Komander Unit Elit PDRM DI TAHAN SPRM DENGAN JUTAAN RINGGIT TUNAI DAN KEDERAAN MEWAH

MOTOSIKAL berkuasa tinggi dan kereta mewah antara kenderaan yang dirampas di sebuah bengkel di Suban

Ini sebab puncanya
Harapkan pagar , pagar mkn padi ,
Komander Unit Elit PDRM DI TAHAN SPRM
JUTAAN RINGGIT TUNAI DAN KEDERAAN MEWAH DISITA
SUSULAN PENANGKAPAN DAN SIASATAN SPRM , UNIT UNIT KHAS YG LAIN YAKNI BARU DITUBUHKAN SEPERTI STAFFOC DAN STING DIBUBARKAN KERANA INGIN MEMBENDUBG RASUAH , HANYA TINGGAL UNIT KHAS YANG ASAL SHJ .
3 FeB 2018
TERKINI: Beberapa individu sedang diburu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penahanan dua pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama wang tunai RM1.75 juta dan lebih 10 kenderaan mewah bernilai hampir RM3 juta dalam operasi yang bermula kelmarin hingga semalam.
Menurut sumber, kesemua individu yang diburu terdiri daripada orang awam dan seorang pegawai kanan Pasukan Penguat Kuasa Pemulihan Hasil Negara (NRRET).
Ujarnya, kesemua mereka dipercayai berperanan sebagai proksi bagi kesemua kenderaan mewah yang dirampas daripada pegawai kanan PDRM yang ditahan.
“SPRM cari mereka termasuk pegawai dari dua agensi berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
“Sehingga kini tiga saksi termasuk pegawai kanan PDRM telah diambil keterangan dan sekiranya ada keperluan, mereka akan ditahan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Tambah sumber, ketika tangkapan dilakukan, selain menemukan sejumlah wang tunai yang diletakkan di sebuah bengkel di Subang Jaya, pelbagai kenderaan mewah turut dirampas.
“Beberapa lagi kenderaan mewah juga dikesan telah diletakkan oleh suspek di beberapa kawasan tempat letak kereta sekitar Bangsar di sini bagi mengaburi pihak berkuasa,” jelasnya.
Kelmarin, dua pegawai kanan yang berkhidmat dalam Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, masing-masing berpangkat Asisten Komisioner dan Asisten Superintenden telah ditahan.
Dalam serbuan tersebut, SPRM turut merampas sejumlah wang bernilai RM335,000 di bengkel tersebut.
Kedua-dua pegawai kanan tersebut kemudian dibawa ke kondominium milik mereka sebelum menemukan sejumlah wang bernilai RM520,000.
Selepas itu, kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke STAGG di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut dan menemukan wang dianggarkan lebih RM225,000 dan sejumlah lagi wang tunai di sebuah bengkel mengecat kereta.
Difahamkan, kesemua wang tersebut dipercayai diperoleh daripada sindiket-sindiket judi.
Dalam pada itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan dua pegawai STAGG Bukit Aman yang ditahan telah direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Musa Hassan Setuju Pasukan Khas Dibubarkan

1 Tun M A1 SAWIT1 MAT SABU
Musa Hassan setuju pasukan khas dibubarkan
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bersetuju dengan pembubaran tiga pasukan khas di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha penstrukturan semula agensi penguatkuasa undang-undang itu dalam tempoh masa terdekat.
Pasukan yang bakal dibubarkan adalah Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi, dan Gangsterisme (STAGG) serta Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC).
Beliau berkata, sebelum ini pun peranan pasukan elit Unit Tindak Khas (UTK) dan Komando VAT 69 (VAT 69) PDRM sudah memadai dalam tindakan intervensi dan operasi pencegahan jenayah.
“Sekarang ini saya lihat pasukan STING, STAGG dan STAFOC di bawah pengarah jabatan PDRM masing-masing dan KPN sendiri tidak tahu apa yang mereka buat.
“Sebab itu saya setuju, ketiga-tiga pasukan berkenaan dibubarkan kerana KPN perlu tahu berapa banyak jumlah operasi yang dilakukan dalam negara ini,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Bernama di sini, baru-baru ini.
“Tidak perlu ada pasukan elit pada setiap unit kerana jumlah keanggotaan PDRM tidak mencukupi dan pasukan elit ini juga diletakkan di bawah KPN,” katanya lagi.
Musa berkata, mana-mana pengarah jabatan PDRM yang hendak menggunakan dua pasukan elit ini perlu mendapatkan kebenaran daripada KPN.
Beliau berkata, waktu beliau menjadi KPN dahulu, kesemua pengarah jabatan PDRM perlu memberi taklimat kepadanya terhadap operasi yang dijalankan dan dengan itu beliau tahu akan operasi yang dijalankan pelbagai jabatan polis.
“Lagipun KPN perlu tahu kesemua operasi yang dijalankan oleh pengarah jabatan PDRM dalam negara ini.
“Jadi kalau hendak gunakan pasukan elit, KPN kena berikan kelulusan kerana untuk apa mereka hendak guna pasukan elit?,” katanya.
Menurutnya, pasukan elit hanya menunggu arahan KPN untuk melaksanakan operasi dan bukannya risikan.
Musa berkata sebagai contoh jika hendak membuat serbuan dadah, UTK dan VAT69 tidak terlibat dengan risikan tetapi hanya terlibat dengan pengoperasian PDRM.
“Kami hanya membawa kedua-dua pasukan berkenaan (UTK dan VAT69) apabila polis nampak ada bahaya orang yang kita hendak tahan itu mempunyai senjata api dan pada waktu itulah kena bawa pasukan elit,” katanya.
Pada 26 Jun lepas, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan membubarkan beberapa pasukan siasatan khas PDRM sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula entiti itu dalam waktu terdekat.
STAFOC dan STING mula beroperasi pada awal 2014 manakala pasukan STAGG pada penghujung tahun yang sama. – BERNAMA.

Leftenan Kol, Staf Sarjan direman seminggu kes rasuah

KUANTAN: Seorang Leftenan Kolonel dan seorang Staf Sarjan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurunaim Abdullah di Mahkamah Majistret Kuantan.

Mereka ditahan semalam ketika dipanggil untuk direkodkan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Temerloh dan Kuantan.

Leftenan Kolonel yang bertugas di Unit Senggaraan Zon Timur, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP) ditahan pada jam 2.30 petang semalam, dipercayai menerima suapan daripada kontraktor proksi, termasuk syarikat milik ayahnya dan isterinya adalah pengarah syarikat terbabit.

Susulan itu, SPRM turut menahan seorang Staf Sarjan yang bertugas di BPKP Zon Pahang.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 8.40 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kuantan.

Kedua-dua suspek adalah Penyelia Senggaraan Kawasan Temerloh, Pahang dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Mereka dipercayai terbabit dalam meluluskan puluhan projek kepada syarikat berkepentingan sejak beberapa tahun lalu.

Pegawai kanan polis ditahan SPRM

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan di Cameron Highlands, Jumaat lalu, bagi membantu siasatan satu kes rasuah.

Sumber SPRM berkata, pegawai polis itu ditahan bagi membantu siasatan membabitkan seorang pegawai dan seorang anggota polis, masing-masing berpangkat Inspektor dan Koperal yang ditahan pada 28 Jun lalu di Cameron Highlands.

Kedua-dua mereka ditahan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM4,000 daripada seorang ahli perniagaan supaya urusan perniagaan ahli perniagaan berkenaan tidak diganggu.

Difahamkan, pegawai polis berkenaan ditahan jam 11.30 pagi selepas SPRM menjalankan siasatan terhadap kedua-dua anggota polis yang direman sebelum ini.

Pada 29 Jun lalu, kedua-dua anggota polis berusia lingkungan 30-an yang ditahan itu dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk mendapatkan perintah reman.

Semua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

https://www.bharian.com.my/node/171697

SPRM tahan 1 pegawai, 6 anggota polis Pahang

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai dan enam anggota polis bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Difahamkan, pegawai dan anggota polis itu ditahan antara jam 10 dan 10.45 malam semalam selepas diminta hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM negeri, dekat Indera Mahkota, di sini.

Permohonan reman empat hari terhadap pegawai polis berpangkat Inspektor dan anggota berpangkat Lans Koperal dan Koperal berusia antara 28 hingga 53 tahun itu sudah diperoleh pagi tadi di Mahkamah Sesyen Kuantan.

Semua pegawai dan anggota polis itu dikatakan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM6,500 daripada seorang lelaki sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan memiliki dadah jenis syabu.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abd Ghani, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata semua individu terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/556937/sprm-tahan-1-pegawai-6-anggota-polis-pahang?fbclid=IwAR1PGHFe4sHq_3peLD558Cjoji6iSNTycFUgBiaW08z_M2Lc_AaMeg45O3k