengerusikan oleh KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) Di ceritakan mereka yang mengetahui dalam mesyuarat itu dibincangkan Surat dari penender yang syarikat penender itu dari PLC atau syarikat tersenarai dalam Bursaham melalui pejabat tingkat 5 di Perdana Putra.

Ceritanya surat minta sokongan dari Malaysia One (bukan Najib Razak) oleh syarikat itu dibawa oleh menantu Malaysia One. Tapi Malaysia One tidak buat surat rasmi, dia cerdik. Dia memokan dalam pelekat kuning yang mungkin ‘for your eyes only’ dalam surat sokongan syarikat PLC itu.

Moral of story.. Ini apa? Anda jawablah sendiri.

Apa pun tahniah kepada pegawai khasnya Jawatankuasa Tender MoF bersikap telus. Walau pun memo pelekat itu for your eyes only tetap dibawa perbincangan dalam mesyuarat.
Sehingga sekarang tender ‘tergantung’ untuk dibuat keputusan kerana memo pelekat kuning dari Malaysia One.
SangKelembai
Nov 5, 2020
Kuala Lumpur.

Zaharin Mohd Yasin

KERAJAAN PiNtu BELAKANG MEMBAWA MALAPETAKA DAN KEHANCURAN BUAT MALAYSIA

KERAJAAN MAJORITI TERLALU TIPIS: BEZA KERAJAAN TSMY DENGAN KERAJAAN TGNA 2004

Pergolakan politik Malaysia menjadi lebih kencang minggu ini berikutan tindakan KDYMM Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan Kerajaan PN supaya diisytiharkan darurat dalam membendung gejala Covid 19. Tambahan pula, pada awal November 2020 nanti, Dewan Rakyat akan bersidang untuk meluluskan Bajet 2021. Setiap pihak yang berkepentingan terus berpolitik walaupun ditegah oleh Ketua Negara. Muhyiddin Yassin membuat percaturan dalam mempertahankan kuasa, Anwar Ibrahim pula mengatur tindakan untuk mendapatkan kuasa, sedangkan Umno berkira-kira tentang langkah terbaik untuk ‘berjual-beli’ kuasa.

Puncanya hanya satu. Very simple majority! Dalam 2020 ini sahaja sudah banyak kerajaan yang tumbang. Selepas PRU 2018, yang pertama tumbang ialah kerajaan Musa Aman di Sabah, kemudian ekoran tumbangnya Kerajaan PH di peringkat pusat, kerajaan-kerajaan negeri di Kedah, Johor, Perak dan Melaka juga tumbang, sebelum kerajaan Shafie Apdal tumbang di Sabah. Memimpin sebuah kerajaan dengan majoriti tipis adalah amat mengerikan bagi sebuah ketua kerajaan. Bila-bila sahaja dia boleh di sabotaj, bahkan diugut atau dijadikan kuasa tawar menawar yang melemahkan cengkaman kuasanya. Tiada pilihan, jika mahu kerajaannya bertahan.

Pengalaman pahit Musa Aman, Mukhriz Mahathir, Adly Zahari, Dr Sharuddin Jamal dan Shafie Apdal itu kini menjadi igauan Muhyiddin Yassin. Beliau membentuk kerajaan dengan sokongan parti-parti lain, sedangkan partinya sendiri sangat minoriti. Parti-parti Sabah (GRS) dan Sarawak (GPS) bersama PAS telah mendukung Muhyiddin Yassin, sedangkan Umno yang merupakan parti asal beliau masih bermain tarik tali. Semua pemerhati politik sedar, bahawa parti-parti Sabah dan Sarawak akan beralih dukungan mereka mengikut siapa yang berkuasa di Pusat. Manakala Umno masih ‘berdendam’ dengan tindakan Muhyiddin Yassin menubuhkan Bersatu pada 2016 bagi menumbangkan Kerajaan BN.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin sebenarnya hanya mempunyai 114 penyokong berdasarkan Sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020, berbanding 108 orang yang tidak bersama beliau. Walaupun PH kehilangan satu kerusi (Batu Sapi), tetapi dengan sikap Umno yang berbelah-bagi dalam menyokong Kerajaan PN, kedudukan Muhyiddin Yassin adalah seperti telur di hujung tanduk. Umno mempunyai 37 kerusi, iaitu komposisi terbesar dalam PN (belum dikira bekas-bekas wakil rakyat mereka yang melompat ke Bersatu). Di dalam Umno pula, berpecah kepada beberapa kem. Ada persaingan dalaman di antara pemimpin Umno.

Ada pemimpin Umno yang mahu Muhyiddin Yassin dijatuhkan, mungkin kerana faktor sejarah mereka. Ada pemimpin Umno yang mencadangkan supaya Umno bersama PH sahaja. Ada juga yang mahu Umno bersama Anwar Ibrahim tanpa DAP. Ada mahu Ku Li dijadikan Perdana Menteri. Tetapi ramai juga yang bertegas untuk menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Anwar Ibrahim dan DAP. Sebenarnya ramai pemimpin Umno yang merungut dan tidak berpuas hati dengan kedudukan mereka dalam Kabinet walaupun komposisi mereka terbesar dalam PN. Umno juga tidak berpuas hati dalam pengagihan kerusi PRN Sabah. Dalam banyak hal, Umno memang sakit hati.

Faktor-faktor inilah yang membuatkan Muhyiddin Yassin tidak selesa memimpin. Kerajaannya boleh mencipta rekod sebagai yang terpendek usianya jika ia tumbang dalam masa terdekat ini. Bajet 2021 boleh menjadi kayu ukur masa depannya. Jika undian ketika memilih Speaker Dewan Rakyat pada Mei lalu, majoritinya sangat mendebarkan, itu pun ketika Umno memberikan sokongan. Bayangkan apa yang terjadi jika Umno tidak mengikat disiplin wakil-wakil rakyatnya. Adakah Najib Razak, Tengku Razaliegh Hamzah, Ahmad Zahid Hamidi dan Nazri Aziz akan menyokong bajet tersebut. Muhyiddin Yassin memang tiada kekuatan dalam soal ini. Apakah beliau hanya mengharapkan dukungan istana atau belas kasihan rakyat dengan tersepit dengan Covid 19?

Di sebalik laluan pahit di hadapan Muhyiddin Yassin, rakyat patut melihat pengalaman serupa yang dialami oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan pada 2004. PAS hanya mendapat 24

kerusi, sedangkan Umno memperoleh 21 kerusi di DUN yang berkeahlian 45 anggota itu. Lebihan hanya tiga kerusi. Dalam suasana itu, Umno telah mengemukakan beberapa petisyen pilihan raya untuk mencabar kesahihan kerusi yang dimenangi PAS, termasuk kerusi yang diwakili Menteri Besar. Tiba-tiba ADUN Pengkalan Pasir, Wan Abdul Aziz telah meninggal dunia pada hujung 2005, menjadikan kedudukan 23-21. Dalam PRU 2004, Wan Abdul Aziz hanya menang dengan majoriti 55 undi. Pada 6 Disember 2005, pengundi Pengkalan Pasir memilih untuk menyokong calon BN dari Umno.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz memimpin kerajaan majoriti 1 kerusi (23-22). Satu kerusi yang dimenangi PAS di DUN Kemuning pula hanya dengan majoriti dua undi sahaja. Kerajaan PAS Kelantan disebut ‘Kerajaan Dua Undi.’ Dalam masa yang sama, ADUN Limbongan, Zainuddin Awang Hamat telah jatuh sakit yang kronik. Di sebelah Umno, usaha-usaha untuk membeli ADUN PAS bukan rahsia lagi. ADUN Kemuning, Cikgu Zakaria Yaakub sendiri mendedahkan bahawa beliau didatangi oleh pihak-pihak tertentu dengan tawaran wang tunai jutawan ringgit dan jawatan penting dalam kerajaan. Jika PAS hilang satu kerusi, kerajaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan tumbang.

Tumbangkah kerajaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz? Tidak! Bahkan, kerajaan beliau adalah kerajaan simple majority yang paling stabil dalam sejarah dunia! Tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang berganjak. Seluruh pujukan, tawaran dan sogokan gagal mencairkan iman wakil rakyat PAS. Kenapa demikian? Inilah yang mesti dipelajari oleh Muhyiddin Yassin dan seluruh rakyat Malaysia. Wakil rakyat PAS telah dibina jati diri mereka dengan kesetiaan, ketaatan dan wala’ kepada parti dan pimpinan. Disiplin inilah yang tidak dimiliki oleh ahli mana-mana parti di Malaysia, selain PAS.

Nah! Lihat sendiri bagaimana ketika tegangnya suasana politik negara sekarang. Persaingan kuasa sedang kencang di dalam Umno, tawar-menawar kuasa berlaku inter-parti, di dalam PAS suasana sangat tenang, setenang coppucino di dalam cawan kopi. Tiada sebarang isu, tiada ugutan, tiada tawaran, tiada sogokan, tiada desakan, melainkan ketaatan sahaja. Rakyat Malaysia sebenarnya memerlukan sebuah parti yang ahlinya memiliki kesetiaan seperti ini jika mahu melihat politik negara kembali stabil dan tenang. Jika kita semua belajar dari sejarah ini, kita sebenarnya sudah mempunyai pendirian, parti mana yang akan menjadi pilihan untuk PRU 15 akan datang.

Dr Fadhli Ghani

Muhyiddin tolak Zahid sebagai TPM menimbulkan rasa tidak puashati Umno

Sekiranya benar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO, maka ia perlu diperhalusi dengan lebih mendalam.

Demikian pandangan peribadi bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Isham Jalil mengulas laporan sebuah portal berdasarkan sumber yang tidak didedahkan Sin Chew Daily semalam.

Memetik sumber itu, Sin Chew Daily mendakwa Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bersedia melantik seorang wakil UMNO ke jawatan itu dan terserah kepada parti itu untuk mengemukakan calon.

Bagaimanapun kata sumber berkenaan Muhyiddin tidak dapat menerima Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu masih dibicarakan di mahkamah.

“Jika ini benar, maka pada permukaannya tawaran ini nampak elok, namun ia perlu diperhalusi dengan lebih mendalam dan bukan dengan tergesa-gesa,” kata Isham dalam kenyataannya hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Isham, tawaran bersyarat seperti itu bakal mengundang beberapa implikasi kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan UMNO harus memberi pertimbangan sewajarnya.

“Pertama, perbalahan dalaman UMNO yang membawa kepada perpecahan apabila Presiden diketepikan secara paksa oleh pihak luar daripada parti terutama oleh parti Bersatu.

“Kedua, ialah pengukuhan kedudukan Muhyiddin dan Bersatu dalam kerajaan dengan sokongan UMNO.

“Ketiga, ialah implikasi kedudukan UMNO dan BN dalam Perikatan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) akan datang,” katanya.

Bagaimanapun Isham berpandangan adalah lebih baik jika tawaran Muhyiddin selaku Presiden Bersatu itu datangnya tanpa ada sebarang syarat.

“Barulah ia nampak lebih ikhlas, dan dengan ini memberi ruang kepada UMNO di semua peringkat daripada akar umbi ke kepimpinan tertinggi.

“Ia untuk mempertimbangkannya dan membuat keputusan dengan lebih bebas untuk mencapai konsensus walau apa jua keputusannya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa bagaimanapun menafikan laporan portal yang dirujuk daripada sumber Sin Chew Daily itu dan meminta agar laporan spekulatif sedemikian dapat dihentikan.

“Tolong hentikan laporan spekulatif karut marut… “be fair to PM (Perdana Menteri)”… “be fair to UMNO too”,” ciapnya di laman Twitternya pagi tadi.

Sumber berita

Gaji Para Menteri Kerajaan Pintu Belakang MuNafik

SENARAI MENTERI MALAYSIA DAN GAJI – 2020

1 YAB TAN SRI DATO’ HJ.MUHYIDDIN BIN HJ.MOHD. YASSIN PerdanaMenteri RM 104,841.65 RM104,841.65 RM1,258,099.80

2 YB DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI MenteriKananPerdaganganAntarabangsadanIndustri RM 68,913.28 RM68,913.28 RM826,959.36

3YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB MenteriKananPertahanan RM 40,122.05 RM40,122.05 RM481,464.60

4 YB SENATOR DATO’ SRI TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ MenteriKewangan RM 62,077.20 RM62,077.20 RM744,926.40

5 YB DATO’ SRI HJ. FADILLAH BIN HAJI YUSOF MenteriKananKerja Raya RM 58,463.28 RM58,463.28 RM701,559.36

6 YB SENATOR DR. MOHD RADZI BIN MD JIDIN MenteriKananPendidikan RM 34,242.00 RM34,242.00 RM410,904.00

7 YB DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG MenteriPengangkutan RM 65,236.48 RM65,236.48 RM782,837.76

8 YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI Menteri di JabatanPerdanaMenteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) RM 41,578.13

RM41,578.13 RM498,937.56

9 YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN MenteriAlamSekitar Dan Air RM 57,227.20 RM57,227.20 RM686,726.40

10 YB DATUK SERI SARAVANAN A/L MURUGAN MenteriSumberManusia RM 143,628.55 RM143,628.55 RM1,723,542.60

11 YB DATUK SERI RINA BINTI MOHD HARUN Menteri Pembangunan, Wanita, KeluargadanMasyarakat RM 34,004.48 RM34,004.48

RM408,053.76

12 YB DATO’ DR. NORAINI BINTI AHMAD MenteriPengajianTinggi RM 55,227.20 RM55,227.20 RM662,726.40

13 YB DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN MD. YUSOF Menteri di JabatanPerdanaMenteri (Tugas-TugasKhas) RM 65,407.20 RM65,407.20

RM784,886.40

14 YB DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE MenteriPertaniandanIndustriMakanan RM 59,972.43 RM59,972.43 RM719,669.16

15 YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED Menteri di JabatanPerdanaMenteri (Ekonomi) RM 69,427.20 RM69,427.20 RM833,126.40

16 YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN MenteriDalamNegeri RM 55,227.20 RM55,227.20 RM662,726.40

17 YB DATO’ SAIFUDDIN BIN ABDULLAH MenteriKomunikasidan Multimedia RM 52,504.48 RM52,504.48 RM630,053.76

18 YB PUAN HAJAH ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN MenteriPerumahandanKerajaanTempatan RM 51,236.48 RM51,236.48 RM614,837.76

19 YB DATUK DR. HJ ABDUL LATIFF BIN AHMAD Menteri Pembangunan Luar Bandar RM 89,894.83 RM89,894.83 RM1,078,737.96

20 YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA HAJI ANNUAR BIN MUSA Menteri Wilayah Persekutuan RM 55,227.20 RM55,227.20 RM662,726.40

21 YB DATO’ SRI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN MenteriBeliadanSukan RM 59,561.20 RM59,561.20 RM714,734.40

22 YB DATO’ DR. SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH MenteriTenagadanSumberAsli RM 58,070.48 RM58,070.48 RM696,845.76

23 YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN MenteriLuarNegeri RM 51,113.00 RM51,113.00 RM613,356.00

24 YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR MenteriSains, TeknologidanInovasi RM 61,188.22 RM61,188.22 RM734,258.64

25 YB DATUK HALIMAH BINTI MOHAMED SADIQUE MenteriPerpaduan Negara RM 68,712.13 RM68,712.13 RM824,545.56

26 YB DATUK SERI DR. ADHAM BIN BABA MenteriKesihatan RM 57,845.63 RM57,845.63 RM694,147.56

27 YB DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI MenteriPerdaganganDalamNegeridan Hal EhwalPengguna RM 43,637.33 RM43,637.33

RM523,647.96

28 YB DATO SRI DR. HJ. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR Menteri Pembangunan UsahawandanKoperasi RM 42,907.20 RM42,907.20

RM514,886.40

29 YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI MenteriPelancongan, SenidanBudaya RM 79,347.83 RM79,347.83 RM952,173.96

30 YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN Menteri di JabatanPerdanaMenteri (ParlimendanUndang-Undang) RM 62,412.13 RM62,412.13

RM748,945.56

31 YB DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI Menteri Perusahaan PerladangandanKomoditi RM 71,505.26 RM71,505.26

RM858,063.12

32 YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Menteri di JabatanPerdanaMenteri (Hal Ehwal Agama) RM 56,221.13

RM56,221.13 RM674,653.56

SENARAI TIMBALAN MENTERI DAN GAJI

1 YB DATO’ EDDIN SYAZLEE SHITH TimbalanMenteriKerja Raya RM 37,347.65 RM37,347.65 RM448,171.80

2 YB DATO’ HAJI KAMARUDIN BIN JAFFAR TimbalanMenteriLuarNegeri RM 44,873.30 RM44,873.30 RM538,479.60

3 YB DATO’ SRI IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ TimbalanMenteriPertahanan RM 71,681.65 RM71,681.65 RM860,179.80

4 YB TUAN MUSLIMIN BIN YAHAYA TimbalanMenteriPendidikan I RM 40,356.42 RM40,356.42 RM484,277.04

5 YB DATO’ DR. HAJI NOOR AZMI BIN GHAZALI TimbalanMenteriKesihatan I RM 45,347.65 RM45,347.65 RM544,171.80

6 YB DATUK WIRA HAJAH MAS ERMIEYATI BINTI HJ. SAMSUDIN TimbalanMenteri Pembangunan UsahawandanKoperasi RM 41,681.65

RM41,681.65 RM500,179.80

7 YB DATO’ HJ. ROSOL BIN WAHID TimbalanMenteriPerdaganganDalamNegeridan Hal EhwalPengguna RM 48,599.18 RM48,599.18

RM583,190.16

8 YB DATO’ SRI DR. HJ.ISMAIL BIN HJ. MOHAMED SAID TimbalanMenteriDalamNegeri I RM 68,347.65 RM68,347.65 RM820,171.80

9 YB TUAN JONATHAN BIN YASIN TimbalanMenteriDalamNegeri II RM 37,347.65 RM37,347.65 RM448,171.80

10 YB DATO’ SRI DR. SANTHARA KUMAR A/L RAMANAIDU TimbalanMenteri Wilayah Persekutuan RM 76,347.65 RM76,347.65 RM916,171.80

11 YB DATO’ MANSOR BIN OTHMAN TimbalanMenteriPengajianTinggi RM 51,675.65 RM51,675.65 RM620,107.80

12 YB TUAN ALI ANAK BIJU TimbalanMenteriTenagadanSumberAsli RM 58,762.89 RM58,762.89 RM705,154.68

13 YB TUAN WILLIE ANAK MONGIN imbalanMenteri Perusahaan PerladangandanKomoditi I RM 38,097.65 RM38,097.65 RM457,171.80

14 YB DATUK ABD. RAHIM BIN BAKRI TimbalanMenteriKewangan I RM 37,347.65 RM37,347.65 RM448,171.80

15 YB DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA TimbalanMenteri di JabatanPerdanaMenteri (ParlimendanUndang-Undang) RM 50,337.65

RM50,337.65 RM604,051.80

16 YB DATO’ SRI ABDUL RAHMAN BIN MOHAMAD TimbalanMenteri Pembangunan Luar Bandar I RM 37,847.65 RM37,847.65 RM454,171.80

17 YB DATO’ SRI DR. HJ.ISMAIL BIN HJ.ABD. MUTTALIB TimbalanMenteriPerumahandanKerajaanTempatan RM 41,796.89 RM41,796.89

RM501,562.68

18 YB TUAN MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH TimbalanMenteriKewangan II RM 46,547.65 RM46,547.65 RM558,571.80

19 YB DATIN MASTURA BINTI TAN SRI DATO’ MOHD YAZID TimbalanMenteri di JabatanPerdanaMenteri (Tugas-TugasKhas) RM 35,847.65

RM35,847.65 RM430,171.80

20 YB DATUK SERI HAJI AHMAD BIN HAMZAH TimbalanMenteriPertaniandanIndustriMakanan I RM 36,262.88 RM36,262.88 RM435,154.56

21 YB DATUK ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN TimbalanMenteriKomunikasidan Multimedia RM 35,181.65 RM35,181.65 RM422,179.80

22 YB DATO’ HENRY SUM AGONG TimbalanMenteri Pembangunan Luar Bandar II RM 21,847.65 RM21,847.65 RM262,171.80

23 YB DATUK AARON AGO DAGANG TimbalanMenteriKesihatan II RM 49,647.65 RM49,647.65 RM595,771.80

24 YB TUAN HAJI HASBI BIN HAJI HABIBOLLAH TimbalanMenteriPengangkutan RM 36,262.89 RM36,262.89 RM435,154.68

25 YB DATO HAJAH HANIFAH HAJAR TAIB TimbalanMenteri di JabatanPerdanaMenteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) RM 37,347.65

RM37,347.65 RM448,171.80

26 YB TUAN ARTHUR JOSEPH KURUP TimbalanMenteri di JabatanPerdanaMenteri (Ekonomi) RM 37,347.65 RM37,347.65 RM448,171.80

27 YB DATO’ HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF TimbalanMenteri Pembangunan Wanita, KeluargadanMasyarakat RM 41,218.65

RM41,218.65 RM494,623.80

28 YB TUAN HAJI AHMAD MARZUK BIN SHAARY TimbalanMenteri di JabatanPerdanaMenteri (Hal Ehwal Agama) RM 37,347.65 RM37,347.65

RM448,171.80

29 YB DATO’ HAJI CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI TimbalanMenteriPertaniandanIndustriMakanan II RM 51,458.65 RM51,458.65

RM617,503.80

30 YB TUAN HJ. AWANG BIN HASHIM TimbalanMenteriSumberManusia RM 37,347.65 RM37,347.65 RM448,171.80

31 YB TUAN HJ. AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM TimbalanMenteriSains, TeknologidanInovasi RM 61,779.43 RM61,779.43

RM741,353.16

32 YB DATO’ SRI DR. WEE JECK SENG TimbalanMenteri Perusahaan PerladangandanKomoditi II RM 41,422.65 RM41,422.65 RM497,071.80

69 YB SENATOR TUAN WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL TimbalanMenteriBeliadanSukan RM 32,347.65 RM32,347.65

RM388,171.80

70 YB SENATOR DATO’ DR. AHMAD MASRIZAL MUHAMMAD TimbalanMenteriAlamSekitardan Air RM 32,347.65 RM32,347.65 RM388,171.80 71 YB SENATOR DATUK LIM BAN HONG TimbalanMenteriPerdaganganAntarabangsadanIndustri RM 34,347.65 RM34,347.65 RM412,171.80 72 YB SENATOR DATO’ DR. MAH HANG SOON TimbalanMenteriPendidikan II RM 51,543.65 RM51,543.65 RM618,523.80

73 YB SENATOR DATO’ SRI TI LIAN KER TimbalanMenteriPerpaduan Negara RM 74,547.65 RM74,547.65 RM894,571.80 RM43,641,345.48 has�ڸ�@�

C&P.

Mesyuarat Khas di Putrajaya esok untuk rombakan kabinet?

Satu mesyuarat khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri akan diadakan di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya esok.

Menurut sumber, tiada sebarang maklumat lanjut diberikan berhubung mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, ada beberapa pihak mengaitkan mesyuarat itu dengan desas-desus mengenai rombakan Kabinet.

“Untuk hari ini memang tiada sebarang perkembangan yang bakal berlaku tetapi esok belum pasti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ketika ditanya mengenai penularan senarai terkini rombakan Kabinet, beliau memberitahu senarai itu berkemungkinan palsu.

“Ada beberapa perkara dalam dokumen yang tular itu dilihat tidak sama dengan dokumen yang selalunya dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

“Senarai nama-nama yang diberikan itu juga dilihat tidak logik,” jelas beliau.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik bagi memastikan agenda untuk menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang dalam kesusahan dapat dilakukan.

Pengumuman itu memberikan kelegaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas hubungan dengan UMNO tegang sejak kebelakangan ini.

Berita penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/106443/BERITA/Nasional/Mesyuarat-khas-di-Putrajaya-esok-cetus-spekulasi-rombakan-Kabinet