Rakyat dihalau dari rumah. Mana suara kerajaan Melayu/Islam?

Empat keluarga di Kampung Tepi Laut, Kuala Kedah bakal kehilangan tempat tinggal apabila rumah kediaman mereka telah diarah untuk dikosongkan dan akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada satu projek pembangunan di situ.

Menurut wakil salah seorang penduduk, notis arahan yang diberikan kepada mereka pada 15 Disember 2020 baru-baru ini menimbulkan kerisauan dan ketakutan kepada penduduk berikutan kediaman mereka boleh dirobohkan pada bila-bila masa. Beberapa wakil pemaju juga turut hadir dan memberikan arahan yang sama.

Salah seorang penduduk yang terlibat, Azman bin Senapiah yang telah menetap di situ sejak 20 tahun lalu berkata, rumah yang telah dibina oleh beliau telah diarahkan untuk dikosongkan tanpa apa-apa pampasan.

Berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan, YB Asmirul Anuar Aris yang hadir berjumpa dengan penduduk terlibat, cuba menghubungi wakil pemaju berkenaan namun gagal.

Beliau juga kesal apabila penduduk yang telah menetap disitu sejak puluhan tahun lalu, tidak di berikan ruang untuk berbincang tentang permasalahan itu. “Saya juga telah meminta pihak pemaju atau peguam mereka untuk mengadakan perbincangan dengan kami dan penduduk namun sehingga sekarang tidak apa-apa maklum balas tentang perkara itu. Penduduk juga hanya diberikan 2 keping surat berkenaan notis pengosongan hartanah tersebut” katanya.

Tambahnya lagi, penduduk juga menerima surat arahan secara tiba-tiba dan projek juga telah dijalankan sehingga hampir kepada rumah penduduk. “Bagi saya, tindakan ini adalah satu tindakan tidak berperikemanusiaan oleh pemaju dan kerajaan negeri seharusnya ambil maklum tentang perkara ini. Kita tidak menolak pembangunan tetapi ianya mestilah tidak mengabaikan hak penduduk dan perkara ini mesti di bawa ke meja rundingan. Saya berharap supaya exco terlibat atau menteri besar sendiri campurtangan supaya penduduk diberikan ruang untuk berbincang dengan pemaju,” ujar beliau lagi mengakhiri perbualan.

Sumber: KedahKini

Annuar Musa “bergaduh besar” dengan Zahid Hamidi

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Puad Zarkashi, berkata Annuar Musa menunjukkan perangai sebenarnya apabila bekas setiausaha agung BN itu ‘membelasah’ presidennya sendiri dalam sidang medianya semalam.

Kenyataan Puad itu dibuat merujuk kepada dakwaan Annuar mengenai kewujudan surat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

Kata Puad, ahli parlimen Ketereh itu bukanlah satu-satunya pemimpin Umno yang digantikan daripada jawatan dalam parti.

Sebelum ini katanya jawatan setiausaha agung Umno yang dipegang Tengku Adnan Tengku Mansor juga pernah digantikan. Begitu juga, katanya, dengan Ahmad Maslan yang sebelum ini menjadi ketua penerangan Umno.

Namun kata Puad apabila Tengku Adnan dan Ahmad digantikan mereka tidak memperbesarkan isu tersebut dengan membuat sidang media.

“Kenapa Annuar Musa meraban? Dia bukan dipecat. Cuma diganti oleh Ahmad Maslan. Itu jawatan dilantik. Memang boleh ditukar.

“Ku Nan (Tengku Adnan) pernah dugugurkan sebagai setiausaha agung BN. Dia diganti oleh Annuar Musa. Ku Nan tidak pun buat sidang media membelasah presiden parti.

“Ahmad Maslan pernah jadi ketua penerangan Umno. Dia diganti oleh Annuar Musa. Ahmad Maslan tidak pun buat PC (sidang media) belasah Najib (bekas presiden Umno, Najib Razak),” katanya dalam satu hantaran di media sosial pagi ini.

Dulu kata surat palsu

Ia dibuat sehari selepas Annuar mengadakan sidang media berkenaan pemecatannya sebagai setiausaha agung BN.

Dalam sidang media itu menteri Wilayah Persekutuan terbabit menunjukkan surat akuan yang dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dia turut mendakwa bahawa tindakan yang diambil Ahmad Zahid itu merupakan percubaan dan perundingan melibatkan DAP dalam “pembentukan jajaran baru politik.”

Kata Puad dengan sidang media itu Annuar mendakwa surat tersebut adalah tulen sambil ‘membelasah’ Ahmad Zahid.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan surat akuan tersebut, Puad berkata ramai yang tidak tahu yang Annuar mendesak Ahmad – selaku setiausaha agung Umno – untuk membuat laporan polis kononnya surat yang tular sebelum ini sengaja direka Anwar.

“Kenapa mesti buat laporan polis? Kenapa mesti ikut game plan Hamzah Zainuddin (setiausaha agung Bersatu). Kenapa sekarang dakwa surat itu tulen pula?” katanya lagi.

Bagaimanapun Malaysiakini setakat ini tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan Puad itu.

“Sebab itu slogan ‘no Anwar no DAP’ bukan punca dia dipecat. Dia dendang sendiri alasan itu supaya dia dilihat hero Melayu yang berprinsip. Sebenarnya meraban,” tambah Puad.

Sementara itu, Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil, pula berkata sebab Annuar diganti bukanlah kerana isu Anwar atau DAP tetapi dek desakan akar umbi parti yang tidak inginkan pemimpin “menjual” Umno kepada Bersatu.

Katanya, sekiranya ia berpunca daripada isu Anwar dan DAP, Annuar sudah dipecat tiga bulan lepas kerana Ahmad Zahid sekali lagi menyatakan secara terang-terangan yang Umno tidak akan bekerjasama dengan DAP.

“Hakikatnya, Annuar digantikan jawatannya bukan kerana isu Anwar atau DAP, tetapi kerana kecenderungannya kepada parti Bersatu, iaitu parti yang ditolak oleh akar umbi Umno,” katanya.

Menurutnya, terdapat dua pertiga akar umbi Umno telah mesyuarat di peringkat bahagian untuk memutuskan menolak kerjasama dengan Bersatu.

“Akar umbi Umno tidak mahu ada pemimpin atau setiausaha yang ingin ‘menjual’ Umno kepada Bersatu.

“Secara dasarnya, presiden Umno merangkap pengerusi BN tidak boleh ada seorang setiausaha yang (memiliki) kecenderungan dan kenyataan-kenyataannya bercanggah dengan kemahuan akar umbi,” katanya.

Berita Penuh: MalaysiaKini

6 KEISTIMEWAAN RAKYAT MALAYSIA SEMASA DARURAT

1-RAKYAT TIDAK PERLU BAYAR BIL DAN KERAJAAN TIDAK BERHAK MEMUNGUT MANA-MANA CUKAI TERHADAP RAKYAT.

2-KERAJAAN AKAN MENANGGUNG KOS KEHIDUPAN SEHARIAN RAKYAT.

3-DISKAUN BIL ELETRIK DAN AIR YANG MENJADI KEPERLUAN ASAS RAKYAT.

4-KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA SEGALA KERUGIAN SYARIKAT KERANA TERPAKSA DIBERHENTIKAN OPERASI.

5-KERAJAAN TIDAK BERHAK MEMOTONG GAJI KAKITANGAN AWAM.

6-KERAJAAN WAJIB MEMBERI PERKHIDMATAN KESIHATAN PERCUMA KEPADA RAKYAT SEPANJANG MASA DARURAT DEMI KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT.

Muhyiddin peralatkan DARURAT untuk kekal sebagai PM – Malaysia Menuju Negara Muflis

PAS BERJUANG UNTUK HUDUD SEHINGGA NEGARA MENJADI DARURAT.

Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar darurat diisytiharkan di seluruh negara adalah pengakuan tidak langsung

bahawa presiden Bersatu itu kini tidak lagi mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini bekas menteri undang-undang itu berkata langkah memohon agar darurat diisytiharkan sebelum ini pernah dibuat bagi mengelak pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

“Sebab kita tengok apabila tak ada majoriti, dia (perdana menteri) kena buat pilihan raya (umum), tapi kita tau macam mana nak buat kalau Covid-19 sedang melanda.

“Saya samakan apa yang dia buat ini macam PRK Batu Sapi dan Grik,” katanya.

Menurut Nazri lagi tujuan kerajaan meminta darurat diisytiharkan ialah kerana PRK tidak boleh diadakan.

“Samalah ini. Sekarang apabila (PN) hilang majoriti dia kena buat PRU di seluruh negara.

“Apabila dia buat permohonan untuk darurat maknanya dia buat pengakuan dia sudah kalah dan dia sudah tidak ada majoriti,” katanya.

Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Pasir Salah merangkap Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman.

Pun begitu menurut Nazri dengan adanya perisytiharan darurat sekarang bermakna PRU mesti diadakan sebaik saja pandemik Covid-19 dapat dikawal.

“Pada saya ia (permohonan darurat) adalah langkah logik yang diambil Muhyiddin sebagai perakuan dia sudah kalah, dia sudah hilang majoriti,” katanya.

Menjawab pertanyaan lain Nazri menjelaskan dia berpendapat darurat yang dipohon Muhyiddin semalam ialah “darurat politik” dan bukannya darurat kesihatan.

Hal itu kerana, katanya, ia dibuat bagi mengelak agar PRU tidak diadakan pada waktu ini.

Kalau disebabkan mahu mengekang Covid-19, kata Nazri, darurat tidak perlu dikuatkuasakan kerana ia boleh dikawal melalui perintah kawalan pergerakan (PKP) seperti yang berlaku pada Mac tahun lalu.

“Jadi maknanya boleh dibaca begitu – ini adalah darurat politik bagi mengelakkan PRU,” katanya.

Pun begitu Nazri mengingatkan kenyataan itu – dan langkahnya menarik balik sokongan kepada Muhyiddin – bukan bermakan dia menuntut diadakan PRU serta-merta.

“Kita cuma nak bagitahu kerajaan ini dah runtuh. Kalau 109 (ahli parlimen yang menyokong), tapi dalam masa beberapa hari ni ada lagi tiga atau empat lagi (akan tarik balik sokongan) jatuh majoriti dia.

“Saya rasa inilah darurat politik,” katanya.

Berita Penuh: MalaysiaKini