Orang ramai kumpul dana RM1,000 bantu lelaki 80 tahun lunas denda akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan

 

Rakyat Malaysia dan sifat pemurah memang tidak boleh dipisahkan. Apabila melihat ada insan yang sedang dalam kesusahan, rakyat Malaysia akan beramai-ramai berganding bahu membantu mereka, tanpa rasa prejudis.

China Press

Begitulah hal yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah yang ditimpa malang ini. Menurut China Press, semuanya bermula apabila lelaki tersebut didenda sebanyak RM1,000 kerana telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagaimanapun, kerana lelaki itu tidak lagi bekerja dan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi, lelaki itu tidak mampu untuk melunaskan denda yang dikenakan kepadanya itu.

China Press

Namun syukurlah, kisah lelaki ini mendapat perhatian warganet dan mereka sama-sama mengumpul dana sehingga mencapai jumlah RM1,000 untuk diberikan kepada lelaki itu agar dendanya dapat dilunaskan.

Seorang wakil seterusnya datang melawat lelaki itu di rumahnya, dengan membawa wang sumbangan yang terkumpul, dan turut memberikan topeng penutup hidung dan mulut kepadanya.

China Press

Syukurlah, semuanya telah kembali ke sedia kala dan diharapkan agar semua orang kekal berada di rumah bagi sama-sama memutuskan rantaian penularan wabak virus Parti Komunis China.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

Orang ramai kumpul dana RM1,000 bantu lelaki 80 tahun lunas denda akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan

Nama besar yang diperkecilkan

3-best-doctor-covid191 MENTERI MELAYU BODOH1 TAHNIAH FRONLINER

Nota Hari-hari Wabak 12: Nama besar yang diperkecilkan

1. Nama Dr Musa Nordin bukan kecil dalam alam perubatan Malaysia. Saya sendiri kenal nama ini sewaktu masih seorang pelajar perubatan. Nama beliau mula naik sekitar 2010 sewaktu aktif dalam VIVA Palestina yang giat membantu penduduk Gaza.

2. Beliau seorang yang turun padang dan ligat dalam kesukarelawan perubatan di Malaysia malah seluruh dunia. Tahun 2017 namanya diangkat media di Malaysia sewaktu beliau dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat Gabungan Persatuan Perubatan Islam Sedunia (FIMA) yang disampaikan oleh Presiden Erdogan

3. Dr Musa Nordin terkenal ‘garang’ dan provokatif dalam tulisan-tulisan dan penampilan beliau di TV. Antara quote yang diambil Dr Musa yang tidak boleh saya lupa ialah dalam artikel beliau yang membela houseman/junior doctor yang dianggap sesetengah senior doctor sebagai “lowest form of life, even lower than the amoeba”. (Feb 2017)

4. Banyak doktor-doktor yang berkhidmat dalam KKM sekarang pernah menerima sentuhan IMARET (Islamic Medical Association of Malaysia Relief Team) seawal mereka pelajar universiti dan kenal dengan sosok Dr Musa Nordin yang mendokongnya. Sesetengah orang, walau pun melawak nampak serius, tapi ada orang yang serius tapi tetap nampak lawak.

5. ‘Kesilapan’ Dr Musa ialah meneruskan corak penulisan beliau yang biasanya provokatif dalam isu keperluan PPE yang menerusi pemerhatian beliau di lapangan tidak mencukupi. Malang bila ‘my plea to MOH’ (Rayuan saya kepada MOH) terutamanya frasa ‘ivory tower’ diterjemahkan sebagai serangan kepada MOH setelah ditambah rencah sana sini oleh portal-portal politik dan penulis yang senada.

6. Lagi malang apabila netizen lebih sudu dari kuah sampai sanggup menghina penampilan fizikal Dr Musa Nordin. Jijik. Jika kita tidak setuju pada cara provokatif Dr Musa, atau pemilihan saluran yang diguna Dr Musa atau pendirian politik Dr Musa, itu yang kita kritik. Fizikal seseorang ialah ketentuan Allah. Pendirian politik, pemilihan saluran menyalurkan pendapat dan cara penulisan ialah pilihan sendiri.

7. Dr Noor Hisham Abdullah nama besar. Dr Musa Nordin nama besar. Sesekali mereka kritikal terhadap satu sama lain untuk kebaikan Malaysia. Kita (terutama kaki politik 24 jam) jangan jadi batu api. Kadang-kadang kita berpolitik hingga lupa isu utama seperti kekurangan PPE yang dihadapi frontliners yang lebih mendesak hanya kerana isu itu dibawa oleh orang yang kita tidak suka.

_____

Dr Hafez Iftiqar Termizi, MBBS (frontliner COVID 19)

Kerajaan kena bantu rakyat, bukan rakyat bantu kerajaan melawan Covid-19.

1 PECAH AMANAH1 WAJAH PAS SEBENAR.1 PENGKHIANAT MESIR1 QARDAWI SUDAH TAHU1 AHLI PAS TERBARU

1 AHLI SYURGA

Ambo nak bui pendapat ambo sikit..
Mula-mula faham biar molek apa ambo nak kata sebelum memberi feedback.

Pada ambo,orang perseorangan atau ngo yang berusaha mendapatkan bantuan,menderma kepada hospital,klinik peralatan PPE dan topeng muka tu bagus tapi sedarkah cara ini sedikit sebanyak menjadikan masalah yang dihadapi oleh hospital dan klinik disorok ke bawah “karpet”?

Jangka masa pendek bagus,untuk jangkamasa panjang merugikan hospital atau klinik itu sendiri untuk improve sistem logistik yang sedia ada.

Kerajaan ada semua sumber kemudahan pembekalan. Wang, logistik serta tenaga kerja dan kemudahan bergerak musim Covid 19, mengapa peralatan masih tak cukup?

Kita pilih kerajaan untuk jaga kita bukan kita yang sepatutnya BELAI kerajaan.

Jika masalah birokrasi sebagai penghalang mendapatkan bekalan,pihak kerajaan perlu melihatnya secara serius supaya masalah logistik tidak lagi berterusan

Ya kita gatal nak gi bantu dan ambil alih kerja kerajaan tu bakpo?

Bukankah lebih baik duit yang ada di NGO digunakan untuk mengisi perut-perut rakyat yang susah didalam kampung kerana kehilangan hasil pendapatan dan menjadi mangsa diskriminasi politik ..!

Ini adalah pendapat peribadi ambo.

Nyamuk Menggigit
17 April 2020

Menteri PN akan jadi bahan ketawa kalau…

Malaysiakini

1 PN BEREBUT DEDAK1 MELAYU BODOH1 A TIKTOK C1 5 MENTERI PALING DIBENCI

Menteri-menteri Perikatan Nasional (PN) mungkin menjadi bahan ketawa orang ramai jika berlaku pertelingkahan dalaman atau gagal menguruskan lantikan politiknya, kata Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (Reach), Iskandar Abdul Samad.

Katanya rakyat pada hari ini “terlalu cerdik” dan dapat melihat tingkah laku pemimpin kerajaan yang dianggap tidak wajar.

Misalnya, kata Iskandar, jika ada lantikan ke jawatan dalam kerajaan atau agensi kerajaan yang dibuat semata-mata atas pertimbangan politik.

“Selepas ini jika berlaku pertelingkahan dalam PN seperti zaman PH, menteri-menteri menjadi bahan gelak ketawa, atau pelantikan jawatan dalam kerajaan dan agensi kerajaan atas pertimbangan politik semata-mata, maka sudah tentu rakyat tidak akan berdiam diri.

“Rakyat hari ini terlalu cerdik. Tidak ada perkara yang dapat disembunyikan daripada mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, antara isu yang menjadi buah mulut orang ramai ketika ini ialah pelantikan ahli-ahli parlimen PN ke jawatan tertinggi dalam agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Hal itu berlaku selaras dengan pemberhentian atau penamatan pegawai-pegawai kanan lantikan PH, termasuk dalam kalangan golongan teknokrat atau profesional.

Semalam salah seorang veteran PAS, Mustafa Ali, juga membangkitkan isu yang sama.

Iskandar berkata kerajaan PN boleh diibaratkan seperti seorang askar yang berjalan di medan perang.

“Ada jalan yang selamat dan ada jalan yang bahaya kerana jelas terdapat periuk-periuk api.

“Hanya orang yang bodoh yang akan memilih jalan yang ditanam dengan periuk api.

“Tetapi kadangkala tindakan orang politik susah hendak difahami.

“Justeru jangan ada yang merasakan diri mereka kebal dengan memilih jalan yang penuh dengan bahaya,” katanya yang juga bendahari PAS Pusat serta bekas exco kanan Selangor.

https://www.malaysiakini.com/news/521202

Pas vs Umno vs Bersatu

1 PN BEREBUT DEDAK1 MELAYU BODOH

1 PECAH AMANAH

Pas vs Umno vs Bersatu :

Ketika musim MCO ini sudah kedengaran pemimpin Umno dan Bersatu dinegeri pemerintahan Pas diKelantan dan Terengganu bersuara ketidakpuasan hati dengan budget diberikan Putrajaya pada musim Covid-19 ini iaitu isu agihan peruntukan wang yang teramat jauh bezanya dan barangan keperluan dapur kepada mereka. Sedangkan Umno dan Bersatu adalah rakan sekutu komponen mereka diPutrajaya dalan kerajaan PN.

DiTerengganu pihak parlimen Umno hanya mendapat budget rm45k sahaja sedangkan bagi pihak Parlimen Pas budget diberikan sebanyak rm305k hingga rm350k setiap kawasan.

DiKelantan pula,
agihan budget Covid-19 cuma diberikan kepada lantikan politik, penjawat awam dan barisan frontliners sahaja. Tiada budget diberikan kepada parlimen Umno apatah lagi kepada ahli parlimen parti Bersatu.

Rakyat pula dapat apa ? 50sen sahaja diKelantan. 😛😛😭😭

Malah sebelum ini pemimpin Umno telah bersuara dan mendesak Pas diatas ketidakpuasan hati diatas pembahagian kerusi Exco Negeri Pas yang tidak mencerminkan aspirasi Muafakat Nasional bersama dengan Umno. Jika perkara pembahagian duit RM pun Pas sudah tamak apalagi pembahagian kuasa nanti.

Cuba kalian bayangkan nanti, bilamana menjelang Parlimen dibubarkan dan Pru-15 diadakan, sudah pasti amalan seperti “Cah Keting” dalam pembahagian kerusi Parlimen dan DUN atau calon akan bertambah panas. Lagipun amalan yang menjadi budaya turun temurun diKelantan dan Terengganu ini pasti lebih menarik dan ditunggu tunggu oleh rakyat Kelantan dan Terengganu yang melibatkan parti Pas vs Umno vs Bersatu.

PESTA ARAK HALAL DI MALAYSIA-TAKIYUDDIN HASSAN (MENTERI AGAMA BARU).

1 PAS MABUK ARAK1 TENTERA SYAITAN.

1 ARAK BMF

JIHAD EKONOMI DEMI KEBAIKKAN UMMAH.

Too many Chef spoil the Cook!

– MITI – perlu jana ekonomi segera, cukai arak 15% atas 340juta stok

– KPDNHEP – segera luluskan edaran Heineken dan Carlsberg, arah KSU keluar surat.

– MEWA – prinsip, arak tetap haram, bawa ke kabinet

– MP PAS / Ketua DPPP – kaji semula hubungan dalam PN, bantah Arak

RPK – KSU buat surat tanpa pengetahuan Menteri (fitnah)

– DMAZA / DRT – siasat KSU salah guna kuasa lantikan politik (sambung fitnah ala2 fatwa).

– MWP – 1st to tweet (bangga) – Kelulusan arak dalam PKP dibatalkan

– MKN – sahkan Kabinet batalkan kelulusan KPDNHEP, MITI perlu selesaikan

– KPDNHEP – akui KSU rujuk Menteri sebelum buat surat. (Now mana RPK, MAZA, RT nak letak muka!)

– Menteri Agama – Alhamdulillah telah selesai dengan baik, berdiam lebih baik.

– PTD / penjawat awam – What? Jadi kambing golek?

– MITI – ada minta maaf? Kamu yang mulakan, cubalah bertanggungjawab…

– Rakyat – Kilang Arak tutup atau tak, teruskan PKP atau tak (confused)

#Carcamerba

Jangan Tersalah Memilih Pemimpin

1 BUKTI MUHYIDDN MUNAFIK1 JANGAN BILA PENGKHIANT

1 MCA RASIS

Jangan Tersalah Memilih Pemimpin
============
1. Berita tentang penangkapan seorang ADUN dan beberapa pegawai kerajaan dalam sebuah parti yang dilabel sebagai ‘parti dadah’ adalah amat menyedihkan. Atas dasar itu Rasulullah mengingatkan kita agar berhati-hati dalam melantik kepimpinan.

2. Dalam sebuah hadith, Rasulullah berpesan kepada kita bahawa akan datang satu zaman, terdapat pemimpin yang mendekati orang-orang yang jahat. Sabda Rasulullah:

لَيَأْتِيَنَّ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يُقَرِّبُونَ شِرَارَ النَّاسِ ، وَيُؤَخِّرُونَ الصَّلاةَ عَنْ مَوَاقِيتِهَا ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلا يَكُونَنَّ عَرِيفًا ، وَلا شُرْطِيًا ، وَلا جَابِيًا ، وَلا خَازِنًا

“Akan datang ke atas kamu (satu zaman dimana) pemimpin-pemimpin mendekati manusia yang jahat, mereka melengah-lengahkan solat (sehingga) di akhir waktunya. Maka apabila kamu mendapatinya yang demikian itu dikalangan kamu, maka janganlah kamu menjadi: pembantunya, pegawai keselamatannya, pemungut cukai (buatnya) dan yang menjaga khazanah (mereka). (HR Ibn Hibban. Dinilai Sahih oleh al-Albani)

3. al-Imam Ibn Hibban menukilkan hadith ini di dalam sebuah bab yang menjelaskan tentang keperluan seorang Muslim untuk menjauhi pemimpin yang mendekati manusia yang jahat. Kezaliman mereka dibimbangi akan memberikan kesan kepada rakyat dan manusia lain.

4. Begitu penting perihal kepimpinan sehingga Rasulullah telah berpesan agar kita menjauhi dari melantik pemimpin yang dibimbangi membawa kerosakan. Bahkan Rasulullah mengingatkan kita bahawa akan ada pemimpin yang melakukan perkara yang dimurkai Allah. Sabda Rasulullah:

يوشك إن طالت بك مدة أن ترى قوماً في أيديهم مثل أذناب البقر يغدون في غضب الله, ويروحون في سخط الله

“Andai sekiranya umurmu panjang nescaya kamu menyaksikan golongan manusia (pemerintah berkuasa) yang ditangannya ada cemeti laksana ekor lembu (melulu tanpa akal) melakukan kejahatan pada waktu paginya dimurkai Allah dan pada waktu petangnya dilaknat Allah”. (HR Muslim)

5. Begitulah pesan Rasulullah, mengingatkan kita dalam urusan kepimpinan. Pemilihan pemimpin yang salah bukan sahaja memberikan kesan pada diri kita sendiri, masyarakat bahkan sebuah negara.

Semoga Allah membimbing kita.

Mengapa Liberal Dan Kerajaan Pintu Belakang Menyokong Pesalah Gay?

1 MENTERI LGBT SEMALAYSIA

Mengapa Liberal Menyokong Pesalah Gay?
==========
1. Ada dikalangan pendokong Liberal yang sanggup memberikan sokongan kepada golongan Gay yang didapati bersalah kerana cuba melakukan persetubuhan diluar tabii. Malah apa yang lebih menyedihkan, ada dikalangan pesalah Gay ini (yang cuba melakukan persetubahan diluar tabii) sudah pun berkahwin.

2. Di sini barulah kita faham mengapa Rasulullah benar-benar bertegas dalam menangani isu kemungkaran peribadi, ia bukan sahaja merosakkan individu bahkan meruntuhkan institusi kekeluargaan.

3. Jangan pula ada dikalangan kita yang terkeliru memahami gabungan Perikatan Nasional sehingga membenarkan kemungkaran peribadi dengan istilah kosmetik seperti personal sphere dan public sphere. Perkara keemungkaran harus ditangani secara menyeluruh.

4. Dengan sebab itu al-Quran bertegas melarang kemungkaran ini bahkan Allah menyifatkan perbuatan hubungan sejenis mereka sebagai perbuatan yang keji (fahishah) dan melampau (musrifun). Firman Allah:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ . إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

“Ingatlah ketika Nabi Lut berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

5. Maka tidak hairanlah juga apabila Rasulullah turut bersikap keras dalam perkara ini dengan melaknat mereka yang melakukan perlakuan Gay ini. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا

“Allah melaknat mereka yang melakukan amalan kaum Nabi Lut. Rasulullah mengulangi laknat ini sebanyak tiga kali.”. (HR Ahmad, dinilai Hasan oleh al-Arna’ut)

6. Atas dasar dalil al-Quran dan hadith di atas, para sahabat turut mengenakan hukuman yang keras terhadap pelaku liwat. Malah, al-Imam al-Syafie menjelaskan bahawa pelaku liwat boleh dihukum rejam. Kata al-Syafie:

قال الشافعي : وبهذا نأخذ برجم اللوطي محصناً كان أو غير محصن

“Kata al-Imam al-Syafie: dengan ini kami berpandangan bahawa pelaku liwat hendaklah direjam samada sudah berkahwin atau belum.” (al-Shaukani, Nail al-Autar)

7. Andai sekiranya Allah menyifatkan pelaku Gay ini sebagai melakukan dosa besar, Rasulullah melaknat golongan ini, para sahabat turut mengenakan hukuman yang keras dan begitu juga al-Imam al-Syafie, tergamakkah kita bersikap dengan sikap yang bercanggah dengan Allah dan Rasul sehingga sanggup kita menyokong golongan Gay ini?

Semoga Allah memberikan hidayah buat kita semua. Semoga Allah menyelamatkan kita dari kecelaruan pemikiran Liberal yang dianjurkan oleh umnoas merosakkan ajaran Islam. Semoga Allah membimbing kita.

 

Suara Dr Maza dan Dr Rora serta ISMA tidak kedengaran lagi

1 PENGKHIANAT

Jika benar mereka yang mencetus kempen #bmf buy muslim first ini ikhlas berkempen, maka produk yang paling awal mereka tolak adalah Mercedis dan menggantikannya kepada ‘proton perdana
‘SUDAH TIDAK KEDENGARAN LAGI “BUY MUSLIM FIRST” SEKARANG INI!!!

Suara Dr Maza dan Dr Rora serta ISMA tidak kedengaran lagi menyuruh umat Islam membeli barangan Islam.

Kempen #BMF pun dah tak wujud lagi sekarang ni memandangkan tujuan utama kempen ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan PH.

Kempen ini tidak pernah bertujuan untuk membela orang Melayu atau pun Islam.

Kempen ini semata-mata mahu memburukkan kerajaan PH dahulu dan menjatuhkan kerajaan PH.

Mudah kita katakan kempen ini adalah kempen munafiq dan bohong tajaan Dr Asri dan ISMA.

ISMA itu sendiri pertubuhan yang menyamar Islam tapi sebenarnya memperjuangkan Assabiyyah sempit dan Ketuanan Melayu.

Pemimpin2 ISMA pun bukanlah mereka yang dikenali sebagai alim ilmuan Islam yang diiktiraf. Hanya sekadar ustaz2 biasa je pun.

Sudah dari awal Tulang Besi nampak kempen ini tidak ikhlas berdasarkan beberapa sebab:

1.0 Barangan2 yang banyak hendak diboikot itu adalah buatan “Multi National Corporations (MNC)”. Ini petanda kempen ini adalah kempen membunuh diri mustahil pada masa ini kita boleh bersaing dengan MNC2 seluruh dunia.

2.0 Orang2 Melayu Islam sudah pun menggunakan barangan buatan Islam terutamanya berkaitan dengan bahan-bahan makanan dan kegunaan harian. Tidak perlu mengadakan kempen seperti ini lagi malahan ianya sia-sia.

3.0 Kempen ini berasal dari kempen “Boikot Barangan Cina” yang dilancarkan oleh PAS dan mereka-mereka yang kecewa dengan kekalahan PRU 2018. Hanya kerana takut didakwa dan ditangkap Polis kerana tuduhan menaikkan sensitiviti kaum maka ianya dirubah kepada “Buy Muslim First”.

4.0 Syarikat bukan Islam di Malaysia banyak mengambil orang Islam sebagai pekerja. Kalau tutup syarikat-syarikat ini, adakah Dr MAza dan Dr Rora mahu mengambil pekerja-pekerja Melayu bekerja dengan mereka?

5.0 Kempen ini mendapat sokongan UMNO dan PAS secara terbuka menandakan ianya kempen berbau politik dan bukannya untuk membantu orang Melayu dan orang Islam.

6.0 Sudah terlampau banyak skim dan bantuan kerajaan untuk Bumiputra dan orang Melayu, apa perlu lagi kempen seperti ini? Sepatutnya diperiksa mengapa program-program ini tidak membuahkan sebarang hasil sewaktu BN memerintah dulu.

Sekadar menjual Islam untuk mencapai target politik murahan. Islam diperalat untuk mencapai tujuan politik perkauman sempit.

Semoga Allah SWT menurunkan balaNya kepada mereka-mereka yang mejual agama Allah dengan harga yang murah dan hina ini.

Dr. Maza dan Dr. Rora sudah tiba masanya mereka membuang baju Islam Sunnah mereka dan menunjukkan sikap mereka yang sebenar yakni aqidah perkauman Melayu sempit.

Islam cuma bahan mainan sahaja kepada mereka-mereka ini. C&P.