UMNO sah putus hubungan dengan PPBM – TAHNIAH KEPADA UMNO Kerana Menolak Parti Keji, Pintu Belakang.

KENYATAAN MEDIA
1. Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 6 Januari 2021 (Rabu) mengambil maklum mengenai perjalanan Mesyuarat Perwakilan Bahagian-Bahagian dan Sayap-Sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang berakhir pada 3 Januari 2021.
2. Mesyuarat juga memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 Bahagian-Bahagian UMNO yang telah bersidang di seluruh Malaysia. Antara usul-usul utama yang dibangkitkan oleh majoriti besar UMNO Bahagian-Bahagian:
– Mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.
– Memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.

– Menggesa supaya Pilihanraya Umum Ke-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan COVID-19.
3. Maka, berasaskan usul-usul utama yang dibangkitkan oleh Bahagian-Bahagian; dan atas faktor-faktor berikut: 
– Usul-usul ini menyentuh soal dasar dan pendekatan asas yang akan mempunyai kesan besar kepada masa hadapan parti dan negara;
–  Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 31 Januari 2021;
–  Peruntukan Perlembagaan UMNO dimana usul-usul Bahagian akan diangkat ke Perhimpunan Agung;

Mesyuarat bersetuju untuk membawa usul-usul ini ke Perhimpunan Agung UMNO pada 31hb Januari 2021 ini bagi dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan tersebut.
4. Mesyuarat juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir termasuk pasca banjir. Skuad Sayang Wanita dan Skuad Sabil Pemuda juga telah dan akan digerakkan dengan lebih hebat.
5. Bagi tujuan menyelaras semua gerak-kerja penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, sebuah ‘Pasukan Khas UMNO Menangani Bencana’ ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Shahidan Kassim. 
6. Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha BN yang digalas semula secara tradisinya oleh Setiausaha Agung UMNO. Perkara ini sudah mendapat persetujuan lisan Presiden-Presiden Parti Komponen dan akan diabsahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat.
SHAHRIL HAMDAN6 JANUARI 2021

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/umno-sah-putus-hubungan-dengan-ppbm.html#ixzz6j0Xm2jl5

https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/umno-sah-putus-hubungan-dengan-ppbm.html

TAHNIAH KEPADA UMNO KERANA MEMECAT ANNUAR MUSA (TALI BARUT PAS DALAM UMNO).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s