PRIHATIN: Dana RM250 bilion antara terbesar di dunia – Mustapa

1 TOK PA1 Dr Nor Hisham1 DR ZUL CAKAP BENAR1 A 250 BILION

PRIHATIN: Dana RM250 bilion antara terbesar di dunia – Mustapa

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion yang diumumkan kerajaan adalah antara terbesar di dunia jika dibandingkan dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu kira-kira 17 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebagai perbandingan, United Kingdom adalah sebanyak 16 peratus manakala Amerika Syarikat dan Singapura masing-masing sebanyak 11 peratus.

“Jika dibandingkan dengan KDNK, kita adalah antara yang tertinggi…ianya juga menjadi satu ukuran yang menunjukkan bahawa tindakan kerajaan ini besar,” katanya ketika menjadi tetamu Program Bicara Naratif RTM di sini.

Loading…

Dalam program itu, beliau memperincikan pakej yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dalam bentuk bantuan untuk melindungi kebajikan rakyat, menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selain memperkukuh ekonomi negara.

Jelas Mustapa, RM250 bilion itu merangkumi dua komponen iaitu komponen pakej pertama (27 Februari) berjumlah RM20 bilion dan komponen kedua (27 Mac) sebanyak RM230 bilion dengan tiga sumber iaitu kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pihak bank.

“Kerajaan (memperuntukkan) sebanyak RM25 bilion manakala KWSP RM50 bilion iaitu RM10 bilion daripada pakej 27 Februari yang melibatkan pengurangan caruman pekerja daripada 11 kepada 7 peratus dan seterusnya RM500 sebulan bagi pencarum mengeluarkan maksimum RM6,000 yang dianggarkan RM40 bilion.

“Sejumlah RM175 bilion lagi daripada pihak bank,” katanya.

Loading…

Malah, katanya, sebahagian daripada sistem bank itu dijamin oleh kerajaan iaitu sebahagiannya sehingga 80 peratus.

“Maknanya jika (pengguna) tidak membayar hutang, kerajaan harus bayar kepada kepada mereka (bank) dan di situ ada penglibatan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, dalam krisis menangani impak ekonomi akibat penularan COVID-19, pihak seperti Bank Negara Malaysia dan bank-bank juga menyedari bahawa mereka turut memainkan peranan.

“Ini melambangkan kita berkerjasama…kita menggemblengkan semua tenaga. Ini juga menunjukkan semua (pihak) faham krisis luar biasa ini memerlukan usaha bersama.

“Oleh itu, kita berterima kasih kepada pihak seperti bank, KWSP serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang turut membantu,” katanya. – Bernama

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/03/dana-rm250b-antara-terbesar-dunia.html#ixzz6KxQLHfIJ

Pakej rangsangan berjumlah RM250 billion Kerajaan melayu/islam rasis (PN) tanpa ada kelulusan Parlimen ?

1 A 250 BILION1 LIDAH ORANG MUKMIN

Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini mengesyorkan pakej rangsangan berjumlah RM250 billion yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini dibawa ke Parlimen untuk dibahas.

“Sekarang ini bila tambah RM25 bilion, dari mana sumber? Bagaimana boleh bayar hutang, bagaimana boleh diperinci pelaksanaannya.

“Saya syor perdana menteri beri pertimbangan serius, beri ruang kepada semua pihak untuk bahas dan beri sokongan dengan maksud memperbaiki,” katanya.

Loading…

Secara keseluruhannya, Anwar berkata beliau gembira dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun beliau tidak mahu agihan bantuan yang diumumkan kerajaan dilakukan orang politik ataupun “perompak” kerana khuatir akan berlaku ketirisan. – KiniTV

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/03/dari-mana-sumber-peruntukan-anwar.html#ixzz6KxMzk1bi

Siti Kasim Doakan Hadi Mati Syahid ?

Hadi pun patut mati syahid, letak dia di pulau tanpa fasiliti perubatan – Siti Kasim

1 KERA SUMBANG 1

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial, Siti Zabedah Kassim menggesa kerajaan membenarkan hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan para pengikutnya yang ingin syahid untuk mati.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kassim berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Hadi berhubung kematian yang disebabkan virus menurut pandangan Islam.

“Tolong benarkan mereka ini mati. Saya ingin menggesa kerajaan untuk memenuhi hasrat Hadi Awang dan para pengikutnya yang ingin mati sebagai syahid.

“Saya juga mencadangkan mereka itu diletakkan di sebuah pulau tanpa sebarang fasiliti perubatan dan biarkan mereka saling dijangkiti (Covid-19) sehingga mereka benar-benar dihapuskan oleh virus tersebut.

“Saya rasa ramai orang dari ‘jenis ini’ (agamawan) turut mengharapkan untuk mati sebagai syahid. Kita akan berdoa untuk mereka agar tidak terlalu terseksa. Amin,” ujarnya di laman Facebook sebentar tadi.

Loading…

Hadi ketika berceramah menghadapi wabak menerusi Facebook sebelum ini berkata ulama Islam menyifatkan mereka yang mati disebabkan virus boleh dikategorikan sebagai syahid akhirat.

“Syahid akhirat ialah mereka yang mati dalam menjalankan tugas dengan tidak berperang, orang yang mati kerana wabak, penyakit taun sebagai contoh, wabak corona pada hari ini atau Covid-19 di mana mereka menghadapi wabak ini setelah berikhtiar, berubat, sabar menghadapi ujian selepas itu dia mati itu syahid akhirat.

“Ia termasuklah mereka yang mati ketika menjalankan tugas sebagai doktor, jururawat, sukarelawan untuk melindungi orang daripada penyakit ini, begitu juga orang yang mati akibat kemalangan jalan raya ketika menjalankan tugas mencari nafkah, mati kerana banjir, kebakaran termasuklah wanita mati ketika bersalin, itu semua syahid akhirat dan jenazah mereka perlu diurus sebagaimana biasa, dimandi, dikafan dan disembahyang,” katanya.

Seterusnya kenalan Siti Kassim melalui status yang sama turut dilihatkan memberikan komen bersetuju dan menyindir pandangan tersebut.

Loading…

“Dia sepatutnya menunjukkan contoh dengan melaksanakan apa yang dikatakan itu (mati syahid). Dunia pasti menjadi tempat yang lebih baik (tanpa kehadiran mereka), kata Sarala Poobalan.

“Bukan hanya sekadar mati, pergi masuk ke neraka dan terpenjara di sana untuk selamanya,” ujar Eric Tan.

“Hadi, aku ingat u dah balik kampung tangkap ikan dah. Pasal apa masih bising macam anjing?,” soal Tak Chew.

“Pergi lah ikut mampos sana. Hidup pun menyusahkan orang je, kan,” kata Tia Razia pula. – SuaraTV

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/hadi-patut-mati-syahid-letak-dia-di-pulau.html#ixzz6KxIzGXTI

 

 

Kerajaan melayus/islam rasis (PN) ada 2 menteri agama ?

Menteri Agama rayu Dr Asri, sesiapa tidak lagakan beliau dengan kementerian lain

HUKUM ARAK DI JAKIM TETAP HARAM.

1 ARAK PAS AAA

ARAK DI KEMENTERIAN LAIN, HUKUMNYA BERBALAINAN.

TENTANG ARAK

Oleh: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)

Pandangan saya tentang arak adalah konsisten tanpa sebarang kompromi. Ianya adalah haram di sisi Islam. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” Surah al-Maidah (90)

Anda boleh merujuk penulisan-penulisan saya berkenaan arak menjadi Mufti Wilayah Persekutuan. Teguran dan nasihat saya ada tulus ikhlas dari hati dan bukan memilih-milih. Arak atau minuman beralkohol bukan sahaja dilarang dalam Islam, malah ianya digambarkan dengan keburukan dan bahayanya dalam agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan lain-lain. Apalah erti kehidupan kita jika masing-masing tidak berpegang teguh dengan nilai-nilai yang diajarkan dalam agama?

Loading…

Tragedi kemalangan jalanraya akibat mabuk bukanlah asing dalam dada akhbar di Malaysia. Ia akan kekal menjadi igauan ngeri rakyat Malaysia jika hal ini tidak diteliti dengan baik.

Berhubung surat yang tersebar berkenaan kilang arak yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tersebut, umum sudah mengetahui natijahnya. Cuma, saya amat berharap ianya tidak lagi berlaku.

Mengapa saya tidak membuat apa-apa ulasan? Mereka yang mengenali saya sejak menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan 6 tahun lalu, pasti faham akan sikap saya. Apabila Imam al-Syafie ditanya berkenaan suatu perkara, adakalanya beliau diam sejenak dan berfikir. Dikatakan kepadanya: “Tidakkah kau mahu menjawab?” Beliau membalas:

حَتَّى أَدْرِيَ الْفَضْلُ فِي سُكُوتِي أَوْ فِي الْجَوَابِ

Maksudnya: “Sehingga aku tahu kebaikan itu pada diamnya aku atau pada jawapanku.”

Hal ini bukan sahaja menggambarkan kebijaksanaan Imam al-Syafie dalam berfatwa, bahkan seni komunikasi ini juga boleh diterima pakai dalam apa jua keadaan yang sesuai. Tambahan pula sekarang, sepatah jawapan sahaja sudah boleh diandaikan kepada 1001 kefahaman.

Loading…

Justeru, apabila semua sudah mengetahui pendirian saya tentang arak, fahamlah bahawa apa sahaja berkaitan dengannya, saya tetap dengan tegas menolaknya.

Saya juga amat tidak selesa untuk menjawab bagi pihak kementerian lain. Boleh jadi jawapan saya tepat atau salah. Malah, saya juga tidak mengetahui adakah apa yang saya fahami, benar-benar seperti yang dikatakan orang atau sebaliknya.

Soalan-soalan yang berbaur kontroversi atau bertujuan melaga-lagakan saya dengan sesiapa sahaja, itulah yang terutamanya saya elakkan. Ini kerana, kalau saya tergesa-gesa menjawabnya, boleh jadi ia menjatuhkan maruahnya. Inilah antara pesan guru saya Syeikh Al-‘Allamah Dr. Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti.

Saya mengambil kecaknaan sebarang bentuk nasihat dan cadangan dari semua pihak terutamanya Ashab al-Samahah para Mufti, cendekiawan Islam dan sesiapa sahaja. Nasihat itu akan saya semat pada hati sanubari ini dan cuba mencari jalan yang terbaik dalam menyelesaikannya. Terima kasih semua.

Saya doakan semoga kita semua saling nasihat menasihati sesama kita. Saya juga sedia mendengarnya mengikut kapasiti dan kemampuan yang saya ada dalam melaksanakan amanah yang cukup besar ini. Jazakumullahu khairal jaza’.

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/menteri-agama-rayu-dr-asri-jangan-melagakan.html#ixzz6Kx9oEcNA

1 ARAK PAS HALAL

1 ARAK PAS AAA

1 ARAK TAKITUDDIN A

Takiyuddin berkata, jika program itu boleh menimbulkan rasa tidak senang dan ketegangan dalam masyarakat, maka ia wajar dibantah.

KUALA LUMPUR: PAS berkata parti itu tidak akan teragak-menganjurkan demonstrasi bagi membantah penganjuran pesta arak “Oktorberfest 2018″ sekiranya ia menimbulkan ketegangan dan menceroboh kepentingan masyarakat awam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Oktoberfest tidak sepatutnya menjadi program umum kerana ia melibatkan sensitiviti agama, budaya dan pandangan kelompok masyarakat yang berbeza.

“Kalau sekiranya pesta seumpama ini dibuat dalam kelompok terkawal, tidak melibatkan orang lain, saya kira ia boleh dibincangkan.

“Contohnya larangan merokok, ia diletakkan di tempat khusus, arak pun sepatutnya begitu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

“Kalau program itu boleh timbulkan rasa kurang menyenangkan dan boleh pula menimbulkan ketegangan dalam masyarakat, maka sewajarnyalah ia dibantah.

“Mungkin kalau sampai peringkat perlukan demostrasi, kita akan berdemonstrasi,” katanya.

Pada 9 Oktober lalu Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, pesta arak “Oktorberfest 2018″ boleh dianjurkan jika pihak penganjur membuat permohonan mendapatkan permit dan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata, antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan acara itu tidak dijalankan di tempat terbuka.

Takiyuddin berkata, kerajaan negeri Kelantan misalnya hanya melarang perniagaan judi, tetapi arak untuk orang bukan Islam tidak dihalang.

“Bagi PAS, itu hak bukan Islam, dan dalam ruang lingkup terkawal ia tak ada masalah.

“Perkara ini boleh dilakukan dengan syarat ia tidak melibatkan pencerobohan ke atas kepentingan orang lain. Kalau boleh dikawal, dalam keadaan apapun boleh dibenarkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Presiden PAS Datuk Seri Abd Hadi Awang berkata parti itu gembira dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) di Port Dickson Sabtu lepas yang menyaksikan calonya mendapat undi lebih tinggi berbanding pencapaian dalam pilihan raya umum 9 Mei.

“Dapat undi lebih 7,000 dalam keadaan kita bersendirian, satu parti sahaja, dan bertanding 7 penjuru. Walaupun banyak penjuru, tetapi undi meningkat.

“Apa yang penting ialah kita perlu dibuat ‘postmortem’. Kita akan buat seawal yang mungkin, jadi boleh tahu undi kita pada masa akan datang. Kita ada jentera di Port Dickson,” katanya.

Dalam pilihan raya kecil Port Dickson Sabtu lalu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan memperoleh 31,016 undi mengalahkan pesaing terdekatnya daripada PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar yang mendapat 7,456 undi.

Lima calon Bebas lain masing-masing hilang wang pertaruhan, termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abd Samad dan bekas pembantu beliau Mohammad Saiful Bukhari Azlan.

https://www.freemalaysiatoday.com/c…-gantung-keahlian-myanmar-jika-bukan-retorik/

https://carigold.com/forum/threads/penganjuran-oktoberfest-2018-di-malaysia.685893/page-24

 

https://web.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1140914676087048/?type=3&theater

Muhyiddin penakut, kata Teresa Kok

Anggota Parlimen pembangkang terkejut apabila menerima e-mel dari setiausaha Dewan Rakyat yang memberi notis persidangan parlimen pertama hanya akan diadakan selama sehari, kata Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Persidangan itu yang pada awalnya dirancang pada 9 Mac kemudian ditangguhkan sehingga 18 Mei, akan diadakan hanya sehari kerana pelaksaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memerangi penyebaran Covid-19, yang setakat ini mencatat 86 kematian.

“Ini sama sekali tidak dapat diterima dan bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen yang sudah lama wujud.

“Kerajaan Perikatan Nasional tidak memiliki asas yang sah untuk mengehadkan sesi parlimen hanya satu hari kerana walaupun terdapat perintah kawalan berikutan pandemik Covid-19, akhir-akhir ini kita melihat banyak negara demokrasi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat mengadakan sesi parlimen biasa.

Loading…

“Malah, Korea Selatan bahkan mengadakan pilihan raya umum (pada hari Rabu) di bawah sekatan pandemik yang teruk,” kata Kok dalam satu kenyataan malam tadi.

E-mel yang dihantar oleh setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat mengatakan tidak akan ada “sesi soal jawab lisan, soalan bertulis, usul dan persidangan khas” dalam satu hari persidangan itu.

“Sebab yang disebut dalam surat dari Parlimen tidak munasabah dan tidak masuk akal,” kata Kok.

Beliau berkata kerajaan PN tanpa rasa malu dan terang-terangan menunjukkan penghinaan terbuka terhadap peranan dan fungsi parlimen.

“Kerajaan sedang berusaha menghalang dan melemahkan peranan Parlimen yang sah dan konsep pemisahan kuasa, dalam menghalang perbahasan mengenai pakej rangsangan.

“Kerajaan secara terang-terangan berusaha meranapkan melalui pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM 250 bilion (bersamaan dengan anggaran bajet setahun Malaysia), melalui “pintu belakang”, tanpa meminta persetujuan yang sewajarnya dari parlimen,” tambahnya.

Loading…

Kok berkata adalah jelas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sangat takut berdepan anggota parlimen Pakatan Harapan dalam sesi parlimen yang sah, kerana ini mungkin memberi peluang kepada pembangkang mengerakkan usul undi tidak percaya terhadapnya sebagai PM.

Sementara itu, Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata beliau juga terkejut apabila menerima e-mel dari Ridhuan.

“Menurut notis parlimen, hanya akan ada Titah Yang di Pertuan Agong membuka sesi Parlimen yang baru, tetapi perbahasan usul terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas titah Diraja ditangguhkan ke mesyuarat Julai (13 Julai – 27 Ogos).

“Ini paling tidak dapat diterima kerana membuatkan parlimen seperti pentas lawak,” kata Lim.

Katanya, keputusan itu mesti dipertimbangkan semula oleh perdana menteri kerana parlimen mesti memainkan peranan utama bagi menunjukkan perpaduan dalam menghadapi wabakCovid-19.

Lim menambah parlimen harus memastikan strategi yang paling berkesan untuk mengatasi krisis Covid-19 dan merangka ‘pelan keluar’ terbaik untuk memulihkan ekonomi negara. – Mkini

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/muhyiddin-penakut-kata-teresa-kok.html#ixzz6Kx82urVi

USTAZ PAS RASIS PERNAH MEMFITNAH NAJIB ?

Najib: Bukan Ustaz Ebit je, saya pun kena fitnah dengan Ustaz Kacang ni

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingat kembali yang beliau juga pernah kena ‘sound’ dengan Ustaz Abu Syafiq atau nama sebenarnya Rasyiq Alwi.

Ustaz Abu atau juga terkenal dengan nama yang kurang sedap didengar, Ustaz Kacang sebelum ini telah memuat naik satu video mendakwa bahawa slogan yang sering digunakan oleh Ahli Parlimen pekan ‘malu apa bossku’ itu adalah merupakan satu slogan yang haram.

“Malu apa bossku, haram. Sesungguhnya malu itu adalah (sebahagian) daripada iman. Kau tak ada iman ke? Apa ni?

“Sahabat ajar kita malu, ulama ajar suruh kita malu.

“Tiba-tiba kau ajar ‘malu apa bossku’ dalam ketika mana kau terpalit dengan kes jenayah, kes rompakan, kes merosakkan negara,” kata Abu Syafiq.

Perkataan slanga ‘bossku’ didakwa berasal dari Sabah. Ia bermaksud ‘kawanku’. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab. Malahan juga digunakan kepada orang yang tidak dikenali bagi menggambarkan kemesraan.

Sementara sebutan ‘malu apa bossku’ mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut ‘bosku’ dan disambut oleh Najib dengan menyebut, ‘Malu apa bosku’.

Menurut pemuda itu, asal usul sebutan ‘malu apa’ adalah bermula dari seorang kawannya yang tiada duit. Beliau secara spontan berkata ‘malu apa bossku’ yang bermaksud tidak perlu malu walaupun duit sedikit asalkan melakukan sesuatu yang halal.

Maka secara umumnya, maksud sebutan ‘malu apa bossku’ adalah tidak perlu malu melakukan sesuatu asalkan ia adalah perkara yang betul dan halal.

Ia bukanlah bermaksud mengajak masyarakat menjadi tidak malu seperti yang didakwa oleh Ustaz Kacang tersebut.

Bahkan tindakan Ustaz Kacanag tersebut memfitnah Najib dengan tuduhan yang masih tidak dibuktikan lagi di mahkamah adalah amat dikesalkan kerana ia datang dari mulut seorang yang memegang status ‘ustaz’.

Bukankah setiap tuduhan itu perlu disertakan dengan pembuktian?

Sebelum ini Ustaz Kacang telah menggemparkan media sosial apabila mendakwa kerja-kerja kebajikan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew sebagai perbuatan yang riak.

Beliau juga memfitnah Ustz Ebit Lew menyelewengkan sumbangan orang ramai untuk membeli kereta mewah.

Tindakan Ustaz Kacang itu mendapat kecaman netizen dan terbaru beliau berkeras tidak mahu meminta maaf dan mendakwa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap Ustaz Ebit. – Cinca

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/saya-pun-kena-fitnah-dengan-abu-syafiq.html#ixzz6Kx1RL1gc

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan