TUJUH PEMIMPIN TERBURUK DI AKHIR ZAMAN

TUJUH PEMIMPIN TERBURUK DI AKHIR ZAMAN

Setidaknya menurut hadits-hadits Rasulullah Saw ada 7 tanda pemimpin yang dimurkai dan terburuk di akhir zaman, antara lain:

1. Para Pemimpin Sesat

Dari Aus yang berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:

«إِنِّي لاَ أَخَافُ عَلىَ أُمَّتيِ إِلاَّ الأَئِمَّةَ المُضَلِّينَ»

“Aku tidak takut (ujian yang akan menimpa) pada umatku, kecuali (ujian) para pemimpin sesat.” (HR. Ibnu Hibbân).

Sufyan as-Tsauri menggambarkan mereka dengan mengatakan:

“Tidaklah kalian menjumpai para pemimpin sesat, kecuali kalian mengingkari mereka dengan hati, agar amal kalian tidak sia-sia.”

2. Para Pemimpin Bodoh

Dari Jabir bin Abdillah bahwa Rasulullah ﷺ berkata kepada Ka’ab bin Ajzah:

«أَعَاذَكَ اللهَ مِنْ إمَارَةِ السُّفَهَاءِ »

“Aku memohon perlindungan untukmu kepada Allah dari kepemimpinan orang-orang bodoh.” (HR. Ahmad)

Dalam hadits riwayat Ahmad dikatakan bahwa pemimpin bodoh adalah pemimpin yang tidak mengikuti petunjuk dan sunnah Rasulullah ﷺ . Yakni pemimpin yang tidak menerapkan syariah Islam.

3. Para Pemimpin Penolak Kebenaran, Penyeru Kemungkaran

Dari Ubadah bin Shamit berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:

«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَأْمُرُونَكُمْ بِمَا لاَ تَعْرِفُونَ وَيَفْعَلُونَ مَا تُنْكِرُونَ فَلَيْسَ لاِؤلَئِكَ عَلَيْكُمْ طَاعَةٌ»

“Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang memerintah kalian dengan hukum yang tidak kalian ketahui (imani). Sebaliknya, mereka melakukan apa yang kalian ingkari. Sehingga terhadap mereka ini tidak ada kewajiban bagi kalian untuk menaatinya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah)

4. Para Penguasa Yang Memerintah dengan Mengancam Kehidupan dan Mata Pencaharian

Dari Abu Hisyam as-Silmi berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:

«سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أَئِمَّةٌ يَمْلِكُوْنَ رِقَابَكُمْ وَيُحَدِّثُوْنَكُمْ فَيَكْذِبُونَ، وَيَعْمَلُوْنَ فَيُسِيؤُونَ، لا يَرْضَوْنَ مِنْكُمْ حَتَّى تُحَسِّنُوا قَبِيْحَهُمْ وَتُصَدِّقُوْا كَذِبَهُمْ، اعْطُوْهُمُ الحَقَّ مَا رَضُوا بِهِ»

“Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kalian. Mereka berbicara (benjanji) kepada kalian, kemudian mereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan, lalu pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kalian hingga kalian menilai baik (memuji) keburukan mereka, dan kalian membenarkan kebohongan mereka, serta kalian memberi pada mereka hak yang mereka senangi.” (HR. Thabrani)

5. Para Pemimpin Yang Mengangkat Pembantu Orang-orang Jahat, dan Mengakhirkan Shalat (Mengabaikan Syari’ah)

Dari Abu Hurairah ra yang berkata bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:

« يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ أُمَرَاءُ ظَلَمَةٌ، وَوُزَرَاءُ فَسَقَةٌ، وَقُضَاةٌ خَوَنَةٌ، وَفُقَهَاءُ كَذَبَةٌ، فَمَنْ أَدْرَكَ مِنْكُمْ ذَلِكَ الزَّمَنَ فَلا يَكُونَنَّ لَهُمْ جَابِيًا وَلا عَرِيفًا وَلا شُرْطِيًّا»

“Akan ada di akhir zaman para penguasa sewenang-wenang, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim pengkhianat, dan para ahli hukum Islam (fuqaha’) pendusta. Sehingga, siapa saja di antara kalian yang mendapati zaman itu, maka sungguh kalian jangan menjadi pemungut cukai, pegawai kanan, dan polisi.” (HR. Thabrani)

Ada riwayat lain seperti hadits di atas dengan matan yang sedikit berbeda:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالا : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لَيَأْتِيَنَّ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يُقَرِّبُونَ شِرَارَ النَّاسِ ، وَيُؤَخِّرُونَ الصَّلاةَ عَنْ مَوَاقِيتِهَا ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلا يَكُونَنَّ عَرِيفًا ، وَلا شُرْطِيًا ، وَلا جَابِيًا ، وَلا خَازِنًا

Daripada Abu Sa’id dan Abu Hurairah mereka berdua berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

“Akan datang atas kalian pemerintah yang rapat dengan seburuk-buruk manusia dan melewat-lewatkan sholat (sehingga terkeluar) daripada waktunya. Maka barangsiapa antara kalian yang menemui keadaan ini janganlah menjadi pegawai kanan, jangan polisi, jangan pemungut cukai dan jangan (pula menjadi) bendahari.” (HR. Ibn Hibban dalam Sahih-nya [4586])

6. Para Pemimpin Diktator (Kejam Dan Tangan Besi)

Rasulullah ﷺ bersabda:

«إِنَّ شَرَّ الوُلاَةِ الحُطَمَةُ»

“Sesungguhnya seburuk-buruknya para penguasa adalah penguasa al-huthamah (diktator).” (HR. Al-Bazzar)

Pemimpin al-huthamah (diktator) adalah pemimpin yang menggunakan politik tangan besi terhadap rakyatnya.

Dari Abu Layla al-Asy’ari bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:

«وسَيَلي أُمَرَاءُ إنْ اسْتُرْحِمُوا لَمْ يَرْحَمُوا، وإنْ سُئِلُوا الحَقَّ لَمْ يُعْطُوا، وإِنْ أُمِرُوا بالمَعْرُوفِ أَنْكَرُوا، وسَتَخَافُوْنَهُمْ وَيَتَفَرَّقَ مَلأُكُمْ حَتى لاَ يَحْمِلُوكُمْ عَلى شَيءٍ إِلاَّ احْتُمِلْتُمْ عَلَيْهِ طَوْعاً وَكَرْهاً، ادْنَى الحَقِّ أَنْ لاَ تٌّاخُذُوا لَهُمْ عَطَاءً ولا تَحْضُروا لَهُمْ في المًّلاَ»

“Dan berikutnya adalah para pemimpin jika mereka diminta untuk mengasihani (rakyat), mereka tidak mengasihani; jika mereka diminta untuk menunaikan hak (rakyat), mereka tidak memberikannya; dan jika mereka disuruh berlaku baik (adil), mereka menolak. Mereka akan membuat hidup kalian dalam ketakutan; dan memecah-belah tokoh-tokoh kalian. Sehingga mereka tidak membebani kalian dengan suatu beban, kecuali mereka membebani kalian dengan paksa, baik kalian suka atau tidak. Serendah-rendahnya hak kalian, adalah kalian tidak mengambil pemberian mereka, dan tidak kalian tidak menghadiri pertemuan mereka.” (HR. Thabrani)

7. Para Penguasa Zindik (Pura-Pura Beriman)

Dari Ma’qil bin Yasar bahwa Rasulullah ﷺ bersabda:

«صِنْفَانِ مِنْ أُمَّتِي لَنْ تَنَالَهُمَا شَفَاعَتِي: إِمَامٌ ظَلُومٌ، وَكُلُّ غَالٍ مَارِقٍ»

“Dua golongan umatku yang keduanya tidak akan pernah mendapatkan syafa’atku: pemimpin yang bertindak zalim, dan orang yang berlebihan dalam beragama hingga sesat dari agama.” (HR. Thabrani).

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ قُدَامَةَ الْجُمَحِيُّ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ أَبِي الْفُرَاتِ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ

“Akan datang kepada masyarakat tahun-tahun yang penuh tipuan. Pada tahun-tahun itu pembohong dipandang benar, yang benar dianggap bohong; pada tahun-tahun tersebut pengkhianat diberi amanat, sedangkan orang yang amanah dianggap pengkhianat. Pada saat itu yang berbicara adalah ruwaibidhah.” Lalu ada sahabat bertanya, “Apakah ruwaibidhah itu?” Rasulullah menjawab, “Orang bodoh yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik.” (Dalam riwayat lain disebutkan, ruwaibidhah itu adalah “orang fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik” dan “al-umara [pemerintah] fasik yang berbicara/mengurusi urusan umum/publik”).” (HR. Ahmad, Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Bazzar)

(gwa).

و الله اعلم ب الصواب

Malaysia Tiru Zimbabwe cetak wang kerana mahu cepat kaya

[VIDEO] Pengalaman negara Zimbabwe cetak wang kerana mahu cepat kaya

Pengalaman negara Zimbabwe cetak wang kerana mahu cepat kaya

Kebanyakan negara seluruh dunia cuba mendapatkan wang pantas dengan cara mencetak lebih banyak wang, namun ia sangat jarang berlaku dengan baik.

Ini adalah kerana, jika semua orang mempunyai wang, kesemua produk akan meningkat naik harganya, dan mereka memerlukan lebih banyak wang untuk membeli produk tersebut.

Sebenarnya, perkara ini telahpun berlaku di beberapa negara seperti Zimbabwe, dan Venezuela. Negara ini cuba mencetak wang kertas dengan banyak supaya menjadikan ekonomi negara mereka meningkat.

Apabila wang kertas ini dicetak dengan banyak, harga produk juga akan meningkat lebih banyak, sehinggakan negara negara ini mula mengalami sesuatu yang sangat dasyat iaitu “hyperinflation”.

Ia bermaksud harga akan naik dengan jumlah yang sangat luar biasa dalam setahun.

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=iS-XtMshsTw&ab_channel=APHDChannel

Tak perlu keluar KWSP kalau lebih dana disalur kepada rakyat bukannya kepada JASA

Tak perlu keluar KWSP kalau lebih dana disalur kepada rakyat bukannya kepada JASA

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Putrajaya supaya mengutamakan rakyat, terutama golongan pekerja, sekali gus meminta peruntukan tidak perlu dan “projek khas” dikeluarkan daripada Belanjawan 2021.

Beliau merujuk kepada peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal-Ehwal Khas (Jasa), RM8.6 juta kepada Penggerak Komuniti Tempatan, RM1 bilion untuk “projek khas” di bawah Jabatan Perdana Menteri dan RM13.61 bilion di bawah Kementerian Kewangan untuk “pelbagai suntikan modal” dalam belanjawan tersebut dengan berkata, jumlah dana sebanyak RM14 bilion itu sangat membantu golongan yang paling memerlukan.

Santiago berkata, dengan menyalurkan dana tersebut kepada rakyat, orang ramai tidak perlu mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang merupakan simpanan persaraan mereka.

“Bolehkah kerajaan ubah suai belanjawan ini? Sebagai langkah awal, ia boleh memindahkan dana bagi membantu pekerja dengan membatalkan atau menilai semula cadangan belanjawan berkenaan.

“Kerajaan ada dana. Tetapi adakah ia mempunyai keazaman politik untuk membantu golongan yang paling memerlukan?

“Apakah pentadbiran Muhyiddin Yassin mengambil jalan mudah dengan menjadikan simpanan KWSP, yang merupakan dana persaraan, sebagai tabung kecemasan?”, soalnya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan bahawa 32% daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM5,000 dalam Akaun 1, sementara 10% lagi mempunyai antara RM6,000 hingga RM10,000.

KWSP sendiri memaklumkan kira-kira 65% pencarum di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM50,000, sementara 60% pesara menggunakan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 3 tahun selepas bersara.

Santiago berkata, angka ini menunjukkan bahawa sebilangan besar pekerja hidup dalam kemiskinan, sementara pengeluaran lebih banyak simpanan mereka akan menghilangkan terus jaminan keselamatan kewangan selepas persaraan.

“Pengeluaran terkumpul akan memberi kesan ke atas kapasiti perolehan masa depan pekerja melalui kehilangan dividen dan faedah kompaun simpanan yang dikeluarkan.

“Ia juga akan menghapuskan keselamatan kewangan pada masa tua,” katanya.

Kerajaan merancang untuk membenarkan individu yang kehilangan pekerjaan mengeluarkan maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 1 KWSP di bawah kemudahan i-Lestari yang dilaksanakan pada April.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/16/dahulukan-rakyat-bukan-jasa-atau-projek-khas-kata-santiago/

Umat Nabi Muhammad Paling Ramai Terlibat Dengan Dadah

Kes dadah: Belia Melayu paling ramai ditahan di Johor

JOHOR BAHRU, 3 Rabiulakhir 1442H, Khamis – Seramai 4,176 belia Melayu ditahan di Johor dipercayai terbabit kes berkaitan dadah sejak awal tahun hingga 17 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, belia Melayu yang ditahan berusia 19 hingga 30 tahun – dan jumlah keseluruhan tahanan seramai 6,141 individu.

Katanya, mengikut pecahan itu, turut ditahan adalah belia Cina mencatatkan 930 orang, diikuti 515 belia India manakala selebihnya adalah lain-lain kaum seramai 520 orang.

Katanya, bagi pecahan kesalahan, mereka yang ditahan adalah pembekal dadah (848), memiliki (1,911) dan ujian air kencing (3,382).

“Bermula 1 Januari hingga 17 November lalu, kita telah mẹmbuat tangkapan seramai 17,349 individu atas pelbagai kesalahan dadah. Daripada jumlah itu 6,141 orang iaitu 35.39 peratus adalah belia berusia 19 hingga 30 tahun.

“Dalam tempoh yang sama, polis juga berjaya membuat rampasan pelbagai jenis dadah seberat 2.61 tan dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM28.77 juta. Turut dirampas adalah harta bernilai RM13.42 juta,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata, pasukan polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis daerah Kulai menahan lima lelaki berumur 17 hingga 19 tahun dalam keadaan mencurigakan di sekitar Taman Permainan Bandar Putra Kulai, pada 12.43 tengah malam, semalam.

Tambahnya, hasil pemeriksaan ke atas lima individu termasuk tiga pelajar sekolah itu berjaya menjumpai dadah jenis ganja seberat 3.29 gram bernilai RM164.

Katanya, hasil saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Tetrahudrocannabinol (THC).

“Semakan rekod ke atas semua suspek tidak mempunyai rekod lampau.

“Hasil soal siasat terhadap tiga pelajar ini, kita menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang merupakan pembekal dadah kepada pelajar terbabit.

“Polis Johor berharap masyarakat akan terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka bagi membantu pihak polis membanteras penyalahgunaan dadah,” katanya.Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.