Gempar !!! Tebus guna pulau, nelayan Langkawi persoal MB Kedah

Rancangan kerajaan Kedah untuk menebus guna sebuah pulau seluas 2,000 ekar di perairan Langkawi akan menjejaskan alam sekitar dalam jangka panjang, kata aktivis nelayan yang mendesak kerajaan menghentikan projek itu.

Setiausaha Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia Azrilnizam Omar berkata, kehidupan nelayan pesisir pantai akan terjejas teruk, kerana proses penambakan itu akan turut merampas kawasan yang kaya dengan hasil laut.

Dalam kenyataan, beliau turut mempersoalkan projek “mewah” yang akan bermula di perairan Padang Mat Sirat, dengan mengatakan ia terlalu mahal untuk dimanfaatkan penduduk tempatan.

“Ketika Covid-19 sedang menular dan PKP (perintah kawalan pergerakan) dilaksanakan, adalah tidak rasional bagi kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang melaksanakan sebarang projek yang boleh memusnahkan ekosistem pesisir dan menjejaskan periuk nasi nelayan tempatan,” kata Azrilnizam.

Beliau turut menempelak kerajaan Pulau Pinang kerana merancang untuk menambak lebih banyak tanah sehingga menjejaskan punca rezeki nelayan, serta menawarkan pampasan yang tidak adil.

Baru-baru ini, nelayan di selatan Pulau Pinang yang terjejas oleh projek tiga pulau tersebut menyelar pampasan sebanyak RM20,000 ditawarkan oleh negeri ini.

“Pampasan yang ditawarkan tidak sama dengan kehidupan laut yang akan musnah selepas ketiga-tiga pulau buatan itu dibangunkan. Kami menentang pembangunan pulau-pulau buatan ini.

“Kami menyeru nelayan di Pulau Pinang tidak menerima pampasan dari negeri ini kerana kehilangan sumber perikanan dan periuk nasi mereka tidak dapat diukur dengan wang ringgit,” katanya.

Semalam, Kedah mengumumkan rancangan menebus guna tanah seluas 1,900 ekar berhampiran lapangan terbang Langkawi, yang dijangka mempunyai nilai pembangunan kasar RM40 bilion. Ia akan dilaksanakan oleh syarikat swasta dari Kuala Lumpur dalam masa 15 hingga 20 tahun.

Di Pulau Pinang, projek tiga pulau atau Pulau Selatan Pulau Pinang diperuntukkan untuk membiayai rancangan induk pengangkutan bernilai RM46 bilion. Projek ini masih belum selesai sementara menunggu rancangan pengurusan alam sekitar bawah Jabatan Alam Sekitar. – FMT

ALLAH SWT MELAKNAT 10 GOLONGAN YANG TERLIBAT DENGAN ARAK TERMASUK MENTERI AGAMA.

10 GOLONGAN DILAKNAT KERANA ARAK

” Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya “riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas

1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.


2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.

3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram

4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .


5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram


6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram

7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .


8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.


9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram

10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram

https://halalpractice.wordpress.com/2012/06/11/10-golongan-dilaknat-kerana-arak-7/

Konstabel PGA ketuai serbuan palsu, samun warga asing

25 Januari 2021, 5:38 pm

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dipercayai mengetuai satu ‘serbuan’ palsu ke atas hostel pekerja asing warganegara India di sekitar Medini, Iskandar Puteri pada Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang berpangkat konstabel itu merupakan antara tujuh individu termasuk seorang wanita yang melakukan jenayah samun berkumpulan terhadap 11 orang mangsa.

Katanya, perbuatan jenayah itu bagaimanapun tidak lama apabila empat suspek berusia antara 18 hingga 26 tahun melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita berjaya diberkas pada pukul 10 pagi hari yang sama, manakala tiga yang lain masih bebas.READ  Anggota PGA Sempadan ditembak senapang angin pula

“Dalam kejadian samun awal pagi itu, sekumpulan suspek ini bertindak memperkenalkan diri sebagai polis sebelum menyamun sekumpulan pekerja asing membabitkan kerugian wang tunai sebanyak RM6,310 dan tujuh buah telefon bimbit.

“Mereka turut bertindak memukul mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan di beberapa bahagian tubuh badan termasuk di kepala,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Tambah Ayob Khan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk anggota polis sekiranya didapati terlibat dalam perlakuan jenayah.READ  Dendam punca tetak kenalan

“Sepanjang tahun lalu, seramai 43 anggota polis Kontinjen Johor telah didakwa di mahkamah melibatkan pelbagai kesalahan antaranya dadah, jenayah dan rasuah. Selain itu, 46 telah dibuang kerja, 57 ditahan kerja manakala 12 lagi digantung kerja,” ujarnya.

Sementara itu, tiga suspek lelaki termasuk anggota polis itu dan seorang lagi wanita telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, namun mereka membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim V. Mabel Sheela.

Konstabel Haikal Fikri Anuar, 27; Razif Razali, 29, dan Muhammad Syukurilah Roszailah, 19, dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, namun, wanita berusia 19 tahun itu tidak hadir ke mahkamah dan diberikan waran tangkap.READ  Denda RM3K aib pekerja kedai dengan kata kata rasis dan ludah

Mereka dituduh bersama-sama melakukan rompak berkumpulan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki di Medini Iskandar Puteri kira-kira pukul 1.20 pagi pada 25 Disember lalu.

Mabel Sheela membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan dua penjamin dan memerintahkan mereka tidak mengganggu saksi pendakwaan, selain melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menetapkan 24 Februari ini untuk sebutan semula kes.- UTUSAN ONLINE

Konstabel PGA ketuai serbuan palsu, samun warga asing

Panas! Orang Melayu paling lemah mendaftar jadi pengundi kerana ‘dirasuk setan’ – Hadi Ulamak Rasis

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, ramai orang muda Melayu beragama Islam di negara ini “dirasuk syaitan-syaitan” tertentu kerana lemah mendaftar untuk menjadi pengundi.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu juga berkata, sikap itu berlaku kerana mereka terpengaruh dengan syaitan berwajah manusia.

“Kita menyaksikan kebencian terhadap politik berlaku kerana terpengaruh dengan syaitan berwajahkan manusia, termasuk umat Islam sendiri yang digerakkan oleh dalang-dalang mereka.

“Pemikiran Islam dalam diri mereka tidak bermaya, khususnya dalam kalangan bangsa yang beragama Islam.

“Hari ini di negara kita, dapat menyaksikan bahawa kaum Melayu yang beragama Islam paling lemah mendaftar untuk menjadi pengundi kerana berjaya dirasuk oleh syaitan-syaitan warisan penjajah dahulu,” katanya.

Menurut Abdul Hadi pada masa sama bangsa lain yang bukan Islam pula saling berlumba dengan mengambil peluang untuk merampas kuasa politik.  – MK

Ulamak Disahkan Penipu Dan Jahat, Menjadi Pemimpin Pertubuhan Islam Seperti Yadim.

‘Kenapa benci sangat pada saya’, Nasrudin tanya netizen

Hantaran dibuat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan, semalam membuatkan pemimpin PAS itu serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad menjadi sasaran kritikan sesetengah pihak.

Kedua-dua tokoh berkenaan dipaparkan menghadiri sambutan hari ulang tahun ke-47 Yadim.

Ia menjadi kecaman kerana dilangsungkan ketika negara ini dikenakan perintah kawalan pergerakan dan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) ketat ke atas semua pihak bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Nasrudin yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS memuat naik tiga keping gambar mereka meraikan sambutan berkenaan yang berlangsung secara dalam talian di laman sosial Facebooknya.

Dalam gambar yang dikongsikan itu kedua-dua mereka dilihat gagal menjaga jarak fizikal satu meter seperti yang dikehendaki SOP.

Zulkifli dan Nasrudin juga dilihat saling berdekatan untuk bersama-sama memotong salah satu pulut kuning sebagai simbolik.

Ekoran daripada perkongsian itu, akaun Facebook Nasrudin menerima pelbagai kritikan dan kecaman pengguna media sosial itu.

“Orang agama, menteri agama jangan tunjukkan kebodohan dan kejahilan. PKP ini mesyuarat pun dilarang, apalagi majlis begini walaupun kecil.

“PKP dulu buat mesyuarat projek terjemah hadis. Ini pula sambutan ulang tahun Yadim. Memburukkan agama… Dakwa segera dua orang jahil ini,” kata Yus Iman.

Selang satu blok saja

“Kalau program potong kek dah boleh, mohon kemas kini dalam SOP Majlis Keselamatan Negara sebab kami dah lama nak makan pulut kuning nak meraikan kebodohan sang penguasa yang melanggar ketetapan SOP yang mereka buat sendiri,” kata Danial Al Rashid.

“Memang begitulah kebodohan yang ditunjukkan agensi agama…silap!!! Orang-orang atasannya yang bodoh sombong sebenarnya,” kata Abu Wafiy.

Bagaimanapun, Nasrudin dalam komen balasnya mempertahankan tindakan Yadim menganjurkan program tersebut.

Katanya, majlis tersebut diadakan dalam skala kecil saja.

“Kami bekerja meskipun PKP. Sebahagian kecil pegawai Yadim hadir ke pejabat. Lebih 80 peratus kerja dari rumah. Kami hanya lapan orang sahaja bekerja di pejabat hari ini (semalam).

“Hari ini kami ada ijtimak seluruh warga Yadim yang melibatkan semua staff Yadim di seluruh negara secara dalam talian.

“Penyampai ucapannya saya secara langsung (live) dari pejabat. Sementara penutupnya YB Menteri. Pejabat menteri selang satu block dengan pejabat saya. Beliau sudi hadir untuk menutup Ijtimak Online Warga Yadim.

“Penutup tamat jam 12.00 tengahari. Kebetulan hari ini juga hari ulang tahun Yadim ke-47, ada pegawai belanja pulut meraikan ulangtahun Yadim. Lalu kami meminta YB Menteri membacakan doa selamat untuk kami warga Yadim.

“Pulut itulah menjadi juadah makan tengahari kami para pegawai yang bekerja hari ini bersama menteri,” katanya.

Oleh itu, Nasrudin mempersoalkan tindakan warganet yang disifatkannya cuba melahirkan kebencian terhadap Yadim.

“Kenapa saudara kepanasan begitu sekali, melahirkan kebencian yang sangat tinggi kepada saya dan Yadim?” soalnya.

Tegas Nasrudin lagi mereka telah sebaik mungkin mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Insya-Allah kami ikut SOP. Dari awal kami jaga pelitup muka, cecair nyah kuman dan jarak antara kami sekitar 8 hingga 9 orang yang bertugas di pejabat hari ini.

“Hanya semasa nak bergambar potong ambik pulut tu, kami agak mendekat sedikit. Kemudian alhamdulillah kami kembali menjarak seperti biasa. Tiada sentuhan.

“Majlis keseluruhan pun hanya satu jam 15 minit sahaja. Majlis baca doa sempena ulang tahun Yadim itu pula tak sampai 5 minit, lalu kami beredar. Sebahagiannya ke dewan makan kerana itu waktunya mereka rehat dan makan tengahari,” tambahnya. – MK

Gempar! 61,392 kilogram daging ayam sejuk beku dari Thailand dirampas – Takbir

Takbir..

Gempar! 61,392 kilogram daging ayam sejuk beku dari Thailand dirampas

Cubaan membawa masuk 5,161 ayam sejuk beku seberat 61,932 kilogram (kg) bernilai RM495,608 dari Thailand gagal apabila dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), kelmarin.

Kesemua ayam sejuk beku itu dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Malaysia (ICQS) pada 4 petang.

Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, daging ayam sejuk beku itu dibawa masuk itu tanpa mematuhi syarat import iaitu dipercayai datangnya dari pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf dan meragukan.

Beliau berkata, kegagalan untuk mengemukakan maklumat berkenaan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak MAQIS tidak akan leka serta memandang mudah terhadap perkara ini dan akan terus komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikro-organisma dan makanan yang diimport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar dan tidak menjejaskan sektor pertanian negara serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan,” katanya. – HM

Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.
Beliau berkata perarakan pedati membawa arca Dewa Murugan dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves adalah pada 27 Jan dan akan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Jan, namun perlu mengikut syarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Syaratnya, ‘Chariot’ (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain,” katanya dalam hantaran Twitter rasmi beliau semalam.
– Bernama

10 GOLONGAN DILAKNAT OLEH ALLAH SWT KERANA ARAK

” Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak ,orang yg memerah arak,orang yg diminta arak diperah untuknya ,orang yg meminumnya ,orang yg membawanya ,orang yg meminta dibawa arak kepadanya ,orang yg memberi minum arak kepada orang lain ,orang yg menjual arak ,orang yg mendapat hasil drp arak ,orang yg membeli arak ,orang yg meminta dibelikan arak untuknya “riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi

10 golongan ( dilaknat) yg terlibat dengan arak yg terdapat di dlm hadis di atas

1. Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.


2. Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.

3. Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram

4. Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .


5. Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram


6. Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram

7. Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram .


8. Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebih luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.


9. Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram

10. Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah haram

https://halalpractice.wordpress.com/2012/06/11/10-golongan-dilaknat-kerana-arak-7/ /

https://www.tuncarlos.com/2021/01/perarakan-thaipusam-dibenarkan-dan.html

Pengurusan pandemik tidak terkawal, doktor-doktor pakar hantar surat terbuka kepada PM

Pengurusan pandemik tidak terkawal, doktor-doktor pakar hantar surat terbuka kepada PM

ULASAN | Kami seperti penama-penama di bawah melihat status terkini wabak Covid-19 negara dengan penuh kerisauan dan keprihatinan.
Pengurusan pandemik Covid-19 negara memberi gambaran yang suram dan tidak terkawal.
Walaupun dijalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan intervensi kesihatan yang lain, laporan harian kes masih tidak menunjukkan tren penurunan.
Kadar Insiden Terkumpul (bagi setiap 100,000 penduduk) dan Kadar Kebolehjangkitan (kes aktif bagi setiap 1,000 penduduk) tidak melandai, dengan Kadar Kebolehjangkitan berada pada tahap 0.879 bagi setiap 1,000 penduduk.
Ini bermaksud antara 8 hingga 9 orang telah dijangkiti untuk setiap 10,000 orang.

Kadar Ujian Pengesanan Positif meningkat, berada pada tahap 8.9 peratus pada 3 Januari 2021, jauh mengatasi tanda aras keberkesanan pengawalan pandemik yang ditetapkan oleh WHO pada kadar 5 peratus.
Izinkan kami mengusulkan 10 cadangan tindakan segera bagi menghindari Covid-19 di Malaysia sebelum ia menjadi lebih kritikal.
Pertama, meningkatkan ujian pengesanan secara bersasar, besar-besaran dan lebih kerap menggunakan rapid antigen test kits (RTK-Ag) yang lebih mudah, murah dan pantas daripada PCR, untuk merencatkan penularan jangkitan Covid-19.
Kedua, diagnosis awal RTK-Ag dalam tempoh masa kurang daripada 24 jam membolehkan isolasi serta merta dan membantu pengesanan kontak dengan segera.

Ketiga, pengesanan kontak menggunakan aplikasi digital mempercepatkan proses pengesanan. Disamping itu, teknologi data sains dan machine learning boleh dimanfaatkan untuk mencari kawasan sasaran untuk saringan dijalankan. Hanya melalui respon segera Find-Test-Trace-Isolate (FTTI) ini sahaja boleh memecahkan kluster Covid-19 dan seterusnya mengurangkan penyebaran sporadik virus ini.
Keempat, dengan program ujian yang bersasar dan besar-besaran ini kes Covid-19 dijangkakan akan meningkat. Maka untuk melindungi kapasiti penjagaan kesihatan negara, kami menganjurkan kes klinikal tahap 1 dan 2 diisolasikan di rumah dengan garis panduan yang jelas daripada MOH.
Tahap kesihatan mereka boleh dipantau secara harian dengan aplikasi digital, disokong dan dibantu oleh komuniti setempat dan penghantaran segera ke hospital Covid-19 bagi kes yang semakin merosot.

Kelima, kita mestilah melindungi kecemerlangan perkhidmatan kakitangan medikal dihospital Covid-19 kerajaan dengan memindahkan semua pesakit bukan Covid-19 ke hospital kerajaan dan swasta yang tidak merawat pesakit Covid-19. 
Ini membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada kes Covid-19 yang serius dan tidak terganggu dengan kes Covid-19 yang tiada bergejala atau gejala kecil sahaja.
Keenam, memberi sokongan kepada industri yang penting untuk keutuhan ekonomi negara dengan program kesihatan awam yang berupaya mengurangkan 3Cs.
Inisiatif POIS (Preventing and early detection of Outbreaks at Ignition Sites) adalah kerjasama pihak kerajaan, sektor swasta dan NGO yang menekankan pengesanan awal, peningkatan kesihatan umum dan pendidikan kesihatan majikan industri dan pekerja asing. 

Inisiatif POIS yang dibangunkan dengan konsultasi antara industri dan WHO boleh digunapakai di pelbagai tempat sebagai alat operasi kesihatan awam. Ia merangkumi pendekatan whole-of government dan whole-of-society.
Ketujuh, inisiatif sebegini juga perlu dilaksanakan di kawasan panas wabak Covid-19 yang lain, seperti di penjara dan pusat tahanan.
Kelapan, mempercepat proses pengawalseliaan imunisasi, sebaik sahaja dos pertama vaksin tiba di lapangan terbang. 
Makluman awal kepada rakyat berkaitan pencegahan Covid-19 dan membendung berita palsu mengenai vaksin akan memperkasakan rakyat dengan informasi dan persetujuan ketika Covid-19 vaksin tiba.

Selain keutamaan diberikan vaksin kepada kumpulan berisiko tinggi, pertimbangan harus diberikan juga kepada golongan pekerja asing diindustri dan komuniti orang pelarian yang merupakan lubuk penyakit berjangkit. 
Kerajaan mesti menetapkan kos vaksin yang tidak melebihi RM100 bagi setiap dos bagi mereka yang mendapatkan suntikan di klinik swasta dan ujian RTK-Ag mesti tidak melebihi RM100 bagi setiap ujian untuk memastikan rakyat mampu menampung kos vaksin dan ujian dan negara mencecah liputan vaksin dan ujian yang tinggi yang bakal melindunginya daripada ancaman Covid-19 yang berterusan
Kesembilan, membentuk suatu pasukan petugas khas Covid-19 yang keahliannya terdiri daripada pakar perubatan, ekonomi dan pelbagai sektor yang berkaitan perlu dibentuk dengan kadar segera untuk menyediakan khidmat nasihat kepakaran dan menyelaraskan respons pelbagai kementerian dan agensi didalam kerajaan untuk membenteras pandemik Covid-19.

Pasukan petugas khas Covid-19 akan memacu negara keluar dari wabak ini dengan kerap mengemukakan cadangan dan odit kepada kabinet, dan menekankan unsur-unsur memelihara nyawa, kesihatan fizikal, emosi dan mental rakyat jelata dan juga memelihara kesihatan ekonomi negara.
Untuk memastikan kebebasan pasukan petugas khas Covid-19, pemilihan ahli perlulah dilakukan oleh, Persatuan Perubatan Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Pakar Kesihatan Awam Malaysia dan Persatuan Pakar Kesihatan Hospital Swasta Malaysia.Kesepuluh, jangan mempolitikkan pendemik ini, sebaliknya mendapatkan konsensus bipartisan dan pendekatan untuk melandaikan lengkuk pandemik, mempercepatkan usaha untuk mencapai imuniti komuniti untuk membentuk perlindungan masyarakat didalam rangka untuk wujud bersama (co-exist) dengan koronavirus. 
Mengadakan PRU15 semasa peningkatan wabak yang tidak terkawal akan membawa bencana seperti apa yang telah terberlaku di PRN Sabah.

Ini adalah pengurusan kesihatan awam yang asas di mana kami percaya YAB Tan Sri akan mempertimbangkan segera dan memandang serius untuk mengurangkan akibat yang tidak diingini berikutan wabak itu, untuk melindungi nyawa dan mata pencarian rakyat, dan memulihkan semula ekonomi Negara kita.
Surat terbuka ini disokong oleh individu berikut, mengikut urutan abjad:
Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman (Former Director- General of Health)Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman (Secretary General, Federation of Islamic Medical Associations)Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman (Professor of Medicine, Universiti Malaya)Prof Dr Ahmad Hata Rasit (Deputy Vice Chancellor and Consultant Orthopaedic Surgeon, Universiti Malaysia Sarawak)Dr Ahmad Munawar Helmi bin Salim (Immediate Past Chairman, Islamic Medical Association Response & Relief Team)Dr Azhar Abdul Aziz (Consultant Emergency Physician)Dato’ Dr Amar-Singh HSS (Consultant Paediatrician)Prof Dato’ Dr Azizi Haji Omar (Past President Malaysian Paediatric Association)Datuk Dr Christopher Lee (Former Deputy Director-General of Health (Research & Technical Support)Dr Dhesi Baha Raja (Consultant Public Health Physician & Chief Medical & Innovation Officer of AinqaHealth)Dr Gunasegaran PT Rajan (Past President, Obstetrical & Gynaecological Society of Malaysia)Dr Hung Liang Choo (President, Malaysian PaediatricAssociation)Dato’ Dr Jahizah Hassan (President, College of Anaesthesiologists)Dr Jeffrey Abu Hassan (Immediate Past President, Islamic Medical Association Malaysia)Dr Johari Bux (Past President, Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia)Emeritus Prof Jomo Kwame Sundaram (Former United Nations Assistant Secretary General)Dr Khor Swee Kheng (Independent Consultant, Health Systems and Policies, Consultant in Health Policies, and Malaysian Health Coalition)Datuk Dr Kuljit (President, Association of Private Hospitals Malaysia)Dr Lim Teck Onn (Former Director, Clinical Research Centre MOH)Prof Datuk Dr Lokman Hakim bin Sulaiman (Pro-Vice Chancellor (Research) International Medical University and Former Deputy Director General of Health-Public Health)Dr Mary Suma Cardosa (Past President, Malaysian Medical Association)Dr Milton Lum (Past President, MMA and Federation of Private Medical Practitioners Association Malaysia)Asst Prof Dr Mohammad Farhan bin Rusli (Consultant Public Health Physician, International Islamic UniversitiMalaysia)Datuk Prof Dr Mohamed Hatta bin Shaharom(President, Malaysian Society of Psychospiritual Therapy)Dr Mohammad Iqbal Sarwar (Consultant Paediatrician, KPJ Damansara Specialist Hospital)Dr Mohamed Namazie Ibrahim (Past President, Malaysian Medical Association)Dr Muhamad Yusri Musa (President, Islamic Medical Association Malaysia)Dato’ Dr Musa Mohd Nordin (Chairman, Advisory Council, Federation of Islamic Medical Associations)Dato’ Dr Narimah Awin (Former Director of Family Health Development)Prof Dr Norlisah Mohd Ramli (President, College of Radiology of Malaysia)Associate Prof Dr Pang Yong Kek (Respiratory Consultant, Universiti Malaya Medical Centre)Prof Dr Roslina Abdul Manap (Scribe, Academy of Medicine of Malaysia)Prof Dr Rosmawati Mohamed (Master, Academy of Medicine of Malaysia Dr Sevellaraja Supermaniam (Past President, Asia Pacific Association of Gynaecological Endoscopy and OGSM)Puan Shariah Asiah (President, Malaysian Nursing Association)Dato’ Dr Sivamohan Namasivayam (Board Member, Association of Private Hospitals Malaysia)Dr Steven Chow (President, Federation of Private Medical Practitioners Association Malaysia)Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy (President, Malaysian Medical Association)Dr Tang Boon Nee (Past President, Obstetrical and Gynaecological Society Malaysia)40. Dr Teoh Siang Chin (Past President, Malaysian Medical Association, Former Melaka State Health Director)Prof Dr Wan Ariffin Abdullah (Past President, Malaysian Paediatric Association)Dr Yap Wei Aun (Consultant Public Health Physician)Dr Yolanda Augustin, Oncologist and Healthcare Activist, St George’s University of LondonDato’ Dr Zainal Ariffin bin Omar (President, The Malaysian Public Health Physicians’ Association)Dato’ Dr Zainudin bi Md Zin (Chairman Lung Foundation of Malaysia, Past President of College of Physicians Malaysia)Datuk Dr Zulkifli Ismail (Secretary General, Asia Pacific Pediatric Association)

https://www.tuncarlos.com/2021/01/pengurusan-pandemik-tidak-terkawal.html

Rakyat digantung tidak bertali

Pengerusi PAKATAN HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata seramai 114 hingga 115 Ahli Parlimen bersetuju sidang Parlimen diadakan segera dengan tumpuan menyelesaikan masalah COVID-19 dan ekonomi.

“Saya hanya mampu menyampaikan dan akan menyusul (mempersembah) kepada Yang di-Pertuan Agong, jumlah mencukupi tetapi kena tunggu ihsan dan budi bicara baginda untuk mendapat maklumat berikutnya,” katanya pada Program Bicara Negarawan bertajuk ‘Masa Depan Malaysia: Ke Mana Kita?’ anjuran Majlis Profesor Negara, pada 23 Januari lalu.

Beliau berkata, usahanya mengadakan sidang Parlimen segera, turut mendapat sokongan Ahli Parlimen lain termasuk Parti Warisan Sabah (WARISAN).

“Apabila ada perubahan pimpinan ia membantu, sekurang-kurangnya diberi satu anjakan daripada pendekatan lama yang polisinya agak kelam kabut.

“Tidak ada negara yang umumkan darurat atasi masalah COVID-19 sehingga terpaksa menggantung Parlimen,” tegasnya.

Dalam perkembangan yang berkaitan Perdana Menteri Kerajaan TEBUK ATAP, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ahli mesyuarat  Majlis Presiden Kerajaan PERIKATAN NASIONAL yang diadakan secara sidang video berpuas hati dengan penjelasan mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat, pengurusan pandemik COVID-19.

“Majlis Presiden akan terus menjadi platfom perbincangan tertinggi bagi kesemua parti politk dalam Kerajaan Perikatan Nasional demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran Kerajaan serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara,” kata Muhyiddin dalam kenyataannya di Facebook.

Nampaknya rakyat telah digantung tidak bertali dan negara sedang ditadbir oleh gerombolan pengkhianat menerusi kenyataan di Facebook, bukan di Parlimen!