Lokman Adam Mengancam Saksi Perbicaraan 1MDB – Mengambil Tugas SPRM Dan PDRM.

 

Image may contain: 1 person, text

SIAPA dia nak mengancam ugut terhadap saksi bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin pada perbicaraan kes jenayah 1MDB-Najib ??!

NAK ANCAM UGUT UNTUK APA ??!

Samseng ka !!

Lokman Adam Bos Pemantau Perkuburan Umnopas.

Lokman Adam mungkin diheret ke mahkamah

ANGGOTA Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam mungkin bakal diheret ke prosiding menghina mahkamah kerana tindak tanduknya.

Baru-baru ini, pihak pendakwaan dalam perbicaraan membabitkan kes penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah mengeluarkan satu surat tunjuk sebab terhadap Lokman kerana didakwa membuat ugutan terhadap saksi kes itu, Amhari Efendi Nazaruddin.

Difahamkan surat tersebut dihantar pada Isnin dan Lokman mempunyai masa tujuh hari untuk menjawab.

“Surat itu dikeluarkan di bawah Perintah 52 Peraturan 2B Peraturan Mahkamah Tinggi. Kami akan memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Lokman sekiranya tidak berpuas hati dengan jawapan beliau,” kata sumber seperti yang dilapor FMT.

Timbalan pendakwa raya Mohamad Mustafa Kunyalam, yang merupakan sebahagian daripada pasukan pendakwaan, mengesahkan beliau menandatangani surat tunjuk sebab itu.

Terdahulu, Lokman didakwa membuat laporan polis terhadap Amhari dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat dan mendakwa bekas Pegawai Khas Najib Razak itu menerima wang daripada ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho.

Tindakan itu dilihat seolah-olah mahu menakut-nakutkan Amhari.

Najib yang juga bekas Perdana Menteri era Barisan Nasional (BN) berdepan 25 pertuduhan pengubahan wang dan salah guna kuasa berkaitan dana 1MDB bagi mendapatkan rasuah sebanyak RM2.28 bilion pada Feb 2011 dan Dis 2014.

http://www.kartelmedia.my/2019/10/lokman-adam-mungkin-diheret-ke-mahkamah.html?fbclid=IwAR3FY2-Zk-TlFRAGehuaOf5Igiv9MbLkIWnbm-V4u5QcepoMJ1jtSvMKHwo

LOBAKMAN PENASIHAT SULTAN SULU

Image may contain: 2 people, people smiling, text

LOBAKMAN… UMNO….. KOREK LUBANG KUBUR SENDIRI

“Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar iaitu Sultan Roodinood, anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.

“Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan perkara ini, anda boleh merujuk kepada menteri luar pada ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lokman berkata demikian bagi menjawab dakwaan Naib Presiden PKR Tian Chua di dalam laman sosial Twitter yang menulis: “Rakan saya dalam ISA mungkin boleh bantu menyelesaikan krisis di Sabah dengan rundingan.”

Dalam tulisan berkenaan Tian turut memuatkan gambar kad nama Lokman dengan jawatan “Penasihat Sultan”.

Tian menimbulkan perkara itu selepas blog pro-BN menurutnya menyiarkan berita palsu bahawa beliau menghina anggota keselamatan yang maut akibat serangan penceroboh di pantai timur Sabah sebagai “komando mati katak”.

https://m.malaysiakini.com/news/222864