Muhyiddin hilang majoriti: Agong punya kuasa panggil sidang khas Dewan Rakyat – Pakar Perlembagaan

Muhyiddin hilang majoriti: Agong punya kuasa panggil sidang khas Dewan Rakyat – Pakar Perlembagaan

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memanggil Persidangan Khas Dewan Rakyat untuk menentukan jika benar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah hilang majoriti menerusi usul undi percaya.

Jika tidak, Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai cara Baginda sendiri termasuk melantik Perdana Menteri Interim.

Perkara itu boleh berlaku jika pada hemat Baginda tiada mana-mana wakil rakyat yang memiliki sokongan majoriti.

“Kalau pun tidak dipanggil Sidang Dewan Rakyat secara tergempar, mungkin dalam suasana yang lebih kondusif Yang di-Pertuan Agong sendiri menentukan sama ada (Perdana Menteri) telah hilang majoriti atau tidak dengan memanggil 220 ahli Dewan Rakyat.

“Jika tiada seorang yang mempunyai majoriti, maka Agong ada kuasa prerogatif untuk melantik kerajaan sementara iaitu melantik PM Interim, seperti yang berlaku pada Februari 2020,” katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Ahad.

Selain melantik Perdana Menteri Interim, Nik Ahmad Kamal berkata pilihan yang boleh dibuat adalah mengusahakan pembentukan Kerajaan Perpaduan, dan melantik Perdana Menteri yang telah dipersetujui sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas beliau lagi, apa yang berlaku ketika ini boleh disifatkan sebagai spekulasi selagi mana tiada bukti konkrit dan objektif bahawa Perdana Menteri telah hilang majoriti.

“Maksud saya, atas kertas mungkin nampak telah hilang majoriti tetapi keadaan politik sekarang yang amat fluid (berubah-ubah) memaparkan kemungkinan demi kemungkinan.

“Hari ini mungkin nampak Tan Sri Muhyiddin hilang majoriti, tetapi beliau masih boleh lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk tunjukkan bahawa beliau masih lagi ada majoriti.

“Jadi, selagi tiada sesuatu yang konkrit maka pada asasnya beliau masih lagi Perdana Menteri hari ini,” ujarnya.

Ketika ini Muhyiddin dikatakan memiliki 110 sokongan ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyatakan tidak lagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh itu.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/hilang-majoriti-sidang-khas-dewan-rakyat-boleh-dipanggil-pakar-perlembagaan-277025

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s