Penyokong Najib mohon Agong lantik PM Interim ganti Muhyiddin “mengepalai darurat” Rakyat Tidak Memerlukan Muhyiddin Lagi.

Bekas ahli Umno yang disingkir, Lokman Adam merafak sembah menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan.

Bagaimanapun, Lokman memohon sembah mencadangkan kepada Seri Paduka baginda mempertimbangkan perkenan memilih seorang perdana menteri interim bagi menggantikan Muhiyiddin Yassin “mengepalai darurat.”

Lokman berkata Muhiyiddin telah kehilangan majoriti parlimen untuk kekal sebagai perdana menteri.

“Penarikan sokongan Tengku Razaleigh Hamzah, Ahmad Jazlan Yaacob dan Nazri Aziz hari ini jelas menunjukkan bahawa Muhiyiddin sudah hilang legitimasi sebagai seorang perdana menteri,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong hari ini berkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

“Al-Sultan Abdullah turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

“Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal,” kata Istana Negara.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/558572

Pilihan raya boleh diadakan ketika darurat: Aziz Bari

Proklamasi darurat tidak boleh dijadikan alasan untuk menangguhkan pilihan raya kerana beberapa siri pilihan raya di negara ini pernah dilaksanakan ketika darurat.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata, jika diimbau Pilihan Raya Umum (PRU) pertama negara pada tahun 1955 diadakan sewaktu darurat apabila tempoh darurat yang diisytiharkan itu antara tahun 1948 sehingga 1960.

Menurutnya, begitu juga PRU kedua yang turut diadakan ketika darurat pada tahun 1959 dan ini membuktikan bahawa darurat bukan halangan untuk diadakan pilihan raya.

“Darurat secara teknikal iaitu Perkara 150 memberikan kuasa yang luas untuk kerajaan melakukan perkara tanpa ke Parlimen ataupun kerajaan boleh buat undang-undang tanpa ke Parlimen atau Parlimen boleh buat undang-undang atas perkara-perkara yang tidak boleh dibuat dalam keadaan biasa. Itu darurat sebenarnya.

“Darurat bukan untuk menggantung pilihan raya. Saya tak pasti kenapa sekarang menjadi satu kefahaman yang begitu. Rakyat Malaysia jangan lupa sejarah. Bukan hujah yang kuat darurat ini untuk menidakkan pilihan raya. Jangan ingat darurat ini boleh menutup segala-galanya,” katanya menerusi sesi Facebook Live pada Selasa.

Sementara itu, Abdul Aziz berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu menimbangkan semula keputusan proklamasi darurat kerana dibimbangi memberi kesan lebih buruk kepada negara.

Menurutnya, baginda perlu melihat keabsahan kerajaan yang ada dan meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sama ada masih memiliki majoriti atau sebaliknya.

Beliau berkata, proklamasi darurat itu akan memberikan kuasa mutlak tanpa batasan kepada kerajaan yang gagal membuktikan keabsahannya untuk membuat undang-undang tanpa perlu dibentangkan di Parlimen.

Jelasnya, sewaktu darurat juga tiada unsur semak dan imbang apabila kerajaan boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan tambahan pula proklamasi darurat itu tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Apa yang menjadi masalah kepada darurat ialah kerajaan boleh langgar sekatan-sekatan yang ada di dalam Perlembagaan. Itu sebenarnya yang kita risau darurat ini, bukan soal kuasa tentera, soal ketenteraman awam, bukan itu.

“Ini bukan biasa. Dari segi undang-undang, darurat bukan perkara biasa. Yang menjadi masalah, kuasa itu menjadi kuasa terlalu luas dan mutlak, tiada batasan.Kita tak boleh nak menyekat sesuatu. Perkara-perkara ini boleh dilakukan secara dekri sahaja oleh kerajaan yang memerintah,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi.

Sementara itu, ketika menjawab soalan pelayar, Abdul Aziz menjelaskan proklamasi darurat tidak boleh dicabar di dalam mana-mana mahkamah kerana perkara itu telah termaktub di dalam Perlembagaan.

Katanya, penyelesaian kepada darurat ini hanyalah di bawah Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa untuk menarik balik pengisytiharan berkenaan.

“Kita doa supaya Yang di-Pertuan Agong tarik balik pengisytiharan darurat. Baru boleh balik kepada keadaan asal. Kalau tidak, kuasa itu meluas sehingga boleh menggantung Perlembagaan.

“Mungkin rakyat boleh hantar petisyen meminta raja-raja mencari penyelesaian. Saya rasa akhirnya nanti raja-raja ini yang akan membuat keputusan. Raja-raja harus ke depan ketika negara kita terjebak dalam suasana yang tidak menentu seperti ini,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/118786/BERITA/Politik/Pilihan-raya-boleh-diadakan-ketika-darurat-Aziz-Bari

#BANTAH DARURAT MUHYIDDIN

Gabungan organisasi masyarakat madani (CSO) melancarkan kempen dalam talian untuk memprotes pengisytiharan darurat yang disifatkan mereka sebagai serangan terhadap kebebasan sivil dan memudaratkan demokrasi berparlimen.Baca selanjutnya: https://bit.ly/3nJngBlIndependent journalism ensures trustworthy information. Be a subscriber today.https://bit.ly/3lK7Ax7

https://web.facebook.com/mkinibm/photos/a.289618539944/10152193015474945/

MUSA’ADAH COVID 19 – Nik Omar Bin Nik Aziz

Image may contain: 1 person

MUSA’ADAH COVID 19
Penyampaian sumbangan oleh Pusat Cakna Chempaka kepada wakil penerima.
Penerima terdiri daripada penduduk beberapa kampung di dalam DUN Chempaka dan Panchor seramai 100 orang:
1. Pulau Gajah Hilir.
2. Panchor.
3. Babong /Pulau Melaka.
4. Telok Panji/ Tapang.
5. Pauh Tok Sadang/ Penambang.
…………..
Anggaran harga per kit: RM30.00.
SUMBANGAN boleh disalurkan melalui akaun Maybank:
1. Nama: PUSAT CAKNA CHEMPAKA.
2. No Akaun: 5531 3102 0906
Sebarang pertanyaan:
1. Nik Kamarazaman Nik Yahya (Nik Kay): 012-859 2595.
2. Baharudin Setapa (Abe Din): 019-652 9883.
3. Zaidi Ab Halim: 014 546 5350.
4. Ismail C Mat: 013 938 8339
BERSAMA BERTANGGUNG JAWAB

Strategi yang salah kendali pekerja asing punca Covid-19 makin teruk di Malaysia – HRW

Rakyat amat memerlukan PM Interim untuk memulihkan ekonomi negara dan menarik pelabur. Muhyiddin yang amat lemah dan gagal sudah tidak diperlukan lagi oleh rakyat Malaysia.

Kerajaan Perikatan Nasional perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan silap langkah yang menyebabkan peningkatan mendadak kes Covid-19 sebelum pengisytiharan darurat, kata NGO hak asasi manusia antarabangsa.

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia, Phil Robertson berkata kegagalan kerajaan Malaysia dalam soal kesihatan pekerja asing adalah antara sebab mengapa negara ini berada dalam keadaan yang begitu teruk sekarang.

“Kerajaan Malaysia melakukan kesalahan awal, anda tahu. Asalnya, kerajaan mendorong pekerja migran (supaya tampil) untuk diuji, menyedari bahawa virus itu tidak peduli jika mereka warganegara asing atau rakyat Malaysia.

“Sebaliknya, kerajaan mengubah (langkah) dan menahan pekerja migran tanpa dokumen. Dengan melakukan itu, pada dasarnya ia seakan menyuruh pekerja migran untuk lari ketika mereka melihat pegawai Malaysia datang.

“Ini pada dasarnya merosakkan kesihatan awam dengan membuat orang takut ditangkap,” katanya pada sidang media maya pelancaran laporan HRW’s World Report 2021 di Bangkok petang ini.

Robertson berkata langkah sedemikan sepatutnya dihindari di tengah-tengah wabak penyakit.

“Apa yang kita mahu adalah mengutamakan kesihatan awam.

“Saya rasa kegagalan kerajaan Malaysia, terutama berkaitan dengan kesihatan pekerja migran, adalah salah satu sebab mengapa negara ini berada dalam keadaan yang begitu teruk sekarang,” katanya.

Robertson juga ditanya adakah kerajaan Malaysia memperlakukan pekerja migran lebih baik berbanding tahun lalu ketika serbuan terhadap mereka dilakukan di tengah wabak Covid-19.

“Kami tidak melihat pembaikan yang ketara dalam hal pekerja asing daripada kerajaan Malaysia,” katanya.

Robertson berkata pengisytiharan darurat yang merangkumi penggantungan parlimen merupakan pelanggaran hak.

“Kegagalan melindungi hak pekerja migran, seakan-akan berkembang dengan pelanggaran hak yang lebih luas. Ini sangat mengecewakan,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/558861

Kita tidak boleh bersiasah untuk menyelamatkan penjenayah aqidah – Mufti Perlis

Ketika suhu politik negara masih kekal panas dan kedudukan kerajaan kekal tidak menentu, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin ‘mencelah’ untuk memberikan pandangannya.

Dia yang memang terkenal sebagai tokoh yang kadang-kadang lantang terhadap kerajaan berkata seseorang yang terlibat dalam siasah (politik) perlu mempunyai matlamat tertentu.

Kata Mohd Asri matlamat itu ialah untuk menyelamatkan negara, rakyat dan ummah.

Menggunakan perkataan arab yang bermaksud mentadbir atau memimpin, Mohd Asri sebaliknya memberitahu bahawa siasah bukanlah bertujuan untuk menyelamatkan penjenayah.“Kita tidak boleh bersiasah untuk menyelamatkan penjenayah,” ciapnya yang mutakhir ini menjadi salah seorang pengkritik Pakatan Harapan (PH).

Meskipun tidak mengulas lanjut mahupun merujuk kepada mana-mana pihak, ciapan Mohd Asri itu dipercayai ada kaitan dengan perkembangan semasa dalam negara.

Ia berlaku sehari selepas Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberikan sokongan bertulis kepada Pengerusi PKR Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Sebelum ini antara nama yang dikaitkan dengan mengalih sokongan kepada Anwar ialah bekas perdana menteri Najib Razak yang sudah disabitkan bersalah atas tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram. Namun kes itu masih di peringkat rayuan.

Selain Najib turut dibicarakan ialah Ahmad Zahid sendiri, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abd Rahim.

Pada masa sama ada pemimpin PH juga sedang dibicarakan. Misalnya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Ciapan Mohd Asri itu kemudian mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya membalas dengan komen negatif atau sinis.

Antaranya, Twitter @Md_Shazlan yang bertanya mengenai pertemuan Mohd Asri bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika PN baru dibentuk.

“Salam tuan, tuan betul-betul faham ke dengan apa yang tuan tweet ni? Bukankah dahulu Muhyiddin bersekongkol dengan puak yang sama untuk menjatuhkan kerajaan PH?” soalnya.

@MashizakiKeikan pula berkata; “Ya, atas dasar itu tuan mufti menyokong pembentukan kerajaan PN yang di dalamnya ada ramai penjenayah yang sedang didakwa. Ironi ye?” ciapnya.

Pada 1 Mac tahun lalu, Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri Malaysia yang kelapan menggantikan Dr Mahathir Mohamad melalui Langkah Sheraton pada akhir Feb lalu.

Ia kemudian membentuk kerajaan PN yang terdiri daripada Bersatu, bekas wakil rakyat PKR yang memihak kepada Mohamed Azmin Ali, BN, PAS dan disokong Gabungan Parti Sarawak.