YB Hannah Yeoh Sanggup Duduk Di Perkarangan Masjid Untuk Menyampaikan Sumbangan Dan Berbuka Puasa.

Image may contain: 1 person, text

3 T11 T16 UMNOPAS15 UMNOPAS25 UMNOPAS134ca-lim2bguan2beng2bmof2bbudget9 PH40 PH38 PH1 TUN M

CinaBN boleh, PH tak boleh mengapa TAK MURKA pada masa tu?

YB Hannah Yeoh menyampaikan sumbangan dan berbuka puasa diperkarangan masjid..begitulah…nasib YB..

Inilah yang dikatakan payah nak dilayan sebab apabila bangsa lain ingin melakukan sesuatu untuk tujuan amal di bulan puasa dan cuba mendekati Islam mereka dilayan bagaikan musuh dan ini saya mengemukakan soalan siapakah yang berperanan mengancam Islam dan melayu?

Bertabah la YB… kau cina Dap kau buat baik mesti hina di mata org melayu PasUmno .. kecuali kau cina MCA confirm kau di sanjung.. apa2 pun teruskan apa YB buat.. bani melayu PasUmno mmg tkleh puaskan hati dia org.

ADUN DAP SALUR RM177,000 BANTU NAIK TARAF MASJID DAN WISMA ANAK YATIM

Image may contain: 1 person, text

Alhamdulillah…Islam terus dimartabatkan dibawah pemerintahan PH/DAP..😊

ADUN DAP Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM177,000 bagi menaik taraf beberapa buah masjid dan surau di sini termasuk Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang dekat Jalan Scotland.

Beliau juga menyalurkan sejumlah RM25,065 bagi mengimarahkan majlis iftar di sekitar Datuk Keramat sepanjang bulan Ramadan.

Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N Rayer turut memperuntukkan RM22,765 bagi tujuan sama.

Patutlah pembangang rasa terancam..DAP lebih Islamik berbanding UMPAS 

ADUN MCA DAN MIC BELAAN UMNOPAS ADA BANTU ISLAM ?

Wakil rakyat DAP sumbang lebih RM60,000 untuk program imarah masjid, surau

Keprihatinan wakil rakyat DAP Parlimen Bentong terhadap pembangunan masjid dan surau diteruskan sempena Ramadan ini menerusi program penyampaian sumbangan kepada rumah ibadat terbabit sekitar daerah Bentong.

Dalam program yang yang berlangsung di Pejabat Ahli Parlimen Bentong dan mendapat kerjasama penuh Jabatan Agama Daerah Bentong itu, sejumlah RM66,000 diagihkan kepada 30 masjid dan 20 surau sekitar DUN Bilut, manakala sumbangan untuk surau DUN Ketari telah diagihkan sebelum ini.

Selain masjid dan surau di kawasan perumahan, turut menerima sumbangan termasuk surau bawah kelolaan jabatan dan agensi kerajaan seperti Surau Balai Bomba Bentong, Surau SMK Lurah Bilut dan Surau Hospital Bentong yang mana rata-rata mengadakan aktiviti sepanjang Ramadan bagi mengimarahkan rumah ibadat terbabit.

Menurut wakil penerima dari Balai Bomba Bentong, PB Mohammad Zamir Izzat Nasir Avetton, sumbangan yang diperoleh sedikit sebanyak dapat membantu menampung perbelajaan pengurusan surau untuk melengkapkan peralatan asas seperti penyediaan kain pelikat dan kos penyediaan juadah berbuka puasa.

“Walaupun kami ada menyumbang kepada tabung surau yang dikutip daripada setiap anggota, tetapi sempena Ramadan sumbangan ini boleh menampung kos lain untuk kegunaan jemaah,” katanya lagi.

Wakil penerima daripada Masjid Al-Falahi FELDA Lurah Bilut, Abdul Mutalib Haji Abu Bakar yang juga pengerusi badan masjid berkenaan, turut menghargai sumbangan yang disalur oleh Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut, Lee Chin Chen apatah lagi banyak program dianjurkan masjid berkenaan sempena Ramadan.

“Masjid Al-Falahi adalah sebuah masjid yang begitu aktif, malah sepanjang Ramadan ini kami mempelawa beberapa pelajar tahfiz berdekatan untuk menjadi imam solat tarawih.

“Selain itu, kami juga ada menganjurkan program pemberian bubur lambuk secara percuma untuk diagihkan kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Menurut Mutalib lagi, masjid berkenaan juga menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan bagi menarik minat orang ramai untuk mengimarahkan masjid.

Sementara itu, Chin Chen yang kelihatan gembira kerana dapat beramah mesra dengan kariah masjid dan surau sekitar daerah Bentong, menawarkan diri untuk bersama-sama masyarakat dalam apa juga program yang dianjurkan oleh pentadbir masjid dan surau khususnya di daerah DUN Bilut.

“Sebagai pemimpIn, saya bukan sahaja memberi sumbangan kepada mana-mana penganut agama tertentu, tetapi saya juga menyalurkan sumbangan kepada semua rumah ibadat yang ada dalam DUN Bilut.

“Kali ini, tiba masa untuk saya mengagihkan sumbangan kepada kaum muslimin pula sempena Ramadan,” kata Lee.

Bagi Wong Tack yang sebelum ini tidak putus-putus menyalurkan sumbangan kepada pembaikan surau dan masjid yang mengalami kerosakan, merasakan Ramadan adalah bulan yang mulia, ditambah dengan suasana masyarakat berbilang kaum bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa walaupun berlainan kepercayaan.

“Saya harap semua maklum sebagai wakil rakyat, saya bukanlah wakil parti tetapi saya bekerja untuk semua golongan tidak mengira mana-mana parti politik.

“Walaupun apa yang saya sumbangkan tidak sebesar mana, tetapi saya begitu gembira kerana dapat menjalinkan hubungan baik dengan pentadbiran masjid dan surau kerana saya ingin terus bekerja demi rakyat,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa masjid dan surau tidak harus menjadi medan politik kerana agama adalah perkara yang suci dan institusi agama adalah medan untuk masyarakat meneruskan kehidupan secara harmoni serta bersatu padu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari, Young Syefura Othman, Penyelaras DUN Pelangai, Nor Haizan Abu Hassan dan Penyelaras Parlimen Bentong, Dasimah Zainudin. – Roketkini.com