Sejarah Penyembelihan Umat Islam Azerbaijan Oleh Russia

“كانت دباباتهم تدهس الناس”.. الذكرى الـ31 للمجزرة السوفييتية بحق سكان #باكو في #أذربيجان.. ماذا تعرف عن مذبحة “يناير الأسود”؟ تابعونا على http://www.trtarabi.comhttp://trta.co/facebook – فيسبوك http://trta.co/twitter – تويتر http://trta.co/instagram – إنستغرام

KENYATAAN MEDIA BERSAMA 21 AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG BERTARIKH 18 JANUARI 2021

May be an image of 21 people, hair and people standing

KENYATAAN MEDIA BERSAMA 21 AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG BERTARIKH 18 JANUARI 2021

Kaji Semula SOP, Benarkan Perniagaan Beroperasi Selepas 8 malam

1. Kami menggesa Kerajaan Perikatan Nasional membenarkan semua kedai makanan dan minuman beroperasi seperti yang tercatat dalam lesen perniagaan mereka dan tidak terhad sehingga 8 malam memandangkan makan di kedai tidak dibenarkan dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.

2. Masa operasi kedai makanan dan minuman seperti sekarang telah menyusahkan mereka yang perlu membeli makanan selepas tamat waktu bekerja. Membenarkan para peniaga beroperasi mengikut lesen perniagaan mereka akan membantu memulihkan ekonomi para peniaga, menjana pendapatan penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk di rumah kerana mereka boleh membuat pesanan dari rumah dan tidak terhad sehingga 8 malam sahaja.

3. Kami menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera memperbaiki SOP ini kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka. Kami juga menggesa Kerajaan melanjutkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi. Berbanding semasa PKP fasa pertama, para peniaga mungkin lebih teruk terjejas kali ini kerana mereka terpaksa menanggung pembayaran sewa kedai dan gaji pekerja tanpa adanya moratorium seperti sebelum ini.

1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)

2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)

3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)

4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)

5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)

6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)

7. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)

8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)

9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)

10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)

11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)

12. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)

13. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

14. Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam)

15. Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya)

16. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)

17. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)

18. Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)

19. Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)20. Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)

21. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)

https://web.facebook.com/ybkhalidsamad/photos/a.10152314906706436/10157604400641436/

Melayu/Islam Memerintah, Rakyat Terpaksa Mencuri Kerana Lapar.

May be an image of text that says 'BERITA Polis Û Daerah Petaling 638 Shares Polis sampaikan derma pada ibu mencuri kerana anak lapar, sakit'
May be an image of 1 person and text that says 'malaysiakini BERITA Lim Huey Teng malaysiakini. Pilih PAS masalah kos sara hidup boleh selesai'

Ini satu tindakan yang bijak dan terpuji. Kadang bukan semua yang melakukan jenayah tu disebabkan dia mahu melakukan jenayah. Kita kena ada budi bicara kita juga. Sebab itu Khalifah Umar Al khattab pernah menagguhkan Hudud potong tangan kalau mencuri kerana pada waktu itu berlaku kemarau di kawasan beliau sehingga ramai miskin dan kelaparan.

Tahniah PDRM
===============

Mencuri itu satu jenayah, tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul.

Itu kata-kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, yang turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang ditangkap mencuri Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis itu, dia dimaklumkan semalam bahawa polis daerah menerima laporan kecurian tersebut yang berlaku di sebuah pasar raya.

Bagaimanapun, katanya, ada sesuatu pada kes berkenaan yang menggangu fikirannya.

Suspek ditahan kerana disyaki mencuri kek pandan, sosej dan dua pek Kool Fever untuk anak-anaknya.

“ Jadi saya pun berasa terpanggil, untuk pergi berjumpalah dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam itu,” katanya pagi tadi 

https://web.facebook.com/IswardyM/photos/a.106941654132986/260054372155046

https://web.facebook.com/IswardyM/photos/a.106941654132986/260574412103042

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pemuda Pas hari ini didakwa tidak langsung menghormati PKP apabila mereka telah mengadakan program ‘Blood Donation’ yang berlangsung di Tesco Batu Pahat.

Menyelar perkara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud menegaskan tindakan Pas itu memang membelakangkan rakyat di negara ini.

Serudin Soud

Tegasnya, dalam keadaan rakyat ditimpa kesulitan, Pas Johor khususnya mengambil pendekatan yang langsung tidak mementingkan sensitiviti rakyat.

“Rakyat dalam kesusahan akibat PKP yang dilaksanakan janganlah Pas membuat perkara yang tidak munasabah.

“Perlulah menghentikan progran itu walau telah disusun dari awal. Banyak lagi persatuan dan parti politik yang membatalkan program mereka saat akhir kerana menghormati rakyat.

“Perlu diingat rakyat semakin tertekan hari ini dan tidak patut Pas menggunakan kesempatan untuk mengadakan program tersebut,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar tindakan Pas yang bukan sahaja membuat program tersebut ketika PKP malah mengadakan siaran secara langsung di ‘facebook’ rasmi mereka.

Tambahnya, kerajaan perlu mengambil tindakan kerana arahan SOP PKP telah meletakkan syarat untuk tidak mengadakan program sosial secara berkelompok.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan kepada penganjur progran tersebut serta ahli yang terbabit kerana ia telah melanggar SOP PKP yang ditetapkan.

“Jangan ada sikap ‘double standard’ dalam hal ini. Tindakan perlu segera diambil dan sekiranya pihak berkuasa masih ragu boleh rujuk ‘live facebook’ mereka.

“Program tersebut jelas menguris hati rakyat apatah lagi mereka yang terkesan dengan PKP yang dikuatkuasakan ini,” tegasnya lagi.

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempertikaikan kewajaran kerajaan membelanjakan lebih RM35 juta hanya untuk membina tiga buah dewan di Pagoh, terutama dalam keadaan negara dilanda gelombang ketiga wabak Covid-19.

Beliau berkata, wang berkenaan jika dibandingkan dengan kos pembangunan Masjid, kerajaan sudah boleh membina lebih enam buah Masjid dalam negara.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, sebagai contoh adalah pembangunan Masjid di Bandar Baru Kampar, Perak yang hanya berjumlah RM1.9 juta dengan kapasiti mampu memuatkan sehingga 500 orang jemaah.

Justeru beliau menegaskan agar kerajaan mengurangkan segala projek yang tidak penting dan memfokuskan segala usaha agar lebih ramai kelompok yang akan menerima suntikan vaksin virus berkenaan.

“Dengan kemerosotan ekonomi semasa yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, kerajaan seharusnya berhati-hati dalam membelanjakan dana awam.

“Dewan komuniti sering dibiarkan kosong dan tidak digunakan secara kerap. Ini bukan kaedah yang produktif untuk menggunakan dana awam, terutama pada masa krisis kesihatan global.

“Maka tidak salah untuk sesiapa pun yang mempersoalkan kebiasaan perbelanjaan Perdana Menteri, kerana wang itu berasal dari dana awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, PMO dalam kenyataannya berkata, jumlah peruntukan sebanyak RM35.43 juta adalah untuk membina tiga buah dewan, bukan sebuah, dan perolehan projek dibuat mengikut tatacara secara tender yang diluluskan Kementerian Kewangan.

Peruntukan pembangunan tersebut antaranya di Gersik, Tangkak (RM13 juta), Bukit Pasir, Muar (RM16.66 juta) and Bukit Kepong, Muar (RM5.77 juta).

Sementara itu Lim menggesa agar agensi-agensi kerajaan dan bahagian penguatkuasaan yang berkaitan, segeramenyiasat dan menghapuskan keraguan mengenai ketiga-tiga projek tersebut terutama berhubung kaedah perolehan tender berkenaan.

Dr Noor Hisham lebih layak jadi Menteri Kesihatan ganti Adham

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari mencadangkan agar Datuk Dr Adham Baba ditukar segera dengan individu yang lebih layak untuk menjadi Menteri Kesihatan supaya pandemik Covid-19 dapat ditangani dengan lebih baik.

Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah paling layak dilantik sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Adham.

Menurutnya, Malaysia tidak boleh lagi terus bergantung harap kepada menteri yang lemah dalam memerangi gelombang ketiga wabak berkenaan.

“Sekiranya sukar untuk mendapatkan menteri yang berwibawa sebagai Menteri Kesihatan, saya ingin mengesyorkan supaya Ketua Pengarah Kesihatan dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

“Alang-alang darurat, biarlah tenaga profesional membuat dasar dan melaksanakan proses memerangi Covid-19.

“Jika kita masih ditakuk lama dan Perdana Menteri tidak bersedia menukar Menteri yang lemah, maka apa makna darurat kalau bukan kerana politik,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau mengingatkan, dalam keadaan darurat, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kuasa mutlak untuk melaksanalan perubahan tersebut.

Sekiranya tidak, Adly yang juga Bendahari Agung AMANAH berkata, ia sekadar akan mengesahkan bahawa Perdana Menteri lemah didukung oleh menteri yang lemah.

Beliau turut mengambil contoh Menteri Kesihatan New Zealand yang meletakkan jawatannya selepas didapati terlibat dalam aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan berkelah di pantai.

Jelasnya, jawatan Menteri Kesihatan kemudiannya diberikan kepada Menteri Pendidikan untuk memerangi Covid-19, di mana hasilnya hari ini New Zealand menjadi negara terendah dijangkiti Covid-19.

“Menunggu Menteri Kesihatan Malaysia meletak jawatan seperti menunggu ‘kucing bertanduk’, rakyat boleh menilai keupayaan beliau,” katanya.

Sementara itu, menurut Adly, tanggungjawab melawan Covid-19 melalui Menteri Pertahanan dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan urus selia vaksin melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, mesti ditamatkan dan diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan.