Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan – Saksi

KERAJAAN PH PATUT MENOBATKAN PUAN SALWANI SEBAGAI WARAWATI NEGARA

JIBLIS UMNO ARAH PINDA LAPORAN AUDIT 1MDB UNTUK TUTUP KEMUNGKARANNYA MENYELEWANG WANG DANA 1MDB NEGARA

KES PINDA AUDIT 1MDB | Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN), memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau dan anggota pasukan khas audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terkejut apabila mendengar rakaman suara meminta menggugurkan penyata kewangan 1MDB semasa mesyuarat membincangkan laporan audit syarikat itu.

Nor Salwani Muhammad, 52, berkata beliau mendengar rakaman mesyuarat itu bersama pasukannya sebaik sahaja kembali ke pejabatnya selepas mengiringi bekas Ketua Audit Negara Ambrin Buang dan seorang pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad untuk menghadiri mesyuarat itu pada 24 Feb, 2016.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Gopal Sri Ram pada hari keempat perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan audit akhir 1MDB.

“Selepas mendengar rakaman itu, kami terkejut dengan apa yang berlaku dalam mesyuarat. Antara yang memeranjatkan kami adalah apabila diminta menggugurkan dua penyata kewangan 1MDB supaya ia tidak dilaporkan dalam laporan audit,” katanya.

Iklan

Saksi berkata, selepas mendengar rakaman audio itu yang dirakam menggunakan perakam, beliau telah memindahkannnya ke dalam cakera keras rasmi milik JAN dan ‘thumb drive’ untuk tujuan keselamatan.

Jelas beliau lagi, rakaman asal audio tersebut telah dipadam kerana beliau bimbang akan diambil tindakan berikutan tindakannya merakam mesyuarat itu tanpa memaklumkan kepada pengerusi mesyuarat.

Mesyuarat itu turut dihadiri bekas ketua setiausaha negara Dr Ali Hamsa, Arul Kanda, Shukry Mohd Salleh daripada Pejabat Perdana Menteri serta Mohamad Isa Hussain daripada Perbendaharaan.

Selasa lepas, ketika memberi keterangan, Ali menegaskan bahawa mesyuarat 24 Feb, 2016 itu diadakan atas arahan Najib yang mahu penyelarasan dalam Laporan Audit 1MDB.

Nor Salwani berkata, sepanjang 22 tahun bekerja, pengalaman mendengar rakaman mesyuarat bertarikh 24 Feb 2016 itu adalah yang pertama bagi beliau di mana kandungan rakaman itu sangat mengejutkan.

Sri Ram: Dari segi kebiasaan, bagaimana kamu menerangkan keadaannya (mesyuarat 24 Feb, 2016)?

Nor Salwani: Tidak normal

Terdahulu, saksi itu mengakui bahawa beliau yang membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1MDB pada 24 Feb 2016.

Katanya beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik Saadatul Nafisah tanpa pengetahuannya (Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula bagi tujuan membuat minit mesyuarat kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat.

Najib, 66, diwakili oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda, 43, diwakili oleh peguam Datuk N. Sivananthan.

Najib didakwa menggunakan jawatannya mengarahkan supaya laporan audit akhir 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau dituduh, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Pengauditan akhir 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Rabu depan.

[https://www.malaysiakini.com/news/500723](https://www.malaysiakini.com/news/500723)

 

https://www.malaysiakini.com/news/500723?fbclid=IwAR3g3pMNVW64Tm1W1Mt0w42LksiX4A1K13M4P4l676SBTRdYVR7k3baQ2no

Pengarah Audit mengaku rakam mesyuarat ‘pinda laporan 1MDB’ – Tahniah Nor Salwani Muhammad

TAHNIAH NOR SALWANI MUHAMMAD KERANA BERANI MENYAMPAIKAN KEBENARAN.

Image may contain: 1 person, text

1 PEMBELA KEJAHATAN

KES PINDA AUDIT 1MDB l Seorang saksi hari ini mengakui bahawa beliau yang membuat rakaman audio berdurasi dua jam 45 minit pada mesyuarat yang dikaitkan dengan dakwaan meminda Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 24 Feb 2016

Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara (JAN), Nor Salwani Muhammad, 52, memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam bekas pensel milik pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, wakil Jabatan JAN tanpa pengetahuannya ( Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata beliau berbuat demikian sebagai persediaan untuk membuat minit mesyuarat penyelarasan laporan audit 1MDB berkenaan kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat itu.

“Saya dilantik sebagai koordinator penyediaan laporan audit 1MDB. Disebabkan itu saya perlu mengetahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat terbabit kerana saya tidak boleh menyertainya (mesyuarat).

“Saadatul Nafisah tidak tahu yang saya menyimpan perakam dalam bekas pensil miliknya. Selepas mesyuarat habis, saya ambil perakam itu daripada bekas penselnya sebelum membawanya ke pejabat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram di hari keempat perbicaraan kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy, berhubung dakwaan meminda laporan akhir audit 1MDB.

Ditanya Sri Ram perakam suara itu milik siapa, Nor Salwani berkata ianya hak milik JAN.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata beliau tidak sempat memberitahu Saadatul Nafisah mengenai tindakannya meletakkan perakam tersebut ke dalam bekas pensil serta tidak berniat untuk menyorok perakam itu.

“Apabila saya diarah keluar dalam keadaan tergesa-gesa sebelum mesyuarat itu bermula, saya nampak bekas pensel di atas meja dan saya terus masukkan perakam ke dalamnya,” katanya.

PEMBELA KEJAHATAN AKAN BERSAMA FIRAUN DAN  SYAITAN  DI AKHIRAT NANTI.

 

Muhammad Shafee: Takkan kamu tidak ada etika untuk memaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa) bahawa kamu sebagai wakil audit kena meletakkan alat perakam untuk tujuan mencatit minit?

( NAJIB PENUH BERETIKA SEHINGGA RAKYAT KENA BEKERJA SAMPAI 60 TAHUN BARU BOLEH BERPENCEN)

Nor Salwani: Ketika itu, saya dalam keadaan kekalutan..saya tidak berpeluang untuk menyatakan demikian.

Semalam, rakaman audio mesyuarat itu yang dikaitkan dengan dakwaan meminda laporan akhir pengauditan 1MDB yang dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, diperdengarkan di Mahkamah Tinggi.

Najib, 66, didakwa atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda, sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.

Beliau didakwa, atas kedudukannya sebagai pegawai awam iaitu perdana menteri, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya, iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB, yang sedang disediakan, dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang beliau secara langsung mempunyai kepentingan.

Najib didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib, meminda laporan itu, bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung Rabu depan.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/500703?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2XXoQ-0dWrMUGV7vEhZZM5M9gD_S82Gen31Jqauv4Kkm1hbOVqJhU95Vc

Semua mesyuarat yang melibatkan 1MDB dijalankan dengan sangat rahsia dan berhati-hati kerana Najib tahu dia sedang melakukan jenayah yang sangat besar. Disebabkan itulah, setiap langkah keselamatan diperati dengan baik dan minit mesyuarat tidak pernah disimpan kerana Najib tak mau rakyat tahu kegiatan rompakan wang negara mengunakan jawatannya sebagai Perdana Menteri diketahui rakyat.

Tapi negara bernasib baik apabila saksi kes ‘meminda laporan audit 1MDB’ berjaya mendapatkan rakaman suara arahan-arahan Najib dalam mesyuarat untuk meminda laporan audit 1MDB tersebut.

Antara rakaman yang dapat dirakam, ialah arahan untuk GUGURKAN DUA LAPORAN 1MDB SUPAYA IA TIDAK DILAPORKAN DALAM LAPORAN AUDIT OLEH PAC!

Nampak tak kenapa BN dan PAS bermati-matian memainkan pelbagai isu agama dan kaum untuk menimbulkan kebencian antara kaum agar suatu keadaan akan membolehkan parlimen dibubarkan untuk mereka cuba mengambil alih negara DAN MENUTUP SEMULA SEGALA SALAHLAKU INI?????

Celakalah Najib Razak da sekutunya!!!

Laporan lanjut boleh dibaca di sini:
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/519369/amp