Tajuddin sedih Annuar Musa meroyan setelah dipecat

Tajuddin sedih Annuar Musa meroyan setelah dipecat

Dakwaan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO menyokong untuk bekerjasama dengan DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tidak pernah ada gerakan atau cadangan dikemukakan mana-mana pemimpin dan ahli parti ke arah kerjasama itu yang jelas bertentangan dengan dasar parti.

“Itu semua tuduhan palsu oleh mereka-mereka yang cuba nak memburuk-burukkan kepimpinan Presiden, Timbalan Presiden dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

“Tidak lain tujuannya menghasut ahli-ahli UMNO untuk menyalahkan kepimpinan dengan perbuatan tidak mengikut dasar parti yang menolak Anwar dan DAP,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Chikus, Langkap di sini pada Khamis.

Menurutnya, adalah tidak adil menyifatkan wujud usaha menubuhkan pakatan kerjasama politik bersama DAP dan Presiden PKR itu dengan bersandar kepada pertemuan antara parti.

“Kalau saya nak jumpa Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang sekalipun, apa salahnya tak kan tak boleh jumpa.

“Bukan bermakna apabila jumpa, maka kita nak ada satu gerakan untuk menubuhkan satu pakatan kerjasama politik,” katanya.

Justeru beliau berkata, UMNO tidak perlu melayan pendedahan dibuat Menteri Wilayah Persekutuan itu yang disifatkan dalam keadaan terdesak.

Katanya, ia termasuklah tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas peringkat parti bagi menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan.

“Kita pun sedihlah kenapa dia meroyan sangat, orang lain pun pernah dulu dipecat dan diberhentikan dari jawatan itu jawatan ini.

“Untuk jawatan Setiausaha Agung BN umpamanya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pernah memegang jawatan itu dan diberhentikan sebelum diganti dengan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Tetapi tidak ada pula Datuk Nazri meroyan macam Annuar ni, elok je dia,” katanya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/118099/BERITA/Politik/Tuduhan-Annuar-tidak-betul-Tajuddin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s