Kartel daging sejuk beku jahanamkan industri halal Malaysia

Peniaga kecil daging, ayam import hadapi isu ketidakpercayaan

1.KES Kartel Daging Sejuk Beku 30 Tan Tipu Label Halal memang menggemparkan negara.

Kes ini amat besar kesannya dan akan memecah rekod baru.

Sekalung tahniah diucapkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Sinar Harian yang berjaya membongkar isu ini.

Sebagai pengguna, saya pun tidak tahu bagaimana mahu membezakan label halal yang asli atau palsu.

Jika saya pegawai perolehan di pasaraya besar pun, apa yang saya boleh buat bila semua dokumen yang diberi oleh pembekal adalah cukup?

2.Untuk makluman, semua produk daging yang diimport masuk ke Malaysia wajib mempamer sijil Halal (rujuk Perintah Kastam [Larangan Mengenai Import] 1988).

Kastam bertanggungjawab menjaga pintu masuk negara dari daging dan ayam tak halal. Justeru, saya merayu pihak kastam segera mengetatkan kawalan.

3.Saya juga merayu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) segera mengesan di mana lokasi produk seludup ini, lalu segera menariknya dari pasaran.

KPDNHEP juga perlu menjelaskan, logo palsu mana yang terlibat dalam penipuan ini.

4.Yang paling kasihan adalah peniaga kecil daging dan ayam import.

Mereka akan menghadapi isu ketidak percayaan masyarakat terhadap produk mereka.

Jika terbukti daging dan ayam yang mereka beli dari pengimport adalah tidak halal, mereka tidak boleh menjualnya kepada orang ramai.

5.Eksekutif halal pula perlu segera menyemak sama ada syarikat mereka terbeli produk yang dipalsukan ini.

Sememangnya dalam sesetengah kes, Eksekutif Halal perlu melakukan pengesahan melebihi daripada apa yang disyaratkan dalam manual prosedur.

Cadangan saya, gunakan rapid test kit, atau analisa makmal atau pengesahan dengan badan halal luar negara terbabit. Jangan hanya bergantung kepada dokumentasi.

5.Berkenaan hukum makan daging sejuk beku yang dibeli dari pasar raya, saya berpandangan masyarakat perlu menunggu keputusan fatwa nasional dan negeri.

Buat masa ini, belilah daging dan ayam sejuk beku keluaran tempatan yang ada logo halal Malaysia sahaja.

Hal ini kerana kita pun tidak tahu label halal yang ada pada daging import berkenaan asli ataupun palsu.

Kaedah memastikan keaslian label halal daging import hanya satu, iaitu membuat verifikasi label halal dengan pengeluar sijil halal asal yang berada di luar negara.

7. Industri halal perlu mula serius melabur (invest) dalam pembangunan iman dan integriti di seluruh sistem.

Kawalan undang-undang tetap akan tempang tanpa iman, amanah dan akauntabiliti kepada tuhan.

Perkara ini sudah tercatat dalam MS1900 dan MS2300 yang dibaca bersama MS2400 logistik halal.

Kes kartel ni memang berkait rapat dengan isu logistik dan pengimportan.

8. Jika pintu masuk perdagangan negara dijaga oleh pihak dan sistem yang berpaksikan kepada sistem ketuhanan, dengan beriman kepada hari akhirat dan percaya syurga neraka, banyak isu halal negara dapat diselesaikan.

Satu athar salaf menyebutkan: “Setiap muslim adalah kubu pertahanan Islam, dan waspadalah agar musuh tidak masuk melaluimu” (Kitabus Sunnah oleh Muhammad Bin Nasr Al-Marwazi). Namun, jika pintu masuk sudah tak berfungsi, segala tata kelola Halal selepasnya akan jadi ‘put into dustbin’.

9. Industri halal juga perlu melabur dalam block chain untuk mengukuhkan komponen kebolehkesanan (traceability), dan jadikan ia accessible kepada pengguna.

Kita harap suatu masa nanti, document forgery dapat dikawal sepenuhnya.

Saya pernah mendengar Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan block chain untuk mengatasi masalah penipuan sijil pengajian. Kita boleh belajar dari situ.

10. Kepada para pengguna, suarakan hak anda.

Jangan pandang remeh isu halal. Biarlah kita syadid (ambil pendekatan ketat), asalkan kita tidak ditipu.

Banyak isu halal boleh selesai jika akta perlindungan pengguna diperkasakan.

Semua ini memerlukan suara-suara pengguna yang cakna dengan hak mereka.

Tapi, pengguna sendiri tidak kisah isu halal, amat minimalah protection yang boleh dibuat kepada masyarakat kita.

Ustaz Bilal Jailani 
Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS)

Ayuh bangkit rakyat Pahang bantah pencerobohan, ‘gegarkan’ pemerintah

SELEPAS siri-siri pencerobohan tanah kerajaan dan hutan simpan, kini timbul pula kes curi balak pula di Pahang.

Semua ini saya kira semua ini adalah sama sahaja, iaitu isu ketirisan melibatkan hasil kekayaan negeri yang dicuri di mana akhirnya akan merugikan peribumi juga.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang berkata, terdapat sebanyak 93 kes mencuri balak dan kayu secara haram semenjak bulan Mac tahun ini. Pastinya ini menyebabkan kerajaan negeri Pahang rugi jutaan ringgit dan ianya mengalir ke ‘poket-poket’ mereka yang akhirnya memperkasakan lagi kegiatan-kegiatan haram sebegini.

Bayangkan, rakyat terpaksa duduk berkurung di rumah sepanjang PKP. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang tidak boleh keluar berniaga dan ada juga yang hilang punca pendapatan. Tetapi pada masa yang sama ada pula yang menjarah hasil secara haram dan untung jutaan ringgit.

Jika kerajaan negeri masih lagi ambil ringan akan isu-isu pencerobohan tanah, hutan dan kegiatan mengaut hasil secara haram sebegini, pastinya rakyat akan rasa tersinggung dan marah. Mana tidaknya. Tanah hilang, hasil hilang, negeri rugi dan akhirnya rakyat negeri Pahang hanya melopong sahaja. Tetapi mereka senang-senang sahaja kaut hasil secara haram.

Seperti yang saya katakan dahulu, apa yang berlaku di negeri Pahang ini hanyalah satu gambaran yang sebenarnya berlaku di tempat-tempat lain juga cuma mungkin tidak didedahkan sahaja tetapi lambat laun akan terlondeh juga.

Ayuhlah rakyat Pahang, bangkit dengan komuniti-komuniti setempat, persatuan-persatuan dan NGO-NGO membuat bantahan. Mereka yang memegang kuasa tidak akan bertindak jika suara rakyat tidak ‘bergegar’. Contohnya, ICERD dahulu; jika rakyat senyap, maka pemerintah hatta ahli politik pembangkang pun tidak akan ambil kisah.

Haji Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA

BANI MELAYU TAK PERNAH PEDULI DENGAN ANGKA DI PARLIMEN…

BANI MELAYU TAK PERNAH PEDULI DENGAN ANGKA DI PARLIMEN…

Hari ini bermula perjuangan suci kalangan PH di Dewan Rakyat… Hari ini akan ada angka-angka dibangkitkan… Sudah pasti akan ada kecurangan didedahkan… Bertekak lah macam mana pun kat Parlimen…

Mana datang peruntukan ini… Dari mana datang peruntukan tu… Jangan kata kerajaan PN… Bani Melayu tak peduli apa…

Macam aku dedah sebelum ini… Bagaimana DS Anwar memetik dalam perbahasan dia… Duit KWAP digunakan sebagai pendapatan lebih RM 10 billion… Bani Melayu TAK peduli pun… Bagaimana Peruntukan Pertanian dikurangkan… TAK disebut bertambah… Bani Melayu tak peduli dengan angka-angka tu… Jadi jangan perasan sangatlah…

Yang Bani Melayu nak tahu, boleh ke TAK, keluar RM 10K dari KWSP… Aku nak On Off… Aku nak beli Iphone… HP… Motor… Deposit X50… Sebab depa tahu nak pakai duit… Tang ni Najib bijak… Apa jadi pada simpanan hari tua… Janji aku popular… Mcm dia tibai duit KWAP untuk SRC yg didedahkan Mahkamah…

Biar pun Bani Melayu ada dalam KWSP hanya ada RM 8 ribu… Tak kira mcam mana… Janji aku dapat duit… Apa jadi 10-20 tahun akan datang aku tak peduli… Kalau nak tahu itulah Bani Melayu… Lemah kewangan…

Tu sebab ramai Bani Melayu bila beli kereta… Dia tak kira faedah… Bunga… Tu yang ramai hutang Ah Long… Janji aku dapat RM 2 ribu… Kalau pinjam RM 2 ribu, dapat RM 1,800 dari Ah Long pun tak kisah… Janji dapat duit… Janji mudah… Kalau beli kereta aku nak full loan… Bayaran faedah tinggi, berapa tahun kena bayar aku tak kira… Janji nampak smart pakai kereta… Itulah Bani Melayu…

Mcm tu juga banyak dari aktiviti Scam… Kenapa Bani Melayu ramai terperangkap… Kena banyak Bani Melayu terperangkap dengan Seminar Cepat Kaya… Depa tahu, 3 bulan balik modal… Hatta dengan slogan, ‘Tak Hensem Tak Paa, Janji Kaya’… Bukan depa datang seminar sebab nak cari ilmu… Cuma nak jadi kaya…

Jadi kalau pemimpin PH perasan… Apa pendedahan tak dak Bani Melayu peduli… Rafizi dah buat lama dah… Angka rugi… Hutang, defisit depa tak peduli… Itu sebab 60 tahun depa kena main dengan UMNO… Tunggu esok kerajaan tak mampu bayar gaji… Tak mampu bayar pencen… Tak mampu bayar BR1M… Baru depa bising… 🙂

Ipohmali

MUHYIDDIN PM TIADA MAJORITI

𝗞𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗨𝗡𝗗𝗜 𝗩𝗦 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜

  1. PH janji untuk teliti di peringkat jawatankuasa kesemua kementerian dan setakat ini 3 Kementerian berjaya dibuat belah bagi iaitu JPM, Kewangan dan Perladangan dan Komoditi.
  2. Betul blok PH kalah dengan mendapat 95 bilangan tetapi PN walaupun dapat 106,107 dan 108 telah membuktikan dirinya tiada majoriti yang diperlukan iaitu 112.
  3. Beban bukti ada majoriti atau tidak terletak di bahu TSMY bukan DSAI. Setakat ini beban itu gagal dibuktikan. Isunya bukan PH kalah undi secara blok tetapi lebih besar daripada itu ialah TSMY gagal sebanyak 3 kali untuk membuktikan keabsahan beliau sebagai PM yang ada mandat majoriti.
  4. Hal ini menjejaskan prinsip demokrasi yang diamalkan kerana mandat majoriti adalah asas kepada keabsahan sesebuah kerajaan. Tanpa mandat ini, PM tidak sah, apatah lagi seluruh kabinet xxxlnya. Justeru itu, istilah ‘kerajaan’ yang dipakai kerajaan apa sebenarnya? Kerajaan tanpa mandat majoriti?(KTMM)
  5. Bagaimana dengan duit dari kantong negara yang dimohon untuk dikeluarkan? Bukankah 3 pengundian dibuat membuktikan TSMY tak layak nak bentang bajet dari awalnya lagi. Ya kita gagal membuat belah bagi di peringkat dasar tetapi dari segi bilangan undi yang dapat, apa bezanya?
  6. Terserlah kegagalan atas kegagalan yang tertanggung di pundak TSMY. Inilah bukti yang PH tegaskan sedari awal supaya undi tidak percaya dibuat di parlimen mendahului segala agenda lain. Alasan Speaker bahawa usul kerajaan perlu didahulukan terbukti tidak relevan kerana Speaker sepatutnya membantu dewan untuk membuktikan terlebih dahulu wujudnya sebuah entiti yang bernama kerajaan melalui keabsahan majoriti PM sebelum apa saja prosiding lain.
  7. Perkara asas ini gagal dibuat oleh TSMY walaupun diingatkan beberapa kali oleh MP Langkawi, MP Gua Musang dan MP dari AMANAH, DAP dan PKR yang menuntut usul undi tidak percaya didahulukan di parlimen. Malah MP Arau dari kerajaan sendiri mencadangkan usul undi percaya dibuat tetapi tidak dilayan dan tersenarai di tempat tercorot.
  8. Peristiwa 3 kali blok voting bukan soal PH kalah tetapi ketiadaan majoriti di pihak TSMY mencetuskan suasana bimbang kerana untuk melengkapkan majoritinya MP-MP berpotensi terdedah kepada ‘horse trading'(tawar menawar harga untuk mendapat sokongan majoriti). Suasana ini pasti mencemarkan demokrasi yang mengasaskan konsep kebebasan memilih tanpa rasa takut atau balasan habuan.
  9. Krisis mandat ini adalah krisis politik dalam konteks demokrasi berparlimen. Semakin lama prinsip mandat majoriti tidak dihormati semakin sakit dan luka demokrasi kita. Apatah lagi dalam suasana pandemik yang melanda kita, kita mengalami dwi krisis yang berterusan.

Saya konsisten menyeru supaya kita pulihkan demokrasi dan sembuhkan negara melalui keabsahan majoriti sebenar. Tiga kali undi sudah cukup kami membuktikan kerajaan PN adalah kerajaan tanpa mandat majoriti. Siapa yang patut malu?

pulihkandemokrasi

sembuhkannegara

DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Naib Presiden AMANAH

2 Dis 2020

Rakyat kecewa dengan i-Sinar

DARIPADA platform aplikasi WhatsApp, bawa ke Facebook dan juga di akaun-akaun pemimpin Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) rakyat meluah perasaan.
Puncanya kecewa dengan syarat yang dikenakan untuk pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhad kepada mereka terjejas pendapatan.
Terjejas pendapatan itu pula ada kriteria-kriteria tertentu perlu dipenuhi untuk tentukan layak membuat pengeluaran, bukannya one-off pun sebaliknya satu campur enam kali bayaran.
Sementara mereka yang tidak terjejas pendapatan pula, berkira-kira nasib sendiri jika terjadi apa-apa tidak diingini ketika pandemik Koronavirus (Covid-19) ini.

Belum ada jaminan untuk reda walaupun vaksin akan diperolehi seawal pertengahan tahun hadapan, namun tidak semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada vaksin tersebut.
“Kita ini layak ke?”, “Macam tak dapat sahaja”, “Confirm tak lepas ini.”
Demikian ringkas antara mesej-mesej diterima pengguna aplikasi WhatsApp membalas perkongsian syarat mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP.
Sementara di Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memberi reaksi gembira tidak sampai 1,000 orang pun setakat pukul 9.30 malam tadi.
Daripada 35,000 yang respon, 22,000 memberi tanda suka kepada status Najib Razak, 7,300 memberi reaksi marah dan 3,700 pula berasa sedih.

Seramai 1,300 memberikan reaksi terhibur, 366 terkejut, 129 tunjuk reaksi sayang dan 65 pula memberi reaksi jaga.
“Bersyarat? Kenapalah susah sangat hendak keluarkan duit kami yang disimpan berpuluh-puluh tahun dengan keadaan sekarang kami amat memerlukan simpanan.
“Tetapi nampaknya, cadangan Najib Razak, CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) KWSP mengabaikan, memperlekehkan macam sampah.
“Kami rasa tibalah masanya rakyat bertindak luar batasan demi memperjuangkan hak kami. Ayuh rakyat kita berhimpun ramai-ramai di ibu pejabat KWSP esok pagi,” luah Mohd. Nazri Abdul Latif.
“Sangat mengecewakan, saya buat dua kerja tetapi satu sudah tutup. Hanya satu sahaja sumber, mana cukup untuk tampung, sepatutnya beri kepada semua ahli walaupun tiada penguranganc caruman.
“Kereta cari makan saya sudah jual sebab tak mampu hendak bayar bulanan,” kata Amri Zami.
“Tak ok, bayaran one-off secara automatik tanpa perlu dokumen kepada mana-mana ahli yang mempunyai baki dalam Akaun 1 lebih senang.

“Maksud terjejas ini luas, bukan semua terjejas boleh ditunjuk di kertas putih. Itu pun susah hendak faham, minta keluar duit sendiri sahaja. Tak minta kerajaan pinjam dekat bank dunia pun untuk bagi ke rakyat,” komen Mohd. Zareef Azhar.
“Sangat mengecewakan Datuk. Sedih yang amat hati ini sebab terlalu mengharap duit kita sendiri hendak keluarkan. Kami rakyat kena tipu macam itu sahaja.
“Datuk tolonglah bela nasib rakyat, kenapa KWSP tak buat auto kredit sahaja seperti yang memohon i-Lestari baru-baru ini. Sedih kecewa…tekanan,” luah Anna Shamsuddin.
Demikian di atas ini antara luahan yang letakkan pengguna Facebook dalam ruangan komen status Najib Razak yang memuat naik maklumat syarat pengeluaran i-Sinar petang tadi.
Tidak kurang juga pengguna yang melontarkan komen dan luahan di Facebook milik Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Situasinya sama.
“Sepatutnya semua pencarum layak tanpa syarat sebab duit pencarum tetap hak pencarum…terpulang kpd pencarum sama ada nak ataupun tak.

“Cuba bayangkan bagaimana perasaan pencarum yang dah mencarum 20 tahun dgn gaji RM1,500 sebulan tetapi pendapatan tidak terjejas….cuma mampu dengar sahaja lah,” kata Salim Hani
“Rasanya perlu beri kepada semua pencarum yang memohon. Hadkan pengeluran RM10,000, tak perlu beri pilihan untuk keluarkan sampai RM60,000.
“Cukup RM10,000 untuk semua yang mohon..ramai terkesan walaupun yang masih bkerja,” cadang Ekin NorAisyikin.
“Kecewa sangat Datuk masih bersyarat. KWSP itu duit kami dan hak kami. Kenapa masih tak adil? Biarlah bahagi sama rata,” kata Mazwin Selamat.
Terdahulu KWSP mengeluarkan kenyataan mengenai syarat pengeluaran i-Sinar yang dibahagikan mengikut dua kategori satu dan dua.
Kategori satu, permohon boleh membuat permohonan tanpa dokumen sokongan, sementara Kategori Dua pula perlu mengemukakan dokumen sokongan.
Kategori satu  boleh mula memohon mulai 21 Disember ini sementara Ketegori Dua pula boleh memohon pada 11 Januari tahun hadapan. – SM

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/12/rakyat-kecewa-dengan-i-sinar.html#ixzz6fXEd34JI

REMUK HATI MELIHAT JASAD ADIK ADAM MANGSA BUNUH DICAMPAK DARI TINGKAT 4.

Sumber Luahan hati media sosial

Apalah dosanya sehingga sanggup manusia dewasa yang berakal seperti datuk tirinya itu sanggup mencampakkan anak kecil yang sedang tidur dibuai mimpi saat itu dari tingkat 4 ke bawah dengan kejam???!!!

Saya gagahkan diri untuk memandikan jasad kecil itu dengan berhati-hati. Perasaan bercampur baur saat merasai kepala arwah yang telah dijahit rapi yang sebelumnya retak kesan hentakan yang kuat ke bawah. Marah. Geram. Sedih. Allahuakbar!!!
.

Sungguh hebat ujian yang Allah berikan kepadanya. Semoga si ibu yang masih menerima rawatan di hospital kesan pukulan ayah tirinya warga Nigeria itu diberikan kesembuhan dan kembali sihat walafiat.
.READ  Terbongkarnya menipu daging diragui dibungkus logo halal

Insya’Allah, sihat tubuh badan mungkin tiada masalah. Namun untuk menghadapi kesan trauma sepanjang hayatnya itulah hakikat yang cukup sukar untuk dihadapi.
.

– Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia

Innalillahi wainna ilaihi roji’un

FACEBOOK

Ratusan bilion dibelanja k’jaan PN sejak perisiwa Sheraton, apa hasil yang dapat?

Sejak kerajaan PN haram rampas kuasa mereka telah membelanjakan RM295b utk pakej ransangan ekonomi.
RM 10 billion PENJANA.

RM 35b tambahan yang dipinjam dari sumber tempatan seperti KWSP dalam bentuk bon jaminan. Keseluruhan RM 395billion ini lesap tanpa memberi impak kepada peningkatan ekonomi, mereka menggunakan tanpa bahas dan kelulusan Parlimen dengan alasan Covid19 dan sehingga sekarang Moiiden dan Zafrul tidak pernah membentangkan lagi perincian ke mana duit RM395b ini digunakan.

Dan sekarang kerajaan HaramPN ini nak minta Semua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang agar sokong budget 2021 yang berjumlah RM 322.5 b ini dengan menggunakan titah sultan untuk sokong agar diluluskan sedang mereka lupa titah YDPA adalah bermaksud perlu dibahas di Parlimen sebelum disokong sebulat suara.

Moiiden pada awalnya cuba menggunakan peningkatan Covid19 yang semakin mendadak alasan di laksanakan Darurat Politik agar mereka tidak perlu bentang belanjawan 2021 ini untuk kelulusan.Syukur atas kebijaksanaan YDPA memanggil mesyuarat tergempar Majlis Raja Raja memutuskan tiada keperluan untuk istihar darurat. Dengan tanpa rasa segan akibat nasihat untuk buat darurat ditolak maka Moiiden dan menteri kewangan terpaksa membuat pembentangan yang tergesa-gesa tanpa membuat kajian menyeluruh. Pembentangan budget 2021 tempohari ternyata bukanlah budget untuk covid19 memandangkan hanya sebilangan kecil sahaja diperuntukkan kepada usaha memerangi wabak tersebut dan selebihnya merupakan peruntukan berbentuk habuan kepada kementerian yg dipegang oleh penghianat ini. Antara bukti adalah peruntukan berjumlah RM 81 juta untuk JASA yg ternyata agen propaganda ketika BN jadi kerajaan.

Jika dibuat kesimpulan PN Moiiden telah pun membelanjakan RM 395b untuk pelbagai alasan dan tujuan tali ternyata ia tidak memberi impak kepada ekonomi, sosio politik, rakyat dan pelabur asing. FDI negara turut merundum. Dengan menyokong budget 2021 PN ini tidak akan menyelesaikan masalah rakyat dan negara yang terkesan akibat penularan wabak covid19 yang semakin meningkat akibat kegagalan pemimpin mereka menangani isu ini dengan cekap.Dengan menyokong Budget 2021 ini akan menyebabkan negara ke kencah beban hutang yang teruk sama seperti ketika pemerintahan BN Najib iaitu kira-kira RM1.3trillion.Dengan kerajaan menaikkan kadar fiskal kepada 60peratus jelas menunjukkan bahawa kerajaan PN sudah tiada sumber ekonomi yang stabil dengan menaikkan paras hutang negara ke aras paling tinggi dalam sejarah.

Seperti pertanyaan bekas Timbalan Perdana Menteri PH yang lalu iaitu Datin Seri Wan Azizah dari mana sumber RM322.5 billion ini diambil dan gagal dijawab oleh Menteri Kewangan. Ini membuktikan mereka sedar kantung rizab kewangan negara sudah hampir habis dan mungkin akan menggunakan kaedah pelbagai cara untuk mendapatkan sumber kewangan tersebut termasuk seperi meminjam dari sumber tempatan seperti KWSP dan Petronas. Apa yang dikhuatiri ialah kerajaan turut cuba meminjam dari sumber luar spt dari negeri china atau Bank Dunia yang sudah pasti memberi syarat yang ketat kepada negara untuk dituruti. Turut dikuatiri adalah kerajaan akan cuba menjual asset 2 strategik sebagai langkah untuk mendapatkan sumber kewangan segera. Dan yang tak mustahil adalah budget yang telah diluluskan ini akan dipotong semula apabila kerajaan telah salah berbelanja dan akan memangsakan rakyat sebagai jalan mudah.

Maka kami sebagai rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang amanah, telus, berintegriti serta bertanggungjawab ingin menyeru kepada Ahli Parlimen Pembangkang serta Ahli Parlimen Bebas dan tak terkecuali Ahli Parlimen BN PAS yang punya maruah dan amanah agar tolak budget defisit 2021 ini walau dengan apa cara kerana jelas ia tidak mewakili suara rakyat keseluruhannya.

Kami berharap dengan penolakan Budget 2021 ini maka jatuhlah kerajaan Haram PN yang bukan mandat rakyat ini dengan PM Moiiden harus bertanggungjawab meletak jawatan sebagai PM kerana sudah hilang majoriti dan kepercayaan oleh Ahli Parlimen. Kami berharap kerajaan yang sah dari mandat PRU yang diketua oleh PM yang baharu iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dapat mengemudi negara dan memulihkan ekonomi negara yang semakin tenat ini.

Dengan jatuhnya kerajaan haram PN ini maka Lebai2 penunggang agama bakal kembali menjadi pembangkang dan anda akan kembali laungan2 seperti Hudud, Icerd, pembelaan kematian arwah Muhamad Adib, LTTE, TH dijual, Islam terancam dan banyak lagi akan kembali bergema.

Sumber : http://suarapakatandaily.com/archives/30627

Pengkhianatan Muhyiddin, Azmin dan Anwar

Pengkhianatan Muhyiddin, Azmin dan Anwar : baling batu sembunyi tangan

  1. Pakatan Harapan (PH) runtuh apabila Muhyiddin dan Azmin melanggar nasihat Tun untuk tidak keluar dari PH dan mengambil UMNO secara en bloc dan menerima penjenayah seperti Najib (yang sudah dihukum mahkamah) dan Najib yang menghadapi lebih banyak jumlah tuduhan di mahkamah. Dalam mesyuarat terakhir, kesebakan Tun dalam merayu pimpinan Bersatu untuk tidak keluar dari PH dibalas dengan tumbukan meja. Si penumbuk meja kini dilantik sebagai senator. Penyokong ‘skema Muhyiddin’ diberi rasuah jawatan sebagai balasan untuk kuasa.
  2. Malangnya kita melihat ironi yang pelik :
    a. Tun dipersalahkan kerana meletak jawatan hatta atas prinsip (sebenarnya Tun hanya ada 102 majoriti ketika itu apabila hanya 6 yang tinggal menyokong Tun manakala ahli parlimen Bersatu yang lain bersama kumpulan Azmin menyeberang)
    b. Apabila Tun menjadi PM interim, Tun sudah dapat lebih 150 sokongan tetapi ini digagalkan oleh kumpulan Anwar Ibrahim yang mahukan Anwar menjadi PM. Hasil akhirnya jelas : Anwar tidak ada sokongan yang cukup berbanding Muhyiddin.
    c. Muhyiddin dan Azmin adalah arkitek runtuhnya PH. Tetapi mereka jarang diserang sehebat serangan ke atas Tun.
    d. Malaysiakini menjadikan serangan ke atas Tun satu kemestian dan Malaysiakini mengambil peranan TV3 yang meletakkan semua meriam ke atas Tun semasa zaman Najib.
  3. Semua orang lupa akan hati budi Tun :
    a. Muhyiddin diambil oleh Tun selepas dia ditendang oleh Najib dan UMNO dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
    b. Muhyiddin yang diserang kanser, diberikan cuti sementara Tun menggalas tugas berat memulihkan Malaysia selepas pencurian berpuluh bilion oleh Kumpulan Najib et al.
    c. Azmin diberikan portfolio yang besar dalam kabinet Tun
    d. Anwar yang tidak mengangkat satu jaripun dalam kempen Pilihanraya ke-14 tetapi dijanjikan jawatan PM (tetapi Tun tidak pernah menyatakan masa)
    e. Isteri Anwar, Wan Azizah diangkat sebagai Timbalan PM.
    f. Anwar diberikan pengampunan Di-Raja atas usaha Tun walaupun jelas bersalah dalam kesalahan meliwat orang.
  4. Perkembangan semua ini membuka hakikat yang memualkan untuk dilihat oleh dunia :
    a. Pengkhianatan oleh Muhyiddin dan Azmin
    b. Ketaksuban Anwar untuk menjadi PM hatta rela membuat rundingan dengan kumpulan Najib dan Zahid
    c. Hipokrasi PH yang kononnya berdegar menentang kebobrokan kerajaan Muhyiddin tetapi pengecut apabila tiba saatnya – mereka tidak berani berdiri
  5. Sebenarnya tidak ada bezanya Najib, Muhyiddin, Azmin dan Anwar
    a. Rasuah adalah Raja : mereka semua rela merasuahkan samada bentuk wang atau jawatan untuk mendapat sokongan. Malah rasuah dari segi melepaskan orang tertentu dari hukuman mahkamah.
    b. Mereka ‘baling batu dan sembunyi tangan’. Malah batu yang mereka baling, tangan Tun yang mereka tunjukkan.
  6. Walaupun diserang tanpa henti, Tun tetap konsisten. Semua mereka menikam Tun dari depan dan belakang. Tun tetap tenang dan terus berdiri. Apabila undi belah-bagi diusulkan hanya 13 orang berdiri dan ini menyembunyikan majoriti sebenar samad kerajaan atau pembangkang. Ia juga bererti memberi cek kosong kepada Kerajaan untuk berbelanja sesuka hati.
  7. Kegagalan dan kebobrokan Kerajaan hari ini bukan salah Tun. Ia adalah hasil ‘batu’ yang dibaling oleh tangan Muhyiddin, Azmin dan Anwar. Malangnya, tangan Tun diangkat oleh semua mereka dan dikatakan berpunca dari tangan Tun.
  8. Mereka akan terus membaling batu. Hakikatnya, Muhyiddin yang hanya bekerja 4 jam sehari (itupun lebih kepada bagaimana hendak kekal berkuasa dan bukan untuk pembangunan negara) hanya menunggu masa untuk dilongkangkan. Dia boleh cuba mengaburi mata rakyat dengan doa dan ayat-ayat yang kononnya Islamik tetapi dia tetap akan berhadapan di akhirat dengan rasuah jawatan untuk kekal berkuasa.
  9. Azmin adalah pengkhianat kepada mandat rakyat manakala Anwar pula, hanya pelakon sandiwara yang sedia berunding untuk melepaskan penjenayah dalam UMNO asalkan ada sokongan untuk menjadi PM. Seseorang yang seperti ini sudah jelas tanda korupsinya hatta sebelum dapat berkuasa.

Dr Nazmi Aril Osidea

MUHYIDDIN DALAM BAHAYA

UNDI BELANJAWAN TAK SAMA DENGAN TUKAR KERAJAAN, BAGAIMANA JIKA UNDI MUHYIDDIN SENTIASA KURANG 111?

Semalam, Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan atau Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi dua kementerian melalui undi belah bahagi.

Dua kementerian terbabit ialah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.

Bagi undian peringkat Jabatan Perdana Menteri, pihak kerajaan atau PN memperolehi 105 undi berbanding blok pembangkang 95 undi.

Untuk peringkat Kementerian Kewangan pula, pihak kerajaan memperolehi 107 undi, manakala blok pembangkang masih kekal dengan 95 undi.

Bermakna, sementara banyak lagi pengundian peringkat jawtankuasa akan berlangsung selepas ini, realiti yang harus diterima kalah PN telah menang 2-0 setakat ini.

Kelulusan di peringkat dua jawatankuasa tersebut tidak mustahil membuatkan PN akan memenangi kesemua pengundian belah bahagi selepas ini sebelum bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 dilakukan dan pengundian sekali lagi akan diadakan.

Kekurangan undi blok pembangkang adalah disebabkan ada beberapa Ahli Parlimen tidak hadir, selain lapan Ahli Parlimen Warisan memutuskan memulau pengundian kerana tidak setuju dengan Anwar Ibrahim berhubung perubahan pendirian di saat-saat akhir yang diputuskan beliau selaku Ketua Pembangkang sebelum pengundian peringkat dasar sebelum ini.

Tetapi, kekurangan undi pembangkang itu tidaklah penting berbanding undi yang diperolehi oleh kerajaan atau Muhyiddin.

Dalam pembangkang, khususnya berkaitan Anwar yang sebelum mempersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong bahawa beliau memiliki sokongan yang kukuh dan meyakinkan, kekurangan undi itu harus difahami bahawa undi belanjawan tidak sama dengan sokongan kepada beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

Berkaitan undi belanjawan, UMNO dan BN telah memutuskan untuk menyokongnya kerana dua tuntutan yang mereka minta iaitu berkaitan KWSP dan moratorium telah pun dipenuhi kerajaan.

Ia berbeza dengan sokongan yang telah dinyatakan oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak kepada Anwar untuk mengambil alih kerajaan yang mana sehingga ini surat yang ditandatangani kedua-dua mereka yang telah dibawa ke Istana Negara tidak pernah dinafikan sampai hari ini.

Bermakna, jika ada usaha lagi selepas ini untuk menjatuhkan Muhyiddin oleh Anwar atau tiba-tiba Agong memanggil semula ketua-ketua parti mengadap baginda kerana ia tertangguh berikutan Covid19 sebelum ini, kedudukan Perdana Menteri masih lagi tidak selamat.

Selagi surat itu tidak dinafikan, usaha menukar kerajaan melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO masih lagi terbuka, walaupun mereka menyokong belanjawan diluluskan.

Menyokong belanjawan adalah berkaitan peruntukan pembangunan dan kebajikan untuk rakyat, manakala menjatuhkan Muhyiddin adalah demi masa depan sebelum terus dibuli dan ditelan oleh Bersatu.

Pengundian di peringkat dua jawatankuasa semalam dengan jelas memperlihatkan Muhyiddin hanya memperolehi paling tinggi sebanyak 107 undi saja.

Jumlah keseluruhan Ahli Parlimen ialah seramai 222 orang dan berdasarkan kedudukan itu, majoriti paling minimum ialah 112.

Begitu pun, oleh kerana dua Ahli Parlimen telah meninggal dunia – Batu Sapi dan Gerik – sepatutnya undi majoriti paling minimum yang diperolehi Muhyiddin adalah 111.

Tanpa jumlah tersebut, bermakna Muhyiddin memang tiada sokongan majoriti dan kerajaannya dianggap tidak sah.

Bagaimana jika semua pengundian peringkat jawatankuasa atau kementerian selepas ini, semuanya memperlihatkan tiada satu pun undi yang diperolehi mencecah 111?

Bolehkah Muhyiddin terus berbangga dengan keududukannya sebagai Perdana Menteri?

Sebab itu, strategi Anwar dan PH membiarkan pengundian diheret sehingga ke peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga adalah suatu keputusan yang bijaksana.

Ia akan memperlihatkan kepada dunia bahawa setiap hari ketika ada pengundian, majoriti yang dimiliki oleh Muhyiddin terdedah secara terbuka.

Undi yang diperolehi untuk menjatuhkan kerajaan tidak lagi menjadi persoalan pokok, tetapi yang utama ialah mengapa undi Muhyiddin sebagai kerajaan tidak pernah sampai kepada angka 111?Akhirnya, apa moral yang tinggal pada PN dan Muhyiddin? Kredit: Shahbudindotcom 01/12/2020

Saari Sungib mahu cabar Azmin di Parlimen Gombak

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib menawarkan diri untuk mencabar menteri kanan Azmin Ali di parlimen Gombak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Untuk itu dia bersedia meninggalkan partinya Amanah dan menyertai PKR, memandangkan Gombak adalah kerusi PKR.

“Saya ingin menawarkan diri berdepan dengan Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak dalam pilihan raya akan datang sekiranya saya sihat serta dianggap oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebagai seorang calon boleh menang.

“Memandangkan kerusi Gombak milik PKR, maka jika saya terpilih saya bersedia untuk menjadi ahli PKR,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.

Azmin, orang kuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak selama tiga penggal.

Pada PRU 2018, Azmin yang ketika itu pemimpin kanan PKR, menang di Gombak dengan dalam pertarungan tiga penjuru menentang Umno-BN dan PAS.

Dia bagaimanapun berubah angin dengan mendukung pembentukan kerajaan baru melalui Langkah Sheraton pada Februari lalu yang menyaksikan kejatuhan PH.

Sebelum ini, Saari dispekulasikan akan mengikuti jejak Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, yang keluar Amanah untuk menyertai PKR.

Saari menafikannya sebelum ini.

Sementara itu, Saari berkata pelbagai kumpulan di kawasan tersebut telah menyatakan sokongan kepadanya untuk melawan Azmin pada PRU15 kelak.

“Beberapa kelompok masyarakat India, Serani, Cina, Punjabi, India, kelompok orang asli seperti Temuan bertemu saya memberi sokongan kepada saya untuk melawan Azmin Ali.

“Di Gombak mereka dapat dikumpulkan antara 5,000 hingga 7,000 orang.

“Di samping itu menurut seorang pimpinan pemuda PKR, persatuan-persatuan Minang, Bawean dan etnik Sumatera yang bilangannya hampir 20,000 orang di Gombak turut memberi sokongan kepada siapa sahaja yang akan menentang Azmin Ali.

“Maka menyertai PKR bagi saya adalah untuk kesepaduan kerja, meluaskan demokrasi serta mengukuhkan solidariti PH,” katanya.

Gombak adalah kerusi majoriti Melayu (77 peratus), manakala pengundi Cina dan India masing-masing sekitar 11 peratus.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/552306