Pertukaran tanah: 14 laporan SPRM dibuat

Kementerian Pertahanan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung baki 14 kes ‘land swap‘ atau pertukaran tanah milik kementerian itu. Laporan itu dibuat Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, susulan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan, yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang, terhadap 16 isu ‘land swap‘ membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan.

Pada Februari lepas, laporan SPRM telah dibuat mengenai dua projek membabitkan projek pembinaan Kem Paloh, Johor dan Kem Hutan Melintang, Perak.

Menurut Mohd Nasaie, keseluruhan 16 projek land swap itu melibatkan 1,182.89 hektar (2,923 ekar) tanah milik persekutuan yang bernilai RM4.7 bilion, dan nilai projek yang sepatutnya dibangunkan adalah sebanyak RM4.8 bilion.

“Sehingga Disember 2018, hanya lima projek telah disiapkan, dua dalam pembinaan dan baki sembilan projek lagi sama ada gagal disiapkan atau masih dalam proses untuk ditandatangani,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan SPRM di Putrajaya hari ini.

Menurut Mohd Nasaie, hanya dua daripada 16 projek land swap itu iaitu Pusat Pengajian Nasional di Putrajaya dan Fasiliti Skuadron 323 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Banang, Johor termasuk dalam Pelan Pembangunan Kementerian Pertahanan.

“Ini bermakna, baki 14 lagi yang tidak termasuk dalam Pelan Pembangunan tersebut bukanlah keutamaan,” katanya.

Menurutnya, terdapat juga pertimbangan politik melebihi kepentingan kerajaan di 13 daripada 16 projek yang dibina.

Menurutnya, pemilihan syarikat pelaksana projek tidak mengikut syarat iaitu berpengalaman dan mempunyai kedudukan kewangan kukuh, iaitu minima 10 peratus daripada nilai projek, dan ia memberi kesan kelewatan projek sehingga ada yang lewat 11 tahun.

Menurut Mohd Nasaie, hasil siasatan menganggarkan kerajaan rugi sebanyak RM515.21 juta berdasarkan kepada pelanjutan masa projek yang gagal disiapkan segera, kontrak tambahan yang tidak termasuk dalam perancangan, dan penetapan nilai tanah gantian yang lebih rendah daripada harga semasa yang dinilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

“Kebimbangan kita bukan setakat kerugian nilai wang, tetapi kedudukan strategik pertahanan negara terjejas, disebabkan kegagalan projek tertentu serta mengancam keselamatan negara,” katanya.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/476319?fbclid=IwAR3uePJ4sJw6Oh5MQEuIfE-RZxbD1uBrlr0YFpm7pS8mPPPkJ6IPQuRZPnY

SPRM digesa siasat isu pembalakan di hutan simpan Lenggur Mersing.

DUIT ZAKAT RM200,000 DARI NAFAS DIBERI KEPADA UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD??

1 NAJIB ZALIM
*DUIT ZAKAT RM200,000 DARI NAFAS DIBERI KEPADA UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD??*
*Viral salinan resit RM200,000 daripada NAFAS kepada UMNO Kota Belud dalam group-group whatsap musim Ramadhan ini.*
Terdetik di fikirkan, macamana mereka yang diberikan tangungjawab tapi salahgunakan kedudukan hingga duit Zakat yang sepatutnya dapat kepada golongan Asnaf, akhirnya diberikan kepada UMNO Kota Belud?
*Adakah mereka termasuk dalam golongan 8  yang layak menerima duit zakat mengikut Islam?*
Inilah salah satu salahguana kuasa yang ketara berlaku dalam NAFAS, duit Pertubuhan Peladang diguna sewenang-wenangnya untuk isi tembolok pimpinan politik UMNO/BN sewaktu itu.
Penyelewengan demi penyelewengan, akhirnya NAFAS digantung bermula 1 Jun 2018 hingga 15 Januari 2019, lebih 42 penemuan ditemui dan kini dalam siasatan SPRM.
Siapa UMNO Kota Belud 2016?
Selepas disiasat, rupanya Ketua Bahagian Umno Kota Belud adalah Dato Seri Salleh Said Keruak yang juga Bendahari Kehormat Umno Malaysia waktu itu, juga Menteri Komunikasi dan Multimedia waktu itu, baca; http://www.astroawani.com/berita-malaysia/datuk-seri-salleh-said-dilantik-bendahari-kehormat-umno-yang-baharu-112456
Duit zakat Pertubuhan Peladang pun mereka sapu (?), *adakah Ahli Pertubuhan Peladang di Malaysia tahu?*
Terbaru timbul pula “hero-hero” Pertubuhan Peladang yang timbul entah dari mana, kononnya mereka membantah tindakan Lembaga Pertubuhan Peladang meminda Peraturan Pertubuhan Peladang bagi memberi ruang kepada transformasi industri pertanian, penternakan dan perikanan hingga ke akar umbi.
Bantahan awal bermula di Perak, kemudian mereka di Kelantan, Kedah dan dll. Hanya segelintir sahaja, yang takut kehilangan kuasa selepas Kerajaan bertukar.
Bila disiasat, di Kelantan di ketuai sendiri oleh *YB Dato Aziz Derasik*, *Ketua UMNO Bahagian Jeli*, ADUN Kuala Balah (BN) yang jadi Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan dan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS (terkini).
Kelmarin keluar pula kenyataan dari *Dato Aimi Jusoh*, Pengerusi PPK Kangkong, Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan yang juga *Bekas Calon UMNO* di DUN Chetok, Pasir Mas dan pernah menjawat jawatan *Naib Ketua UMNO Bahagian* Pasir Mas.
Inikah _”Hero-Hero”_ yang ingin mempertahankan Pertubuhan Peladang?
Mereka telah membuat protes pada 12 Mei 2019 lalu ketika taklimat Pindaan Peraturan Pertubuhan Peladang yang baru diluluskan di Majlis Taklimat LPP berkaitan pindaan peraturan ini.
Taklimat yang dirancang lebih sejam lebih, hanya berjalan lebih kurang 20-30 minit sahaja kerana ganguan daripada mereka dan tidak menghormati majlis.
Cuba kita fikirkan balik, adakah mereka ini ingin memperjuangkan Pertubuhan Peladang ataupun ingin memperjuangkan poket dan tembolok perut mereka sendiri?
Fikirkan lah…… dan Viralkan C&P.
#PetaniLaparNasik

NIKMAT TERBESAR UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEKARANG ADALAH ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA DAN MAMPU MENGUBAH WATAK SESEORANG ULAMAK KEPADA WATAK BUKAN ULAMAK, ALLAH SWT TELAH PAMERKAN KEPADA KITA SEMUA, RAKYAT MALAYSIA. WATAK SEORANG ULAMAK YANG MULANYA WARAK DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH SWT TETAPI TELAH BERUBAH MENJADI  KHADAM KEPADA UMNO DAN JUGA KHADAM KEPADA NAJIB SERTA KHADAM KEPADA MCA DAN MIC. SETELAH MAKAN RASUAH, SEGALA-GALA BERUBAH. HADI KINI TIDAK MALU BERBOHONG DAN TIDAK MALU BERKAWAN DENGAN PEROMPAK. DULUNYA  AMAT BENCI KEPADA NAJI TETAPI SEKARANG AMAT SAYANG PADA NAJIB. DULU UMNO AMAT JAHAT TETAPI SEKARANG UMNO AMAT BAIK DAN BERJUANG UNTUK ISLAM DAN BANGSA MELAYU. SEDANGKAN PADA HAKIKATNYA UMNO ADALAH PARTI PALING RASUAH DAN PALING BIJAK MENIPU RAKYAT SERTA UMAT ISLAM DI MALAYSIA TANPA ADA PERASAAN MALU KEPADA ALLAH SWT DAN RAKYAT MALAYSIA.

 

 

HADI MASIH BUTA MATA ZAHIR DAN BUTA MATA HATI SETELAH MAKAN DEDAK HARAM YANG NAJIB HIDANGKAN SEHINGGA NASIH TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI KES JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN. ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM.

 

Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama  Islam, Bermazhab Syafie  Dan Marilah Bersama-sama  Kita Berselawat  Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..

 

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

 

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.

 

 

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

 

KERAJAAN ISLAM KELANTAN LELONG TANAH REZAB MELAYU (KOMERSIAL).

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/15/kelantan-lelong-tanah-komersial-dan-rezab-melayu/

 

 

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan DBKL, empat orang awam direman lima hari

Terkini: Timbalan Pengarah Kanan Jabatan DBKL, empat orang awam direman lima hari

Seorang Timbalan Pengarah Kanan sebuah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan empat lagi orang awam direman selama lima hari bermula hari ini sehingga 13 Mei depan bagi membantu siasatan kes menerima dan memberi wang rasuah bernilai RM200,000.

Perintah reman tersebut dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, tengahari tadi.

Semalam, SPRM telah menahan kesemua suspek yang berusia antara 41 hingga 57 tahun itu di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur antara 12.00 hingga 12.30 tengah malam tadi.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal, timbalan pengarah kanan tersebut telah secara rasuah menerima wang berjumlah RM200,000 daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan memberikan kerja-kerja penambahbaikan infrastuktur di bawah seliaannya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan, Dato’ Sri Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

SETAHUN LALU DIMANA SAYA… SETAHUN KINI DIMANA MALAYSIA?

Image may contain: 4 people, people sitting and text

9 PH

SETAHUN LALU DIMANA SAYA…SETAHUN KINI DIMANA MALAYSIA?

1. Setahun lalu saya diberi kepercayaan oleh Rafizi Ramli untuk mengetuai INVOKE Kelantan.

2. Bina Semula Negara adalah tema perjuangan.

3. Selain daripada berceramah berkempen, saya mengurus ribuan sukarelawan INVOKE Kelantan dalam usaha melakukan kajian sekaligus berkempen bersama melalui aktiviti phonebank, canvassing dan mencegah penipuan pilihan raya lewat petugas PACA yang terlatih.

4. Setahun kini dimana Malaysia?

5. Saya masih ingat ucapan Rafizi saat kongres parti sebelum PRU14, bahawa beliau lebih bimbang kemampuan kita mengurus kemenangan.

6. Kerana bagi beliau, mencapai kemenangan lebih mudah berbanding mengurus kemenangan.

7. Ya benar sekali kata kata itu.

8. Sekalipun telah banyak kejayaan tercipta yang manisnya dirasai oleh rakyat terbanyak.

9. Tapi kita perlu akui masih ramai rakyat dibawah sana menahan perit dan pahit kehidupan.

10. Sesungguhnya masa adalah sebahagian daripada rawatan.

11. Malaysia hingga petang 9 Mei 2018, adalah ibarat manusia berpenyakit kronik pada tahap kritikal.

12. Korupsinya ibarat gula bagi pesakit kencing manis.

13. Sistem negara ibarat sel sel kanser yang memenuhi badan.

14. Pemimpinnya bagai kurap,kudis dan nanah yang menjangkiti seluruh tubuh.

15. Tapi kuasa rakyat dalam membuat pilihan, membuat keputusan memilih Pakatan Harapan sebagai pemerintah baru.

16. Setahun kini Malaysia diberi nama Malaysia Baru.

17. Malaysia kini dipimpin bukan dari kalangan pencuri.

18. Malaysia kini menjadi pelajaran dunia bagaimana gandingan kepimpinan Anwar Mahathir berjaya menumbangkan rejim terdahulu secara aman.

19. Adakah negara kita telah mencapai sebuah negara reformasi?

20. Jawapan saya belum.

21. Namun apa yang pasti kita telah berjaya melalui fasa rawatan intensif ‘ICU’ sebagai sebuah negara yang berpenyakit kronik.

22. Kita masih menanggung derita akibat penyakit lampau yang dilakukan oleh pemimpin BN.

23. Tapi kita telah berjaya mengawal kadar gula dalam darah, membuang sel sel kanser dari tubuh dan membersihkan segala kurap, kudis dan nanah dari badan.

24. Tidak ada hadiah terbesar bagi seorang rakyat melainkan dipimpin oleh pemimpin yang adil.

25. Kita kini mungkin masih belum boleh balik ke rumah berehat kerana masih dirawat dalam wad.

26. Tapi percayalah Malaysia Baru dalam masa terdekat akan menghasilkan sebuah negara yang sihat, hebat dan dinikmati kemakmuran sepenuhnya.

27. Gandingan kepimpinan Mahathir sebagai PM dan Anwar yang kini Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus serta bakal PM seterusnya, adalah kunci kejayaan Pakatan Harapan.

28. 9 Mei 2019,sempena sambutan 1 tahun pemerintahan Pakatan Harapan, ayuh terus kita Bina Semula Negara, Memaknai Demokrasi dan Menterjemah Reformasi.

Aina @ Naziratul Aini Muhamad Sayuty
Ketua Wanita KEADILAN Pasir Mas

Malaysia terima pemindahan pertama RM236 juta dari AS (1MDB) -Peguam Negara

 

GAMBAR fail, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung skandal 1MDB, Julai tahun lalu. – Foto Abd Rahim Rahmat

DIMANAKAH USAHA UMNOPAS,MELAYU, ISLAM YANG MENDAKWA CINTAKAN NEGARA, CINTAKAN ISLAM DAN CINTAKAN BANGSA MELAYU UNTUK MENGEMBALIKAN WANG RAKYAT YANG DICURI OLEH NAJIB ?  UMNOPAS PASTI SEMAKIN MEROYAN DENGAN KEJAYAAN INI.

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah menerima pemindahan pertama dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak AS$57 juta (RM236 juta) dari Amerika Syarikat (AS) yang disita daripada Red Granite Pictures.

Red Granite Pictures adalah syarikat pembikinan filem berpangkalan di AS yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anak tirinya Riza Aziz.

Perkara itu disahkan Peguam Negara, Tommy Thomas yang berkata, pembayaran pertama dana itu diperoleh semula hasil daripada penyitaan aset berkaitan 1MDB di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi oleh Jabatan Keadilan AS (DOJ).

“Pemindahan pertama dana yang dipulangkan sebanyak AS$57,036,688.68 dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB, sebuah akaun amanah yang dibuka secara khusus untuk tujuan ini.

“Dana itu turut diperoleh susulan penyelesaian sebanyak AS$60 juta (RM249 juta) yang direkodkan di Mahkamah California, baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Riza adalah Ketua Eksekutif Red Granite Pictures dan menerbitkan filem Hollywood ‘Wolf Wall Street’ yang disaman DOJ bagi tujuan memulangkan AS$1 bilion dana didakwa disalahgunakan berasal dari 1MDB.

Thomas berkata, sejumlah AS$3 juta (RM12.45 juta) ditolak untuk membayar semula kos dibelanjakan DOJ dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) untuk menyiasat, menyita, membicarakan dan mencapai peyelesaian bagi dana Red Granite Pictures.

Katanya, kos ini termasuk yang dibelanjakan DOJ dan FBI untuk menyiasat, menyita dan memelihara kapal layar mewah, Equanimity ketika kapal terbabit ditahan di perairan Indonesia sebelum dibawa ke perairan negara ini.

“DOJ kini juga dalam proses menghantar pulang sejumlah AS$139 juta (RM576.85 juta) wang yang diperoleh hasil daripada jualan kepentingan milik Jho Low dalam Hotel Park Lane di Manhattan, New York.

“Semua kos dibelanjakan DOJ dan FBI untuk menyiasat, menyita, membicarakan dan mencapai penyelesaian bagi aset Hotel Park Lane akan ditolak daripada wang penyelesaian berkenaan dan bakinya akan dikreditkan ke dalam akaun pemulihan aset 1MDB dalam waktu terdekat,” katanya.

Katanya, DOJ baru-baru ini mengumumkan daripada AS$4.5 bilion (RM18.67 bilion) yang dipindahkan secara salah dari 1MDB, aset yang sedang diusahakan untuk disita DOJ melalui pelbagai tindakan aduan sivil yang difailkan sejak tahun 2016 sehingga tahun ini dianggarkan bernilai AS$1.7 bilion (RM7 bilion).

Beliau berkata, aset itu termasuk kapal layar mewah, Equanimity yang dijual secara kehakiman oleh Mahkamah Admiralti Malaysia bulan lalu pada harga AS$126 juta (RM522.9 juta).

Sementara itu Thomas berkata, Malaysia setakat ini berjaya mendapatkan semula dana berjumlah AS$322 juta (RM1.3 bilion) nilaian daripada aset sejak siasatan ke atas syarikat kontroversi itu bermula secara efektif selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Mei 2018.

Beliau berkata, Malaysia juga bakal menerima SGD50 juta (RM152.5 juta) daripada dana berkaitan dengan 1MDB menerusi keputusan Mahkamah di Singapura.

“Sejumlah SGD15 juta (RM45.75 juta) dikreditkan ke dalam akaun aset pemulihan 1MDB antara September tahun lalu sehingga Mac lalu. Baki sebanyak SGD35 juta (RM106.75 juta) akan dikreditkan tidak lama lagi,” katanya.

Thomas berkata, pemulihan aset ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa bantuan dan kerjasama baik pihak berkuasa Malaysia dengan rakan sejawat di AS serta Singapura.

“Kami menyatakan terima kasih kepada mereka. Usaha mendapatkan semula aset 1MDB di seluruh dunia masih berjalan dan Malaysia yakin lebih banyak wang bakal diperoleh semula pada bulan mendatang,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/561133/1mdb-malaysia-terima-pemindahan-pertama-rm236-juta-dari-peguam-negara?fbclid=IwAR2UMKI8Kj8SOTCduqQdae2kTYDQOr_XmYtBybX0CN4rfhyF8qX71O3qI40

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and suit

UNITED STATES RETURNS MORE THAN RM800 MILLION TO MALAYSIA IN RECOVERED 1MDB FUNDS

PUTRAJAYA – U.S. Ambassador to Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir and Principal Deputy Assistant Attorney General John P. Cronan met today with Malaysian Attorney General Tommy Thomas and Minister of Finance Lim Guan Eng to confirm the initiation of the process to return approximately $196 million (RM 812.9 million) to Malaysia, representing the first installment of funds recovered from asset seizures related to 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Malaysia’s state-owned and controlled fund created to pursue investment and development projects for the economic benefit of Malaysia and its people.

The first tranche of returned funds includes:

• $57,036,688.68 (RM 233,701,605.23) from Red Granite Pictures, and stems from a March 2018 settlement in California courts. This amount has been received by Malaysia.

• The U.S. Department of Justice is in the process of returning $139,000,000 (RM 576,196,700) from the February 2019 sale of Manhattan’s Park Lane Hotel. This amount is in the process of being transferred from the U.S. to Malaysia.

“We are extremely pleased that this first tranche of assets from this Justice Department investigation is being transferred back to Malaysia, demonstrating the U.S. commitment to return these assets for the benefit of the people of Malaysia,” said Ambassador Kamala Shirin Lahkdhir, the U.S. Ambassador to Malaysia. “This is an important symbol of the cooperation between our two countries – a cooperation that demonstrates our shared commitment to good governance, combatting official corruption, and ensuring justice is served.”

The United States Department of Justice
Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General’s Chambers Malaysia

https://web.facebook.com/usembassykl/photos/a.139452784846/10157099935959847/?type=3&theater

 

BAHRAIN MAHU MALAYSIA JADI HAB PASARAN HALAL

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor

BAHRAIN MAHU MALAYSIA JADI HAB PASARAN HALAL – REDZUAN

KUALA LUMPUR 16 April – Bahrain menyuarakan kesediaannya menjadikan Malaysia sebagai hab pasaran produk-produk halal keluaran usahawan dari negara itu dan negara-negara Teluk ke rantau Asia dan China.

Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Putera Khalifa Salman Al Khalifa dalam perbincangan dengan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Mohd. Yusof di pejabat Khalifa di Manama semalam.

“Manama berhasrat menyertai kerjasama dengan Kuala Lumpur dalam membangunkan industri halal dunia,” kata Redzuan

Redzuan berada di negara Teluk itu sejak 14 April lalu mewakili Malaysia menghadiri Mesyuarat Menteri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu anjuran Bank Dunia dan Kongres Keusahawanan Global (GEN).

Beliau yang mengakhiri lawatan kerjanya ke Bahrain, dijadual tiba di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina hari ini untuk menyambung satu lagi lawatan kerja sehingga 21 April.

Redzuan berkata, dalam pertemuan dengan Putera Khalifa yang turut disertai Menteri Industri, Perdagangan dan Pelancongan Bahrain, Zayed Rashid Al Zayani, Perdana Menteri itu turut menyuarakan hasrat untuk menyambung semula fungsi Bahrain sebagai hab pasaran kereta nasional Malaysia ke negara-negara Teluk sama ada Proton ataupun kereta nasional baharu melalui platform perniagaan ke perniagaan (B2B).

“Pada masa sama, Manama mahu menerokai secara am peluang-peluang pelaburan di Malaysia.

“Bahrain juga berhasrat mengadakan penerbangan terus Gulf Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bahrain dan bekerjasama dengan Malaysia Airlines untuk destinasi-destinasi Gulf Air,” kata beliau.

Dalam pertemuan sejam itu, Redzuan berkata, Putera Khalifa turut mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana berjaya menukar kerajaan, sekali gus mengembalikan kegemilangan Malaysia seperti mana Perdana Menteri telah membangunkan negara semasa pentadbiran 22 tahunnya sebelum ini.

“Putera Khalifa menaruh keyakinan Dr. Mahathir mampu mengembalikan semula kehebatan Malaysia.

“Sebagai sahabat akrab kepada Dr. Mahathir, beliau berhasrat untuk mengadakan kunjungan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat. Hasrat itu menurut beliau telah dikemukakan kepada Wisma Putra,” kata Redzuan. – UTUSAN ONLINE