MN memang diputuskan tidak didaftar bukan kerana nama sudah digunakan-Mohd Amar kantoi

Mohd Amar kantoi, MN memang diputuskan tidak didaftar bukan kerana nama sudah digunakan

Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa menegaskan bahawa MN – yang setakat ini dianggotai Umno dan PAS – tidak akan didaftarkan secara rasmi.

Katanya, hal itu dicadangkan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sendiri sebelum diputuskan dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa pemandu MN yang dipengerusikan oleh timbalan presiden parti, Mohamad Hasan (Umno) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS).

Ini jelas Annuar, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa MN tidak didaftarkan kerana nama tersebut sudah digunakan oleh pihak lain.

“Kenapa nak bersembunyi?Beritahu.Jangan orang keliru.

“Saya nak jelaskan, setakat rekod dan minit yang ada pada saya, kita telah buat keputusan: MN tak akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

“Dia akan kekal sebagai satu wadah yang mendukung gerakan penyatuan ummah yang tidak eksklusif hanya kepada Umno dan PAS, malah terbuka kepada penglibatan parti-parti orang Melayu dan Islam yang lain …

“ … hatta badan-badan NGO yang mendukung semangat yang sama iaitu menggerakkan penyatuan dan kesatuan ummah.

“Tanpa didaftarkan.Jelas?Ini fakta.Satu Malaysia dengar,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ketereh 2020 hari ini.

MN ialah kerjasama yang dimeterai oleh Umno dan PAS pada 14 Sep 2019 pula, dan sebelum ini dikatakan dalam proses untuk dirasmikan.

Sejak memeterai MN dan dibantu disokong PAS, Umno-BN sebelum ini telah berjaya menempa kejayaan berturut-turut dalam pilihan raya kecil termasuklah di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis dan di Chini.

MN turut dilaporkan menjemput sekutu mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional, Bersatu, untuk turut menyertai kerjasama tersebut.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah pada 30 Dis lalu mendedahkan usaha pendaftaran Muafakat Nasional (MN) menghadapi sedikit masalah kerana dia difahamkan nama itu sudah digunakan oleh pihak lain.

“Nama (MN) itu sudah ada dalam pendaftaran ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), tak tahu macam mana, itu yang saya difahamkan.

“Sebab itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557366?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s