MUHYIDDIN, AZMIN DAN HADI YANG TIADA INTEGRITI PENYEBAB UTAMA PELABUR LARI DARI MALAYSIA

MUHYIDIN YANG MUDAH DIPERGUNAKANOleh Dr Nazmi Airil Osidea

1. Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ke-8 tanpa perlu banyak membuat kerja. Dia tidak mengadakan sidang media kepada wartawan seperti Mahathir. Tidak perlu berdepan dengan sebarang soalan dari wartawan. Dia hanya perlu membuat perutusan demi perutusan. Diketahui umum yang dia biasa bekerja hanya 4 jam sehari, tidak seperti Mahathir yang berterusan hingga 16 jam sehari termasuklah pada hari cuti umum.

2. Muhyiddin mengamalkan ‘rasuah jawatan’ secara mega. Jawatan dirasuahkan kepada pemimpin-pemimpin politik dan lantikan profesional semasa pentadbiran Mahathir diturunkan dan diganti oleh orang politik supaya mereka ini akan menyokong beliau.

3. Untuk kekal berkuasa, Muhyiddin membentuk kabinet yang amat besar dengan timbalan-timbalan menteri yang makan gaji buta. Begitu juga wakil-wakil khas ke Timur Tengah dan China yang tidak peduli tentang halal gaji yang diterima. Oleh kerana Muhyiddin sendiri tidak banyak bekerja untuk rakyat, hampir keseluruhan kabinet juga tidak banyak bekerja. Malah kebanyakan masa mereka dihabiskan untuk melihat bagaimana untuk kekal berkuasa atau apa projek yang dapat memberikan pulangan peratusan kepada mereka secara ‘tendang balik’ dari kos yang digelembungkan.

4. Fungsi Muhyiiddin kini adalah untuk meluluskan projek-projek ‘rundingan terus’. PAS, UMNO, MCA,MIC dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak akan menekan beliau untuk meluluskan projek-projek dengan keuntungan yang digelembungkan untuk ‘tendang semula’. kepada orang-orang politik.Semua ini adalah tukaran untuk kuasa. Rasuah bermaharajalela di bawah mata beliau.

5. Apabila YB Tajuddin dari Pasir Salak menanyakan siapa yang dapat 10% dari pembelian vaksin di bawah Kementerian Khairy Jamaluddin (KJ), ia tidak dapat dijawab oleh Menteri Kewangan. KJ sendiri apabila ditanya tentang harga pembelian tiba-tiba menyatakan yang ia adalah rahsia kerajaan. Bila ditanya lagi tentang syarikat tempatan yang menguruskan pembelian ini, dia juga enggan menamakan syarikat itu. Anda dapat meneka yang ada elemen yang cuba disembunyikan dari rakyat dan tentunya ia sesuatu yang boleh memudaratkan rancangan mereka. Pencuri tentulah akan berahsia.

6. Muhyiddin juga hanya boneka untuk Azmin yang merencanakan strategi untuk kekal berkuasa atau mendapat laba untuk keuntungan politik mereka. Dia akan terus digunakan Azmin sepuas-puasnya hingga tiada lagi yang dapat diperah.

7. Muhyiddin juga ditekan oleh Najib, Zahid dan pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang menjalani kes-kes mahkamah untuk dibebaskan. Musa Aman sudah dibebaskan. Tengku Adnan sangkut dengan satu pertuduhan dan dibebaskan dari pertuduhan lain kerana dikatakan ‘ada petunjuk baru’. Tidak dinyatakan langsung ‘petunjuk’ itu. Jika Muhyiddin tidak memastikan mereka dilepaskan, Najib dan Zahid akan menggertak untuk menyokong Anwar. Ia adalah peras ugut peringkat kayangan.

8. Kerja Muhyiddin adalah mudah. Dia tidak perlu banyak berfikir untuk mentadbir negara. Cukup untuknya melihat apa jawatan yang boleh diberi dan apa rundingan terus yang boleh diluluskan sebagai tukaran untuk sokongan kepada beliau.

9. Muhyiddin mengamalkan rasuah jawatan pada tahap mega, suapan rundingan-terus dan semua kos berbilion ini dibayar oleh rakyat Malaysia – malah hingga ke anak cucu.

10. Muhyiddin tidak banyak dikecam oleh portal media dan dia boleh senyum dengan tidak mengadakan sidang media atau membenarkan sebarang pertanyaan. Dia hanya perlu mengangkat tangan membaca doa supaya semua tidak menyoal amalan rasuah ini oleh beliau dan hanyut dalam sangkaan dia orang yang zuhud. Malaysia dalam masa yang sama, akan ‘berdarah’ laju dengan hilangnya berbilion dari sifat beliau yang tidak beramanah dan bermaruah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s