Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

SEJARAH PENYELEWENGAN PAS TERHADAP KOHILAL, TABUNG MEMALI, TABUNG KHAIRAT KEMATIAN DAN SEBAGAINYA.

Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.
Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali ‘diratah’ pihak lain.
Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.
Zainon yang bertanggungjawab menghasilkan buku Air Mata di Bumi Memalimendakwa wujud penyelewengan dalam Tabung Memali sehingga harta jutaan ringgit hasil derma ahli Pas yng bersimpati dengan tragedi Memali pada 1985 hilang entah ke mana.
“Jangan pulak lepas ini pucuk pimpinan Pas dakwa isu ini isu dah basi. Masih ada sembilan balu Memali yang hidup dalam keadaan daif, masih ramai anak-anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.
Tapi ke mana hilang semua harta balu,anak-anak yatim dan mangsa Memali ini?” Ketika Pas pusat mengambil tindakan menutup tabung ini, masih ada RM65,000 dalam tabung tersebut dan sehingga kini ia tidak diagihkan kepada balu-balu dan anak-anak yatim tersebut.
“Sebelum ditutup tabung ini yang dipecah kepada tiga iaitu Tabung Mangsa Memali,Tabung Balu Memali dan Tabung Anak-Anak Yatim Memali bernilai lebih RM1 juta tetapi ia ghaib begitu sahaja. Kenapa pucuk pimpinan tak siasat,” katanya dalam majlis taklimat kepada sekumpulan anak muda malam tadi.
Anak-anak muda tersebut terdiri daripada mereka yang menghubungi Zainon dan mengunjungi Kampung Memali di Kedah bagi mengetahui kisah sebenar berhubung isu dakwaan berlaku penyelewengan dalam pengurusan Tabung Memali.
Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh Pas Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta kos sara hidup mangsa Memali.
Sejak ditubuhkan, empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu Harakah, Pejabat Pas Pusat,Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah,Kampung Memali.
Semua wang serta sumbangan orang ramai termasuk dalam bentuk barang kemas diuruskan oleh tiga individu, yang mana Zainon adalah salah seorang sebelum dimasukkan ke dalam tabung bagi membantu 14 balu, 80 anak-anak yatim serta hampir 150 mangsa Memali.
Sementara itu ditanya mengapa beliau tampil mendedahkan dan mendesak kepimpinan Pas menyiasat penyelewengan tersebut, Zainon berkata sudah cukup beliau menyaksikan penderitaan mangsa Memali yang dibiarkan sedangkan “harta” mereka berjuta-juta ringgit.
“Ada seorang balu yang meninggal dunia tiga hari sebelum Aidilfitri dalam keadaan cukup daif. Arwah meninggal dunia atas tikar mengkuang buruk dan kaki bernanah serta berdarah akibat kencing manis tetapi mana pemimpin-pemimpin Pas? Mana harta mereka ini?
Saya tampil hari ini kerana saya yang menguruskan balu dan anak-anak yatim sedangkan pemimpin Pas yang lebih faham halal haram memakan harta balu serta anak-anak yatim Memali dan membiarkan mereka tanpa perhatian malah menekan kami,” katanya.

“Saya terpanggil mendedahkan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit kerana ingin membela nasib dan hak balu dan anak yatim yang hidup dalam serba kesempitan sedangkan pihak yang menguruskan tabung ini hidup serba mewah di atas kesengsaraan mereka,”.

Demikian tegas Zainon Ismail atau dikenali juga sebagai CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali yang diwujudkan oleh PAS Pusat sejak 1986 sebelum ia ditutup secara rasmi pada 2002.

Lebih memeranjatkan Tabung Memali itu tidak pernah diaudit dari tahun ia diwujudkan, sekaligus menimbulkan persoalan ke manakah wang kutipan derma itu disalurkan?

Bagi merungkai persoalan itu, Zainon yang juga merupakan penulis buku Air Mata Di Bumi Memali, mendedahkan beliau telah membuat laporan polis terhadap penipuan ke atas 14 waris mangsa yang terkorban dalam peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985.

Kerajaan Malaysia katanya, telah membayar pampasan ganti rugi am dan khas sebanyak RM300,000 kepada 14 waris mangsa terkorban yang mana setiap mereka menerima RM20,000 seorang.

“Perhubungan PAS Kedah melalui wakilnya iaitu Kassim Mohd Isa atau juga dikenali sebagai Kassim Mina telah meminta kembali wang berjumlah RM1,500 daripada setiap waris dengan alasan wang itu digunakan sebagai bayaran kos guaman, saksi dan perbelanjaan lain di mahkamah.

“Sedangkan kos perbicaraan ditanggung sepenuhnya oleh PAS Pusat menerusi Tabung Mangsa Memali yang diwujudkan pada 1986. Oleh itu tidak timbul soal kos guaman dan lain-lain kos yang perlu ditanggung oleh balu mangsa manakala kos memanggil tiga saksi tidak melebihi RM2,000.

“Di sini, telah wujud penipuan yang dilakukan Perhubungan PAS Kedah membabitkan wang berjumlah RM21,000 yang sepatutnya diserahkan kepada balu mangsa Memali,” katanya dalam sidang akhbar, malam tadi.

Zainon berkata, beberapa balu telah berjumpa dengannya dan menyatakan rasa tidak puas hati di atas tindakan itu kerana wang pampasan yang diterima masih belum dapat menyelesaikan dan membiayai kos pendidikan dan kehidupan seharian mereka.

“Kehidupan balu dan anak yatim ini dalam serba kekurangan dan kebanyakan mereka ini sudah menjangkau usia warga emas yang berhadapan dengan masalah kesihatan. Balu mangsa peristiwa Memali terpaksa bekerja keras untuk mencari sesuap nasi dan ada di kalangan mereka meninggal dunia dalam keadaan yang mengaibkan kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri sedangkan wang yang dikumpulkan dalam Tabung Memali mencecah lebih RM1 juta,” katanya.

Penyelewengan kedua yang didedahkan bekas guru ini membabitkan wang hasil jualan mesin jahit yang membabitkan nilai RM30,000.

Katanya, bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Jamilah Husin bersetuju untuk mewujudkan bengkel jahitan bagi memberi peluang kerja kepada balu dan anak-anak mereka.

Cadangan itu tegasnya, diterima PAS Pusat dan sebagai permulaan, RM40,000 disalurkan sebagai modal daripada Tabung Memali.

“Di peringkat awal ia diuruskan pemimpin PAS kawasan iaitu, Harun Osman tetapi kemudiannya diserahkan kepada saya dengan baki wang RM25,000.

“Apabila saya tinggalkan tanggungjawab itu, aset yang ada lebih daripada RM60,000 dan kemudiannya diambil alih oleh Hisham Bakar. Tetapi disebabkan tiada pengurusan yang baik, bengkel itu ditutup tanpa perbincangan dengan balu termasuklah isteri kepada Allahyarham Ibrahim Libya yang juga merupakan bendahari kepada bengkel berkenaan.

“Ada di kalangan balu ini minta mesin jahit itu diserahkan kepada mereka dan mereka juga sanggup membayarnya tetapi ia telah dijual kepada sebuah syarikat di Perlis dengan nilai RM30,000.

“Persoalannya, kita tidak tahu di mana wang RM30,000 hasil jualan mesin jahit itu,” katanya lagi.

Zainon menyeru pemimpin PAS agar berlaku adil kepada balu dan anak yatim dan tidak hanya menjadi syaitan-syaitan bisu, sebaliknya takut kepada Allah di atas penyelewengan yang telah berlaku selama ini.

“Dewan Ulama PAS harus serius dan takut kepada Allah dan jika mereka gelarkan ulama dalam UMNO sebagai syaitan bisu kerana tidak berani menegur kemungkaran UMNO, hatta hari ini mereka juga harus bersuara atau mereka juga tidak terlepas akan daripada gelaran syaitan-syaitan bisu,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin tertinggi PAS tidak mahu perkara ini ke mahkamah kerana bimbang rahsia lain pula yang akan terbongkar.

Ditanya samada pendedahannya itu bermotifkan politik, Zainon berkata PAS sepatutnya membela nasib anak yatim dan balu mangsa peristiwa Memali jika mereka benar-benar memperjuangkan kerajaan berkebajikan.

“Sebagai parti yang memperjuangkan kerajaan berkebajikan, PAS perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka benar-benar bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan balu dan anak yatim.

“Jika ia tidak diselesaikan dengan sewajarnya, bagaimana mahu selesaikan isu kebajikan rakyat yang berjuta-juta orang dan saya juga tidak yakin dengan kemampuan PAS untuk memerintah negara ini,” tambahnya.

Sebelum ini, dua Naib Presiden Pas mahu Zainon Ismail atau CN Al-Afghani membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali.

Salahudin Ayub berkata, beliau mengalu-alukan Zainon supaya berbuat demikian.

Katanya, selepas laporan dibuat, polis perlu melakukan siasatan bagi menentukan sama ada berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali atau sebaliknya.

Bagi menyahut cabaran kedua-dua pemimpin PAS itu, Zainon pada 6 Februari lalu telah membuat laporan polis dan menggesa pihak polis menyiasat semula laporan penyelewengan Tabung Memali yang dibuatnya pada Julai 2000.

Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup Pas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Saya harap pihak polis dapat membuka semula kes ini bagi membela nasib balu, anak yatim dan mangsa kepada peristiwa Memali.

“Laporan polis saya sebelum ini telah disiasat sambil lewa dan saya tidak pernah terima secara lisan atau bertulis daripada polis menyatakan laporan itu telah selesai,” katanya lagi.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: