TURKI MEMBINA 14 RIBU RUMAH UNTUK PELARIAN SYRIA

مؤسسة الإغاثة الإنسانية التركية IHH بَنَت 14 ألف منزل العام الماضي للاجئين السوريين الذين يكافحون من أجل البقاء على قيد الحياة شمالي البلاد تابعونا على http://www.trtarabi.comhttp://trta.co/facebook – فيسبوك http://trta.co/twitter – تويتر http://trta.co/instagram – إنستغرام


((قُلْ إِنَّ رَبِّى يَبْسُطُ ٱلرِّزْقَ لِمَن يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ وَيَقْدِرُ لَهُۥ ۚ وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍۢ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ)) سبأ 39


الله يرحمكم ويبارك فيكم نصرتم إخواننا الشاميين في الأوقات الضيقة. والله لو استطعنا اسكناهم في جوارنا في الهند ولكن..😔


حفظ الله خليفة المسلمين وخادم الحرمين الشريفين. الطيب اردوغان البطل


الله يرحمكم ويبارك فيكم نصرتم إخواننا الشاميين في الأوقات الضيقة. والله لو استطعنا اسكناهم في جوارنا في الهند ولكن..😔

KERAJAAN PINTU BELAKANG YANG DIASASKAN SEMASA RAKYAT BERMATIAN MENGHADAPI COVID-19, KINI SUDAH DARURAT DAN AKAN MUFLIS DALAM MASA TERDEKAT.

RAKYAT AMAT MEMERLUKAN PM INTERIM DEMI KEPERCAYAAN RAKYAT DAN PELABUR. MAHYUDDIN TERBUKTI LEMAH DAN TIDAK DIPERLUKAN OLEH RAKYAT.

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

RAKYAT AMAT MEMERLUKAN PM INTERIM SEMASA DARURAT BAGI MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT. MUHYIDDIN YANG AMAT LEMAH TIDAK DIPERLUKAN OLEH RAKYAT LAGI.

Pas tidak akan memperduli apa jua tohmahan yang dilemparkan kepada parti itu yang disifatkan ‘makan’ dua kolam sebagai bukti Pas khianat dan tamak.

“Kami nak beritahu kamu, demi penyatuan dan persaudaraan Ummat atas nama Islam, usahkan dua kolam, 100 kolam pun kami akan masuk,” demikian menurut Ulama Pas Mokhtar Senik melalui Facebooknya hari ini.

Bahkan katanya, soal berjaya atau tidak menyatukan Umno dan Bersatu ianya bukan urusan Pas sebaliknya sudah dibayar oleh Allah atas usaha Pas selama ini.

Mokhtar juga berkata Pas tidak menghiraukan jika parti itu ditipiu sebaliknya jangan ada pihak yang menipunya.

“Kamu nak kata PAS ini bodoh kerana mudah ditipu oleh parti lain. Kami nak kamu faham bahawa kami tak kisah ditipu kerana yang penting kepada kami jangan MENIPU.

“Urusan tertipu atau tidak bukan urusan kami. Urusan kami ialah luruskan perjuangan dengan mematuhi agama Allah.

“Orang nak kata apa pun kepada Pas itu dia punya pasal. Kita tak ditanya diakhirat atas apa yang mereka tuturkan.

“Bahkan kadang-kadang kata-kata yang memfitnah dan menyakitkan itu menggugurkan dosa-dosa kita dihadapan Allah kelak atau menaikkan darjat kita disisi Allah,” katanya.

“Kamu nak kata Pas bersendirian bila Umno berpaling arah kepada DAP.  Itu telahan dan sangkaan kamu.

“Hakikatnya selagi Pas bersama Islam, Pas tidak akan pernah bersendirian. Allah, Malaikat dan orang mukmin sentiasa bersama Pas ( Ada ahli hadis nak meroyan ke dengan kalimat ini?).

“Kamu nak kata Pas akan kalah teruk, lalu kamu minta kami tinggalkan Pas?. Kami nak beritahu selagi Pas berjuang atas dasar dan prinsip Islam, seribu tahun lagi pun kami tetap bersama Pas. Kalah menang bukan urusan kami. Urusan kami ialah bersama Islam sampai akhir hayat.

“Dengan perjuangan ini kami tak pernah kenal serik dan kalah. Kami tak pernah kenal jemu dan mengalah. Kami tak kenal putus asa. Kerana kami sudah merasai manisnya berjuang untuk Allah,” ujar beliau.

Annuar Musa sahkan Anwar Ibrahim cukup sokongan jadi PM?

RAKYAT MEMERLUKAN PM INTERIM UNTUK MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT, MUHYIDDIN AMAT LEMAH DAN TIDAK DIPERLUKAN LAGI.

Ramai pihak termasuk pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyelar kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) boleh diadakan kerana merentas negeri telah diizinkan mulai 7 Disember lalu.

Kata Zahid, PRU-15 perlu dilangsungkan segera agar rakyat dapat memilih kerajaan yang sah, dan stabil berbanding sekarang.

Mengadakan PRU-15 tidak kena pada masanya kerana negara masih menghadapi ancaman berterusan Covid-19 dengan kes harian tertinggi ialah 3,027 kes pada 7 Januari lalu serta banjir besar yang kelihatan seperti mengulangi tragedi bah kuning 2014!

Alasan Zahid juga, kata mereka, kelihatan hanya untuk kepentingan Umno. Mantan anggota Majlis Pimpinan Tertenggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendakwa desakan Umno agar Parlimen dibubarkan segera lebih bersifat peribadi sesetengah pemimpinnya.

Menurut Kadir, ketika ini beberapa pemimpin Umno sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, dan berdepan kemungkinan dipenjarakan jika didapati bersalah.

Jadi, bagi Umno, kata Kadir, gabungan mana yang akan disertainya untuk mencapai kemenangan dalam PRU-15, akan menyelamatkan pemimpin terbabit.

Tegas Kadir, pilihan raya yang dituntut-tuntut itu lebih untuk mereka daripada untuk Umno, dan rakyat jelata. Katanya, tiada siapa yang rela masuk penjara.

Ketika Perikatan Nasional (PN) masih menjadi kerajaan dengan sokongan majoriti yang sangat tipis, Umno berkali-kali menyatakan keinginan mereka agar PRU-15 diadakan segera.

Pada masa sama, ‘akar umbi’ Umno juga dikatakan mendesak hubungan parti itu dengan Bersatu ditamatkan, seperti yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, 6 Disember lalu.

Usul itu, kata Umno, akan dibahas dan diputuskan dalam Perhimpunan Agung Umno pada 31 Januari nanti.

Bersatu – yang turut bermesyuarat pada 6 Disember, meminta semua pihak yang menjalin hubungan dengan PN menghormati keadaan itu, dan berpendapat PRU-15 belum sesuai diadakan sekarang.

Pun begitu, berdasarkan kenyataan Umno dalam mesyuarat MT itu, sebenarnya masih banyak persoalan yang belum terjawab, selain gerakan dalam kalangan parti, serta individu tertentu dalam parti akan berlanjutan.

Tambah Kadir yang juga mantan penasihat media Tun Dr Dr Mahathir Mohamad, berdasarkan pendirian rasmi Umno yang dinyatakan itu, tiada perubahan kerajaan akan berlaku sehinggalah PRU15 diadakan. Ertinya, Umno kekal dalam Kerajaan PN.

Walau bagaimanapun, kata Kadir, ini bukan juga muktamad kerana ahli-ahli Umno secara perseorangan boleh mengadakan rundingan rahsia dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu kekal sebagai Perdana Menteri (PM), dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadi PM.

Annuar Musa

Saya tertarik mengaitkan isu PM dan Anwar ini dengan perkembangan mutakhir dalam Barisan Nasional (BN).

Menerusi satu mesyuarat di ibu pejabat Umno pada 5 Januari lalu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN. Keputusan itu dibuat oleh Zahid yang juga Pengerusi BN.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan (Ahli Parlimen Pontian) dilantik menggantikan Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan. Ketika ditemuramah, Ahmad mengatakan Annuar digantikan, bukan dipecat.

Walaupun ditempelak oleh mantan PM yang belum menjalani hukuman penjara, Datuk Sri Najib Tun Razak agar tidak membuat fitnah, Annuar tetap mengadakan sidang media.

Paling menarik, dalam sidang media pada 6 Januari lalu, Annuar mendedahkan sepucuk surat perakuan bertulis menyatakan sokongan Zahid, dan Najib kepada Anwar sebagai PM kesembilan, yang didakwanya telah disahkan oleh banyak pihak.

Perakuan itu dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan menjatuhkan Kerajaan PN. Annuar tidak dapat menerimanya kerana jelas melanggar ketetapan ‘no Anwar, no DAP’. Jadi, beliau enggan terus bersekongkol dengan Zahid.

Perkembangan ini terus memperlihat, dan mengesahkan perangai Umno, yang berasa dirinya semakin kuat, dan mahu berkuasa mutlak sama seperti sebelum kalah dalam PRU-14.

Dari satu segi lain, saya melihat ini sebagai kejayaan Anwar meretakkan – jika pun tidak memecahbelahkan Umno. Pemimpin Umno-BN mula bertelagah dan tidak sekata. Ini boleh menambahkan kegoyangan Kerajaan PN.

Ada pula yang menganggap pengakuan Annuar dengan surat itu mengesahkan bahawa Anwar memang mendapat sokongan yang mencukupi sebagai PM kesembilan.

Cuma, mungkin kerana belum masanya (walaupun ada penyokong dan pemimpin PH tidak bersetuju dengan cara kenaikan Anwar hasil gabungan bersama-sama pemimpin kleptokrat), Anwar masih Ketua Pembangkang atau pemimpin de facto PH.

Kini, bagaimanakah pendirian ahli Umno, terutama akar umbi terhadap Zahid, dan Najib? Baik atau buruk, kedua-duanya pemimpin besar Umno.

Ekoran pendedahan sokongan Zahid itu, Pertubuhan Gerak Ekonomi Melayu Keramat (GEMK) telah membuat laporan polis pada 8 Januari lalu.

Laporan polis tersebut dibuat oleh Ketua Penerangannya, Zulhafiz Hanafiah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Menurut Zulhafiz, GEMK membuat laporan polis kerana surat yang tular itu benar, dan meminta pihak polis menyiasat kesahihan surat berkenaan dengan segera.

GEMK, tambah Zulhafiz, bimbang keadaan politik yang tidak stabil disebabkan olehnya mengganggu kelancaran perkembangan ekonomi negara. Apabila ekonomi tidak stabil, negara luar juga tidak berminat untuk melabur di negara kita.

Tegas Zulhafiz, rakyat memang berhak mengetahui perkara sebenar kerana ia melibatkan parti politik pemerintah negara, dan demi kelangsungan kestabilan dalam PRU15.

Umno dan Bersatu terus berbalah ketika Covid-19 sedang mengganas dan banjir besar melanda negara.

Sementara itu, Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menggambarkan Umno melalui jalan mati, dan mendakwa ia seperti terikat dengan permainan pihak tertentu.

Menyorot semula kejatuhan Umno dalam PRU14 oleh PH yang terdiri daripada Bersatu, PKR dan DAP, Jazlan menyarankan Umno menentukan hala tujunya.

Jazlan bertanya mengapa Umno harus mengikat diri yang akan membunuh diri sendiri, atau akan dibunuh. Adakah dengan keadaan sekarang, tanya beliau lagi, Umno menjadi lebih kuat.

Umno, tegas Jazlan, perlu membuat pilihan jalan mana mesti dilalui demi meletakkannya kembali di atas, walaupun terpaksa mengambil sedikit masa kerana jalan yang dilalui sekarang ialah jalan mati.

Pada 4 Januari lalu, Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang menggesa kerajaan PN membubarkan Parlimen pada bulan ini, atau beliau melepaskan jawatan dalam kerajaan.

Esoknya, Jazlan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia. Ia dilihat sebagai langkah drastik kerana Jazlan pada mulanya memberi tempoh sehingga penghujung Januari kepada PN.

Selain kerana Covid-19 dan banjir buruk, siapalah sangat Jazlan hingga kata duanya wajar didengari Kerajaan PN?

Bersatu dan Umno kembali mengalami pergolakan, antaranya dengan 189 daripada 191 bahagian Umno dilaporkan membuat keputusan untuk menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.

Namun demikian, Annuar berkata pada 6 Januari lalu, beliau dimaklumkan bahawa 99 bahagian secara rasminya membuat usul sedemikian untuk terus menolak Bersatu.

RAKYAT AMAT MEMERLUKAN PM INTERIM DAN MUHYIDDIN YANG LEMAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI.

‘Ada baik PM letak jawatan, serah negara kepada yang lebih mampu’

Perdana Menteri dan pasukan Kabinetnya sudah habis tenaga untuk mengendalikan pandemik Covid-19. Idea pun sudah kering.

Menteri Kesihatan tidak kelihatan lagi. Kita pun tidak tahu dia dan dua timbalannya sedang buat apa dan berada di gua mana.

Kerajaan kita ibarat pesawat tanpa pemandu, hanya bergantung kepada pemanduan automatik. Berserah kepada nasib, sabut atau batu.

Orang ramai tidak tahu nak buat apa-apa kecuali pakai pelitup muka, picit pembasmi kuman, periksa suhu badan dan berjalan jauh-jauh.

Harga barang mencanak naik, peluang pekerjaan menguncup, sekolah dan universiti entah selamat atau tidak untuk beroperasi. Masjid masih kelam-kabut.

Saya rasa, atas rasa tanggungjawab kepada negara dan rakyat, tidak salah dan ada baiknya PM letak jawatan. Serahkan negara kepada juruterbang baru yang lebih berkemampuan.

Itu pun jika PM dan semua menteri yang ada sayangkan negara dan rakyat.
Jika tidak, kami rakyat jelata hanya mampu berkata, “Pergi mampuslah dengan pengkhianat!”

Pas secara berjamaah telah serang Umno

RAKYAT MEMERLUKAN PM INTERIM DAN MUHYIDDIN YANG AMAT LEMAH TIDAK DIPERLUKAN LAGI.

Menjelang Kabinet membincangkan cadangan darurat yang kini diluluskan oleh Yang Dipertuan Agong, pemimpin Pas secara berjamaah telah menyerang Umno kerana mendesak pilihan raya umum diadakan segera.

Dari Presiden sehinggalah AJK Pas Pusat, mereka telah mengkritik desakan Umno itu dan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak desakan agar pilihan raya umum diadakan segera sebagaimana yang dibuat oleh Umno.

Pas tidak setuju didakan PRU ketika ini kerana rakyat sedang berdepan masalah banjir dan penularan pandemik Covid-19, kata Hadi pada 8 Januari lepas.

Sebelum itu, pada 5 Januari, Bendahari Pas Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad menerusi facebooknya berkata, “Hairan PH dan DAP tidak lagi diserang seperi dulu oleh mereka.

“Yang lain pula jadi mangsa. Kenapa ye?”

AJK Pas Pusat, Riduan Mohd Nor pada 9 Januari pula menyifatkan tuntutan diadakan pilihan raya itu adalah tindakan ‘bodoh dan sombong’.

“Apabila bodoh dan sombong dimadukan maka ucaplah selamat tinggal.

“Rakyat dihimpit duka bertindan tindih, pandemik dan bencana banjir namun kalian masih lagi berpolemik demi kuasa.

“Yakin benar kalian diterima rakyat….hurmmmm…alangkah,” tulis beliau.

Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Mohamad Fadzli Hassan pula berkata, walaupun gelombang banjir semakin reda, namun gelombang Covid semakin menggila.

“Adakah rakyat terpaksa berhadapan dengan gelombang pilihan raya pula?

“Berilah peluang untuk rakyat menarik nafas buat seketika,” kata Fadzli melalui fabebook beliau.

Pada 3 Januari lepas, Umno mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan secepat mungkin bagi mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebih 30 negara di dunia sudah mengadakan pilihan raya dalam keadaan mereka berdepan penularan Covid-19.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) baharu boleh digunakan bagi melaksanakan PRU15 dalam tempoh berkenaan.

DUNIA TELAH MENGHUKUM KEJAHAYATAN KERAJAAN PINTU BELAKANG, TETAPI PAS DAN BERSATU TIDAK ADA MARUAH.

RAKYAT MEMERLUKAN PM INTERIM UNTUK MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT, MUHYIDDIN TIDAK DIPERLUKAN LAGI.

Dari satu segi betul dari manufaat jangka pendek, pemerhatian diatas tetapi dari segi lain akn meninggalkan kesan yg buruk dlm jangka panjang:

  1. Keyakinan Pelabur luar.
  2. Malaysia ketinggalan dari segi pembangunan eko omi berbanding dgn negara luar.
  3. Moral pemimpin politik Malaysia rendah dimata dunia.
  4. Pandangan negatif terhadap pemimpin negara Melayu Islam. Memberi gambaran negatif kepada Islam sebagai Addin.

Despite Emergency, I discovered this morning everything is normal in my area. Shops are open as usual. People can move around freely to buy foodstuffs..Emergency is to prevent Covid and disruption to the administrative system by power hungry politicians demanding for Election. The YDPA was right in imposing Emergency.

KERA JAAN PINTU BELAKANG TIDAK PANDAI CARI DUIT DAN TERPAKSA BAYAR PAMPASAN RM1.51 BILION KEPADA KONSESI LEBUH RAYA.

RAKYAT MEMERLUKAN PM INTERIM UNTUK MEMULIHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT, MUHYIDDIN TIDAK DIPERLUKAN LAGI.

Putrajaya perlu mengeluarkan pampasan sebanyak RM1.51 bilion kepada syarikat konsesi lebuh raya kerana membekukan kenaikan kenaikan tol di seluruh negara, menurut Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof.

Daripada jumlah ini, menteri kanan itu mengatakan hutang berjumlah RM1.34 bilion pada tahun 2020 atas keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan kenaikan tol untuk semua lebuh raya pada tahun itu.

Pampasan tertunggak untuk tahun 2017 dan 2018 adalah RM195.71 juta, katanya.

“Bagaimanapun, jumlah ini adalah tertakluk kepada pengesahan yang akan dilaksanakan oleh Juruaudit Kerajaan dan juruaudit syarikat konsesi,” kata Fadillah dalam jawapan bertulis parlimen kepada Ahli Parlimen Damansara Tony Pua.

Sebilangan besar pampasan untuk tahun 2020, kira-kira RM438.85 juta, adalah untuk Plus Malaysia Bhd, yang mengendalikan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE). Jumlah itu juga merangkumi pampasan untuk Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).

Bagi NSE dan SPDH, kerajaan masih belum menyelesaikan pampasan berjumlah RM169.07 juta mulai 2018.

RM77.31 juta diberikan kepada pengendali Lebuhraya Shah Alam Gelumbang Jaya Sdn Bhd. Ini adalah pampasan kedua tertinggi untuk tahun 2020.

RM67.32 juta disalurkan kepada Plus Malaysia Bhd kerana tidak menaikkan caj tol di NSE Central Link.

Ini diikuti oleh Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (RM64.11 juta), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (RM55.99 juta) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (RM51.58 juta).

Juga dilaporkan bahawa kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM972.75 juta berikutan keputusannya untuk tidak membenarkan kenaikan tol untuk 21 lebuh raya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/558067