Pencapaian cemerlang kerajaan PN dalam tempoh 10 bulan

Pencapaian kerajaan PN dalam tempoh 10 bulan

Agenda Islam RUU355 senyap

Judi 4 nombor ekor digandakan dari 8 kali ke 22 kali setahun.

Arak tidak diharamkan

Kerajaan terbesar dalam sejarah

https://www.sinarharian.com.my/article/74134/ANALISIS-SEMASA/Adakah-Kabinet-Muhyiddin-terlalu-besar

Pelupusan aset khazanah berjumlah lebih RM8 billion

Subsidi petrol dihapuskan

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/715958/program-subsidi-petrol-bersasar-tidak-diteruskan

Subsidi pengangakutan awam dihapuskan

https://www.malaysiakini.com/news/557285

Perkenal semula GST

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/gst-dilaksanakan-semula-selepas-kajian-terperinci-kementerian-kewangan-275049

20 FITNAH CIPTAAN ULAMAK MUNAFIQ JAHAT PAS SEMALAYSIA

YANG TELAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH

Yang tak berbelit, mudah faham

Contoh kes FITNAH yg diputuskan mahkamah

1. Papagomo (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM951,260.30

2. Ismail Sabri (UMNO) vs Nurul Izzah RM450,000

3. Hj Razman vs Nizar Jamaluddin RM200,000

4. Wan Zawawi Ismail (PAS) vs Husam Musa RM50,000

5. Nasrudin Tantawi (PAS) vs LGE RM10,000

6. Nasir Desa (UMPAS) vs Khalid Samad RM100,000

7. Hamidah Osman ( Putra UMNO) vs Khalid Samad RM200,000

8. Hassan Ali (PAS) vs Khalid Samad RM200,000

9. Utusan Malaysia (UMNO) vs Nizar Jamaluddin RM280,000

10. Khalid Abu Bakar (IGP-Umno) vs Nurul Izzah RM400,000

11. Utusan Malaysia (UMNO) vs Lim Guan Eng RM400,000

12. Utusan Malaysia (UMNO) vs Karpal Singh RM50,000

13. Utusan Malaysia (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM45,000

14. NST (UMNO) vs LGE RM130,000

15. TV3 (UMNO) vs Anwar Ibrahim RM1,100,000

16. NST (UMNO) vs Husam Musa RM350,000

17. Utusan Malaysia (UMNO) vs Lim Kit Siang RM250,000

18. Azwandin vs Liew Chin Tong RM40,000

19. Azwandin vs Teresa Kok RM30 juta

20. Jamal Tongkol vs Yeo Bee Yin RM5 juta

KUAT SUNGGUH ORG UMNO dan PAS mengamalkan amalan FITNAH..

51 PROJEK GERGASI YANG PAS KELANTAN BERJAYA LAKSANAKAN.

BENARKAH 80 % JANJI MANIFESTO PAS DI SEMUA PRU DULU & KINI..KELANTAN & TERENGGANU TIDAK DILAKSANAKAN !!!

KALAU TAK BENAR DAKWAAN2 DI BAWAH, APA YG BENAR?

ADA SESIAPA WAKIL PAS BOLEH BAGI PENCERAHAN, SILAKAN..

************

Di antara janji manifesto Pas…

1. Jika menang PRU14 (Mei 2018) di Terenggnu, Pas akan laksanakan Hukum Hudud

2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera.( Kelantan dan Terengganu).

3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar . (Kelantan Dan Terengganu).

4. Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada Rakyat negeri.

5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas.

6. Menghapuskan cukai pintu rakyat Kelantan.

7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah.

8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan.

9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan .

10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran di Kelantan. Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI telah laksanakan kaedah Kepit Tayar dimana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose Sdn. Bhd.

11. Air paip yang bersih dan terawat. (Majoriti penduduk Kelantan yang putus harapan dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah ‘air tebuk’ / telaga tiub) semenjak tahun 2000.)Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar dan perlancongan, terutama sektor perhotelan & pelbagai Taman Tema untuk melabur di Kelantan.

Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat juga menjadi faktor yang utama bagi para pelabur membuat pelaburan  hartanah di Kelantan.

12. Tambatan Banjir Kota Bharu – sehingga kini masih belum dilaksanakan.

13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan Pas.

14. Pelabuhan Tok Bali.

15. AFTA City di Rantau Panjang.

16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian.

18. Projek Agro Tourism DiPergau Jeli.

19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor.

20. Pelabuhan Darat diKuala Krai.

21. Petrokimia City, di Bachok.

22. Eco – Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas.

23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang – Kg.Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.

24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Dimana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2, 471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003.

25. Masjid Baru di Kampung Sireh.

26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh.

27. Stadium Mini Tertutup Wanita di Kota Bharu.

28. Tembatan Banjir disepanjang Koridor Sungai Golok.

29. Lebuh Raya Rakyat, Machang – Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta tidak tahu kemana.

30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn Bhd.

31. Masjid Baru di Tok Bali

32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali.

33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu.Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk tempatan.

34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta.

35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013.

36. Kegagalan menangani hakisan pantai di Pantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).

37. MPKB – BRI dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.

38. Kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan 5, 000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.

39. Projek Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Lojing.

40. Kegagalan kerajaan Negeri mengekalkan pelbagai kilang asing supaya kekal di Kelantan. Akibat kekurangan pelbagai kemajuan infrastruktur serta insentif menarik daripada kerajaan Negeri  dan dasar tidak mesra pelabur parti Pas.

Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke pelbagai negeri lain. 20,000 pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut.

41. Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati.

42. Projek pembangunan Lundang.

43. Projek Pembangunan wakaf Mek Zainab.

44. Projek Bandar Baru Tunjong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 2,000 ekar.Gagal dilaksanakan kerajaan negeri.Kini  kes saman oleh pihak Bank menanti.

45. Projek Batutta Ville diatas tanah milik MPKB – BRI dijalan Telipot ( kawasan Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010.MOU disaksikan oleh Exco Yb Takiyuddin.

46. Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Projek MPKB – BRI bersama syarikat swasta. Pembangunan sebanyak 5  Fasa. Fasa 4 & 5 terbengkalai.

47. Projek Madinatur Raudhah diatas tanah milik kerajaan negeri sebelah di Jalan Sultan Ibrahim di Kota Bharu.Tanah secara Kontra basis.

48. Projek MPKB – BRI Highrise Tower diatas tapak pasar lama Arked MPKB di Kota Bharu.

49. Projek Bazaar Tok Guru – Kota Bharu.Tapak asal IPD Kota Bharu.Gagal dimajukan serta gagal juga menjadi tempat yang popular diKota Bharu berbanding di tempat lama Arked MPKB.Tingkat 1 sahaja dipenuhi peniaga.Tingkat 2 dan 3 kosong.Peniaga banyak yang rugi dan bungkuss.Pelan layout pun hancur.

50. Projek Airport City di Pengkalan Chepa milik MPKB – BRI. Seluas 200 ekar.Kegagalan kerajaan Pas Kelantan.

51. Projek Kandis Eco Tourism Bachok seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan..

Abu Mishkat

PAS MEMBISU BILAMANA ASET KHAZANAH NASIONAL DIJUAL PN

PAS MEMBISU BILAMANA ASET KHAZANAH NASIONAL DIJUAL PN

1. Dalam hanya 7 bulan memerintah, kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN) telah menjual RM8.03 bilion aset Khazanah Nasional dalam tempoh bulan Mac hingga September 2020, ataupun secara purata RM1.15 bilion setiap bulan. Perkara ini telah didedahkan di Parlimen berikutan soalan yang diajukan oleh YB Dato’ Mahfuz Omar.

2. Yang peliknya, semua pemimpin PN terutama PAS terus membisu seribu bahasa. Kalau dahulu, puak-puak ini sudah pasti bising dan lantang mengkritik Pakatan Harapan (PH).Namun sekarang, tidak ada pula kenyataan menentang tindakan PN “menjarah aset-aset negara”.Inilah sikap hipokrasi PAS yang tidak istiqamah dengan perjuangan.

3. Sejak merampas pentadbiran kerajaan melalui pintu belakang pada bulan Februari 2020, antara aset Khazanah yang telah dijual oleh PN adalah pegangan ekuiti dalam Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Aemulus Holdings Bhd dan Malaysian Genomics Resource Centre Bhd. Dalam kes Aemulus, Khazanah telah menjual kesemua pegangannya pada 24 Julai 2020. Menariknya, harga saham Aemulus telah meningkat lebih 100% selepas Khazanah keluar daripada syarikat tersebut.

4. Bukan itu sahaja, berdasarkan laporan media, Khazanah bakal menjual syarikat pembuat wafer semikonduktor SilTerra Malaysia Sdn Bhd yang dimiliki 100% oleh kerajaan Malaysia. Tindakan menjual aset-aset ini bukanlah negatif semata-mata, jika ia dapat mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat dan hala tuju pelaburan.

5. Tindakan inilah yang dilakukan oleh PH dahulu. Dalam usaha untuk mengurangkan beban hutang Khazanah sebanyak RM55 bilion yang ditinggalkan Barisan Nasional (BN), PH telah melaksanakan pelan rasionalisasi aset-aset tidak strategik.Hasilnya, hanya dalam setahun, liabiliti Khazanah berjaya dikurangkan sebanyak RM10 bilion. PH bukan menjual aset semata-mata, tetapi dana baharu telah diwujudkan untuk Khazanah melabur dalam pelaburan-pelaburan baharu yang berpotensi tinggi selaras dengan matlamat asalnya.

6. Tindakan kerajaan PN meneruskan penjualan aset-aset terpilih Khazanah membuktikan strategi PH adalah tepat. Ini menunjukkan PH melaksanakan tadbir urus korporat yang cekap. Sebaliknya, ia membuktikan segala tohmahan PAS dan UMNO terhadap PH sebelum ini adalah salah dan gendang politik semata-mata.

7. Justeru, PN perlu jujur dan transparent dalam segala langkah yang akan dilaksanakan dalam proses pemulihan Khazanah. Segala bentuk pelaburan baharu perlu dilakukan dengan teliti, tanpa campurtangan politik.Langkah pengukuhan prestasi dan kredibiliti Khazanah yang dimulakan oleh PH ini harus diteruskan dengan meletakkan prinsip integriti dan tadbir urus korporat yang cekap.

FAIZ FADZIL

2 Januari 2021

DI SEBALIK ISU KARTEL DAGING HARAM

fb Jamzuri Ardani:

DI SEBALIK ISU KARTEL DAGING

Permit import daging nie business besar. Mustahil tak melibatkan kepentingan politik kerana kelulusan AP mestilah dari menteri.Kartel daging nie mestilah orang politik yang jaga.Akhirnya mereka lebih kuat, kaya, dan berpengaruh mengalahkan tauke politiknya.Senang cakap, tauke kartel daging nie adalah dari kalangan circle politik Umno.

Masa PH mentadbir dalam tempoh yang singkat, Menteri Pertanian bukan sahaja berhadapan dengan kartel daging, tapi bermacam-macam jenis kartel lagi.Ini semua adalah legasi peninggalan Umno yang tak sempat dibetulkan kerana PH mentadbir terlalu singkat.Penyalahgunaan subsidi nelayan adalah antara pembaziran paling besar yang dikesan.Ini juga kerja kartel yang Umno bela sekian lama.Bila Menteri nak ambil tindakan pembaikan, maka berlaku pertembungan dengan kartel.Pernah menteri terpaksa buat report polis sebab diugut dengan menghantar peluru hidup ke rumah.Sampai sekarang siasatan itu entah ke mana.Sama macam nasib siasatan klip video Sandakan agaknya.

Kenapa isu kartel daging dibangkitkan sekarang?Bagi saya ianya ada kaitan dengan mainan politik kuasa antara Umno dan PPBM. Umno cuba menekan PPBM dengan pelbagai tuntutan. Antaranya dengan memberikan surat sokongan kepada DSAI sebagai PM dan menumbangkan Menteri Besar Perak.

Kini tiba giliran PPBM pula menunjukkan kepada Umno siapa bos sebenar. Kartel daging adalah legasi Umno dan antara penyumbang dana politik yang besar kepada Umno. Saya difahamkan, Umno menerima jutaan ringgit dari kartel-kartel daging ini dalam bentuk sumbangan politik.PPBM menggunakan kuasanya sebagai peneraju utama kerajaan untuk bertindak balas terhadap Umno. Mesejnya PPBM kepada Umno ialah, ‘I can reach deep into your pocket if I want to’.

Bagi pemuka-pemuka Bani Melayu ini, bukan isu halal-haram sebenarnya yang mereka perjuangkan, tetapi sekadar permainan politik kuasa sesama mereka.Isu ini memang sangat berkesan terhadap sentimen rakyat, dan ianya digunakan sebagai komoditi politik dalam pertembuangan antara dua kelompok Bani Melayu ini.

Akhirnya … rakyat yang tertipu. X�w��E

Lebai kampung dan judi

Tulisan yg Hebat dan padat..

Lebai kampung dan judi

SAYA membaca beberapa serangan RBA PH kepada PAS berkaitan isu judi… Saya sebolehnya tak berminat untuk layan isu ciptaan ini, tetapi ramai pula yang dah masuk gelanggang, saya ikut saja. Jika benar anda berjuang untuk hapuskan judi, mari fahami:

PAS dalam Kerajaan PN masih minoriti

PAS hanya boleh bertindak sebagai pendesak dari dalam.Sesuatu yang lebih baik dan berbeza dari dulu, mendesak dari luar.Desakan dari dalam tentunya tidak diketahui oleh orang luar kecuali beberapa perkara.

Berbeza desakan dari luar yang perlu bising dan ketuk pintu untuk masuk.Namun hanya boleh menarik orang ramai melihat dan bukan merubah keputusan.Desakan di meja rundingan dalam bilik memang orang tak dengar, tetapi hasilnya muncul selepas habis mesyuarat.Kadang-kadang mesyuarat lambat habis.Isu penjualan tanah Tabung Haji adalah antara contoh terbaik.

Kelantan sebagai negeri contoh dikuasai sepenuhnya oleh PAS

Kelantan telah menghapuskan sepenuhnya judi, mengawal penjualan arak dan beberapa perkara lagi.Ia diikuti oleh Terengganu dan insya-Allah Kedah.

Jika anda adalah pejuang tegar judi dihapuskan, anda perlu memberi sokongan penuh hingga PAS miliki kuasa dominan di peringkat pusat. Bukan hanya judi cabutan malah ibu judi di Genting Highlands akan jadi sasaran.

Keadaan politik di Malaysia sekarang tidak stabil

Ia berpunca gangguan ‘PM tepi’ dan sekutunya PH. Ia juga turut menjadi modal ancaman kepada beberapa orang yang terdesak untuk membebaskan diri dari kes di mahkamah.

Situasi ini menjadi sukar untuk kerajaan melaksanakan agendanya.Isu belanjawan negara untuk kepentingan negara pun sukar untuk mendapat keputusan tuntas.Isu sampingan seperti KWSP di jadikan nafas politik menyambung nyawa. Tentulah kerajaan sukar melaksanakan agenda lain.

Serangan kepada PAS sebenarnya adalah satu keyakinan bahawa hanya PAS yang mampu perjuangkan agenda ini

Ibarat perompak… Hanya melihat PAS yang miliki harta ini, maka PAS lah jadi sasaran.Demikian harapan dan kepercayaan kawan dan lawan kepada PAS dalam isu agama.Ternyata secara sedar atau tidak PAS satu satunya parti yang dilihat dan diyakini memperjuangkan Islam.sebab itu semua isu agama disandarkan kepada PAS. Terima kasih atas keyakinan itu.

Apa yang perlu disedari kini, PAS juga adalah satu-satunya parti yang belum pernah diberi kepercayaan mendominasi kuasa politik di peringkat pusat. Segala tohmahan parti kampung, lebai, ekstrem dan seribu satu tuduhan lagi sudah dinafikan oleh pemerintahan PAS di Kelantan.Saya hanya merujuk Kelantan kerana telah dipimpin selama lebih 30 tahun berketuakan ‘lebai kampung’.Ternyata lebai kampung ini bersih dari rasuah.Satu penyakit kronik yang menimpa pemerintahan dan ahli politik negara.

Mengapa anda tidak mencuba parti lebai kampung yang telah membuktikan kecemerlangannya memimpin umat Melayu Islam dengan baik dan bersih…? Kata orang Kelantan, jangan buang budu hanya kerana bau, rasa dulu, baru ketagih berminggu.

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN

Setiausaha Politik

Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 2/1/2021

MN memang diputuskan tidak didaftar bukan kerana nama sudah digunakan-Mohd Amar kantoi

Mohd Amar kantoi, MN memang diputuskan tidak didaftar bukan kerana nama sudah digunakan

Setiausaha Agung Muafakat Nasional (MN), Annuar Musa menegaskan bahawa MN – yang setakat ini dianggotai Umno dan PAS – tidak akan didaftarkan secara rasmi.

Katanya, hal itu dicadangkan oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sendiri sebelum diputuskan dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa pemandu MN yang dipengerusikan oleh timbalan presiden parti, Mohamad Hasan (Umno) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS).

Ini jelas Annuar, menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa MN tidak didaftarkan kerana nama tersebut sudah digunakan oleh pihak lain.

“Kenapa nak bersembunyi?Beritahu.Jangan orang keliru.

“Saya nak jelaskan, setakat rekod dan minit yang ada pada saya, kita telah buat keputusan: MN tak akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

“Dia akan kekal sebagai satu wadah yang mendukung gerakan penyatuan ummah yang tidak eksklusif hanya kepada Umno dan PAS, malah terbuka kepada penglibatan parti-parti orang Melayu dan Islam yang lain …

“ … hatta badan-badan NGO yang mendukung semangat yang sama iaitu menggerakkan penyatuan dan kesatuan ummah.

“Tanpa didaftarkan.Jelas?Ini fakta.Satu Malaysia dengar,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Ketereh 2020 hari ini.

MN ialah kerjasama yang dimeterai oleh Umno dan PAS pada 14 Sep 2019 pula, dan sebelum ini dikatakan dalam proses untuk dirasmikan.

Sejak memeterai MN dan dibantu disokong PAS, Umno-BN sebelum ini telah berjaya menempa kejayaan berturut-turut dalam pilihan raya kecil termasuklah di Cameron Highlands, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis dan di Chini.

MN turut dilaporkan menjemput sekutu mereka dalam kerajaan Perikatan Nasional, Bersatu, untuk turut menyertai kerjasama tersebut.

Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah pada 30 Dis lalu mendedahkan usaha pendaftaran Muafakat Nasional (MN) menghadapi sedikit masalah kerana dia difahamkan nama itu sudah digunakan oleh pihak lain.

“Nama (MN) itu sudah ada dalam pendaftaran ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan), tak tahu macam mana, itu yang saya difahamkan.

“Sebab itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557366?

3 HADIAH AMAT BERHARGA DARI PAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

Hadiah Tahun Baru 2021 dari PAS setakat ini:

1) Batal projek HSR, kena bayar RM300+ juta

2) Pertandingan Ratu Cantik diadakan tanpa sebarang halangan.

3) Loteri judi pertama dijadualkan bermula pada 26 Januari.

Insya Allah, senarai akan bertambah. 4% �

Aku ditanya oleh sahabatku dulunya PAS kini telah jadi ahli PAN.

Aku ditanya oleh sahabatku dulunya PAS kini telah jadi ahli PAN.

‘Apa pandangan kau sebagai ahli PAS? Tak rasa tertipu ke dengan kemunafikan politiking pimpinan PAS? Terkini isu JUDI’

Dilampirkan beliau dengan keratan video Mahfuz Omar sebagai hujah.

Aku senyum & faham isu yang beliau bangkitkan.

Aku yakin beliau tau pimpinan PAS tidak terlibat berkaitan cabutan nombor ekor & aku juga yakin pimpinan PAS pasti tidak sedar perkara ini.

Isu ini sengaja dimainkan agar persepsi rakyat terhadap penyatuan umat Islam & melayu dalam PN antara PAS, UMNO & BERSATU hanyalah wayang bagi mengaburi mata rakyat.

Aku kirim jawapan ringkas kepada sahabatku.Semoga dia menerima hujah ringkas yang mungkin sedikit pedih.

Berkaitan provokasi judi itu..

///////////////////////////

BAGUSLAH jika PAN buat seperti Mahfuz tu..

Kalau boleh buat setiap negeri.

Teruskan buat provokasi..

Bila keadaan ini berterusan kerajaan PN pasti akan fokus isu ini. Antara cita2 PAS adalah nak hapuskan judi dalam negara. Apabila berlaku provokasi demikian aku yakin pimpinan PAS akan cuba mendesak kepada kerajaan agar disegerakan undang2 baru berkaitan judi & arak.

Selain hujah2 & dalil kukuh yg akan Pimpinan PAS berikan kepada kepimpinan PN & MN. Hujah dari kesediaan DAP & balacinya PAN juga akan menjadi alasan kukuh kenapa kepimpinan PN wajib haramkan JUDI. Kalau tidak dapat mengharamkan sepenuhnya pun dapat dikuatkuasakan semaksimum mungkin terhadap kaki2 judi dalam kalangan orang Islam.Jika sekarang musim PKPB premis2 berjaya menapis suhu setiap pelanggan. Pasti boleh jika ditetapkan premis2 judi menapis pelanggan muslim tidak dibenarkan masuk. Premis judi patut dihukum jika sengaja jual nombor ekor kepada muslim. Hukuman berat tutup premis seperti arahan tutup premis jika terdapat 1 kes covid pada waktu sekarang.Aku yakin kau setuju.

Sebenarnya harus berterima kasih kepada DAP & baruanya PAN membangkitkan isu JUDI ni. Yer la kan setiap sesuatu pasti ada hikmahnya..

*Jangan Gentar dengan Tokey2 Judi

Semoga kerajaan PN percepatkan undang2 baru kepada pusat judi & kepada kaki2 judi.

Pada waktu itu kita akan lihat bantahan demi bantahan dari kalangan tokey2 judi dengan alasan ekonominya. Pada waktu itu juga aku yakin belakang mereka pastilah DAP yang akan menekan semula kerajaan PN supaya undang2 baru judi ini tidak relevan.

Pada waktu itu juga akan ada pimpinan DAP kata kerajaan tidak mementingkan kemajmukan kaum dalam negara.

Pada waktu itu juga akan muncul watak2 melayu Islam baik dari NGO & ahli politik pro DAP bangkit mempersoalkan undang2 baru judi.

Semoga kerajaan PN percepatkan undang2 baru kepada pusat2 judi & kepada kaki2 judi.

Amacam bro..

/////////////////////

Selepas membaca komen sahabatku hanya reply icon ini..

Keengganan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menjelaskan kos ‘sebenar’ pembatalan projek HSR memberi imej buruk terhadap negara luar, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Akmal Nasir.

Klik https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/03/ahli-parlimen-pkr-gesa-kerajaan-jelaskan-kos-sebenar-batal-hsr/ dan sebarkan.

Pas tidak boleh dijadikan sahabat, kata Mat Said

Pas tidak boleh dijadikan sahabat, kata Mat Said

Umno Terengganu menyifatkan Pas bukanlah sebuah parti yang boleh dijadikan sahabat kerana Pas sentiasa mementingkan kelompok dalam kalangan mereka sahaja.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, Pas bercakap soal memperjuangkan agama tetapi bukan agama yang menjadi dasar perjuangannya.

“Bercakap soal adil, tetapi adil bukanlah perjuangan Pas,” bidas Ahmad Said ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Dewan Seri Amar, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) hari ini.

Bahkan beliau mengakui Muafakat Nasional tidak wujud di Terengganu apabila kerajaan Pas Terengganu tidak berlaku adil terhadap wakil rakyat Umno BN.

Ahmad mendakwa agihan peruntukan RM10 juta daripada kerajaan Pusat bagi menangani pandemik Covid-19 tidak diberikan sama rata kepada wakil rakyat.

Katanya, berbanding dengan kerajaan BN Pahang yang bertindak mengagihkan sama rata tidak kira wakil rakyat sama ada Umno, Pas dan PKR.

“Di Perlis dan Pahang, peruntukan itu diagihkan sama rata, tetapi di Terengganu tidak berlaku kerana tiada perbincangan berhubung agihan itu,” katanya.

Apa yang berlaku di Terengganu, kata beliau, wakil rakyat Umno hanya mendapat peruntukan RM45,000 berbanding wakil rakyat Pas sebanyak RM350,000 dan RM305,000 kepada Pejabat Penyelaras DUN yang dikendalikan Pas.

Justeru beliau berkata, pada PRU15 nanti Umno Terengganu tidak akan bekerjasama dengan Pas dan Bersatu bahkan Umno akan meletakkan calonnya di semua lapan kerusi di Parlimen dan 32 kerusi di DUN.

“UMNO juga akan merampas semula kerusi Parlimen Hulu Terengganu daripada Bersatu pada PRU15 kerana kerusi itu sebelum ini merupakan kerusi tradisi milik UMNO.

“Kita mahu ambil semula kerusi yang telah ‘lompat’ dan siapa yang mahu bertanding di situ perlu lawan dengan kita,” katanya. �=�’ C&P.