TURKI AKAN MENGELUARKAN 150 DRONE BAYRAKTAR SETIAP BULAN.

قامت شركة لابيس التركية (Lapis) بتنفيذ العديد من التصميمات لكل أنواع المركبات الجوية والطائرات المسيرة إضافة إلى تصميمات الحمولة المفيدة والتصاميم الأيروديناميكية، والتحكم في الطيران وتحديد المواقع، وتصميم البرمجيات والتجهيزات الداخلية. إنتاج متسلسل ل 150 طائرة هجومية شهرياً أسست شركة لابيس التركية (Lapis) مصنعاً متكاملا في العاصمة أنقرة للبدء في الإنتاج المتسلسل لانتاج وتطوير طائرات بدون طيار (مسيّرات). ووفقا لمعلومات فإن شركة لابيس بدأت نشاطها عام 2015 بمركز البحث والتطوير بالمدينة التكنولوجية “تكنوبارك أنقرة” في العاصمة بهدف تطوير منتجات بالإمكانات المحلية للتخلص من الاعتماد على الخارج. ويمكن للمصنع إنتاج الطائرات المسيرة ذات الكاميرات الثابتة والدوارة ومتعددة المحاور، وحاملات الكاميرات الدوارة المانعة للاهتزاز. إضافة إلى تقديم حلول للشركات الأخرى في إنتاج بعض القطع عالية التكنولوجيا، وفي التركيب واختبارات الطيران. وأوضح سفغي أنهم يمتلكون معدات متطورة مثل ماكينات CNC للتحكم الرقمي باستخدام الحاسوب وماكينات CMM المستخدمة في القياس والتنسيق حتى يمكنهم الإنتاج دون الحاجة لاستيراد أي قطعة من الخارج. وتابع “نمتلك طابعة ثلاثية الأبعاد لإنتاج النماذج الأولية والقطع التي يتم تطويرها في مركز البحث والتطوير”. وأوضح سفغي أنهم يعملون مع طاقم مكون من 33 شخصاً منهم 18 بمركز البحث والتطوير معظمهم من المهندسين – طائرات مسيرة متعددة الأغراض وأشار سفغي إلى وجود شركات كبرى في قطاع الطائرات المسيرة في تركيا مثل توساش وبايكار. واستطرد “توساش وبايكار من الشركات الناجحة جداً التي نفتخر بها. ومنتجاتها زادت من قوة بلادنا خلال الفترة الأخيرة. وهدفنا هو تصنيع منتجات لا تصنعها شركتا توساش وبايكار”. وأوضح أن إمكانيات المصنع تتيح إنتاج 150 طائرة مسيرة ذات أجنحة دوارة من طراز Lap 60 شهريا و50 طائرة مسيرة عمودية الإقلاع والهبوط VTOL سنويا. وحول إمكانيات الطائرات التي ينتجونها قال إن المسيرة VTOL يمكنها البقاء في الجو 6-5 ساعات والوصول إلى مدى 40 كيلو مترا، بينما يمكن للطائرة المسيرة Lap 60 البقاء في الجو لمدة ساعة والطيران لمدى 10 كيلومترات. أول مصنع لإنتاج 150 مسيّرة مسلحة شهريا تقرير- محمد عبد الرحمن


الصوت العربي في تركيا #مسك#تركيا#مسك_تجمعنا​ تابع شبكة مسك ميديا عبر منصاتها على : * تويتر : https://twitter.com/miskfmtr​ * موقعنا الالكتروني : https://www.miskfm.net​ * ساوند كلاود : https://soundcloud.com/miskfmtr​ * فيسبوك : https://www.facebook.com/MiskFMtr​ * انستغرام :https://www.instagram.com/miskfmtr​ * للاشتراك بتلغرام مسك اف ام https://t.me/miskfmtr​ * قناتنا على اليوتيوب :https://www.youtube.com/MiskFMtr​ * مجتمع Misk FM إذاعة مسك : https://www.facebook.com/groups/MiskFMtr

SEJARAH PENYELEWENGAN PAS TERHADAP KOHILAL, TABUNG MEMALI, TABUNG KHAIRAT KEMATIAN DAN SEBAGAINYA.

Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.
Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali ‘diratah’ pihak lain.
Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.
Zainon yang bertanggungjawab menghasilkan buku Air Mata di Bumi Memalimendakwa wujud penyelewengan dalam Tabung Memali sehingga harta jutaan ringgit hasil derma ahli Pas yng bersimpati dengan tragedi Memali pada 1985 hilang entah ke mana.
“Jangan pulak lepas ini pucuk pimpinan Pas dakwa isu ini isu dah basi. Masih ada sembilan balu Memali yang hidup dalam keadaan daif, masih ramai anak-anak yatim tragedi Memali yang memerlukan duit untuk meneruskan pengajian mereka.
Tapi ke mana hilang semua harta balu,anak-anak yatim dan mangsa Memali ini?” Ketika Pas pusat mengambil tindakan menutup tabung ini, masih ada RM65,000 dalam tabung tersebut dan sehingga kini ia tidak diagihkan kepada balu-balu dan anak-anak yatim tersebut.
“Sebelum ditutup tabung ini yang dipecah kepada tiga iaitu Tabung Mangsa Memali,Tabung Balu Memali dan Tabung Anak-Anak Yatim Memali bernilai lebih RM1 juta tetapi ia ghaib begitu sahaja. Kenapa pucuk pimpinan tak siasat,” katanya dalam majlis taklimat kepada sekumpulan anak muda malam tadi.
Anak-anak muda tersebut terdiri daripada mereka yang menghubungi Zainon dan mengunjungi Kampung Memali di Kedah bagi mengetahui kisah sebenar berhubung isu dakwaan berlaku penyelewengan dalam pengurusan Tabung Memali.
Tabung Memali ditubuhkan pada 1986 oleh Pas Pusat iaitu setahun selepas tragedi Memali bertujuan membiayai kos guaman kerana 14 balu bertindak menyaman Kerajaan Persekutuan, membiayai pendidikan anak-anak yatim serta kos sara hidup mangsa Memali.
Sejak ditubuhkan, empat pihak diberi tanggungjawab oleh Pas Pusat untuk mengumpul semua sumbangan orang ramai iaitu Harakah, Pejabat Pas Pusat,Pejabat Perhubungan Pas Kedah dan Madrasah Islahiah Diniah,Kampung Memali.
Semua wang serta sumbangan orang ramai termasuk dalam bentuk barang kemas diuruskan oleh tiga individu, yang mana Zainon adalah salah seorang sebelum dimasukkan ke dalam tabung bagi membantu 14 balu, 80 anak-anak yatim serta hampir 150 mangsa Memali.
Sementara itu ditanya mengapa beliau tampil mendedahkan dan mendesak kepimpinan Pas menyiasat penyelewengan tersebut, Zainon berkata sudah cukup beliau menyaksikan penderitaan mangsa Memali yang dibiarkan sedangkan “harta” mereka berjuta-juta ringgit.
“Ada seorang balu yang meninggal dunia tiga hari sebelum Aidilfitri dalam keadaan cukup daif. Arwah meninggal dunia atas tikar mengkuang buruk dan kaki bernanah serta berdarah akibat kencing manis tetapi mana pemimpin-pemimpin Pas? Mana harta mereka ini?
Saya tampil hari ini kerana saya yang menguruskan balu dan anak-anak yatim sedangkan pemimpin Pas yang lebih faham halal haram memakan harta balu serta anak-anak yatim Memali dan membiarkan mereka tanpa perhatian malah menekan kami,” katanya.

“Saya terpanggil mendedahkan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit kerana ingin membela nasib dan hak balu dan anak yatim yang hidup dalam serba kesempitan sedangkan pihak yang menguruskan tabung ini hidup serba mewah di atas kesengsaraan mereka,”.

Demikian tegas Zainon Ismail atau dikenali juga sebagai CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali yang diwujudkan oleh PAS Pusat sejak 1986 sebelum ia ditutup secara rasmi pada 2002.

Lebih memeranjatkan Tabung Memali itu tidak pernah diaudit dari tahun ia diwujudkan, sekaligus menimbulkan persoalan ke manakah wang kutipan derma itu disalurkan?

Bagi merungkai persoalan itu, Zainon yang juga merupakan penulis buku Air Mata Di Bumi Memali, mendedahkan beliau telah membuat laporan polis terhadap penipuan ke atas 14 waris mangsa yang terkorban dalam peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985.

Kerajaan Malaysia katanya, telah membayar pampasan ganti rugi am dan khas sebanyak RM300,000 kepada 14 waris mangsa terkorban yang mana setiap mereka menerima RM20,000 seorang.

“Perhubungan PAS Kedah melalui wakilnya iaitu Kassim Mohd Isa atau juga dikenali sebagai Kassim Mina telah meminta kembali wang berjumlah RM1,500 daripada setiap waris dengan alasan wang itu digunakan sebagai bayaran kos guaman, saksi dan perbelanjaan lain di mahkamah.

“Sedangkan kos perbicaraan ditanggung sepenuhnya oleh PAS Pusat menerusi Tabung Mangsa Memali yang diwujudkan pada 1986. Oleh itu tidak timbul soal kos guaman dan lain-lain kos yang perlu ditanggung oleh balu mangsa manakala kos memanggil tiga saksi tidak melebihi RM2,000.

“Di sini, telah wujud penipuan yang dilakukan Perhubungan PAS Kedah membabitkan wang berjumlah RM21,000 yang sepatutnya diserahkan kepada balu mangsa Memali,” katanya dalam sidang akhbar, malam tadi.

Zainon berkata, beberapa balu telah berjumpa dengannya dan menyatakan rasa tidak puas hati di atas tindakan itu kerana wang pampasan yang diterima masih belum dapat menyelesaikan dan membiayai kos pendidikan dan kehidupan seharian mereka.

“Kehidupan balu dan anak yatim ini dalam serba kekurangan dan kebanyakan mereka ini sudah menjangkau usia warga emas yang berhadapan dengan masalah kesihatan. Balu mangsa peristiwa Memali terpaksa bekerja keras untuk mencari sesuap nasi dan ada di kalangan mereka meninggal dunia dalam keadaan yang mengaibkan kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri sedangkan wang yang dikumpulkan dalam Tabung Memali mencecah lebih RM1 juta,” katanya.

Penyelewengan kedua yang didedahkan bekas guru ini membabitkan wang hasil jualan mesin jahit yang membabitkan nilai RM30,000.

Katanya, bekas Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Jamilah Husin bersetuju untuk mewujudkan bengkel jahitan bagi memberi peluang kerja kepada balu dan anak-anak mereka.

Cadangan itu tegasnya, diterima PAS Pusat dan sebagai permulaan, RM40,000 disalurkan sebagai modal daripada Tabung Memali.

“Di peringkat awal ia diuruskan pemimpin PAS kawasan iaitu, Harun Osman tetapi kemudiannya diserahkan kepada saya dengan baki wang RM25,000.

“Apabila saya tinggalkan tanggungjawab itu, aset yang ada lebih daripada RM60,000 dan kemudiannya diambil alih oleh Hisham Bakar. Tetapi disebabkan tiada pengurusan yang baik, bengkel itu ditutup tanpa perbincangan dengan balu termasuklah isteri kepada Allahyarham Ibrahim Libya yang juga merupakan bendahari kepada bengkel berkenaan.

“Ada di kalangan balu ini minta mesin jahit itu diserahkan kepada mereka dan mereka juga sanggup membayarnya tetapi ia telah dijual kepada sebuah syarikat di Perlis dengan nilai RM30,000.

“Persoalannya, kita tidak tahu di mana wang RM30,000 hasil jualan mesin jahit itu,” katanya lagi.

Zainon menyeru pemimpin PAS agar berlaku adil kepada balu dan anak yatim dan tidak hanya menjadi syaitan-syaitan bisu, sebaliknya takut kepada Allah di atas penyelewengan yang telah berlaku selama ini.

“Dewan Ulama PAS harus serius dan takut kepada Allah dan jika mereka gelarkan ulama dalam UMNO sebagai syaitan bisu kerana tidak berani menegur kemungkaran UMNO, hatta hari ini mereka juga harus bersuara atau mereka juga tidak terlepas akan daripada gelaran syaitan-syaitan bisu,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin tertinggi PAS tidak mahu perkara ini ke mahkamah kerana bimbang rahsia lain pula yang akan terbongkar.

Ditanya samada pendedahannya itu bermotifkan politik, Zainon berkata PAS sepatutnya membela nasib anak yatim dan balu mangsa peristiwa Memali jika mereka benar-benar memperjuangkan kerajaan berkebajikan.

“Sebagai parti yang memperjuangkan kerajaan berkebajikan, PAS perlu menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka benar-benar bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan balu dan anak yatim.

“Jika ia tidak diselesaikan dengan sewajarnya, bagaimana mahu selesaikan isu kebajikan rakyat yang berjuta-juta orang dan saya juga tidak yakin dengan kemampuan PAS untuk memerintah negara ini,” tambahnya.

Sebelum ini, dua Naib Presiden Pas mahu Zainon Ismail atau CN Al-Afghani membuat laporan polis jika benar berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali.

Salahudin Ayub berkata, beliau mengalu-alukan Zainon supaya berbuat demikian.

Katanya, selepas laporan dibuat, polis perlu melakukan siasatan bagi menentukan sama ada berlaku penyelewengan terhadap Tabung Memali atau sebaliknya.

Bagi menyahut cabaran kedua-dua pemimpin PAS itu, Zainon pada 6 Februari lalu telah membuat laporan polis dan menggesa pihak polis menyiasat semula laporan penyelewengan Tabung Memali yang dibuatnya pada Julai 2000.

Zainon yang juga bekas aktivis tegar dan ahli seumur hidup Pas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Saya harap pihak polis dapat membuka semula kes ini bagi membela nasib balu, anak yatim dan mangsa kepada peristiwa Memali.

“Laporan polis saya sebelum ini telah disiasat sambil lewa dan saya tidak pernah terima secara lisan atau bertulis daripada polis menyatakan laporan itu telah selesai,” katanya lagi.

4 Anggota Polis Mati Di Tangan Penyokong Pas – Sejarah Hitam Buat Negara Malaysia.

AYAH ARWAH INSPEKTOR POLIS DATANG MINTA MAAF KEPADA KELUARGA MANGSA MEMALI

“Masa peristiwa Memali empat orang anggota polis terbunuh. Yang paling tinggi pangkat adalah Inspektor. Inspektor Azmi namanya. Semua mereka mati terkena tembakan.Dari mana datangnya peluru yang membunuh mereka? Penduduk kampung yang berkubu di rumah As-Syahid Ibrahim Libya tiada senjata api. Mereka hanya ada senjata kampung sahaja.Ada 3,600 lebih anggota polis yang datang dan lepaskan tembakan membuta tuli. Tembak As-syahid Ibrahim Libya tak kena, tembak orang kampung tak kena, kena sesama mereka sendiri!Arwah ayah saya ketika berceramah di Kota Bharu, datang bapa mertua arwah Inspektor Azmi berjumpa dengannya. Dia mewakili Inspektor Azmi minta maaf dengan ayah saya, minta maaf dengan mangsa yang terkorban di Memali, minta maaf dengan semua mangsa-mangsa di Memali.Katanya, anaknya beritahu suaminya (Inspektor Azmi) pergi ke Memali atas ARAHAN untuk OPERASI MENGGEMPUR KOMUNIS!”Allahurabbi.. Celakalah mereka yang bertanggung jawab!Ustaz Yusni Mat PiahAnak Almarhum Ustaz Mat Piah(mangsa Memali yang terselamat dengan berbelas kesan tembakan di tubuh)Ceramah Isu Memali, Pasir Panjang19 Ogos 2017

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1121181161373316&id=100004443283765

MEMALI[TUN M KATA TRAGEDI MEMALI ITU MATI KATAK] )-PERIKATAN NASIOANAL MENJADIKAN ROH MANGSA MEMALI TERTIPU.
.
Amat menyedihkan tatkala Tun Mahathir memutar belitkan fakta apabila menyatakan ‘Amanat Hadi’ menyuruh orang PAS membunuh pegawai kerajaan. Kemudian, Tun M turut putar belitkan fakta Tragedi Memali, katanya orang PAS yang mulakan serangan dengan menembak mati 4 orang polis terlebih dahulu.
.
Saya fikir Tun M mungkin sudah nyanyuk. Amat menyedihkan lagi apabila Tun M kata 14 orang PAS yang mati dalam tragedi itu semuanya ‘mati katak’. Bagi saya, ini satu penghinaan terhadap waris keluarga Memali.
.
Buku Teks Sejarah pun sanggup diputar belitkan. Apatah lagi dalam ucapan?
.
Tragedi Memali merupakan satu tragedi yang dirancang dengan rapi. Seramai 3600 anggota polis diarah untuk melakukan serang hendap terhadap kem komunis berhampiran dengan sempadan Thailand. Namun, arahan tersebut rupa-rupanya merujuk kepada kampung Memali. Arahan untuk membunuh Ust Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya.
.
Generasi yang tidak tahu sejarah akan mudah ditipu. Sebab itulah, anak muda jangan sekadar berpandukan pada semangat yang membuta tuli semata-mata. ANak muda kena dalami sejarah agar tidak ditipu hidup2 oleh Tun M.
.
……………
.
AMANAT HAJI HADI
.
Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.
.
Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:
.
Saudara-saudara sekalian percayalah,
.
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
.
Percayalah saudara-saudara sekalian,
.
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
.
Tak ada satu pun ayat dalam ‘Amanat Hadi’ suruh bunuh pegawai kerajaan, mengkafirkan umat Islam dan sebagainya. Tun M silap besar. Nak tipu pun berpada-pada. Kami anak muda tak lupa sejarah!
.
Tulisan : Faris Mahfuz

https://web.facebook.com/watch/?ref=search&v=1667546736698465&external_log_id=17ab62bb-fb6b-4d47-882a-7c67b3b6095d&q=POLIS%20MATI%20DI%20MEMALI

Pas Menjadikan Anggota Polis Sebagai Tebusan.

Keadaan tenteram seketika apabila Yusuf – yang ketika itu anggota jawatankuasa PAS Baling – campur tangan dan menenangkan orang ramai serta meyakinkan mereka untuk menjadikan polis sebagai tebusan. Mereka dibebaskan selepas Tunku Muszaffar memulangkan dua senjata yang dirampas. Menurut Tunku Muszaffar ini dilakukan di bawah tekanan.

https://www.malaysiakini.com/news/392436

Panas!! Seorang Anggota Polis berdepan 114 pertuduhan rasuah

Seorang anggota polis berpangkat konstabel bakal berdepan 101 lagi pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Ipoh di sini pada Rabu.

Tertuduh, Zubairi Abdul Mutalib, 60, berdepan 144 pertuduhan keseluruhan yang mana 43 daripadanya telah pun didakwa pada Selasa.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan serentak bersama 43 pertuduhan pilihan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini.

Zubairi berpangkat koperal didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan di bawah Akta Perikanan 1985.

Mengikut pertuduhan kes, Zubari yang bertugas sebagai ketua jentera bot ronda di pengkalan Polis Marin Kampung Acheh, Sitiawan menerima suapan berupa wang tunai daripada Lim Mee Lan antara Mei 2016 hingga Julai 2019 supaya tidak mengambil tindakan terhadap 18 bot nelayan.

Dalam tempoh tersebut, tertuduh menerima suapan antara RM150 sehingga RM4,700 dengan jumlah keseluruhan RM146,350.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Sementara itu, bagi pertuduhan pilihan pula, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara boleh dipenjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SH

KSU Kini Terlibat Dengan Politik.

Kenapa libatkan KSU dalam mesyuarat politik?

Kenapa libatkan KSU dalam mesyuarat politik?

Ahli politik pembangkang mempersoalkan mengapa Ketua Setiausaha Negara dan penjawat awam lain terlibat dalam mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional yang berlangsung secara atas talian petang semalam.

“Mesyuarat politik oleh PN melibatkan ketua setiausaha kerajaan,” kata Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang di Twitternya semalam.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh pula menyifatkan tindakan melibatkan penjawat awam dalam mesyuarat politik sebagai tidak profesional.

“Kenapa Ketua Setiausaha Negara (KSN) boleh terlibat dalam mesyuarat politik Perikatan Nasional? Jangan libatkan penjawat awam dalam mesyuarat politik. Not professional!

Muhyiddin, yang berkongsi gambar mesyuarat itu di Facebook berkata Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Norhizan Ismail terlibat dalam mesyuarat itu bagi memberi taklimat mengenai Proklamasi Darurat.

Mesyuarat selama dua jam itu juga membincangkan pelan vaksinasi Covid-19 pada Februari.

“Pelbagai isu telah dibincangkan dan kesemua ahli mesyuarat berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat dan pengurusan darurat serta pengurusan pandemik Covid-19 dan pelan immunisasi vaksin yang akan bermula pada bulan Februari 2021.

“Majlis Presiden akan terus menjadi platfom perbincangan tertinggi bagi kesemua parti politk dalam Kerajaan Perikatan Nasional demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran Kerajaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin selaku presiden Bersatu itu dihadiri 11 presiden lain dari Umno, PAS, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR dan SAPP manakala PBRS diwakili Timbalan Presiden.

sumber: MK

Patutlah Amanah ditubuhkan, pemimpin PAS ni sombong-Presiden MIC

Presiden MIC SA Vignaeswaran menyifatkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebagai sombong dan mencabarnya untuk bertanding di kerusi campuran pada pilihan raya akan datang.

“Sikap sombongnya punca ramai orang meninggalkan PAS dan membentuk Amanah.

“Tidak ada parti serpihan dari MIC sejak 30 tahun lalu walaupun terdapat banyak isu. Isu terakhir mempengaruhi banyak pengundi, bahkan pengundi Melayu, yang secara tradisional memberikan sokongan mereka kepada BN tetapi tidak melakukannya pada PRU14.

“Menteri besar ini ini tidak bertimbang rasa, seolah-olah PAS sendiri membentuk pemerintahan di Kedah,” kata Vignaeswaran kepada Malaysiakini.

Dia mengulas kenyataan Sanusi yang mengungkapkan “malas layan” MIC dan menggambarkan bahawa PAS tidak memerlukan sokongan MIC, selain menyifatkan MIC yang sebenarnya memerlukan sokongan PAS.

Sanusi juga menyatakan bahawa pada pilihan raya lalu beberapa ahli MIC menyokong Pakatan Harapan.

“Malas layan dah, pada PRU14 pun dia tak sokong kita juga. Kebanyakan mereka mengundi PH, MIC pun tinggal satu kerusi sahaja.

“Hakikatnya MIC yang memerlukan undi daripada bukan India,” katanya seperti dipetik portal BH Online hari ini.

Vignaeswaran mengatakan bahawa sikap seperti itu akan membuat pengundi terasing.

“Saya dapat memahami dengan jelas mengapa dan bagaimana Amanah dibentuk kerana orang seperti MB Kedah yang sombong.

“MB ini tidak mempunyai keberanian untuk bertanding di kawasan bukan Melayu. MIC dan MCA masih akan bertanding dan mengambil risiko,

“Untuk menunjukkan betapa terkenal dan hebatnya dia, saya mencabar Sanusi untuk bertanding di kerusi campuran dan melihat bagaimana pengundi menyokongnya,” katanya.

Pada PRU14, Sanusi menang di Jeneri yang mempunyai 93 peratus pengundi Melayu. Dia memperoleh majoriti 2,455 berbanding penyandangnya dari Umno, Mahadzir Abdul Hamid.

Bagaimanapun, Sanusi hanya memperoleh 38.4 peratus undi ketika Mohd Nazri Abu Hassan dari PH memecahkan undi.

Sebelum ini, Vigneswaran menggambarkan Sanusi sebagai pemimpin yang tidak berpengalaman yang tidak boleh bergaul dengan kaum lain, dan memperingatkan bahawa MIC tidak akan sewenang-wenangnya menyokong Sanusi pada PRU15 demi kepentingan politik.

Perselisihan antara kedua-dua mereka timbul selepas Sanusi mengumumkan bahawa cuti umum Thaiupusam akan dibatalkan, walaupun acara keagamaan untuk majlis itu masih dibenarkan dengan syarat yang ketat.

Thaipusam sebelum ini merupakan cuti umum di Kedah sejak 2014.

Keputusan untuk menarik semula cuti umum itu mendapat kecaman dari MIC, PH, dan juga bekas presiden Umno, Najib Razak.

Sebagai tindak balas terhadap kritikan itu, Sanusi mengatakan langkah itu tidak bertujuan untuk meminggirkan umat Hindu.

Sebaliknya, Sanusi menggesa MIC harus melobi agar kerajaan persekutuan menjadikannya cuti kebangsaan.

MK

Pendakwah terkenal perlekeh kerja fronliner dalam kuliyah dengan panggilan kesat

Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Husam hari ini dikecam netizen gara gara mengutuk dan memperlekehkan anggota fronliner, RELA. Beliau yang juga aktif berceramah dalam pentas PAS turut menggunakan perkataan kesat “anak haram” kepada anggota RELA. Berikut merupakan isi kandungan kuliyah yang disebut:

“Sehari dua ni RELA ni lebih garang dari polis ni. Kadang-kadang polis tak banyak tanya, RELA ni yang tanya lebih.”

“Dengan lesen pun dia minta. Takpa lah depa pun nak rasa ada taring sikit.”

“Semalam saya balik padang serai, polis tak tanya, RELA yang tanya banyak. Dari mana encik..surat mana..buat apa di Padang serai? Anak haram rela ni berlagak lebih dari polis.”

Katanya dalam kuliyah dalam surau yang tidak diketahui lokasinya. Pendakwah yang juga anak kepada bekas Mufti Kedah itu juga turut memperlekehkan kerja RELA dengan hanya jaga traffic kenduri sahaja.

“Masa latihan dengan topi senget berkawat menjerit… balik kampung dok jaga kenduri ja.”

“Macam JPAM, berkawat menjerit balik kampung tangkap ular sewa”

Katanya disambut dengan gelak ketawa hadirin.

Video yang tular dikongsikan oleh seorang pengguna sosial itu mendapat kecaman dari netizen.

“Ya Allah awat ckp mcm tuuu.pegang title ustaz kott.tp bahasa yg kluaq dr mulut tak dak cerminan langsung.akhir zaman agaknya ustaz (bukan semua) jd gini. Nauzubillahiminzaliq.”, kata Zalina Zahid.

Seorang lagi netizen turut mengecam

“Merapu macam ni pun dapat tauliah kat Kedah? Negeri apa laguni ? Ustaz hat nak sampaikan hadith shahih hampa sekat ishhh…”

Video boleh dilihat di link berikut : https://www.facebook.com/100017628131092/videos/784197735511157/