Umno Kini Tidak Memerlukan Pas. Umno tanpa Bersatu dan PAS – ‘Mengapa tidak?’

Jika Umno akhirnya terpaksa membawa haluan sendiri menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti, ia bukanlah masalah, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

“Mengapa tidak?” katanya ketika disoal berkenaan kemampuan Umno untuk bergerak sendiri, tanpa penyertaan Bersatu dan PAS.

“Kita biasanya bergerak sendiri atas dasar yang ditentukan oleh BN. Dan segala bentuk tindakan kita merupakan bentuk berkebangsaan”.

Dengan sikap PAS yang semakin dilihat ‘menyebelahi’ Bersatu berbanding Umno, akui ahli parlimen Gua Musang itu, ia mungkin boleh menjejaskan peluang Umno untuk kembali mengetuai kerajaan pusat.

“Tetapi kena ingat, sebelum ini pun kita tak bergantung kepada mereka. Kita bertanding, atau menghadapi pilihan raya umum (PRU) sebagai BN. Dan kita menang banyak kerusi.

“Di sebelah selatan, tengah, Pantai Barat pun kita menang.

“Ini kekuatan yang telah dibuktikan oleh kita dalam PRU yang sudah-sudah,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di ibu negara semalam.

Katanya, meskipun menyokong kerajaan PN, Umno bukan anggota PN.

Malah, tambahnya, kekuatan Umno melebihi parti-parti lain jika diukur daripada segi perwakilan kerusi parlimen, jumlah keahlian, dan sokongan akar umbi.

Hanya saja, Umno perlu memilih calon PRU-15 yang boleh diterima masyarakat iaitu calon yang tidak banyak masalah, serta bertanggungjawab untuk memberikan segala khidmat dan bantuan kebajikan kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika negara berperang dengan Covid-19.

Pada PRU-14 lalu, Umno menang 54 kerusi parlimen, namun hilang banyak kerusi apabila ahli-ahlinya lompat parti menjadi ahli Bersatu yang diasaskan beberapa bekas pemimpin kanan Umno.

Kini mereka memegang 38 kerusi.

Umno mula bersekutu dengan Bersatu apabila parti serpihannya itu keluar daripada PH hujung Februari lalu dan membentuk kerjasama dengan parti-parti lain – termasuk Umno dan PAS – bagi menumbangkan kerajaan PH, bawah payung PN.

Namun, kerjasama dua parti itu menempuh jalan sukar apabila ada sebahagian pemimpin Umno mendakwa parti mereka dianaktirikan bawah pentadbiran presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, malah tidak kurang juga yang menggesa ahli Umno menarik balik sokongan kepada perdana menteri.

Siri kekecewaan terbaru Umno ialah apabila syarat yang dikemukakan untuk menyokong Belanjawan 2021 – pengeluaran i-Sinar KWSP dan moratorium automatik – dikatakan dikompromi oleh kerajaan PN.

Gabungan PN didaftar pada 7 Ogos, membabitkan Bersatu, Umno, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP), manakala piagam MN yang dimeterai Umno dan PAS pada 14 Sep 2019 pula, sedang dalam fasa untuk merasmikan kerjasama.

Namun, kata Tengku Razaleigh, sama ada Umno akan bekerjasama bersama dengan PAS dalam MN atau turut bersama Bersatu menjelang PRU-15, adalah hal yang belum dimuktamadkan.

“Lagipun kita tak tahu sama ada dalam bentuk itu (kerjasama dengan PAS) boleh diterima oleh masyarakat umumnya,” katanya yang menyifatkan Umno bawah BN sebagai parti yang bersifat kebangsaan dan tidak mengamalkan sikap perkauman.

“Kerana kita selama ini pun menayangkan kedudukan kita sebagai satu parti dan satu gerakan kebangsaan, yang mewakili semua kaum, semua pihak dalam gerakan kita.

“[…] Jadi pada masa ini kita serah kepada pemimpin untuk menentukannya,” katanya.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa beberapa hari lalu berkata rundingan agihan kerusi antara Umno dan PAS di bawah MN sudah mencapai tahap 60 ke 70 peratus, tetapi rundingan terperinci belum dimulakan dengan Bersatu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar PRU segera selepas Covid-19 terkawal, dan pendirian itu nampaknya turut dikongsi oleh Muhyiddin.

https://www.malaysiakini.com/news/556905

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s