Parti politik baharu akan ditubuhkan?

1 PENGKHIANAT BERDOA B

Bagi seorang individu yang begitu aktif terlibat dalam satu rampasan kuasa awal tahun ini, adalah aneh untuk Tan Sri Muhyiddin mendakwa kononnya orang ramai sudah meluat dengan politik dan sebaliknya mahu kerajaan bekerja keras demi rakyat.

Orang ramai boleh melihat bahawa watak-watak utama dalam kerajaan ‘gabungan anak ayam’ Perikatan Nasional (PN) lah yang sedang berebut kedudukan dan kuasa sambil negara berdepan krisis wabak Covid-19.

Barangkali Perdana Menteri membuat kenyataan sedemikian dalam usahanya untuk menyembunyikan hakikat bahawa pada ketika ini, beliau berada dalam keadaan yang amat berbahaya walaupun mempunyai kuasa besar sebagai ketua kerajaan.

Kenapa saya kata begini? Kita mulakan dengan satu kisah benar. Saya dan Lim Kit Siang bergegas pulang dari acara di Johor pada 25 Julai 2015 atas permintaan Setiausaha Agung Parti Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail untuk satu perbincangan tergempar. Sebagai sekutu rapat, kami memang sering berbincang, terutamanya apabila ada perkembangan penting dalam politik negara.

Saifuddin memberitahu kami bahawa beliau mendapat khabar yang Peguam Negara Abdul Gani Patail akan mendakwa Perdana Menteri Najib Razak atas kesalahan salahguna kuasa dalam kes SRC pada minggu berikutnya. Kit Siang berfikir seketika dan bertanya kepada kami: “Adakah Najib akan menunggu sahaja membiarkan dirinya di’sembelih’?”

Tiga hari kemudian, pada 28 Julai 2015, Gani, Muhyiddin dan Shafie Apdal dipecat daripada kerajaan Barisan Nasional.

Berbalik ke hari ini. Muhyiddin sedang mentadbir gabungan lemahnya ini dengan kewujudan 10 puak dalam PN.

Ada empat puak dalam parti Bersatu – mereka yang masuk pada tahun 2016; mereka yang masuk Bersatu dari Umno selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU 2018; kumpulan Azmin Ali; dan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang mampu menimbulkan masalah dalam pemilihan parti yang nampaknya telah dilengahkan ekoran krisis Covid-19.

Empat puak lagi adalah kumpulan-kumpulan bertelagah dalam Umno; setiap satunya dipimpin Najib, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, dan kumpulan tak berpihak yang dianggotai Mohammad Hassan serta Khairy Jamaluddin.

Dua puak lagi ialah PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Pilihan-pilihan Muhyiddin

Sebaiknya, Muhyiddin akan mahu menghapuskan penyokong Mahathir, dan mencari jalan supaya Bersatu tidak menjalankan pemilihan parti. Beliau akan mahu menghindar cabaran Mukhriz untuk kerusi presiden, yang walaupun sukar untuk Menteri Besar Kedah itu menang, namun tidaklah begitu mustahil.

Muhyiddin juga tahu bahawa daripada empat puak Umno, beliau hanya boleh percayakan puak Hishammuddin.

‘Pemberontak’ PKR, Azmin Ali sedang berharap untuk mempunyai struktur parti bagi beliau memainkan peranan penting dan untuk membawa masuk penyokong akar umbinya yang sekarang tidak mempunyai induk politik kerana Bersatu berada dalam keadaan tergantung. Beliau juga perlu mewujudkan ruang untuk penyokong bukan-Melayu yang tidak lagi dialu-alukan dalam PKR serta tidak mampu ke mana-mana.

Bagi mengabsahkan kerajaan Muhyiddin, beliau perlu menunjukkan bahawa kerajaannya bersih. Pengundi, terutamanya golongan penentu atas pagar dalam kalangan orang Melayu, amat menghargai soal integriti, selain soal kesejahteraan ekonomi.

Selain menjamin peluang pekerjaan dan kesejahteraan ekonomi untuk rakyat Malaysia, Perdana Menteri turut perlu menunjukkan kepada pengundi bahawa beliau komited membanteras rasuah, jika tidak beliau tidak akan meraih keabsahan moral kerana melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang dilantik secara demokratik.

Untuk meyakinkan orang ramai, beliau perlu menunjukkan komitmennya menentang rasuah dengan membiarkan keadilan terlaksana – supaya Najib dan Rosmah Mansor, Tengku Adnan dan Zahid Hamidi disumbat ke penjara apabila mereka didapati bersalah atas tuduhan rasuah di mahkamah.

Masalahnya, mampukah beliau berbuat demikian tanpa diserang Umno?

Jika menanti keputusan mahkamah terlalu berisiko, adakah Muhyiddin akan memilih untuk memutuskan hubungan dengan Umno dan Bersatu pada masa yang sama sebelum pembesar-pembesar Umno sempat melawan?

Parti baharu?

Ada cakap-cakap kononnya Muhyiddin, Azmin dan Hishammuddin sedang mencuba untuk menubuhkan parti baharu. Bagi mereka, ini mungkin satu penyelesaian yang bijak untuk semua masalah di atas. Tidak perlu bimbang tentang pemilihan Bersatu, penyokong Azmin ada rumah baharu, dan puak Hishammuddin dapat menghadirkan sokongan sebenar yang diperlukan Muhyiddin.

Pun begitu, ada dua cabaran terhadap perancangan ini.

Pertama, Muhyiddin hanya memiliki sokongan 113 atau 114 kerusi, maksimum. Jika Ahli-ahli Parlimen parti-parti Pakatan Harapan (PKR, DAP, Amanah) dan Warisan, serta kumpulan Mahathir dalam Bersatu kekal bersama; Muhyiddin tiada ruang untuk berkuntau.

Jika Muhyiddin, Azmin dan Hishammudin berjaya memecahkan gabungan ‘Pakatan plus’ ini, mereka akan mampu menubuhkan parti baharu tanpa memerlukan puak Najib dan Zahid. Mengikut perkiraan mereka, barangkali masih perlu menggoda beberapa Ahli Parlimen PH untuk menyertai mereka.

Kedua, Muhyiddin mesti berhati-hati dengan Umno Johor. Pemimpinnya begitu bersemangat untuk mendapatkan semula kuasa yang mereka hilang dalam PRU lalu.

Nasihat saya buat Perdana Menteri (yang dahulunya saya bekerja begitu rapat bersama beliau, dan banyak berbincang dengan penuh jujur ketika kami bekerjasama dalam PH) ialah: Umno mungkin sahaja memperdaya beliau di Johor.

Pilihan raya mengejut di Johor mungkin mengakhiri hayat Bersatu di negeri itu, malah Muhyiddin juga mungkin kehilangan kerusinya di DUN Bukit Gambir.

Di tengah arus politik yang deras ini, Muhyiddin lah yang mungkin memulakan sesuatu untuk menewaskan lawannya dalam Umno. Atau mungkin Umno Johor yang memulakan serangan terhadap Perdana Menteri.

Bagi Pakatan Harapan dan rakan-rakan sekutu yang memilih untuk kekal bersama, seperti Warisan dan kumpulan pro-Mahathir dalam Bersatu; kita mesti kekal bersama. Rakyat Malaysia yang mengundi Pakatan Harapan demi kerajaan yang bersih serta peluang ekonomi yang lebih baik akan terus menyokong kita.

Parti politik baharu akan ditubuhkan?

 

Hapuskan tulisan Cina? – Ulamak Pas Rasis

1 VIRUS EBIT BAHAYA.abu-ebit

Ustaz Abu Syafiq dilihat sering kali mengeluarkan kata-kata bersifat kontroversi di media sosial. Sebelum ini dia didakwa memuat naik status bahawa dia kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Ustaz Ebit Lew yang sering menghulurkan bantuan. Terbaru, satu video dimana Ustaz Abu Syafiq mencadangkan kepada semua rakyat Malaysia agar menghapuskan tulisan Cina telah dimuat naik menerusi Twitter Khalids. Video yang tidak diketahui tarikh sebenar direkodkan dan dipercayai video lamat telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen. Selebriti Alvin Chong dan pengarah terkenal Michael Ang turut tidak terlepas memberi komen terhadap video tersebut. Hapuskan tulisan Cina? Menerusi video tersebut, Ustaz Abu Syafiq didakwa ingin menghapuskan tulisan Cina di Malaysia dengan membuang dan mengoyakkan keratan akhbar atau papan-papan tanda yang mengandungi tulisan tersebut. Menurutnya lagi, tindakan menghapuskan tulisan Cina dikatakan adalah

https://helloworld-i4ln6sgakq-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRjh4NGp0Yy5jbiUyRnI2Q2lGMUdIbGdFMA%3D%3D

Kerajaan Melayu/Islam Rasis (PN) Melantik Datuk Chong Sin Woon Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Baru.

1 LPK

 

SHAH ALAM, 28 April – Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) memaklumkan Datuk Chong Sin Woon dilantik sebagai pengerusi baharunya bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 April, 2020.

LPK dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pelantikan itu diumumkan Kementerian Pengangkutan Malaysia setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Pelantikan itu juga selaras dengan subseksyen 2(4)(b) Akta Lembaga Pelabuhan 1963.

“Sebagai badan kawal selia pelabuhan utama Malaysia, LPK yakin pelantikan ini mendukung setiap peranan dan fungsi lembaga dalam mentadbir serta membangunkan pelabuhan secara mampan, sekaligus memacu kepada pertumbuhan ekonomi negara,” kata kenyataan itu.

LPK berkata Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan terbesar di Malaysia yang mengendalikan hampir 50 peratus dagangan negara.

Tahun lepas, Pelabuhan Klang mengendalikan 13.5 juta unit kontena bersamaan 20 kaki (TEU) dan sekaligus menduduki tangga ke-12 dalam kalangan pelabuhan kontena utama di dunia.

Sebelum ini, Ean Yong Hian Wah merupakan pengerusi LPK.

— BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1836583

 

Jurutera, wanita dipenjara dan denda ingkar PKP Tetapi VVIP Politik hanya denda sahaja.

1 ULAMAK PKP

JEMPOL: Jurutera dan seorang wanita dijatuhi hukuman penjara dan denda oleh Mahkamah Majistret Bahau kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majistret Khir Nizam Jemari menjatuhkan hukuman 14 hari dan tujuh hari penjara dan denda RM300 serta RM500, masing-masing ke atas Mohd Norhasnol Nordin, 38, dari Segamat dan Atiqah Muhadi, 26, dari Labis, Johor selepas kedua-dua tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan kedua-dua tertuduh secara bersama-sama pada 16 April jam 6 petang bertempat di jalan berhampiran stesen Petronas Pusat Perniagaan Bandar Seri Jempol didapati bergerak dari satu tempat lain ke tempat lain ketika PKPdilaksanakan.

Oleh yang demikian, kedua-dua tertuduh Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum mengikut Peraturan 11(1) peraturan yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Khir Nizam turut mengarahkan, kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala kedua tertuduh tidak diwakili peguam.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/680154/jurutera-wanita-dipenjara-dan-denda-ingkar-pkp

1 VVIP TIDAK DI REMAN DAHULU1 ULAMAK JAHAT PAS PERAK.

 

Kerajaan Melayu/Islam Pintu Belakang menganggarkan kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari semasa PKP.

1 KERAJAAN MELAYU ISLAM NAZAK

KUALA LUMPUR: Malaysia menganggarkan berdepan kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari akibat penutupan perniagaan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk membendung penularan Covid-19.

Sejak itu, Putrajaya memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM260 bilion bagi mengelakkan rakyat kehilangan pekerjaan dan memastikan perusahaan kecil dan sederhana dapat terus bertahan, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam wawancara yang disiarkan di televisyen malam tadi.

Sementara itu, kerajaan menggunakan peluang ini untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi digital.

“Disebabkan PKP, impak boleh dikatakan amat besar ke atas kehidupan rakyat dan ekonomi,” katanya.

Malaysia mula melaksanakan PKP pada 18 Mac lalu dan melanjutkan sekatan itu buat kali ke-3 sehingga 12 Mei ini.

Kadar jangkitan baru mula menunjukkan penurunan dan Kementerian Kesihatan melaporkan kurang daripada 90 kes baru setiap hari sejak 9 hari lalu.

DIJANGKA 2.4 JUTA ORANG HILANG PEKERJAAN SEMASA PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAYU/ISLAM PINTU BELAKANG.

1 HILANG KERJA.

KUALA LUMPUR : : Kira-kira satu juta pekerja sektor pelancongan di Malaysia dijangka hilang pekerjaan pada tahun ini susulan penularan jangkitan COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi dunia.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, industri itu juga merekodkan kerugian kira-kira RM20 bilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Beliau yang menyatakan kebimbangan dengan perkembangan itu menyifatkan angka itu sebagai ‘menakutkan’.

“Daripada data kementerian, kira-kira 17,000 pemandu pelancong barangkali tergolong dalam kategori ini.

“Ini belum mengambil kira keluarga dan anak-anak mereka,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Jumaat.