Menteri Kewangan Malaysia teruk dikecam, dimalukan CEO-CEO seluruh dunia kerana posting tidak jujur, sorok fakta dan syok sendiri

Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz  mengenai pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia, mendapat keacaman beberapa pihak termasuk dari Dewan Perniagaan Eropah-Malaysia (Eurocham Malaysia).
Zafrul telah menulis catatan yang mengatakan bahawa dari segi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI), Malaysia mencatat sejumlah RM109.8 bilion pelaburan yang diluluskan yang melibatkan hampir 3,000 projek dalam pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama untuk sembilan bulan pertama 2020.⠀

“Melalui Penjana Kapital, kami baru-baru ini memfasilitasi komitmen oleh lapan pengurus dana modal teroka antarabangsa bersama-sama dengan kerajaan untuk melabur sehingga RM1.57 bilion untuk syarikat permulaan Malaysia dalam bidang fintech, edutech, agritech, mobiliti dan AI (kecerdasan buatan), yang dijangka mewujudkan 1,800 pekerjaan berkemahiran tinggi dalam proses tersebut.
“Macam mana, cukup untuk menambah keyakinan pelabur yang berterusan di Malaysia?” kata Zafrul.

Namun, kenyataannya itu mengundang respons Ketua Pegawai Eksekutif Eurocham Malaysia, Sven Schneider.
“Minta maaf kerana saya buat komen ini, tetapi mewakili komuniti pelabur asing yang cukup besar, EU, kami saat ini menerima banyak kebimbangan mengenai sama ada Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang wajar,” kata Schneider.

“Sehingga hari ini, Yang Berhormat Menteri bahkan tidak dapat bertemu dengan kami dan mendengarkan keprihatinan syarikat-syarikat kami. Tanpa input ini, kementerian anda pasti tidak dapat mengatasi masalah di lapangan,” kata Schneider.
Adrian Pereira, Pengarah Eksekutif di North South Initiative, juga membidas Zafrul mengenai dasar pekerja asing.
“Ekonomi Malaysia secara artifisial mendapat manfaat dari buruh paksa, pemerdagangan manusia dan pelbagai ketidakpatuhan undang-undang yang melibatkan pekerja asing. Kami terus melihat pelbagai laporan penyiasatan dari entiti swasta dan awam, tempatan dan antarabangsa mengenai hal ini, di hampir semua sektor.

“Mendapat keuntungan dari eksploitasi orang lain bermaksud pendapatan yang dijana adalah tidak sah. Malah saya juga boleh kata ia haram.
“Tolong bantu mengesan keuntungan yang diperoleh daripada syarikat tersebut, sama ada GLC, rantaian bekalan global atau PKS dan kembalikan wang itu kepada mangsa atau jika tidak, kita tidak akan pernah menjadi negara yang benar-benar kompetitif, “katanya.
Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak juga memberikan ulasannya sendiri di Facebook yang mengatakan bahawa menteri kewangan kerajaan PN telah dibidas oleh netizen dan pelabur asing semalam.
“Dia diselar sebab ramai anggap dia tidak jujur, cuba menyorok keadaan sebenar dan memberi gambaran yang salah berhubung pelaburan asing.
“Erti kata lain, ramai yang tidak senang dengan sikap yang dianggap ‘syiok sendiri’ dalam posting Menteri Kewangan semalam.

“Realitinya ialah pelaburan asing dalam negara sudah jatuh teruk setiap tahun sejak PRU14,” katanya.
Najib, turut mengajak orang ramai mempertimbangkan sama ada wujud pelaburan asing yang signifikan yang pernah diumumkan kerajaan PH dan PN dalam tempoh tiga tahun.
“Pelaburan asing pada tahun lepas (setakat suku 3) adalah amat buruk sekali dan sebenarnya menjadi negatif pada suku ke-3 apabila beberapa pelaburan asing sedia ada di Malaysia berpindah ke negara jiran.
“Saya faham pelaburan asing di Malaysia tahun lepas mungkin terjejas akibat Covid tapi ramai juga yang tertanya-tanya kenapa pelaburan asing di negara-negara jiran mencanak naik pula?” soal Najib. – Mkini

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/menteri-kewangan-teruk-dikecam.html#ixzz6jQv8AGjH

https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/menteri-kewangan-teruk-dikecam.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s