Nga nasihat Najib bertaubat

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menasihati bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya ‘bertaubat’ dan kembali kepangkal jalan daripada terus melakukan perbuatan menabur fitnah.

Beliau berkata, sebagai seorang yang beragama Islam Najib tidak sepatutnya membiarkan dirinya terjerumus dalam kancah fitnah kerana perbuatan itu juga merupakan satu dosa besar.

“Nasihat saya kepada Datuk Seri Najib, sila bertaubat dan kembali kepangkuan jalan sebelum terlambat.

“Janganlah terus terjerumus dalam kancah menabur fitnah kerana dari segi Islam fitnah adalah satu dosa yang besar dan itu tidak baik.

“Kembalilah ke pangkuan jalan sebagai seorang kekanda beliau harus faham betapa seriusnya apabila kamu terus menabur fitnah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kor Ming berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu hantaran di Facebook yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pekan apabila meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap dirinya kerana didakwa menghasut warga Cina untuk membenci Sultan Selangor.

Najib membuat tuduhan itu berdasarkan hantaran dalam tulisan Cina menggunakan nama ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’
berhubung isu papan tanda yang mempunyai tulisan Cina.

Mengulas lanjut, Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menyifatkan Najib bersikap demikian kerana bekas perdana menteri itu tidak lagi sibuk seperti dahulu dan disebabkan itu masa yang terluang digunakan olehnya untuk menyerang beliau.

“Apabila ada seorang bekas perdana menteri memakai berita palsu untuk serang DAP ataupun saya ia menunjukkan beliau sebenarnya sudah ketandusan idea.

“Beliau kebuntuan jalan tak tau nak buat apa dan kini kerjanya menabur berita-berita dan membantu menyebarkan berita palsu. Saya dah tegaskan itu berita palsu, berapa jauh dia boleh pergi,” ujarnya.

Kor Ming turut menyindir Najib kerana beliau kini sering memberi perhatian kepadanya meskipun mengetahui bekas perdana menteri itu mempunyai agenda tertentu.

Tambah beliau, serangan seperti dilakukan oleh Najib itu bukanlah yang pertama sebaliknya, ia sudah acapkali berlaku.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh pihaknya ke atas Najib susulan pernyataan fitnah itu, Kor Ming berkata, ketika ini beliau menunggu arahan daripada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Kor Ming memberitahu, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut dan laporan polis turut akan dibuat selepas ini.

– MalaysiaGazette

Isu bas sekolah Orang Asli: Mohon 22 Ogos, lulus 27 Ogos, kata Lim

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memaklumkan kementeriannya hanya menerima permohonan dana dari Jabatan Pembangunan Orang Asli (Jakoa) untuk membayar perkhidmatan bas bagi membawa kanak-kanak Orang Asli ke sekolah di Cameron Highlands tujuh hari lalu dan ini diluluskan dalam masa lima hari.

Lim mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakoa, Juli Edo yang berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan dana, dan sedang menunggu kelulusan kementerian kewangan membayar bayaran tertunggak dari April hingga Jun.

“Itu tidak betul. Mereka hanya mengemukakan permohonan pada 22 Ogos. Kami meluluskannya pada 27 Ogos iaitu dalam tempoh lima hari. Saya fikir kementerian kewangan sangat cekap.

“Kamu kemuka pada 22 Ogos, kemudian kami luluskan pada 27 Ogos, ini dalam masa lima hari. Lebih baik kamu tanya kepada jabatan mengapa kenyataan seperti ini dikeluarkan, lebih-lebih lagi ia tidak berasas,” kata Lim kepada pemberita selepas menghadiri persidangan SocDem Asia di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor mendakwa kerajaan gagal membayar perkhidmatan kepada pengusaha bas yang membawa kanak-kanak Orang Asli ke sekolah, sehingga lima bulan.

Akibatnya, Ramli berkata pengusaha bas – yang kebanyakannya juga berasal daripada masyarakat Orang Asli – menimbang untuk memberhentikan perkhidmatan serta merta kerana tidak dapat menampung kos menghantar anak-anak Orang Asli ke sekolah.

https://m.malaysiakini.com/news/489989?fbclid=IwAR1nwmI1UzVDR8Oal2kYwnuAfTh3A1iAN0zLjOVa9seVUKcwIkuDxuHjxhA

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

Pulau Pinang umum RM4.11 juta elaun untuk 1,157 pegawai masjid

Pulau Pinang umum RM4.11 juta elaun untuk 1,157 pegawai masjid

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pemberian elaun bulanan kepada 1,157 pegawai masjid bermula bulan ini sehingga Jun tahun ini.

Insentif yang dianggarkan berjumlah hampir RM4.11 juta itu menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng bakal memberi manfaat kepada 406 imam, 365 bilal dan 386 siak.

“70 peruntukan bagi membayar elaun pegawai-pegawai masjid ditanggung oleh Kerajaan Negeri, manakala 30 peratus lagi ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),” katanya kepada pemberita di Komtar.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, masing-masing imam, bilal dan siak akan menerima elaun sebanyak RM850, RM324 dan RM360 sebulan.

Beliau tidak menolak kemungkinan pemberian itu akan dipolitikkan pihak pembangkang di negeri itu yang sering memainkan sentimen perkauman sempit.

“Apabila Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan hal ehwal pembangunan Islam sebanyak 84 peratus, kita diserang sebagai ‘anti-Cina’, ‘angkat undi Cina tapi bantu orang Melayu’.

“Permainan perkauman ini tidak harus diteruskan, kerajaan negeri perlu bantu semua orang tanpa mengira apa fahaman pun, latar belakang bangsa atau agama,” tegasnya.

Pentadbiran Pakatan Harapan di Pulau Pinang sering ditohmah bersifat perkauman hanya kerana menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Untuk rekod, peruntukan hal ehwal Islam dari tahun 2008 sehingga kini dianggarkan sebanyak RM457.05 juta, meningkat 84 peratus berbanding tempoh sama pemerintahan Umno-BN.

Ekoran itu, pentadbiran negeri yang diterajui DAP di negeri itu sering dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti anti-Cina oleh parti-parti majoriti Cina dalam BN dan anti-Melayu oleh Umno dan Pas.

Pengerusi MCA Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng dilaporkan media pada 7 Feb tahun lalu mendakwa kerajaan negeri diterajui DAP mengambil undi Cina semasa pilihan raya tetapi hanya menjaga orang Melayu selepas menang.

Manakala Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada 19 Dis lalu mendakwa pembelaan terhadap orang Melayu dan Bumiputera akan terhakis jika DAP terus memerintah negeri.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/pulau-pinang-umum-rm4-11-juta-elaun-untuk-1157-pegawai-masjid/?fbclid=IwAR3XLb_TzipiHRFm6WanFPoEDtWD7z09DOCM8w3TxI9J3FSnnGj_BFP9BWo#.XWkVGpsJPx4.facebook

 

Kit Siang Ajak Rakyat Hargai Nilai Murni Setiap Budaya, Tamaddun Di Malaysia.

Kita semua perlulah keluar daripada kepompong etnik masing-masing dan mula berinteraksi dan menghargai nilai-nilai murni yang ada dalam setiap budaya dan tamadun yang ada di negara ini.

Bukan menjadi mangsa oportunis politik yang hanya bergantung kepada perpecahan dan sentiasa menghasut kita untuk berasa syak wasangka, benci, dan takut antara satu sama lain — dengan melagakan agama, budaya, dan kaum di dalam negara ini.

https://www.roketkini.com/2019/08/29/kit-siang-ajak-rakyat-harga-nilai-murni-setiap-budaya-tamudun-di-malaysia/?fbclid=IwAR0eUOj9oawuKrWLsFpaUU23hNDzMv_iQ7aKkAS-3PYuJtWiiVW3C55Er3A

Jangan Jadi macam umnopas.

1 B DAP1 A SEMUA DAP1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA1 3 PENYAMUN1 TUBUHH HARAM

 

 

Bukti Peniaga Cina Lebih Cintakan Negara Malaysia Berbanding Umnopas.

Pengusaha Cina memasang Jalur Gemilang di sebuah medan selera di Damansara, 28 Ogos 2019. — Foto ihsan Pejabat DUN Kampung Tunku

Pengusaha Cina memasang Jalur Gemilang di sebuah medan selera di Damansara, 28 Ogos 2019. — Foto ihsan Pejabat DUN Kampung Tunku

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Setiausaha politik Lim Kit Siang terharu dengan sikap peniaga Cina yang tidak berlengah memasang Jalur Gemilang.

Syahredzan Johan berkata sikap itu menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap identiti negara menjelang Hari Kebangsaan.

“Semalam semasa edar bendera dengan Pemuda Pakatan Harapan Damansara, apa yang paling menyentuh hati saya adalah di medan selera makanan Cina.

“Bila terima bendera, pengusaha gerai terus pasang bendera. Siapa kata bangsa lain tak sayang Malaysia?” tulisnya di Twitter hari ini.

https://www.projekmm.com/news/berita/2019/08/29/peniaga-cina-cepat-pasang-bendera-siapa-kata-tidak-sayang-malaysia/1785409?fbclid=IwAR3EW-fJlqbs_-yhIwGGgIIrj7g9pflC2ZUyrXBI798aPOLkgMNPAq8v4xk

3 AHZAB2 UMNOPAS TERANCAM

 

Kor Ming Sumbang RM20,000 Untuk Surau – DAP Mesra Islam

Image may contain: one or more people and text

1 AA Adha 20191 Tun Islam1 PH1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN1 Pemakan Rasuah Babi1-MERUNTUHKAN NEGARA1 LAFAZ ZIKIR TERBAIK PILIHAN HADI1 A SEMUA DAP1 B DAP1 TOKOH MAKSIAT PAS1 17 fitnah UmnopasMustapa Bin Hadi1 RUU 3551 HADI FAKIR1 PUNCA ISLAM DIHINA

Teruskan membaca “Kor Ming Sumbang RM20,000 Untuk Surau – DAP Mesra Islam”

AP Kota Melaka sumbang 17 pendingin hawa kepada PDRM

BANDARAYA MELAKA 1 Ogos – Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menyumbangkan 17 pendingin hawa bernilai RM54,000 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka.

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Melaka baru-baru ini.

Pendingin hawa itu disumbangkan untuk kegunaan 10 balai polis dalam Parlimen Kota Melaka.

Poay Tiong ketika ditemui berkata, sumbangan tersebut sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepada pihak PDRM.

“Diharap bantuan ini dapat memberi keselesaan kepada anggota terbabit menjalankan tanggungjawab diamanahkan.

“Ia adalah sumbangan kecil dari saya untuk mereka. Ia tidak sebesar mana jika dibandingkan jasa dan khidmat cemerlang warga PDRM yang sentiasa mendahulukan keselamatan rakyat Melaka dengan tugasan 24 jam sehari,” katanya.

Tambah beliau, pendingin hawa itu untuk kegunaan 10 balai polis dalam Parlimen Kota Melaka.

“Antara balai polis yang akan menerima pendingin hawa ini ialah Tengkera, Melaka Tengah, Balai Polis Malim, Balai Polis Batu Berendam, Balai Polis Kandang, Balai Polis Banda Hilir, Unit Polis Pelancong dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah ,” katanya.

Sementara itu, Raja Shahrom mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan berterima kasih kepada Poay Tiong kerana sumbangan berkenaan.

https://melakakini.my/ap-kota-melaka-sumbang-17-pendingin-hawa-kepada-pdrm/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Buka siasatan antarabangsa susulan kematian Morsi – Kit Siang

Buka siasatan antarabangsa susulan kematian Morsi – Kit Siang

KUALA LUMPUR: Satu siasatan antarabangsa perlu dibuat susulan kematian bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi, ketika prosiding perbicaraannya di mahkamah di Kaherah.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, berkata kerajaan Mesir mesti dipertanggungjawabkan atas kematian Morsi jika siasatan menyeluruh menunjukkan kematiannya berpunca daripada kegagalan mereka memberikan penjagaan kesihatan asas kepadanya.

“Perlu diadakan satu siasatan antarabangsa untuk menyiasat kematian Morsi bagi mengetahui sekiranya beliau tidak diberikan kemudahan perubatan asas semasa dipenjarakan,” katanya dalam kenyataan di blog beliau, hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, turut memetik kenyataan kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International, bahawa terdapat laporan ditulis dua tahun lalu menggambarkan layanan diterima Morsi sebagai ‘kejam dan tidak berperikemanusiaan’.

“Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa perlu menyiasat secara menyeluruh laporan yang dibuat selama beberapa tahun menceritakan mengenai layanan buruk yang diterima beliau.

“Selain itu, kenyataan dibuat anak lelaki Morsi, Ahmad, mengatakan bahawa keadaan kesihatan bapanya semakin buruk ketika dipenjarakan, juga tidak diendahkan oleh pihak berkuasa Mesir,” katanya.

Kit Siang berkata, pihak Amnesty International turut menggesa satu siasatan dilancarkan berkaitan kematian Morsi serta keadaan yang dialaminya ketika dipenjarakan.

Hari ini, stesen televisyen awam melaporkan Morsi pengsan selepas satu sesi perbicaraan dan meninggal dunia dalam mahkamah.

Morsi, 67, seorang tokoh tertinggi dalam Ikhwanul Muslimin digulingkan oleh tentera Mesir pada 2013 berikutan tunjuk perasaan membantah pemerintahannya selepas setahun beliau menjadi presiden.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/575551/buka-siasatan-antarabangsa-susulan-kematian-morsi-kit-siang?fbclid=IwAR0HlNV_cK-g3CAHlAP5LRJRkL8nRif8Kesc3NszkouUJB3xHO8pZ1nPUoo

Kit Siang gesa siasatan antarabangsa kematian Morsi

Anggota parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menyeru siasatan antarabangsa dibuat susulan kematian bekas presiden Mesir Mohamed Morsi pada Isnin.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa siasatan antarabangsa susulan kematian bekas presiden Mesir, Mohamad Morsi ketika sedang dibicarakan di mahkamah pada Isnin.

Menurutnya, siasatan itu perlu untuk mengetahui jika beliau tidak diberikan kemudahan perubatan asas ketika berada dalam tahanan.

“Perlu diadakan satu siasatan antarabangsa untuk menyiasat kematian Morsi untuk mengetahui sekiranya beliau tidak diberikan kemudahan perubatan asas semasa dipenjarakan,” ujar veteran DAP tersebut melalui sebuah kenyataan.

Morsi meninggal dunia pada usia 67 tahun setelah pengsan ketika perbicaraan di mahkamah.

Pemimpin gerakan Islam berpengaruh, Ikhwanul Muslimin, itu hidup dalam penjara selepas digulingkan dan berdepan beberapa pendakwaan yang dikaitkan dengan kegiatan keganasan.

Lim berkata, kerajaan Mesir perlu bertanggungjawab ke atas kematian Morsi jika siasatan menyeluruh menunjukkan punca kematiannya adalah disebabkan kegagalan mereka untuk memberikan penjagaan kesihatan asas kepada beliau.

Beliau memetik kenyataan kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International menyatakan bahawa terdapat laporan yang ditulis dua tahun lalu, menggambarkan layanan yang diterima Morsi sebagai “kejam dan tidak berperikemanusiaan.”

Menurut Lim, Pihak Amnesty International turut menggesa satu siasatan dilancarkan berkaitan kematian Morsi serta keadaan yang dialaminya ketika dipenjarakan.

“Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa perlu menyiasat secara menyeluruh terhadap laporan yang dibuat selama beberapa tahun menceritakan tentang layanan buruk yang diterima beliau(Morsi),”

“Selain laporan-laporan tersebut, kenyataan yang dibuat oleh anak lelaki Morsi, Ahmad, mengatakan bahawa keadaan kesihatan bapanya yang semakin buruk ketika dipenjarakan juga tidak diendahkan oleh pihak berkuasa Mesir,” ujarnya lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/480055?fbclid=IwAR2DHJLxaea0uo85lgKYodpy3a5gYc5gv3hNeAL7E8j5pohj25PLPkwaKcI

Create your website with WordPress.com
Get started