kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib Tun Razak kemungkinan merujuk kepada duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

'Duit 1MDB lah bro'...

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada hari pertama perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – fotoBERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan merujuk kepada duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazarudin, 43 tahun, berkata beliau berpendapat sedemikian berdasarkan satu insiden melibatkan bekas setiausaha sulit Najib, Allahyarham Datuk Seri Azlin Alias sekitar Januari atau Februari 2015, selepas Azlin berjumpa Najib.

Saksi pendakwaan kelapan itu mengingati insiden tersebut sepanjang 10 tahun bekerja di bawah Najib kerana Datuk Seri Azlin yang dikenalinya tidak pernah meninggikan suaranya.

“Salah satu kejadian yang paling diingati saya ketika tularnya isu 1MDB sekitar Januari atau Februari 2015. Ketika itu, saya sedang menunggu Datuk Seri Azlin di dalam pejabat beliau selepas pertemuannya dengan Najib. Sesudah pertemuan itu, saya nampak beliau begitu tertekan dan telah meninggikan suaranya dengan mengatakan “Duit 1MDB lah bro!” kepada saya sambil menghempaskan fail yang ada di tangan beliau ke atas meja.

“Situasi tersebut sangat saya ingati kerana sepanjang saya mengenali beliau, Datuk Seri Azlin merupakan seorang yang sentiasa tenang, sopan dan tidak pernah bertindak sebegitu di hadapan saya. Beliau bukanlah individu yang suka meninggikan suara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada hari ketiga perbicaraan Najib yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Beliau berkata, duit yang dimaksudkan Datuk Seri Azlin ketika beliau sedang tertekan itu berkemungkinan besar merujuk kepada kemasukan wang US$680 juta atau RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib dan bukan sahaja terhad kepada isu melibatkan anak tiri Najib yang dikenali sebagai Riza Aziz.

Katanya, beliau percaya reaksi Datuk Seri Azlin tersebut adalah berpunca daripada pendedahan-pendedahan media mengenai 1MDB pada masa itu seperti isu usahasama PetroSaudi (syarikat perkhidmatan minyak dan gas) perbelanjaan mewah oleh ahli perniagaaan Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan dana 1MDB, pembelian hartanah mewah dan sumber dana filem oleh Riza dari sumber sama dan kemasukan dana 1MDB ke dalam akaun-akaun yang meragukan.

“Pada awal 2015, berikutan penularan isu 1MDB, PMO (Pejabat Perdana Menteri) melalui Datuk Seri Azlin, perlu banyak menangani isu yang melibatkan Datuk Seri Najib kerana beliau paling mahir dan tahu banyak berhubung 1MDB.

“Penularan isu ini semakin meruncing kerana pendedahan itu disertakan dengan bukti-bukti sokongan seperti gambar, dokumen emel, transaksi bank dan pindahan wang berhubung penyelewengan dana 1MDB melalui usahasama Petrosaudi dengan 1MDB yang telah dipindahkan ke akaun peribadi Jho Low,” katanya.

Saksi itu berkata, sepanjang pengalamannya berhubung dengan Jho Low, lelaki itu adalah “master manipulator” (pakar manipulasi) dalam urusannya dengan pegawai-pegawai di pelbagai peringkat dan pangkat sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara di mana kebanyakannya adalah di dalam pengetahuan Najib.

“Jho Low melalui nota-nota maklumatnya telah mengarahkan saya dan Datuk Seri Azlin untuk memaklumkan kepada semua orang di PMO dan bagi menjawab tuduhan bahawa ini hanyalah manipulasi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Najib.

“Ahli perniagaan itu juga ada beberapa kali menghantar emel dan berjumpa dengan saya dan Datuk Seri Azlin untuk membincangkan dan menyediakan senarai jawapan kepada soalan-soalan lazim yang perlu dijawab PMO sekiranya isu-isu 1MDB dipersoalkan mana-mana pihak.

“Selain itu, ada perjumpaan di mana Jho Low telah menyediakan data-data atau maklumat yang meminta saya dan Datuk Seri Azlin sedia maklum berkaitan isu yang timbul seperti isu 1MDB agar kami sentiasa bersedia sekiranya ada orang mempersoalkannya atau sekiranya ada kerjasama-kerjasama berhubung isu-isu ini,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau agak terkejut baru-baru ini apabila membaca sebuah artikel yang mengatakan Datuk Seri Azlin adalah orang yang telah mengaturkan pertemuan pihak Ambank dengan Najib di kediamannya di Jalan Langgak Duta kerana ia tidak menggambarkan keseluruhan kejadian yang berlaku dengan tepat.

“Setiap pertemuan sulit atau perjumpaan-perjumpaan tidak formal yang berlaku di rumah Datuk Seri Najib di Jalan Langgak Duta memerlukan kelulusan Najib sendiri kerana ia melibatkan masa, jadual dan akses ke kediaman peribadinya.

“Adalah mustahil dan tidak logik untuk beliau (Datuk Seri Azlin) memandai-mandai mengaturkan pertemuan antara Datuk Seri Najib dengan pihak Ambank di kediaman peribadinya atas inisiatif sendiri tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bekas perdana menteri itu.

“Saya percaya Datuk Seri Azlin telah merujuk perkara ini kepada Datuk Seri Najib bagi mendapatkan persetujuan beliau,” tegasnya.

Katanya, Datuk Seri Azlin meninggal dunia pada 4 April 2015, tidak lama selepas isu-isu penyelewengan dana 1MDB tular di media massa.

Najib, 66 tahun, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/duit-1mdb-lah-bro-216599?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=4-9-19-duit_1mdb_lah_bro…

SATU LAGI KEMATIAN ‘AKIBAT TAHU BANYAK SANGAT TENTANG 1MDB ‘

SATU LAGI KEMATIAN ‘AKIBAT TAHU BANYAK SANGAT TENTANG 1MDB’:

Menurut keterangan saksi, Datuk Amhari Efendi dalam perbicaraan 1MDB yang masuk hari ketiga,
“Salah satu kejadian yang paling diingati saya ketika tularnya isu 1MDB sekitar Januari atau Februari 2015. Ketika itu, saya sedang menunggu Datuk Seri Azlin di dalam pejabat beliau selepas pertemuannya dengan Najib. Sesudah pertemuan tersebut, saya nampak beliau begitu tertekan dan telah meninggikan suaranya dengan mengatakan “DUIT 1MDB LAH BRO!” kepada saya sambil mengempas fail yang ada di tangan beliau ke atas meja”.

Duit itu merujuk kepada RM2.6 Bilion dalam akaun peribadi Najib!

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

MENGAPA PERBICARAAN 1MDB JUGA DIKENALI DENGAN PERBICARAAN TANORE?

Image may contain: 1 person

MENGAPA PERBICARAAN 1MDB JUGA DIKENALI DENGAN PERBICARAAN TANORE?

Bekas perdana menteri, Najib Razak berdepan dengan pelbagai pertuduhan menggunakan dana 1MDB yang disalurkan ke atau dari akaun Tanore Finance Corporation (Tanore) yang dibuka di Bank Falcon, Singapura.

Wang yang diperolehi dari penggelapan dana 1MDB kemudian disalurkan ke atau dari akaun AmIslamic Bank milik Najib di Malaysia.

Ini bermaksud, akaun Tanore Finance Corporation di Bank Falcon digunakan sebagai transit atau tempat simpan wang haram yang dicuci di luar negara sebelum dihantar ke akaun AmPrivate Najib di Malaysia.

Yang menjadi isu ialah pemilik akaun Tanore ini menggunakan identiti palsu iaitu Eric Tan Kim Loong yang akhirnya dikenal pasti sebagai Lho Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki FBI Amerika Syarikat dan Kerajaan Singapura.

Inilah jasa dan sumbangan terbesar Najib hingga bank itu ditutup kerana didapati bersalah menjadi institusi kewangan bagi aktiviti pengubahan wang haram oleh Kerajaan Singapura.

Ini juga bermakna Panglima Bugis itu mencatat sejarah peribadi berjaya menutup beberapa bank di republik itu dengan hanya satu skandal kewangan terbesar di dunia, 1MDB.

Dan inilah sebabnya nama perbicaraan 1MDB kini dikenali dengan perbicaraan Tanore.

*InfoGrafik The Malaysian Insight

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

Kita akan buktikan Najib, Jho Low sebenarnya adalah satu pasukan – Gopal Sri Ram 

Kita akan buktikan Najib, Jho Low sebenarnya adalah satu pasukan – Gopal Sri Ram 

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan dakwaan penyelewengan dana sebanyak RM2.3 bilion.

Pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Datuk Gopal Sri Ram yang memulakan perbicaraan dengan penyataan pembukaan berikrar akan membuktikan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dan Najib sebenarnya satu pasukan dalam melakukan penyelewengan berbilion ringgit dana pelabur.

Dakwa Gopal Sri Ram, Jho Low sebenarnya adalah ‘bayangan’ Najib, yang mana seandainya Najib diletakkan di depan cermin, Jho Low akan kelihatan dan begitulah sebaliknya.

Kata Gopal Sri Ram, Najib yang ketika itu masih lagi memegang jawatan perdana menteri dan menteri kewangan telah menggunakan kuasa itu untuk menyalurkan dana ke dalam akaun sendiri, selain ‘menutup’ jejak tersebut.

Jelasnya, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan didakwa telah mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan dirinya dibawa ke muka pengadilan, selain mengganggu penyiasatan pihak berkuasa terhadap syarikat milik kerajaan itu.

“Kami pasukan pendakwaan akan menunjukkan fakta serta bukti tentang apa yang saya nyatakan ini bahawa Najib dan Jho Low tidak boleh dipisahkan.

“Kedua-dua mereka adalah satu pasukan sepanjang masa.

“Ketika kes ini dilaporkan sekitar Julai 2015, Najib telah melakukan apa yang perlu untuk menutup jejak serta melakukan perkara-perkara lain bagi memastikan jenayah-jenayah ini tidak dikesan langsung.

“Antara contoh dengan memalsukan dokumen kononnya ada derma daripada seorang putera Arab. Juga ada surat dan empat cek dengan jumlah AS$25 juta didakwa ditulis penderma Arab.

“Tetapi cek ini tidak pula ditunaikan, kita akan buktikan semua ini sepanjang perbicaraan ini, kami juga akan buktikan bagaimana tertuduh menggunakan kuasanya mencampuri penyiasatan skandal 1MDB ini,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah sebentar tadi.

Terdahulu, ketua pasukan bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bangkit berhujah mempersoalkan pelantikan bekas hakim Gopal Sri Ram untuk mengetuai pasukan pendakwaan kerana Isnin lepas mahkamah rayuan telah membenarkan pihaknya untuk persoal lantikan beliau di bawah Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah.

“Saya bukan mahu tangguh perbicaraan tetapi hanya memberitahu kenyataan mahkamah Isnin lepas. Sekiranya rayuan kita berpihak kepada anak guam saya maka perbicaraan ini juga akan dianggap tidak sah,” katanya.

Bagaimanapun, Gopal Sri Ram tidak mempedulikan Muhammad Shafee sebaliknya memulakan penyataan pembukaan perbicaraan 1MDB sebentar tadi.

Kita akan buktikan Najib, Jho Low sebenarnya adalah satu pasukan – Gopal Sri Ram

 

 

3 AHZAB

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

Najib tandatangan borang tukar nama TIA kepada 1MDB

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mahkamah berhenti rehat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes 1MDB membabitkan 21 tuduhan pengubahan wang haram dan empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan dana RM 2.3 bilion. NSTP/Eizairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandatangani borang pertukaran nama syarikat bagi menggantikan nama Lembaga Pelaburan Terengganu atau (TIA) kepada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumkan Penolong Pendaftar Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Rafidah Yahaya, 48, ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB yang dihadapi Najib.

Saksi ketujuh pendakwaan, memberitahu mahkamah pertukaran itu dibuat pada 25 September 2009.

Pada perbicaraan itu juga, Rafidah turut mengesahkan dokumen pelantikan pengarah TIA bertarikh 18 Mei 2009.

“Pada awal penubuhan TIA, pengarahnya terdiri daripada Tengku Rahimah Puteri binti Almarhum Sultan Mahmud Al Mukhtafi Billah Shah, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Tan Sri Ismee Ismail.

“Pada 28 Ogos 2009, satu lagi borang pelantikan pengarah dihantar kepada SSM yang menyatakan penambahan beberapa lagi pengarah TIA iaitu Datuk Mohd Bakke Saleh, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dan Tan Sri Azlan Zainol,” katanya pada hari kedua perbicaraan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam, turut meminta Rafidah untuk mengesahkan beberapa dokumen antaranya Borang 49 dan dokumen pelantikan Pengarah TIA bertarikh 18 Mei 2009.

Katanya, Najib, dalam kapasiti Menteri Kewangan turut menambah Artikel 117 dalam resolusi TIA (1MDB) pada 2 Sept 2009, di mana syarikat adalah jenis Berhad menurut syer syarikat awam.

“Berikutan itu, modal asal 1MDB meningkat dari RM1 juta kepada RM1.001 bilion pada 26 Februari 2013,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/601460/najib-tandatangan-borang-tukar-nama-tia-kepada-1mdb?fbclid=IwAR2lJfCPtdeKMWbjKQf02Ok_dxa2e1dtoSCdyfe70_7jji5Xq-DIq0XDd2Q

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

Hadi Terus Lena Bersama Pelukan Manja Perompak 1MDB

Image may contain: 2 people, text

3 AHZAB

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup keadaan  maju dan harmoni mesti menolak dan menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

1MDB: Wang haram RM100,000 daripada Hasan Malek dilucut

1MDB: Wang haram RM100,000 daripada Hasan Malek dilucut

Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung penyiasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini menjadi harta Kerajaan Malaysia. – Gambar fail

3 AHZAB

PARTI UMNOPAS YANG MENGAKU MEMBELA ISLAM DAN MELAYU SEPATUTNYA BERPADU TENAGA BERSAMA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENGEMBALIKAN WANG YANG TELAH DIROMPAK OLEH NAJIB DAN JHO LOW. AGAR AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU DI PANDANG MULIA OLEH GOLONGAN BUKAN ISLAM.

KUALA LUMPUR: Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung penyiasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini menjadi harta Kerajaan Malaysia.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan mahkamah bahawa responden (Hasan) telah memasukkan representasi untuk memulangkan wang berkenaan.

“Afidavit pemohon (Pendakwa Raya) tidak dibalas oleh responden dan warta hari ini tiada pihak ketiga yang hadir (untuk tuntut wang itu).

“Kami memohon kesemua wang yang disita dilucut hak kepada kerajaan Malaysia, ”katanya semasa sebutan kes itu hari ini.

Peguam Muhammad Iqbal Ismail yang mewakili Hasan mengesahkan perkara itu dan berkata pihak responden tidak membantah wang itu dilucut hak.

Sementara itu, mahkamah turut menetapkan 4 dan 5 Disember untuk pendengaran hujahan lisan bagi kes tiga entiti iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Wanita MCA dan Badan Perhubungan UMNO Sabah berhubung pelucutan harta.

Mahadi berkata pihak pemohon (Pendakwa Raya) telah memfailkan afidavit pada 23 Ogos dan memberitahu mahkamah bahawa tiada pihak ketiga yang hadir untuk menuntut wang yang dibekukan daripada tiga entiti itu.

“Perwartaan pihak ketiga disiarkan pada 24 Julai bagi kesemua responden (tiga entiti) dan tiada pihak ketiga yang hadir,”katanya.

Jumlah wang yang dimohon kerajaan untuk dilucut hak dari UMNO ialah RM212,965,413.61, Wanita MCA berjumlah RM300,000 dan Badan Perhubungan UMNO Sabah sebanyak RM1,254,112.24.

Hakim Mohamed Zaini menetapkan 27 September untuk pemohon memfailkan hujahan bertulis manakala 18 Oktober bagi hujahan bertulis oleh responden.

Peguam Aieshah Nadia Masdar mewakili UMNO, peguam Low Hai Liang bertindak bagi pihak Wanita MCA manakala Badan Perhubungan UMNO Sabah diwakili peguam Harcharanjit Singh.

Permohonan melucut hak itu dibuat pendakwaan mengikut Seksyen 56(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya dalam sidang akhbarnya baru-baru ini berkata permohonan pelucutan hak telah difailkan terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Latheefa berkata tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) yang suruhanjaya itu percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-wang-haram-rm100-000-daripada-hasan-malek-dilucut-216234

Najib, Jho Low buat dokumen palsu dalam cubaan tutup skandal 1MDB – Gopal Sri Ram

Najib, Jho Low buat dokumen palsu dalam cubaan tutup skandal 1MDB - Gopal Sri Ram

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada hari pertama perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – Foto Bernama

3 AHZAB

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low didakwa cuba menggambarkan kononnya wujud derma dari Putera Arab membabitkan jumlah AS$25 juta selepas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar pada 2015.

Ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam kenyataan pembukaan perbicaraan kes 1MDB Najib hari ini berkata, dokumen palsu juga dihasilkan dalam cubaan untuk menutup jejak skandal itu.

“Dokumen palsu dihasilkan untuk menggambarkan kononnya ada derma daripada putera Arab. Antaranya ialah surat-surat dan empat cek yang setiap satu berjumlah AS$25 juta kononnya ditulis oleh pihak yang dikatakan penderma Arab.

“Tetapi cek-cek berkenaan bukan bermaksud untuk ditunaikan dan tidak pernah ditunaikan.

“Pihak pendakwaan juga akan mengemukakan bukti yang menunjukkan tertuduh mengambil langkah aktif untuk mengelakkan keadilan. Beliau juga mengganggu perjalanan penyiasatan kes ini yang dikenali sebagai Skandal 1MDB.

“Beliau juga mengambil langkah aktif untuk menutup perlakuan jenayahnya. Pihak pendakwaan akan mengemukakan semua bukti ini untuk menunjukkan bahawa tertuduh mempunyai mens rea (niat untuk jmelakukan enayah),” katanya ketika membentangkan kenyataan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah pada hari pertama perbicaraan kes 1MDB Najib hari ini.

BACA: Sri Ram’s opening statement at Najib’s 1MDB trial

Jelas Gopal lagi, sejumlah AS$700 juta daripada AS$1 bilion wang pembiayaan syarikat usahasama yang dimeterai melalui perjanjian Murabaha antara syarikat 1MDB dengan PetroSaudi International LTD disalurkan ke akaun syarikat Good Star milik Jho Low.

Daripada jumlah AS$700 juta tersebut, ia telah diagihkan kepada beberapa individu termasuk Putera Faisal yang merupakan sekutu rapat Najib, Jho Low dan seorang Putera Turki.

“Putera Turki, tertuduh dan Jho Low amat rapat hinggakan mereka bercuti bersama-sama atas kapal lapar di utara Perancis,” jelasnya lagi.

Dakwa Gopal, pihak pendakwaan akan mengemukakan bukti bahawa tertuduh Najib memainkan peranan penting dengan niat memperkayakan dirinya dan mengelak untuk di adili.

“Dia (Najib) campur tangan dalam siasatan kes yang kemudian dikenali sebagai skandal 1MDB,” kata Gopal di hadapan Hakim Mahkamah TInggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah.

Beliau mewakili Ketua Pendakwaan bersama tujuh peguam yang lain manakala pihak pembelaan diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersama 11 peguam bela.

Terdahulu, empat saksi tampil memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan skandal 1MDB membabitkan Najib di Mahkamah Tinggi 1, di sini.

Bekas perdana menteri itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/najib-jho-low-buat-dokumen-palsu-dalam-cubaan-tutup-skandal-1mdb-gopal-sri-ram-216138

Perbicaraan Kes 1MDB Tanore Oleh Najib Pada 19 OGOS 2019

Image may contain: 1 person

1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA1 PUNCA ISLAM DIHINA1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN1 AA Adha 20191 Tun Islam1 PH1 HADI RASUAH

ESOK !!! 19 OGOS 2019.. Inilah yang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk juga di serata dunia akhirnya Najib Razak akan dibicarakan di mahkamah dalam skandal kewangan terbesar dunia#1MDB bermula esok hari dgn 4 pertuduhan terima suapan #rasuah berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB.

Sebelum ini Najib mengharapkan beliau dibicarakan di mahkamah secepat mungkin apa jua kes yg terpalit dgnnya demi nak membersihkan nama beliau.

TETAPI HARI INI, Najib mendakwa dirinya & keluarganya dizalimi disekat kebebasannya dan KERANA DIPAKSA turun naik tangga mahkamah 4 kali seminggu atas perbicaraan kes jenayah Najib di mahkamah, kamu kata dizalimi pulok? ??!

#JanganNajibJadiGilaSudah

SUMBER: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/176433

Image may contain: 1 person, text

TAHUKAH ANDA.. Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah MEMBERITAHU perbicaraan kes 1MDB Najib, juga dikenali sebagai perbicaraan ‘1MDB-Tanore’.

KENAPA perbicaraan ‘1MDB-Tanore’, bukannya ‘1MDB-Pak Arab’ atau ‘1MDB-Arab Saudi’ yg mana Najib & Zahid dakwa bhw derma RM2.6 bilion itu dtg dari keluarga Pak Arab Saudi. Jika benar dari Arab Saudi sudah tentu perbicaraan ‘1MDB-Arab Saudi’.

KENAPA ‘Tanore’ ??!

Sedia maklum, Tanore Finance Corp adalah syarikat milik Eric Tan Kim Loong, rakan dan proksi kpd Jho Low. (https://www.theedgemarkets.com/…/cover-story-mystery-man-jh…)

Perbicaraan ‘1MDB-Tanore’ Najib ini adalah berdasarkan bukti2 berkaitan derma RM2.6 bilion itu bersumber dtg dari Tanore Finance Corporation, BUKANNYA AKAUN ARAB SAUDI ataupun akaun Kementerian Kewangan Riyadh Saudi.

Bukti² transaksi RM2.6 bilion terima dari ‘Tanore’ juga telah didedahkan sendiri oleh Najib.

NAMPAK TAK, betapa bodohnya Najib buka pekung sendiri akhirnya…

Sehingga kini pihak penderma Pak Arab Putera Arab Saudi mahupun kerajaan Arab Saudi melalui Menteri Luarnya Adel al-Jubeir tidak dapat dan gagal memberi/ tunjuk sebarang bukti pemberian ‘derma’ tersebut setelah diminta SPRM yg hadir ke Arab Saudi tempohari.

Walauapapun sama² lah kita tunggu perbicaraan ‘1MDB-Tanore’ yg dijangka bermula 26 Ogos ini atau 3 September depan.

SUMBER:
http://bernama.com/bm/news.php?id=1758252

Najib arah Raja Petra lakukan serangan peribadi

Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hadir pada Sambung bicara kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mendedahkan Datuk Seri Najib Razak mengarahkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin melakukan serangan peribadi terhadap beliau dan anak lelakinya.

Pendedahan itu dibuat Ahmad Husni dalam keterangannya pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang masuk hari ke-50.

Ketika menjawab soalan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, bilakah serangan itu dilakukan, Ahmad Husni menjawab: “Oktober 2016.”

Muhammad Shafee: Bila anda dapat idea bahawa Najib dalang di sebalik tuduhan gangguan seksual dibuat terhadap anda?

Ahmad Husni: Selepas saya berucap di Parlimen pada 2016 (merujuk kepada insiden Dewan Rakyat ketika beliau menuntut penjelasan berkenaan unit pelaburan bernilai AS$1 bilion (RM4.17 bilion) dalam Aabar Investment PJS Ltd).

Muhammad Shafee: Selepas itu Najib timbulkan idea itu?

Ahmad Husni: Bukan timbulkan idea, saya tahu dia buat. Selepas kejadian itu, saya berada di rumah. Kemudian Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh, datang ke rumah kira-kira jam 10 malam. Shukri beritahu, susah untuk cari rumah saya, namun disebabkan arahan Najib, beliau terpaksa pergi mencari saya. Saya dimaklumkan oleh Shukri bahawa Najib ingin berjumpa saya malam itu juga. Saya memaklumkan kepadanya saya penat. Shukri kemudian memberitahu Najib sudah menghubungi Raja Petra dan esok mereka akan menyerang saya.

Muhammad Shafee: Anda ada tanya Najib, sekiranya itu benar?

Ahmad Husni: Ada insiden lain… serangan pertama terhadap anak lelaki saya, Khalid daripada Tun Faisal Ismail, ketika itu CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Pengerusi Lebuhraya Pantai Baru (NPE) yang juga pemegang konsesi lebuh raya itu. Minit mesyuarat dihadiri Khalid dibocorkan kepada Raja Petra dan dimuat naik ke Facebook. Dalam hantaran di Facebook, saya dikatakan marah dengan Najib kerana anak saya (Khalid) gagal mendapatkan projek bernilai RM2.7 juta. Hantaran Facebook itu kemudian dilaporkan Utusan merujuk kepada bekas menteri terbabit skandal.

Ahmad Husni berkata, beliau kemudian menghantar pesanan kepada Najib dan bertanya “Apa ini?”

Katanya, Najib membalas: “Bincang dengan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas, Perak).

“Saya kemudian berbincang dengan Nazri dan keesokan harinya tiada lagi serangan,” katanya .

Dalam keterangannya, Ahmad Husni menafikan dakwaan tindakan itu menyebabkan beliau kecewa dan marah terhadap Najib.

“Saya tidak kecewa. Saya hidup untuk UMNO, malah setiap hari saya berdoa Allah membuka pintu hati Najib untuk melihat kebenaran. Saya tidak pernah marah dengan Najib kerana beliau hanyalah manusia biasa,” katanya.

Menjawab soalan apa yang berlaku kepada projek membabitkan anaknya, Ahmad Husni berkata, akibat penulisan Raja Petra, Khalid kemudian diberhentikan kerja.

Sementara itu, pada sesi pemeriksaan semula dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan, Ahmad Husni berkata, antara sebab beliau meletakkan jawatan pada 2016 kerana bekas CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, tidak mengikut pelan rasionalisasi syarikat itu.

“Saya letak jawatan kerana pada pendapat saya, Arul Kanda (ketika itu) tidak mengikuti pelan rasionalisasi 1MDB. Pelan itu termasuk menjual sejumlah aset 1MDB, namun masih mengekalkan pegangan.

“Aset itu termasuk Bandar Malaysia, projek pembangunan mega, Tun Razak Exchange (TRX) dan Edra Power Holding Sdn Bhd,” katanya.

Ahmad Husni berkata, arahan untuk mencari penyelesaian hutang 1MDB diberikan Najib yang ketika itu Perdana Menteri.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/594209/najib-arah-raja-petra-lakukan-serangan-peribadi?fbclid=IwAR3XhVb_GAvOhni5IP-ST-0bYNBg7MlMeVoIE2a_E_cMbDWh8Mv6IUWecJU

Create your website with WordPress.com
Get started