MANFAAT PROKLAMASI DARURAT DAN PKP 2.0 PADA RAKYAT

MANFAAT PROKLAMASI DARURAT DAN PKP 2.0 PADA RAKYAT

PANGERANG 17 Januari – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri DS Mohamed Azmin Ali dilaporkan berjaya merentas negeri bagi menghadiri program gotong royong Surau Al-Jamaliah Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit di Pengerang.

BAHKAN beliau juga melakukan kerja-kerja pembersihan parit dan saliran yang lazimnya dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kementerian Kerja Raya.

Inilah yang dikatakan Proklamasi Darurat dan PKP 2.0 memberi manfaat pada rakyat, terutamanya yang memerlukan sokongan dan bantuan di musim banjir dan pandemik Covid-19.

Terdahulu, manfaat lain yang diterima rakyat hasil Proklamasi Darurat dan PKP 2.0 adalah pembinaan dewan serbaguna di Parlimen Pagoh bernilai lebih RM35.4 juta.

Dewan yang popular dan dikenali ramai sebagai Dewan Nika Midin tersebut dijangka mampu menghasilkan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat dan binaannya dipuji ramai setaraf binaan Taj Mahal, monumen cinta agung zaman silam antara Shah Jehan dan Mumtaz Mahal.

“Apa salahnya Muhyiddin ingin menzahirkan rasa cintanya pada Nika Gee dengan dewan yang serba canggih demikian?

Rakyat setempat pun boleh buat kenduri kendara dan majlis perkahwinan mereka di situ”, kata Syed Saddiq, anak muda yang berbangga kerana dewan tersebut di bina di kampung kelahirannya.

Namun demikian, para pemimpin pembangkang dan pesaing-pesaing politik parti pemerintah, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disekat aktiviti dan kegiatan-kegiatan mereka membantu rakyat.

Malah ada di antaranya yang disaman pihak berkuasa atas alasan tidak mempunyai permit menganjurkan program bantuan dan tidak mematuhi standard operasi prosedur (SOP) ketika memberi bantuan.

Laporan berita ini belum disiarkan oleh mana-mana agensi berita nasional dan maaih menanti kelulusan pihak berkuasa bagi menentusahkan samada ianya berita benar, separuh benar atau palsu.

Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab ataa apa-apa kerosakan samada individu atau organisasi kerana mempercayai laporan berita ini yang dipercayai SAHIH berlaku di sebuah Negara Lintang Pukang, bukannya di Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s