“Arak itu hak yang diberikan oleh Allah kepada agama lain”, kenyataan Menteri Pas undang kritikan

Bukan hanya pelik, malah rata-rata pengguna media sosial ‘pening’ dengan pendirian menteri PAS terhadap isu pengharaman arak di negara ini.

Ia susulan respon terhadap petikan satu temubual eksklusif bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang disiarkan di TV Pertiwi hari ini.

Dalam rakaman berdurasi lebih seminit itu, Dr Khairuddin yang ditanya mengenai pengakhiran bagi industri arak berkata, sekiranya minuman keras memudaratkan, ia patut diharamkan untuk dijual secara umum.

Namun, minum arak adalah hak yang diberikan oleh agama masing-masing, dan ia menjadi hak kepada orang bukan Islam.

“Kerana itu hak yang diberikan oleh Allah SWT kepada agama lain dibenarkan.

“Tetapi, kalau judi, tiada agama yang membenarkan judi. Itu perlu bezakan antara judi dan arak. Arak sebahagian agama membenarkannya, kita akan beri hak kepada mereka,” katanya.

Ditanya, adakah PAS akan mendesak kepada pengharaman arak, menurut Dr Khairudin, hak itu masih diberikan kepada orang bukan Islam kerana ia dibenarkan syariat.

“Cuma, bagaimana penjualan itu mesti kita bincang. Kalau dia dijual secara berleluasa hingga menyebabkan memandu dalam keadaan mabuk, itu memudaratkan rakyat.

“Kita tengok bukan pada isu arak, tetapi isu memudaratkan itu menjadi pertimbangan kita. Maka, selagi ia tak mudaratkan orang bukan Islam, teruskan kerana agama mereka membenarkan,” kata Dr Khairuddin.

Keliru dengan kenyataan pemimpin PAS itu, rata-rata netizen mempersoalkan mengenai agama lain yang membenarkan arak seperti didakwa Dr Khairuddin.

“Agama mana yang cakap arak dibolehkan ya akhi?,” tulis Muhammad Anuar.

“Mana ada agama bagi minum arak. Agama apa datuk?,” soal Sit Matsuda.

Sementara, Kety Kety berkata, dalam keadaan sekarang, menjadi kewajaran untuk arak diharamkan memandangkan banyak kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk.

“Betul ke ada agama yang membenarkan minum arak? Betul ke minum arak itu hak diberi oleh Allah kepada agama tertentu, atau video ini dipotong-potong penjelasannya? Ya Allah sungguh mengelirukan,” tulis Rasdan Affandi.

“Setahu saya, belum ada agama di dunia ini yang menghalalkan arak lebih-lebih lagi agama yang dah lama wujud. Kalau agama yang baru wujud tak tahulah pula,” kata Zaey Dean.

Berita penuh : https://ismaweb.net/2020/11/23/netizen-keliru-pendirian-pas-dalam-isu-arak/

Tiada peruntukan ‘undi tidak percaya’ dalam Perlembagaan Persekutuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) Takiyuddin Hassan. Gambar: Bernama

Tiada peruntukan ‘undi tidak percaya’ dalam Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan atau Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak memperuntukkan tatacara yang berhubung usul undi tidak percaya kepada perdana menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

Katanya, Yang di Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.

“Antaranya Yang di Pertuan Agong boleh menentukan apa-apa cara yang sesuai untuk menentukan individu yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, termasuklah dengan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan mahupun dengan mendapatkan kenyataan lisan atau bertulis daripada setiap ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam jawapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2021 hari ini.

Sebanyak 25 usul undi tidak percaya diterima dan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga, bagaimanapun Takiyuddin menegaskan perkara tersebut tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, 43. (4) Jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di Pertuan Agong.

Katanya, Yang di Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.

“Walaupun Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai kedudukan jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, Fasal tersebut tidak memperuntukkan tatacara untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

“Oleh itu, tatacara tersebut hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

Takiyuddin berkata, usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri boleh dibawa ke Majlis Mesyuarat sekiranya teratur dan mematuhi Peraturan Mesyuarat 26(1) dan 27(3) dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang berhubungan dengan kehendak mengenai pemberitahu usul.

Katanya, usul undi tidak percaya juga tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15 dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat masing-masing mengenai susunan Aturan Urusan Mesyuarat dan peruntukan bagi mendahulukan Urusan Kerajaan.

Bagaimanapun katanya, Yang di Pertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa dan budi bicara untuk menentukan bila perbahasan usul boleh dibuat dengan mengambil kira urusan kerajaan.

“Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15(1) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

“Sehubungan itu, urusan-urusan lain termasuk usul persendirian yang turut terdiri daripada usul tidak percaya hanya akan dibahaskan selepas semua urusan kerajaan selesai,” katanya.

Berhubung Usul Undi Percaya terhadap perdana menteri seperti yang dikemukakan Ahmad Zahid Hamidi (BN- Bagan Datuk), Takiyuddin berkata, usul ini juga termasuk sebagai usul persendirian.

Katanya, ianya juga tertakluk kepada Peraturan 15 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dimana urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

Umno sindir Pas

Ada yang kata i-SINAR hasil perjuangan mereka, Umno sindir Pas

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyindir Pas berhubung i-Sinar oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu inisiatif pengeluaran Akaun 1 secara bersasar.
Menerusi hantaran di Facebooknya pagi ini, bekas Ahli Parlimen Kemaman berkenaan mengucapkan “tahniah” kepada Pas.
Dalam masa sama, beliau turut berkongsikan poster dan kenyataan media Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nasir Abdul Razab.

“Ada yang kata i-SINAR, pengeluaran akaun 1 KWSP hasil perjuangan mereka. Tahniahlah!” katanya.
Terdahulu, Nasir dalam kenyataannya mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari.
Kata Nasir, Ahli Parlimen Pasir Mas itu telah mencadangkan agar moratorium secara bersasar dan pengeluaran wang Akaun 1 KWSP diterima tanpa bersyarat kerana ia tiada dalam RUU Perbekalan untuk dibincangkan dalam Dewan Parlimen.

“Bahkan beliau (Ahmad Fadhli) mencadangkan agar Ahli Parlimen kerajaan duduk semeja dan bincangkan yang terbaik buat rakyat,” kata Nasir.
KWSP mensasarkan sehingga dua juta ahli yang terkesan Covid-19 akan dapat memanfaatkan i-Sinar.
Mereka terbabit ialah golongan yang telah kehilangan pekerjaan, pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama dua bulan berturut-turut atau pekerja yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan.

Di bawah i-Sinar, syarat pengeluaran adalah terbahagi kepada kategori simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah serta kategori simpanan Akaun 1 melebihi RM90,000.
Bagi kategori ahli KWSP yang memiliki simpanan Akaun 1 RM90,000 dan ke bawah, ahli boleh membuat pengeluaran secara beransur selama enam bulan sehingga maksimum RM9,000.
Pengeluaran pertama sehingga RM4,000 manakala pengeluaran bulanan seterusnya adalah pada tahap maksimum RM1,000 sebulan.
Pendaftaran i-Sinar akan bermula bulan depan dan pengeluaran pertama akan dilaksanakan mulai Januari 2021.
Berita penuh : https://malaysiadateline.com/shabery-cheek-sindir-pas-isu-pengeluaran-kwsp/

PAS PIS PUS

PAS PIS PUS

Semasa Pembangkang

PAS sebelum berkuasa, macam-macam isu dan sentimen di bawa ke media sosial dan Parlimen.

Contoh-contohnya seperti berikut :

  1. Perjuangkan Hudud (MEMBISU)
  2. RUU 355 (MEMBISU)
  3. Pemandu Mabuk (MEMBISU)
  4. Hapus Arak (Benarkan Oktoberfest)
  5. Hapus Kedai Judi (MEMBISU)
  6. Buy Muslim First (Buy Mercedes First)
  7. Perpaduan UMMAH (Perebutan Jawatan)
  8. Hapus Sekolah Vernakular (MEMBISU)
  9. Hadith dan Fatwa (SENYAP)
  10. Agama, Sahabat Nabi dan Malaikat (SENYAP)
  11. Dan banyak lagi yang lain-lain…(MEMALUKAN)

Di kala ini, sedang menjadi KERAJAAN

Hakikatnya hari ini, semasa sedang berkuasa (dalam Kerajaan), langsung tidak kedengaran isu perjuangan mereka di atas. Pemimpin hanya berdiam sahaja. (Pembohongan besar)

Apabila Kerajaan PN sudah ingin ditumbangkan, pelbagai hujah telah dikeluarkan kerana mereka takut akan kehilangan kuasa. (Cinta Dunia)

Contoh-contohnya seperti berikut :

  1. Pertahan Kerajaan Baginda (Kaitkan Baginda)
  2. Tongkat Nabi Musa boleh jadi Ular – Iskandar Samad (Kaitkan Nabi)
  3. Perlu berkorban (takut hilang jawatan)
  4. Jangan Gila Kuasa (Lupa cermin diri)
  5. Ibarat burung Hud-hud (Khairuddin langgar kuarantin)
  6. Dan banyak lagi yang lain-lain…(sangat memalukan)

Kini PAS boleh dikategorikan sebagai parti kelas yang terendah berbanding parti politik yang lain.

PESANAN IKHLAS

Akar umbi PAS harus menasihatkan pemimpin PAS agar mereka pergi ke ROS untuk menukar nama parti. Usah diletakkan ISLAM di dalam nama parti, kerana boleh mencemarkan kesucian agama Islam akibat perbuatan segelintir individu / pimpinan di dalam parti anda.

Kepada pentaksub atau penyokong parti PAS, anda dinasihatkan agar menolak pimpinan PAS yang ada pada hari ini, kerana mereka telah pun memalukan diri mereka sendiri dan anda semua dengan pembohongan yang terang lagi nyata.

REALITI hari ini ialah, PAS tidak lagi seperti dahulu kala…!!!

Sekian, renung-renungkan dan selamat maju jaya kepada anda semua.

Membangun bersama PEMIMPIN ISLAM yang sebenar…

SelamatkanISLAM

SelamatkanDiri

SelamatkanNegara

Annuar Musa ‘sound’ Ku Li, ikut arahan parti dan jangan memandai-mandai

Setiap ahli Parlimen perlu patuh kepada arahan ketua whip dalam membuat undian bagi menyokong rang undang-undang dibawa kerajaan, termasuk Belanjawan 2021.

Peringatan itu diberikan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa terhadap Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razeleigh Hamzah.

Menurut Annuar, kenyataan Tengku Razaleigh yang meminta ahli Parlimen membuat undian di Dewan Rakyat mengikut ketetapan sendiri dan tidak mengikut ketetapan parti adalah tindakan yang melanggar mandat diperolehi parti semasa pilihan raya sebelum ini.

“Kita semua faham, kita adalah wakil rakyat yang dipilih oleh parti. Kita bertanggunjawab untuk dokong keputusan parti dan kita juga buat keputusan menggunakan sistem whip.

“Bila parti buat keputusan, ketua whip akan berikan arahan dan kita akan undi mengikut arahan whip.

“Kalau ada ahli parti yang hendak bertindak sendiri, maka bila sampai pilihan raya, tidak perlu lagi parti, buat keputusan sendiri jugalah.

“Kalau tidak mahu ikut parti, tidak mahu patuh pada arahan parti, maka kena bersedia juga terima tindakan tertentu (yang dibuat oleh) parti,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Annuar berkata, ketua whip parti ketika ini sudah memberikan arahan dan ahli Parlimen BN akan menyokong RUU yang dibawa kerajaan dan menyokong RUU Belanjawan 2021.

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/11/19/annuar-ingatkan-ku-li-ikut-arahan-parti-bukan-ketetapan-sendiri/

Kerajaan tak boleh dedah syarat penuh penyelesaian 1MDB – Goldman Sachs – Menteri

Kerajaan enggan mendedahkan syarat penuh perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs dengan alasan segala terma dan syarat dalam perjanjian itu tertakluk kepada klausa kerahsiaan, melainkan ia dipersetujui pihak yang berkaitan.

Menurut Menteri di Jabatan Menteri Takiyuddin Hassan klausa kerahsiaan itu juga terpakai untuk peruntukan mengenai jaminan AS$1.4 bilion daripada Goldman Sachs ke atas aset curian.

“Oleh yang demikian, berdasarkan klausa kerahsiaan tersebut, kerajaan tidak dapat memberikan akses kepada perincian perjanjian penyelesaian 1MDB-Goldman Sachs sebagaimana yang dipohon untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil akibat pelanggaran terma perjanjian.

Dia berkata demikian sebagai menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanya sama ada ahli-ahli parlimen boleh atau tidak diberi akses penuh kepada syarat penuh perjanjian penyelesaian berkenaan, serta perincian aset curian bernilai AS$1.4 bilion yang telah dijamin oleh Goldman Sachs.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551632

Terdesak tak mampu bayar ansuran, lelaki ini nekad bakar kereta

Terdesak tak mampu bayar ansuran, lelaki ini nekad bakar kereta

Seorang lelaki yang membuat laporan palsu konon keretanya dicuri terbongkar selepas polis mengesan suspek terdesak kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan.

Lelaki itu dikatakan tertekan hingga bertindak membakar kenderaan tersebut di sebuah kebun kelapa sawit di Jalan Bukit Belimbing, Kuala Selangor dekat sini, Isnin lalu.

Suspek yang bekerja sebagai kontraktor berusia 53 tahun itu membuat laporan polis dua hari kemudian mengenai ‘kehilangan’ keretanya kononnya dicuri di kawasan tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, polis menerima laporan yang dibuat lelaki berkenaan pada jam 9 pagi.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku membakar kereta jenis LMG yang dibelinya sejak empat tahun lalu susulan terpaksa menanggung sendirian ansuran bayaran berjumlah RM569 tanpa mendapat bantuan daripada rakan kongsi perniagaannya.

“Suspek dan rakannya sebelum ini terlibat sebagai sub-kontraktor membaiki jalan dan rumah.

“Bagaimanapun, suspek membakar kereta terbabit kerana tidak berpuas hati dengan rakan kongsi perniagaannya yang gagal membantu pembayaran ansuran bulanan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, dipercayai suspek bertindak sedemikian bagi menuntut insurans terhadap kereta tersebut.

Katanya, kes tersebut dianggap selesai berikutan penemuan kereta berkenaan selepas lelaki itu menunjukkan lokasi kejadian.

“Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu,” katanya.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/111003/BERITA/Jenayah/Bakar-kereta-kerana-tak-mampu-bayar-ansuran-bulanan

Annuar Musa Jual Tanah DBKL

Dakwaan jual tanah DBKL, Annuar Musa mahu saman MP

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai yang mendakwa beliau telah menjual 42 plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, sepanjang memegang jawatan menteri dalam tempoh lapan bulan sejak Mac lalu, beliau tidak pernah menerima apa-apa permohonan daripada DBKL untuk menjual mana-mana aset mereka.

Katanya, tindakan Tan yang juga Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan itu sangat berbaur fitnah, menjejaskan reputasinya dan DBKL.

“Ia satu tuduhan berat dan sangat serius,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Dakwaan Tan itu dilaporkan sebuah portal berita dalam talian semalam yang mendakwa sepanjang tempoh Annuar memegang jawatan itu, banyak tanah milik DBKL yang dijual kepada pihak swasta untuk dimajukan membabitkan projek perumahan dan campuran komersial.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, Tan sepatutnya membangkitkan perkara itu dalam Dewan Rakyat supaya beliau boleh memberikan jawapan, bukannya di luar dewan.

“Tindakan di luar Parlimen tertakluk undang-undang tertentu, justeru saya telah arahkan peguam saya untuk ambil tindakan undang-undang terhadap beliau mengikut jalur dan proses sedia ada kerana saya memandang serius terhadap tuduhan seperti ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar yang merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, tidak timbul persoalan menteri daripada parti mana yang memegang sesuatu portfolio dalam Kabinet kerana keputusan kerajaan dibuat dalam mesyuarat jemaah menteri berdasarkan prinsip tanggungjawab bersama.

“Menteri pegang portfolio mana pun semua penting. Tidak ada satu menteri yang tidak penting, ini tidak timbul sebagai contoh Menteri Kanan Pendidikan (Dr Radzi Jidin)…memang betul kalah pada saya (dalam pilihan raya) tetapi dia sudah dilantik sebagai Senator dan mencukupi syarat untuk dilantik sebagai anggota jemaah menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya pemberita berkenaan kenyataan Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang berpendapat parti itu sepatutnya memegang lebih banyak jawatan menteri atau portfolio utama dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/11/643534/jual-tanah-annuar-akan-saman-tan-kok-wai

Annuar Musa luah perasaan di Facebook

Seketika dulu kita cemas dan rimas dengan cara pemerintahan DAP-led PH..Justeru kita ketepikan segala sentimen,kita muafakat..UMNO PASPPBM@tsmy,PKR@AA,MCA,MIC,PBRS,PBS,STAR,PBB@GRS..jatuhlahmereka.Dgn majoriti yg tipis kita jadi kerajaan.

Kini tidakkah kita perlu kuatkan lagi muafakat kita,perikatan kita,barisan kita? atau kita kembali berpecah?

Pada saya,jika mahu berjaya,jika mahu di percaya,pastikan kerajaan PN jadi kerajaan yang berjaya,kabinet yang bersatu,team yang bekerja,yang jujur dan setia..

Malangnya kini terdapat tanda tanda muncul pihak yang mahu berpecah belah. DAP dan rangkaian kembali mendapat rentak seperti sebelum PRU14 iaitu pecahkan kesatuan kita,kerana yang paling di takuti mereka ialah jika UMNO PAS PPBM bersatu dan menentang PH secara dua penjuru.

Berhati hatilah. ALQURAN mengajar kita supaya berpegang teguh pd tali Allah dan jangan bercerai berai.Islam mengingatkan kita jangan berbantah bantah nescaya kita hilang kekuatan.Bangsa kita punya bidalan Bersatu teguh bercerai roboh..

Saya sendiri di tuduh macam-macam hanya saya berharmoni dalam kabinet dan bernaung bawah pimpinan pm yang merupakan presiden PPBM.Saya bertugas sebagai SUA BN DAN MN yang menjaga hubungan baik dgn SUA PAS dan SUA PPBM.

Saya terus istiqamah atas dasar dan keputusan parti, iaitu kita menyertai kerajaan PN,SOKONGAN KITA EN BLOC,KITA TERIMA TSMY SBG PM,PAS DAN BERSATU RAKAN KITA DAN BAGI KITA,”NO DAP NO ANWAR”..

Saya tidak mau menoleh kebelakang..terus mara ke depan dengan dasar yang parti putuskan itu.

Berusaha padukan UMNO PAS PPBM sbg teras politik penyatuan melayu dgn muafakat lebih besar berbagai kaum bersama PN MN BN GPS GRS dll friends of BN..adalah WAJIB bagi saya.

Ditakdirkan pegangan saya ini berbeza maka kita harus redha untuk berbeza…

Kita tidak akan biarkan DAP kembali berkuasa,atau cuba menguasai melalui politik “wayang cina/chinese opera”.Saya percaya mereka kini ada strategi lebih halus..Strategy TROJAN HORSE…berpura pura berada bersembunyi di belakang,tapi tetap berikhtiar agar PPBM UMNO PAS berpecah..

Bersatulah,Berpadulah..PN-BN-GPS-GRS..GABUNGAN NASIONAL…Inilah BARISAN KITA.

Sumber :

ADUN Kelantan kaki rembat, rakyat minum air karat

ADUN Kelantan kaki rembat, rakyat minum air karat

Panas hati Admin!! Dalam menghadapi krisis Pandemik Covid-19 yang maha dahsyat dan sangat kritikal ini, kerajaan PAS Kelantan menggunakan cara tersendiri untuk bergerak dengan normal baharu ini.

Mereka bergerak dengan Mercedes Benz yang diperolehi pada awal tahun ini dengan penuh gaya bersama gaji baharu.

Menurut laporan beberapa media, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) dan ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan akan menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000.

Kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, kenaikan tersebut perlu bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji yang dinikmati mereka berbanding wakil rakyat negeri lain.

Kerajaan Kelantan membentangkan Belanjawan 2021 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri kali ke-14 bermula pada 5 November.

Antara yang akan dibentangkan pada persidangan kali ini adalah rang undang-undang bertujuan untuk meminda Enakmen (Saraan) Anggota-Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri 1980 bagi membolehkan kenaikan serta penyelarasan gaji itu diluluskan.

Wah! Begitu caknanya Kerajaan PAS tentang kebajikan rakyatnya sehingga Ahli Dewan Undangan Negeri dinaikkan gaji mereka, rakyat merempat, minum air berkarat, wakil rakyat kaki rembat!

Yang Dipertua PKPIM Kelantan, Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkiffli berpendapat bahawa keperluan untuk menaikkan gaji wakil rakyat bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji dengan wakil rakyat negeri lain adalah tidak munasabah.

“Pihak kerajaan negeri sepatutnya mengutamakan belanjawan bagi menyelesaikan permasalahan rakyat terutama bagi golongan B40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 serta memberi insentif tambahan kepada para petugas barisan hadapan yang sentiasa berdedikasi untuk menjaga rakyat,” katanya.

Untuk rekod, Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak seperti pernah diakui tahun lalu oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin tahun lalu.

Kononnya untuk memberi kebajikan kepada rakyat, sedangkan hakikatnya kalian menebuk lubang pada bahtera yang membawa perbendaharaan Kelantan.

Lagipun, unjuran defisit Kerajaan Kelantan hari ini lebih tinggi pada RM66.02 juta.

Bila kaduk dah naik junjung, bila Belanda dapat tanah… habislah rakyat dibiarkan menelan derita hidup.

Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net

ADUN Kelantan kaki rembat, rakyat minum air karat