Azmin langgar SOP PKP 2.0?

Azmin langgar SOP PKP 2.0?

Azmin langgar SOP PKP 2.0?

January 17, 2021 9:00 pm 0

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mempersoalkan apakah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0).

Ini selepas menteri berkenaan didapati menghadiri satu majlis perjumpaan baru-baru ini.

Menerusi Twitter, ketua Pemuda PKR (AMK) itu berkongsi gambar Azmin yang duduk di meja bersama lima individu lain.

Gambar itu dipercayai dirakam dalam satu majlis di Pengerang, Johor.

Azmin dan individu lain dalam foto itu dilihat sedang membaca sesuatu dengan bungkusan makanan dan air mineral dihidangkan di atas meja.

“Khabarnya ada makan-makan di Pengerang?

“Bukankah PKP rakyat biasa nak makan di kedai pun tak boleh?

“Adakah sebab menteri (maka dibolehkan)?” tulis Akmal.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Azmin dan sedang menunggu maklum balas daripada pihak menteri berkenaan.

Sebelum ini Bernama melaporkan Azmin menghadiri majlis gotong royong membersihkan masjid di Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit, Pengerang.

Dia juga dilaporkan mengumumkan peruntukan kecemasan sebanyak RM100,000 untuk penyelenggaraan sistem perparitan di Pengerang, yang dikatakan menjadi punca banjir awal bulan ini. – MK

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s