PERDANA MENTERI MAHU YADIM MAIN PERANAN UTAMA LAHIRKAN PENDAKWAH

No photo description available.

BERITA YADIM TV SIRI 33 / 2019 (13 Disember 2019)

Penyampai Berita : Hadijah Musanip
.
ANTARA PAPARAN MENARIK MINGGU INI:

✅ PERDANA MENTERI MAHU YADIM MAIN PERANAN UTAMA LAHIRKAN PENDAKWAH

✅ TABUNG WAKAF PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN PELAJAR

✅303 PELAJAR PADANG BESAR TERIMA SUMBANGAN YADIM

✅JABATAN PENJARA MALAYSIA BERI PENGHARGAAN KEPADA YADIM KEDAH

✅KUNJUNGAN HIMSAK KE YADIM BUKA RUANG KERJASAMA DAKWAH

✅YADIM BERJAYA KEKAL KETIDAKPATUHAN SIFAR 2 TAHUN BERTURUT-TURUT

📌 Berita YADIM TV akan bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi.

(Jom LIKE & FOLLOW Page @Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim)

#yadimMy #dakwah #sayangiYadim #sayangiMalaysiaku
#yadimdihatiku #rahmatanlilalamin #fastabiqulkhoirot #solidaritikedamaian #unitmediadanpenyiaran #YADIMTV #MALAYSIARAHMAH

https://web.facebook.com/480621232017153/posts/2700740103338577/?_rdc=1&_rdr

 

Jom Sertai RSY (Rakan Siswa Yadim)

Image may contain: 1 person, smiling, text

JOM SERTAI RSY

Assalamualaikum wmwb

Mahasiswa/Mahasiswi yang dihormati sekalian, 👨🏻‍🎓👩🏻‍🎓

Rakan Siswa YADIM (RSY) adalah sebuah entiti yang bernaung terus di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang kini diterajui oleh Yang Dipertuanya Al-Fadhil Ustaz Nik Omar bin Nik Ab Aziz.

Kami sedang mencari seramai mungkin keahlian baru Rakan Siswa YADIM (RSY) bagi menyertai program-program dakwah yang berbentuk santai dan ingin membawa satu landskap yang baru kepada alam mahasiswa/i pada hari ini.

Apa yang menarik apabila anda sertai RSY?

💎 Gerbang Pra-Siswa (GPS) YADIM
💎 Multaqa Mahasiswa Antarabangsa (MMA)
💎 Hi Tea bersama Ustaz Nik Omar
💎 Leadership Townhall bersama pimpinan tinggi negara
💎 RSY Hidupkan Ramadhan (RHR)
💎 RSY’s Staycation @kampungorangasli

Ayoh sertai Rakan Siswa YADIM dengan mengisi google form yang tersedia dan anda akan dihubungi sesegera yang mungkin untuk pengesahan.

Sebarang persoalan boleh hubungi :

+60184645155 (En Mirzan)
wasap.my/60184645155/NakJoinRSY!

Link Pendaftaran : https://forms.gle/SBs7q6wvWv5AhTa86

#RSY
#RakanSiswaYADIM
#JomJoinRSY

Ust Nik Omar menziarahi beberapa orang penduduk yang terlantar dan mengalami keuzuran di Kg Tasek Berangan.

1 NIK OMAR

Kg Tasek Berangan, Ust Nik Omar diiringi Dr Shah Jihan dan Abe Aziz menziarahi beberapa orang penduduk yang terlantar dan mengalami keuzuran.

Menariknya dalam program ziarah kali ini kita membawa bersama tim perubatan dari Hospital Pasir Mas untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan memberi khidmat nasihat.

PERTEMUAN NIK OMAR BERSAMA YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA

Image may contain: 4 people, people sitting, office, table and indoor

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: 1 person, sitting

PERTEMUAN BERSAMA YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA

Alhamdulillah hari ini berkesempatan bertemu dengan YAB Tun Mahathir bagi menjemput beliau ke Multaqa Ulama Asia Tenggara anjuran YADIM.

Kita menjemput YAB Tun Mahathir sebagai Perasmi Penutup Multaqa dan berbesar hati untuk turut sama mendengar amanat dari beliau pada majlis tersebut.

YAB Tun turut berkongsi pandangan tentang hal ehwal umat Islam dan kefahaman Islam itu sendiri.

Sungguh, Malaysia bertuah kerana mempunyai pemimpin seperti beliau yang menjiwai keperluan rakyat.

Terima kasih tidak terhingga atas kesudian YAB Tun meluangkan masa bertemu dengan ambo

NIK OMAR MENERIMA KUNJUNGAN TETAMU NEGARA MALAYSIA DR ZAKIR NAIK DAN ROMBONGAN

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

MENERIMA KUNJUNGAN TETAMU NEGARA MALAYSIA

Sepagian ambo bersama Dr Zakir Naik dalam mempelajari dan mendengar sendiri pengalaman beliau menyampaikan dakwah dan berjaya mengislamkan ribuan manusia di luar sana.

Terima kasih diucapkan kepada Dr Zakir Naik dan rombongan atas kesudiaan berkunjung ke pejabat Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan berkongsi pandangan.

Sebarkan keamanan dan kesejahteraan walau di mana kita berada.

Kita doakan segala ujian & mehnah yang beliau hadapi menjadikan beliau terus kuat, dan sebagai seorang muslim, wajib keatas kita untuk membantu beliau kerana itu tuntutan hak bersaudara.

#IslamRahmatBuatSekalianAlam
#DrZakirNaikPendakwahAntarabangsa

Ulama mesti jaga tutur kata, tunjuk teladan terbaik – Nik Omar

Seseorang yang alim dalam hal ehwal agama seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada masyarakat serta bijak mengawal perbuatan, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Menurut Nik Omar setiap manusia boleh saja berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan pandangan tertentu, namun semasa menguruskannya, fakta mesti diutamakan semasa berhujah.

“Bila sebut orang alim kita kena tunjuk contoh yang terbaik. Kita boleh tak bersetuju, tapi utamakan hujah, utamakan fakta.

“Tak sepatutnya kalimah atau kata-kata yang tak selayaknya (keluar dari mulut alim ulama). Jadi, kita raikan demokrasi. Itu yang sepatutnya,” katanya kepada Malaysiakiniketika ditemui di Putrajaya, semalam.

Iklan

Nik Omar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan salah seorang ulama kanan PAS di media sosial semalam.

Tanpa menyebut sebarang nama anggota Jawatankuasa Ulama Pusat PAS, Mokhtar Senik, menyindir beberapa golongan sebagai tali barut parti itu dan menjadi musuh politik mereka.

Kata Mokhtar ulama – walaupun bertaraf antarabangsa – dan keturunan “tok guru atau tok garu” yang mendukung “agenda DAP”.

Beri contoh terbaik

Kata Mokhtar mereka juga turut dianggap sebagai tali barut, selain berkata golongan terbabit ialah individu yang berwajah Melayu namun “berhati perut DAP”.

Untuk rekod Nik Omar ialah anak kepada bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menjadi calon Amanah – yang mewakili PH – dalam pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu. Adiknya, Nik Abduh pula bertanding sebagai calon PAS di Bachok.

PAS memang memusuhi Amanah dan menganggap parti berkenaan ditubuhkan atas kehendak DAP.

Mengulas lanjut, Nik Omar berkata alim ulama di negara ini perlu meraikan demokrasi walaupun memilih haluan atau kumpulan berbeza.

“Kalau kita ada ilmu dan kefahaman yang betul, sebenarnya kita lebih terbuka.

“Sepatutnya kita raikan demokrasi. Takdirnya DAP bersama dengan PH, dan majoriti rakyat Malaysia memberi peluang kepada PH untuk menerajui Malaysia,” katanya.

Tambah Nik Omar, banyak ayat Al-Quran menonjolkan kesempurnaan kaedah dakwah Nabi Muhammad SAW .

“Contoh terbaik dan Nabi SAW pun dia sebut, keutamaan dia diutus untuk menyempurnakan akhlak kita manusia

“Jadi siapa yang paling layak untuk ikut cara nabi (selain) daripada alim ulama?

“Alim ulama perlu berikan contoh yang baik, itu asasnya,” kata Nik Omar.

https://www.malaysiakini.com/news/490051?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2KJLWM9fU7HgFgWhubW4-aDEx7XGo3S9jgigFb9MJaA5nHcZyQIsjFtRU

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.