Pas akan sentiasa ada dalil untuk pertahan ‘kebatilan’ PN – Faiz Fadzil

Pas akan sentiasa ada dalil untuk pertahan ‘kebatilan’ PN – Faiz Fadzil

Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana mempertahankan pengisytiharan darurat dengan menyifatkannya selaras politik Islam.

Faiz berkata dia tidak terkejut kerana PAS memiliki banyak ‘dalil’ untuk menghalalkan apa sahaja ‘kebatilan’ yang dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa proklamasi darurat selaras dengan politik Islam bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan PAS mempunyai banyak dalil untuk menghalalkan apa sahaja kebatilan kerajaan Perikatan Nasional (PN),”kata Adun Amanah itu dalam satu kenyataan.

Semalam, Abdul Hadi berkata pengisytiharan darurat bagi menyekat penularan wabak Covid-19 adalah berlandaskan konsep Siyasah Syar’iyyah (politik Islam).

Kata Hadi, beberapa negara juga telah mengisytiharkan darurat kesihatan, sama ada dilaksanakan di seluruh negara atau kawasan yang terhad.

Bagaimanapun menurut Faiz, nasihat Muhyiddin agar darurat diisytiharkan menimbulkan banyak tanda tanya, memandangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) atau PKP bersyarat (PKPB) memadai bagi meratakan lengkung jangkitan Covid-19.

“Ironinya, pentadbiran kerajaan termasuk eksekutif dan kehakiman serta industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa kecuali parlimen,” kata anak kepada bekas presiden PAS, Fadzil Noor itu.

Tambahnya, apabila parlimen digantung, fungsi utama badan legislatif itu untuk melakukan semak imbang terhadap polisi kerajaan juga tidak dapat dilaksanakan.

“Justeru, penggantungan parlimen telah menyekat ahli parlimen untuk berbahas dan berdebat atas sesuatu isu berkepentingan awam dan negara.

“Oleh itu, darurat yang dipertahankan oleh PAS ini tidak selaras dengan konsep dan politik Islam yang sebenar,” katanya.-Malaysiakini

https://mhdaily.net/pas-akan-sentiasa-ada-dalil-untuk-pertahan-kebatilan-pn-faiz-fadzil/

Remaja kena rogol dalam lokap, 2 polis digantung tugas

Seorang perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan bawah umur ketika ditahan polis di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak pada minggu lalu.

Berdasarkan laporan polis yang dibuatnya, dia ditahan pada 8 Januari lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram.

Ketika ditahan di sel lokap berasingan daripada tahanan lelaki, mangsa mendakwa pintu sel lokap lelaki tidak berkunci.

Kemudian, pada 9 Jan, mangsa berkata pelaku, yang didakwanya mempunyai kunci, membuka pintu sel lokapnya dan merogolnya di tandas.

Menurut Senator Alan Ling, yang menemani remaja itu membuat laporan polis, pelaku tersebut merupakan pesalah juvana.

Perogol itu telah didakwa pada 12 Januari atas perbuatan itu dan mengaku bersalah.

Dalam laporannya, remaja itu menggesa polis agar menyiasat kecuaian yang menyebabkan dia dirogol, serta jika ada unsur “persubahatan dan penglibatan” pihak polis.

Ketua polis Sarawak Aidi Ismail ketika dihubungi berkata, dua pegawai polis yang ditugaskan menjaga lokap ketika kejadian itu telah digantung tugas dan kini dalam siasatan.

“Mereka sepatutnya menjalankan tugas tetapi gagal melakukannya.

“Kami juga akan menyiasat penyelia mereka, sama ada telah mengawasi kedua-dua anggota tersebut dan adakah semuanya dalam keadaan seperti sepatutnya atau tidak, “katanya kepada Malaysiakini.

Sementara itu, Ling dan pembantunya Lawrence Law – kedua-duanya merupakan peguam – mempertimbang untuk memfailkan

saman sivil bagi pihak remaja tersebut, bagi mendapatkan pampasan dan ganti rugi atas kejadian yang berlaku. –MK

https://mhdaily.net/panas-remaja-kena-rogol-dalam-lokap-2-polis-digantung-tugas/

Kerajaan Pintu Belakang mahu mansuh jaminan kerajaan terhadap wang simpanan pendeposit TH?

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan YB Senator Menteri Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam Facebook beliau yang menyatakan bahawa satu usaha sedang dijalankan oleh pihaknya dan Kementerian Kewangan Malaysia untuk menyemak semula ketetapan JAMINAN KERAJAAN termasuklah kemungkinan pindaan ke atas Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

APA ITU JAMINAN KERAJAAN?

Di bawah Seksyen 24 Akta Tabung Haji 1995, setiap sen wang yang didepositkan oleh para pendeposit ke dalam Tabung Haji (TH) adalah dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan. Ini bermakna jika berlaku keadaan TH tidak mampu membayar balik tanggungan wang pendeposit akibat TH menjadi muflis atau kerugian, maka Kerajaan akan mengambil alih tanggungan tersebut dan membayar balik setiap sen wang pendeposit.

KENAPA HENDAK DIPINDA?

Keistimewaan TH yang mempunyai ciri-ciri jaminan menyeluruh kerajaan ini memberikan kelebihan kepada TH berbanding bank-bank komersil dan institusi kewangan yang lain. Ini kerana rakyat sudah tentu lebih memilih untuk menyimpan dalam TH sehingga dana TH mencecah RM75 bilion. Sedangkan jaminan simpanan di bank-bank komersil hanya setakat RM250,000 oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Usaha untuk meminda Seksyen 24 Akta 535 ini pernah diusahakan oleh Bank Negara di bawah Gobenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz atas alasan meratakan padang persaingan (level playing field) dalam sistem kewangan negara, tetapi tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Najib Razak. Usaha untuk meminda Akta 535 tetap cuba diteruskan di zaman PH di bawah Gabenor baharu sehinggalah hari ini.

Pemuda UMNO menentang keras sebarang usaha untuk menanggalkan keistimewaan yang ada pada institusi unik umat Islam ini dengan menyemak atau menghilangkan terus ciri-ciri JAMINAN MENYELURUH KERAJAAN ke atas wang pendeposit TH.

Sesungguhnya, TH adalah institusi yang cukup istimewa dan terlalu bernilai buat umat Islam yang menjadi asas kepada pembangunan ekonomi Ummah sejak ditubuhkan pada 1963.

Justeru, Pemuda UMNO menggesa YB Senator Menteri Agama tampil memberikan jaminan kepada lebih 9.4 juta pendeposit bahawa Kerajaan PN hari ini akan terus mempertahankan Jaminan Kerajaan terhadap setiap wang pendeposit yang menjadi keistimewaan TH!

Walaubagaimanapun dalam satu kenyataan terkini, menteri agama menafikan mahu mansuhkan jaminan kerajaan terhadap wang simpanan pendeposit TH.

Baca : https://mhdaily.net/menteri-agama-nafi-kerajaan-mahu-mansuh-jaminan-kerajaan-terhadap-pendeposit-th/

Melayu/Islam Menyebabkan Harga minyak masak paket melambung?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyangkal dakwaan mengatakan harga minyak paket satu kilogram (kg) dijual pada harga tinggi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, minyak masak dalam bentuk pembungkusan satu kg adalah barang kawalan bersubsidi sejak 2007 yang dijual pada harga RM2.50.

Katanya, KPDNHEP menerima aduan berhubung harga minyak masak itu dijual dengan harga tinggi manakala minyak botol bersaiz lima kg tertakluk kepada harga pasaran terbuka.

“Minyak masak dalam bentuk pembungkusan berpaket satu kg adalah barang kawalan bersubsidi sejak 2007,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Semalam, Alexander mengadakan pemeriksaan di kompleks membeli-belah Kipp Mall, Kota Warisan dan Giant Distribution Centre di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan harga jualan dalam kalangan sektor perdagangan.

Pemeriksaan turut disertai Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam.

Alexander berkata, bermula November 2016, Kerajaan melalui KPDNHEP memulakan Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS) dengan hanya memberikan subsidi kepada minyak masak dalam bungkusan satu kg.

Beliau berkata, kerajaan masih mengekalkan pemberian subsidi minyak masak satu kg bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati bahan makanan itu dengan harga mampu milik.

Sementara itu, Alexander berkata, sepanjang PKP sebanyak 477 premis perniagaan diberi nasihat dan amaran bagi membuat penambahbaikan kerana tidak mematuhi SOP ketika Operasi Khas Pemantauan.

“Sebanyak 7,355 premis lagi diberikan nasihat untuk menambahbaik dan mengekalkan pematuhan secara konsisten ketika menjalankan operasi perniagaan.

“Sepanjang operasi dikuatkuasakan sehingga 16 Januari 2021, KPDNHEP sudah mengadakan sebanyak 321,850 pemeriksaan terhadap premis perniagaan di seluruh negara.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 314,018 premis mematuhi SOP dan KPDNHEP akan terus komited untuk memperkasakan operasi dari semasa ke semasa,” katanya.

Sumber: HM

MP Tuaran ajak wakil rakyat Umno yang ‘bersih’ sertai PH Plus

Gempar!!! MP Tuaran ajak wakil rakyat Umno yang ‘bersih’ sertai PH Plus

Lebih ramai anggota parlimen BN dijangka akan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, Presiden Upko Wilfred Madius Tangau mengajak wakil rakyat terbabit menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus dengan syarat mereka tidak mempunyai kes di mahkamah.

Sebelum ini, Upko merupakan parti komponen BN, namun sejak pilihan raya negeri (PRN) Sabah lalu, parti itu bersama Warisan menjadi sebahagian komponen PH Plus, yang turut dianggotai PKR, DAP dan Amanah.

“Kepada rakan ahli parlimen, Ahmad Jazlan, Nazri Aziz, Tengku Razaleigh Hamzah dan kawan lama dalam Barisan Nasional (BN) yang tinggalkan Muhyiddin bukan kerana kes mahkamah, saya ingin mengajak kalian sertai kami dalam PH Plus bagi berbincang dasar alternatif pasca Muhyiddin dan pasca PN,” kata anggota parlimen Tuaran itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Wilfred berkata, anggota parlimen mempunyai tugas untuk menawarkan polisi demi kepentingan jutaan rakyat Malaysia yang kini menderita akibat langkah Muhyiddin ‘menyelamatkan jawatannya’ dengan mengisytiharkan darurat.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz menjadi wakil rakyat ketiga daripada Umno yang mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong Muhyiddin.

Ini menyebabkan PN kini menjadi kerajaan minoriti dengan hanya memiliki sokongan 109 ahli parlimen.

Ketua Umno bahagian Padang Rengas itu turut membayangkan lebih ramai anggota parlimen Umno akan membuat pengumuman sama dalam masa terdekat.

Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/558751

Mahathir Akan Dikecam, Walaupun Telah Mati.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak peduli dengan warisan yang akan ditinggalkannya, menyatakan beliau tetap akan dikritik apabila sudah tiada.

Bercakap kepada Radio BFM ketika program Breakfast Grille, Mahathir mengakui rasuah berlaku semasa tempoh pentadbirannya yang pertama sebagai perdana menteri, tetapi beliau menegaskan ia tidak berleluasa.

“Ya, rasuah berlaku, tetapi tidaklah sampai perdana menteri (sendiri) yang korup,” katanya.

Jawab beliau apabila ditanya sama ada beliau mencuri wang: “Saya tidak mencuri satu sen pun. Bahkan saya memulangkan wang. Ketika saya menjadi perdana menteri, saya bertegas memotong gaji Kabinet sebanyak 10%.

“Saya tidak peduli dengan warisan saya. Saya cukup yakin apabila saya mati, orang (tetap) akan mengecam saya. Ia tidak penting, saya dah mati pun (ketika itu).”

Mengenai sokongannya terhadap usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri, Mahathir berkata, beliau tiada tentangan terhadap presiden PKR itu tetapi menegaskan Anwar perlu mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen untuk menerajui jawatan utama tersebut.

“Buat masa ini, hanya Parlimen yang dapat membuat keputusan. Sekalipun Agong melantik perdana menteri, (keputusan itu) akan melalui Parlimen dan jika Parlimen menolaknya, dia tidak akan menjadi perdana menteri.

“(Ini) kerana seseorang tidak boleh membentuk kerajaan tanpa majoriti. Setiap kali anda ingin meluluskan undang-undang, ia akan ditolak oleh majoriti. Kerajaan minoriti tidak mungkin wujud,” kata beliau.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kemungkinan besar baik Perikatan Nasional (PN) mahupun Pakatan Harapan (PH) tidak boleh memperoleh majoriti pada pilihan raya akan datang. Di sinilah, “puak” Ahli Parlimen beliau akan muncul.

“Parti utama harus bekerjasama dengan kami untuk membentuk kerajaan, dan saya tidak akan bekerjasama dengan mereka yang didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah, sama ada mereka didapati bersalah atau tidak,” kata beliau.

Beliau turut “menyerang’ Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dengan mengatakan Muhyiddin tidak melakukan banyak perkara dalam mentadbir negara kerana ekonomi dan rakyat sedang menderita.

Menggambarkan Muhyiddin sebagai “diktator”, Mahathir berkata, darurat memberi perdana menteri kuasa besar ketika beliau gagal menunjukkan kemampuannya menangani masalah negara.

Sumber:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/15/saya-tak-peduli-dengan-warisan-akan-saya-tinggalkan-kata-dr-m/

Kelantan (RM40j) vs Pulau Pinang (RM151j)

Kelantan (RM40j) vs Pulau Pinang (RM151j)

  1. Kelantan telah menerima bantuan Kerajaan Pusat sebanyak RM400 juta waktu PH memerintah
  2. Mereka juga telah menerima duit Royalti 5% sebanyak RM418.9 juta bermula dari zaman PH
  3. Bajet Kerajaan Kelantan, jika ikut dalam ringkasan Bajet 2021 cuma 1 juta. Kemudian saya dimaklumkan ada lagi RM40 juta. Saya tampal sini.
  4. Bajet Kerajaan Pulau Pinang total untuk Covid RM151 juta. Fasa PKP2 mereka keluarkan RM76 juta, skrg kena lagi mereka keluarkan RM20 juta.

Duit Kerajaan Negeri Kelantan sebenarnya sangat banyak.

Saya masih musykil kemana duit tu sekarang.

Rakyat dapat apa?

YB2 dapat jugalah merasa Mercedes Baru, Bonus RM50,000, Gaji naik sampai RM3,000-5,000 setiap YB, belum lagi Bajet untuk kegunaan setiap DUN.

Apapun, skdr nak buat perbandingan sahaja.

Biar semua nilai lah baik atau buruk.

Duit One Off dan Royalti ni duit Free tanpa kerja buat pun, sepatutnya rakyat dapat merasa.

Syam Ghaz

NIK ABDUH ANAK DERHAKA, HASIL DARI AIR MANI TERBUANG.

Membalak bersama ulama
Dengan UMNO sampai kiamat, dengan PN sampai ke kubur. Kiri kanan depan belakang lebai sapu. Barangkali inilah hasil dari air mani yang terbuang. C&P.