MARI HIDUPKAN PERJUANGAN YANG TELAH MATI

 

1 TUN M15 UMNOPAS9 PH16 UMNOPAS

*السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته .. بسم الله الرحمن الرحيم .. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وازواجه وذريته واهل بيته واصحابه وعلينا اجمعين..  اللهم أنزل الرحمة والمغفرة والسلامة على أبوى واله وخلفاءه وازواجه واولاده ومن نصره إلى يوم الدين ….أمين يا رب العا لمين*_ 🤲🏻
*MARI HIDUPKAN PERJUANGAN YANG TELAH MATI*
Marilah kita, menghidupkan perjuangan yang telah mati
Ayuh, mari kita berjihad, yang sudah dilupakan orang
Perjuangan dan jihad, yang sangat diperlukan di setiap zaman
*Apakah perjuangan itu?!*
Iaitu memperjuangkan, cintakan Tuhan, dan menanam kasih sayang sesama insan
Perjuangan manusia selama ini, sudah salah jalan, mereka menghunus pedang, meledakkan peluru-peluru, membunuh insan dan membunuh kemajuan
Manusia sebenarnya, tidak hendak peperangan, mereka inginkan kasih sayang, keharmonian dan perdamaian
Tapi, mereka tidak tahu bagaimana hendak melakukan
Mereka mahukan kasih sayang, yang timbul kehambaan, mereka inginkan kedamaian, yang terjadi kekacauan
Marilah dari sekarang, kita berjuang, cintakan Tuhan
Marilah kita berjihad, untuk menyuburkan kasih sayang sesama insan
Tidak kira apa agama mereka, tidak kira apa bangsa dan etniknya
Marilah kita, sarungkan semula pedang ke dalam sarungnya
Kita gunakan lidah kita, yang menyejukkan hati insan, kita taburkan pertolongan, dalam apa bentuk pun, membantu penderitaan
Marilah, marilah kita berusaha, mencantikkan semula hati yang sudah pecah, kita rapatkan semula, persaudaraan yang sudah renggang
Marilah, kita hidupkan semula maaf- bermaafan, kita bunuh hasad dengki yang telah memusnahkan perpaduan
Marilah, kita matikan jihad yang ada ini, kita ganti dengan jihad yang baru, untuk dunia baru, untuk kasih sayang, keharmonian, kedamaian dan keamanan
Sudah lama perjuangan kita sesama manusia, menghancurkan kasih sayang, kesusahan dan penderitaan, yang sudah beratus tahun kita tanggung
Marilah kita, semaikan semula, persaudaraan dan perpaduan
Sudah lama kita menderita akibat perpecahan dan peperangan
Wahai para Umara dan Ulama, para Dai dan Guru!
Sudah sampai masanya, kita korbankan apa sahaja demi cintakan Tuhan dan kasih sayang sesama insan
Janganlah kita sambung lagi, perjuangan dan jihad yang lama itu
Kita gantilah dengan perjuangan yang baru, didalam alaf yang baru ini,
agar Tuhan dicintai semula, kasih sayang sesama manusia berbunga semula
Cintakan Tuhan, kunci kasih sayang
Kasih sayang adalah rahsia perpaduan
Selamat berjuang untuk alaf baru dengan semangat baru demi kedamaian
*AfT.. ابوى* “ C&P.

PM: Malaysia tawar biasiswa bernilai RM11.48 juta kepada pelajar Palestin

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kerajaan memutuskan untuk menawarkan biasiswa buat pelajar-pelajar dari Palestin meneruskan pengajian mereka di peringkat sarjana muda, sarjana dan Phd di 12 universiti ternama di Malaysia.

Biasiswa yang bernilai RM11.48 juta itu akan ditawarkan menerusi Pertubuhan Kebudayaah Palestin Malaysia (PCOM).

Pengumuman itu dibuat di Puspanitapuri, di Putrajaya hari ini, sejurus selepas majlis Iftar anjuran PCOM yang turut dihadiri oleh isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas pengerusi Hamas Khalid Meshaal dan Pengerusi PCOM Muslim Abu Umar.

Antara 12 universiti terlibat ialah Albukhary International University, Mahsa University, Kolej Universiti Islam Perlis, Multimedia University, UCSI University, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Sunway University, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Utara Malaysia.

Ia merupakan inisiatif Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/477031?fbclid=IwAR37ddDB2Bshz1Zls4Aek8ZNENYIMexP4BV_VVqCqWylg9KRyQ6FPPx6JHU#.XOVadibChxg.facebook

Rakyat Palestin Tidak Semewah Rakyat Malaysia Berbuka Puasa dan Bersahur, Mereka Bersahur Hanya Dengan Segelas Air Sejuk dan Sebiji Tamar . Tidak Jaminan untuk mereka berbuka dengan sebagaimana mereka bersahur.

Muslimah mereka tidur dalam keadaan menutup aurat kerana mereka bersedia untuk menjadi Syuhada’ apabila jet-jet Islam mengebom bumi Palestin, apabila mereka menjadi Syuda’ jasad mereka dalam keadaan aurat tertutup.

Penduduk bumi Palestin adalah Penghuni Syurga Allah SWT, mereka hanya menumpang hidup sementara seketika sahaja di atas dunia ini… 

Salam Ramadhan Mubarak Dari kami Umat Islam Di Malaysia.