Ada unsur rasuah dalam isu penyeludupan sempadan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat unsur-unsur rasuah berhubung penyeludupan di sempadan negara baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) melakukan siasatan terperinci berhubung perkara itu.

Beliau berkata JIPS telah diarahkan untuk menyiasat beberapa dakwaan dan menimbang beberapa bukti diterima, yang mengatakan berlakunya penyelewengan dalam kalangan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan negara.

“Masalah ini telah lama berlarutan sejak tahun lepas, Majlis Keselamatan Negara ada mendedahkan video penglibatan beberapa pegawai dan anggota PGA yang didapati bersekongkol dan tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas perbuatan penyeludup yang didapati melakukan kegiatan itu di depan mata mereka.

“Saya sudah bagi amaran daripada dulu lagi, agar menghentikannya dan hasil gesaan-gesaan yang saya buat, beberapa individu telah tampil yang sanggup dan berani menyalurkan maklumat kepada saya mengenai amalan-amalan yang tidak baik ini (penyeludupan melibatkan PGA).

“Kami akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya,” katanya dalam sidang media selepas majlis penyampaian sijil penghargaan kepada anggota-anggota polis di Bukit Aman, di sini.
 
Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid berkata 10 jabatan di bawah PDRM antaranya Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Cawangan Khas diarah untuk mengembleng tenaga bagi menangani isu rasuah dan penyelewengan kuasa dalam kalangan para pegawai dan anggotanya.

“Saya telah mengarahkan satu tindakan holistik dilakukan melibatkan 10 jabatan dalam PDRM termasuk Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik.

“Semua 10 (jabatan) ini bersatu tenaga untuk menggempur (mana-mana pegawai atau anggota) untuk dikenakan tindakan. Saya akan pastikan mereka yang hidup mewah dengan mengumpulkan harta-harta menerusi jalan yang salah ini akan dirampas balik dan kembalikan kepada negara,” katanya.

Beliau turut mengakui bahawa perbuatan terkutuk menerima rasuah ini mencemarkan imej  PDRM dan merosakkan negara.

“Terdapat ramai pegawai polis didapati telah dirasuah (oleh sindiket yang melakukan penyeludupan) dan ramai juga diantara mereka yang telah dikenakan tindakan tatatertib. Pada waktu yang sama juga, mereka (penyeludup) mencuri hasil-hasil yang sepatutnya masuk ke dalam kewangan negara dan menerusi penyeludupan ini juga mereka berjaya lari dari sistem pencukaian,” katanya.

Hari ini, Bernama melaporkan seorang anggota PGA ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup masuk tiga migran melalui sempadan Kalimantan-Sarawak, di Tebakang, semalam.

Anggota yang ditahan itu bertugas di pos kawalan Ops Benteng di Tebedu, Sarawak. – BERNAMA

34 pegawai polis “mesra” penjenayah dipindahkan tempat kerja -Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan dirombak setelah beberapa pegawai dipercayai  bersekongkol dengan sindiket penjenayah.
D7 adalah salah satu bahagian di bawah JSJ.
Berita Harian memetik Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengatakan bahawa jabatan pengurusan Bukit Aman telah membentuk sebuah jawatankuasa khas untuk menyaring semua polis yang berkelayakan untuk menjalankan tugas mereka di jabatan-jabatan tersebut.

Kata  Abdul Hamid, pihaknya kini dalam proses menukarkan segelintir pegawai dan anggota dari D7 dan Narkotik yang disyaki mengambil kesempatan daripada sindiket tertentu atau penjenayah yang menjalankan kegiatan perjudian dan dadah.

“Proses saringan ini membabitkan peringkat Bukit Aman, kontinjen dan daerah. Untuk peringkat permulaan tumpuan utama kita adalah di sekitar Lembah Klang, terutama Kuala Lumpur.
“Ini adalah amat penting bagi memastikan Kuala Lumpur dapat dibersihkan daripada elemen pegawai dan anggota yang menyeleweng serta memberikan imej yang tidak baik kepada pasukan PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya seperti dilapor.

Menurut Abdul Hamid, bulan lalu, sejumlah 34 pegawai kanan polis di seluruh negara dipindahkan kerana mereka mempunyai masalah integriti setelah mereka dipercayai bersekongkol dengan sindiket tertentu.
Proses pemindahan, katanya, masih belum selesai.
“Dalam masa terdekat ini masih ada lagi pertukaran yang dilakukan dan saya meletakkan semua tanggungjawab itu terhadap Jabatan Pengurusan yang kini dipimpin oleh Ramli Din.
“Mana-mana pegawai dan anggota yang berpotensi dan melepasi saringan yang dibuat maka mereka akan diserapkan ke-tempat panas seperti D7 dan narkotik,” katanya.

Abdul Hamid mengulangi pendiriannya untuk tidak pernah berkompromi dengan anggota polis yang mempunyai “jalinan mesra” dengan penjenayah, dan menjanjikan tindakan tegas terhadap anak buahnya jika terlibat.
Bulan lalu, SPRM menahan 10 individu termasuk lapan pegawai kanan polis kerana terlibat dengan sindiket Macau Scam.
Mereka antara lain terdiri daripada Asisten Komisioner Polis (ACP), Deputi Superintendan, dan Asisten Superintendan. Mereka berpusat di Bukit Aman dan ibu pejabat polis kontinjen Selangor.
Sindiket itu dikatakan telah mensasarkan mangsa di China dan menggunakan Malaysia sebagai hab operasi dan mencuci wang. -MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/11/34-pegawai-polis-mesra-penjenayah.html

Kakitangan Imigresen Gred KP19 miliki kereta mewah dan kerap melancong antara diberkas SPRM

Putrajaya: Hadiahkan ‘koleksi’ kereta mewah kepada segelintir kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terbabit dengan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di pintu utama negara.
Ini dibuktikan apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi Ops Selat bertindak merampas 21 kenderaan mewah pelbagai model miliki kakitangan JIM yang diberkas sejak Isnin lalu.

Antara model kereta dirampas membabitkan Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan pelbagai kenderaan import lain.

Sumber berkata, semua 21 kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit itu kini disita di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.
“Turut disita 4 motosikal berkuasa tinggi milik kakitangan JIM ditahan reman terbabit.

“Siasatan susulan dilakukan SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM132,000 selain turut menyita wang di dalam akaun bank milik kakitangan JIM berjumlah RM616,499,” katanya.
Menurutnya, SPRM amat serius dalam membongkar kegiatan rasuah susulan penahanan 27 anggota JIM, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

“Siasatan mendapati ejen atau orang tengah ini menggunakan wang dan kenderaan mewah untuk ‘membeli’ hati kakitangan terbabit bagi memudahkan urusan keluar masuk pekerja warga asing bermasalah dari negara ini sejak 2017,” katanya.
Sumber berkata, siasatan SPRM menerusi operasi khas mendapati sindiket ejen warga asing ini sudah membelanjakan RM14.5 juta untuk menyogok pegawai Imigresen sejak 4 tahun lalu.

“Ini dibuktikan apabila ada antara kakitangan JIM berpangkat rendah ditahan memiliki wang simpanan dalam jumlah tidak masuk akal serta kenderaan mewah. Bagi mengaburi pihak berkuasa, individu dikenal pasti sebagai orang tengah atau ejen kegiatan haram ini mendaftarkan kenderaan mewah menggunakan nama individu lain.

“Ini jelas melangkaui pendapatan individu terbabit yang hanya menduduki Gred KP19,” kata sumber itu kepada Harian Metro.
Mengikut laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), gaji minima gred KP19 bagi klasifikasi perkhidmatan keselamatan dan pertahanan awam adalah RM1,360 dan maksimum RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun.
“Malah, siasatan turut menjurus kepada kehidupan mewah dikecapi termasuk kerap melancong ke luar negara,” katanya.

Menurutnya, SPRM kini meneruskan usaha memburu dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan dapat dikesan.
“Sehingga kini (semalam), lelaki terbabit Yuen Hon Loong, 49, dan Teo Hun Siang, 36, masih gagal ditemui,” katanya.
Menerusi Op Selat, SPRM berjaya memberkas 46 individu pada Isnin lalu.
Melalui laporan Harian Metro bermula Rabu lalu, kakitangan JIM itu disogok susulan banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migran untuk pulang ke negara asal mereka. -MYMetro

https://www.tuncarlos.com/2020/11/kakitangan-imigresen-gred-kp19-miliki.html

BELUM ADA PERTUDUHAN TERHADAP ROMPAKAN DALAM TABUNG HAJI DAN ANGKATAN TENTERA.

Ramai sahabat-sahabat bertanya tentang tambahan tuduhan pendakwaan ke atas saya semalam. Jadi biar saya terangkan fakta-fakta kes yang sebenarnya berlaku tetapi tidak dilaporkan oleh media. (Sahabat mana yang dok tanya hang Ajis, kecuali Sahabat Penyamun je)

  1. Pertuduhan saya telah dipinda oleh pihak pendakwaan. Amaun tuduhan yang dikenakan ke atas saya telah dikurangkan daripada RM140 juta kepada hanya RM14 juta sahaja. Ini adalah satu kemenangan daripada segi moral kepada pasukan pembelaan kami. (Pinda ka hang menang moral ka, pertuduhan rasuah tetap rasuah. Cuma nak tanya, hang banyak duit samun berbilion, hang ada rasuah Pihak Pendakwaan tak?)
  2. Tiada satupun tuduhan tersebut adalah melibatkan Tabung Haji. Usaha pelbagai media yang mengaitkan jawatan lama saya selaku Pengerusi institusi tersebut dengan kes yang sedang berjalan adalah suatu propaganda politik yang tidak bermoral. Walaupun berkali-kali telah saya nyatakan bahawa tiadanya pendakwaan berkaitan dengan wang Tabung Haji. (Tak payah dok buat suci bab Tabung Haji. Kes hang la ni kes rasuah. Ia tak babit lagi dengan Tabung Haji. Hang lupa ka laporan polis Pengurusan Tabung Haji kat hang dulu? Jadi tak payah dok buat suci bab Tabung Haji, Menteri UMNO dan Ketua Bahagian UMNO tau apa yang hang buat di Tabung Haji dulu)
  3. Bagi pertuduhan-pertuduhan tersebut, pihak kami akan meneliti segala fakta kes dan hujahan pendakwaan daripada masa ke semasa. Saya tidak akan menjawab di luar mahkamah bagi mengelakkan unsur subjudis. (Semoga Allah SWT mengagalkan segala usaha hang Ajis dalam melepaskan diri dari tuduhan rasuah. Aamiin ya rabbal alamin.)
  4. Saya merupakan seorang ahli perniagaan sebelum saya menceburi bidang politik lagi. (Pirah pundek. Hang meniaga apa? Berniaga besi buruk? Berniaga tarik kereta? Berniaga jual kereta dan tak bayar sewa tapak kedai? La ni hang tak payah sembang keling, hang senarai hang berniaga apa dan tolong senarai syarikat syarikat hang dengan bukti SSM. Lagi satu Ajis, hang berniaga kan, hang tolong tunjuk hang bayar cukai berniaga hang dengan bukti sekali)
  5. Walaubagaimanapun, saya merasa bersyukur di atas perkembangan terbaru ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang tidak jemu menadah tangan berdoa untuk keselamatan dan kelancaran urusan saya. (Tak payah dok guna ayat ayat agama lah Ajis oi. Puak yang dok tadah tangan tu samada puak penyamun sekali dengan hang dan puak yang hang bayar untuk baca Yaasiin dan berdoa kat hang.)

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pembela. (Tak payah lah nak ber Allah. Waktu hang menyamun, hang tak ingat pun kat Tuhan.)

Dan kebenaran akan diketahui umum juga suatu masa nanti, Insyaallah. (Kebenaran hang menyamun Tuhan dah tunjuk pada hari pertama perbicaraan. Terlondeh habis syarikat anak bini hang samun kontrak Kerajaan.)

uncleazeez

Balingdihatiku

Azeezrahimrakyatbalingberpisahtiada

#KelingPelingkupUMNO
#KelingPelingkupAgama
#KelingPelingkupMelayu
#KelingPelingkupNegara

MALAYSIA NEGARA RASUAH

PEJUANG

10 Sep 2020 | Uncategorized

  1. Negara Malaysia sudah menjadi negara rasuah terutama dalam politiknya. Ini jelas dilihat bagaimana Kerajaan pilihan rakyat diganti dengan Kerajaan yang dibeli oleh pihak tertentu.
  2. Jika dibiar rasuah akan berkembang dan akan rosakkan pentadbiran negara dan menghalang pembangunannya.
  3. Rakyat semua akan menderita teruk kerana terpaksa menghulur wang untuk khidmat Kerajaan.
  4. Parti Pejuang ditubuh untuk membanteras aliran ke arah ini.
  5. Memang tidak mudah melawan budaya rasuah. Tetapi jika tidak ada sedikitpun usaha membanteras rasuah, penyalahgunaan wang, salah guna kuasa akan berkembang dengan lebih cepat lagi, lebih teruk lagi.
  6. Jika Pejuang diberi sokongan dan peluang, sedikit sebanyak rasuah dan salah guna kuasa boleh dikurangkan.
  7. Pejuang menjemput mereka yang sedar akan bahaya rasuah untuk menyokong atau menyertai perjuangannya.
  8. Kita sudah dengar berkenaan usaha untuk menukar nilai hidup kita supaya yang tidak baik menjadi baik dan yang baik menjadi tidak baik.
  9. Kita dengar seorang penjenayah berkata “Aku Boss, apa nak malu (kalau aku curi)”. Dan ini disambut oleh penyokongnya dengan menerima dakwaan ini, dan disambung dengan laungan “Ya. Kalau dia curi pun, bukan curi duit kita”.
  10. Jadi sekarang mencuri pun tidak mengapa kerana yang dicuri bukan duit kita dan pencuri itu adalah Boss kita. Dan kita pun dapat sedikit duit yang dicuri.
  11. Apabila mencuri dianggap tidak salah, maka rasuah, menipu, hukuman salah, membohong – semua ini pun tidak salah juga.
  12. Maka menubuh Kerajaan pimpinan Melayu Islam oleh penjenayah seperti ini pun boleh diterima sebab dia Melayu dan Islam.
  13. Hari ini di Malaysia sudah terdapat Kerajaan pintu belakang atau tebuk atap. Kerajaan Sabah pun hampir terguling kerana 13 ahli Kerajaan dibeli dengan bermillion Ringgit.
  14. Jika dua lagi ahli dapat dibeli, maka Kerajaan Sabah pilihan rakyat akan jatuh dan diganti dengan Kerajaan pintu belakang. Di masa hadapan mereka yang mempunyai wang yang banyak boleh beli Kerajaan, bahkan mendiri Kerajaan. Sudah tentu Kerajaan yang dibeli ini akan diguna oleh penjenayah untuk jenayah mereka.
  15. Bukan sahaja itu tetapi apabila tuduhan dibuat terhadap anggota mereka, Peguam Negara mereka boleh disuruh buang kes. Tuduhan juga boleh dibuat terhadap musuh politik sehingga dihadap ke mahkamah, didapati bersalah dan dipenjara.
  16. Tidak akan ada “Rule of Law” dalam negara yang Kerajaannya terdiri dari penjenayah. Lihat sahajalah apa yang berlaku di zaman Najib. Orang yang cuba tegur salah laku oleh Najib dimasuk dalam tahanan di bawah undang-undang SOSMA.
  17. Mungkin ada yang berpendapat Kerajaan penjenayah seperti ini tidak mungkin berlaku di negara kita. Tetapi ia sudah pun berlaku dan penjenayah sudah pun dibicara dan didapati bersalah apabila rakyat pilih Kerajaan rakyat.
  18. Sesungguhnya di Malaysia sudah berlaku di mana sebuah Kerajaan pilihan rakyat dijatuhkan dan sebuah lagi hampir jatuh kerana ahli parti Kerajaan dibeli. Besar kemungkinan di masa hadapan penjenayah kaya akan beli Kerajaan dengan bermillion Ringgit dan pemerintahan kuku besi didiri oleh penjenayah.
  19. Atas kesedaran kemungkinan inilah maka parti Pejuang ditubuh. Kita akan tentukan pemimpin Pejuang akan terdiri dari pejuang-pejuang anti-rasuah dan anti-politik wang.
  20. Kami juga akan berusaha membantu rakyat dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang mengikut aturan-peraturan dan bersih.
  21. Kami akan utamakan “The Rule of Law”.
  22. Kami tidak terikat dengan mana-mana parti campuran. Sebaliknya kami akan sokong mana-mana pihak yang utamakan prinsip-prinsip perjuangan kami.
  23. Kami seru kepada rakyat supaya sertai kami atau sokong kami dalam PRU.
  24. Percayalah kami mempunyai banyak cara (idea) untuk menjayakan peperangan kami melawan rasuah dan politik wang.
  25. Sokonglah kami sebagai PEJUANG untuk memulih bangsa yang berjaya dan mulia.

Bagi pihak Pejuang,
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
https://www.daftarpejuang.com/