MEREKA YANG ALLAH SWT TERBALIKKAN HATI MEREKA.

Image may contain: 1 person, text that says 'yg kata pas sokong pencuri DIA yg kata pas sesat DIA yg kata najib perompak DIA yg kata umno rasuah DIA kejap ja tuhan nk tunjuk... SKRG MENJADI KETUA kepada.. pencuri, perompak, perasuah dan sesat'
No photo description available.

TENANG BERSAMA ALLAH

🌸 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

🌸 ASSALAMUALIKUM Sahabat

🌸 SEGALA puji hanya bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda.

⭕ TENANG BERSAMA ALLAH

🌸 SYEIKH Ibnu Athaillah al-Sakandari rhm. berkata dalam Kitab Hikamnya bahawa:”APABILA Allah SWT menjadikan kamu rasa tidak seronok, jemu dan tidak tenang dengan makhlukNya, ketahuilah bahawa sesungguhnya Dia mahu membuka untukmu pintu perasaan tenang, gembira, seronok dan tidak kesepian denganNya.”

⭕ MAFHUM HIKMAH

🌸 SYEIKH Ibnu Abbad rhm. berkata:”PINTU perasaan seronok, tenang dan tidak sunyi bersama Allah SWT akan terbuka kepada hamba dengan adanya rasa jemu, rasa tidak tenang dan tidak seronok bersama manusia, di samping sentiasa muraqabah kepada Allah SWT dan hatinya sentiasa bermuhasabah.”

🌸 DALAM munajatnya, Syeikh Ibnu Athaillah rhm berkara:”ENGKAULAH Ya Allah yang menenang, menghibur, menghilangkan kesunyian mereka, di saat dan waktu seluruh makhluk meresahkan mereka.”

🌸 ABU Laits rhm berkata:”SIFAT takut kepada Allah SWT terbukti dengan tujuh perkara berikut:

⚘ MENJAGA lidah daripada dusta, mengumpat, bicara sia-sia dan haram, lalu digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca al-Quran serta mempelajari ilmu.

⚘ MENJAGA perut dengan cara tidak makan kecuali yang halal dan sekadar hajat sahaja serta tidak berlebihan.

⚘ MENJAGA mata dengan cara tidak melihat yang haram dan tidak melihat dengan rakus dunia ini kecuali sekadar untuk peringatan.

⚘ MENJAGA tangan daripada maksiat dan menggunakannya semata-mata untuk taat kepada Allah SWT.

⚘ MENJAGA kaki daripada maksiat dan daripada melangkah ke tempat yang tidak diredhai Allah SWT.

⚘ MENJAGA hati dengan cara membersihkannya daripada hasad dengki, iri hati dan sebagainya dan kemudian diisi dengan perasaan kasih sayang sesama Muslim.

🌸 APABILA hamba telah melaksanakan kesemuanya itu, maka dia termasuklah dalam golongan mereka yang dijamin oleh Allah SWT sepertimana mafhum firmanNya:”TIDAKLAH semua (nikmat dunia yang disebutkan) itu melainkan kesenangan hidup di dunia (sementara sahaja). Sedangkan (nikmat) akhirat (yang kekal abadi) di sisi Tuhanmu adalah (khusus) bagi orang-orang yang bertakwa.”(Surah az-Zukhruf 43: 35)

⭕ MAKSUD HIKMAH

🌸 SYEIKH al-Buthi hafizahullah berkata:”HIKMAH ini bermaksud bahawa dua perasaan iaitu tenang bersama Allah SWT dan tenang bersama manusia, tidak mungkin berhimpun serentak. Begitu juga perasaan liar dan tidak tenang bersama Allah SWT dan tidak tenang bersama manusia, juga tidak mungkin berhimpun serentak.””JUSTERU jika salah satunya wujud, maka yang satu lagi akan hilang.”

🌸 MANAKALA perkataan ‘makhlukNya’ dalam hikmah ini ialah semua makhluk Allah SWT, kecuali orang-orang soleh dan para ulama, yang boleh menjadi teman menghilangkan rasa kesunyian dan jemu. Sesungguhnya, duduk bersama mereka ini akan mengingatkan kita kepada Allah SWT.

⭕ MENTAHKIK🌸 BAGI mentahkikkan martabat ihsan, seseorang hamba Allah itu wajib melaksanakan apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:”IHSAN itu ialah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, maka ingatlah sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu.”HR Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud dan an-Nasa’i.🌸 SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.

🌸 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM

🌸 SEMOGA bermanfaat dan berkat serta diterima Allah sebagai ibadah kepada semua sahabat yang sempat hadir berkongsi sedikit ilmu tasawuf daripada Syeikh Ibnu Athaillah ini.

⚘ MENJAGA amalan taatnya supaya ia benar-benar tulus ikhlas (Ihsan) kepada Allah SWT dan selamat daripada riyak dan nifak.🌸 APABILA hamba telah melaksanakan kesemuanya itu, maka dia termasuklah dalam golongan mereka yang dijamin oleh Allah SWT sepertimana mafhum firmanNya:”TIDAKLAH semua (nikmat dunia yang disebutkan) itu melainkan kesenangan hidup di dunia (sementara sahaja). Sedangkan (nikmat) akhirat (yang kekal abadi) di sisi Tuhanmu adalah (khusus) bagi orang-orang yang bertakwa.”(Surah az-Zukhruf 43: 35)⭕ MAKSUD HIKMAH🌸 SYEIKH al-Buthi hafizahullah berkata:”HIKMAH ini bermaksud bahawa dua perasaan iaitu tenang bersama Allah SWT dan tenang bersama manusia, tidak mungkin berhimpun serentak. Begitu juga perasaan liar dan tidak tenang bersama Allah SWT dan tidak tenang bersama manusia, juga tidak mungkin berhimpun serentak.””JUSTERU jika salah satunya wujud, maka yang satu lagi akan hilang.”🌸 MANAKALA perkataan ‘makhlukNya’ dalam hikmah ini ialah semua makhluk Allah SWT, kecuali orang-orang soleh dan para ulama, yang boleh menjadi teman menghilangkan rasa kesunyian dan jemu. Sesungguhnya, duduk bersama mereka ini akan mengingatkan kita kepada Allah SWT.⭕ MENTAHKIK🌸 BAGI mentahkikkan martabat ihsan, seseorang hamba Allah itu wajib melaksanakan apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:”IHSAN itu ialah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tidak melihatNya, maka ingatlah sesungguhnya Dia sentiasa melihatmu.”HR Muslim, at-Tirmidzi, Abu Daud dan an-Nasa’i.🌸 SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR. 🌸 LA HAULAWALA QUWWATA ILLA BILLAHIL ‘ALIYIL ‘ADZIM 🌸 SEMOGA bermanfaat dan berkat serta diterima Allah sebagai ibadah kepada semua sahabat yang sempat hadir berkongsi sedikit ilmu tasawuf daripada Syeikh Ibnu Athaillah ini.

OIL IN CAMBODIA

No photo description available.

Cambodia’s first oil drop has started producing from the 1th oil well, A-OID of Platinum in the Cambodia’s seaside block on Tuesday, December 29, 2020, with the 22th anniversary of ending the war brings national approval, land approval through the winning policy (29 December 1998)

No photo description available.
Image may contain: 1 person

Umno Kini Tidak Memerlukan Pas. Umno tanpa Bersatu dan PAS – ‘Mengapa tidak?’

Jika Umno akhirnya terpaksa membawa haluan sendiri menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti, ia bukanlah masalah, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

“Mengapa tidak?” katanya ketika disoal berkenaan kemampuan Umno untuk bergerak sendiri, tanpa penyertaan Bersatu dan PAS.

“Kita biasanya bergerak sendiri atas dasar yang ditentukan oleh BN. Dan segala bentuk tindakan kita merupakan bentuk berkebangsaan”.

Dengan sikap PAS yang semakin dilihat ‘menyebelahi’ Bersatu berbanding Umno, akui ahli parlimen Gua Musang itu, ia mungkin boleh menjejaskan peluang Umno untuk kembali mengetuai kerajaan pusat.

“Tetapi kena ingat, sebelum ini pun kita tak bergantung kepada mereka. Kita bertanding, atau menghadapi pilihan raya umum (PRU) sebagai BN. Dan kita menang banyak kerusi.

“Di sebelah selatan, tengah, Pantai Barat pun kita menang.

“Ini kekuatan yang telah dibuktikan oleh kita dalam PRU yang sudah-sudah,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di ibu negara semalam.

Katanya, meskipun menyokong kerajaan PN, Umno bukan anggota PN.

Malah, tambahnya, kekuatan Umno melebihi parti-parti lain jika diukur daripada segi perwakilan kerusi parlimen, jumlah keahlian, dan sokongan akar umbi.

Hanya saja, Umno perlu memilih calon PRU-15 yang boleh diterima masyarakat iaitu calon yang tidak banyak masalah, serta bertanggungjawab untuk memberikan segala khidmat dan bantuan kebajikan kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika negara berperang dengan Covid-19.

Pada PRU-14 lalu, Umno menang 54 kerusi parlimen, namun hilang banyak kerusi apabila ahli-ahlinya lompat parti menjadi ahli Bersatu yang diasaskan beberapa bekas pemimpin kanan Umno.

Kini mereka memegang 38 kerusi.

Umno mula bersekutu dengan Bersatu apabila parti serpihannya itu keluar daripada PH hujung Februari lalu dan membentuk kerjasama dengan parti-parti lain – termasuk Umno dan PAS – bagi menumbangkan kerajaan PH, bawah payung PN.

Namun, kerjasama dua parti itu menempuh jalan sukar apabila ada sebahagian pemimpin Umno mendakwa parti mereka dianaktirikan bawah pentadbiran presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, malah tidak kurang juga yang menggesa ahli Umno menarik balik sokongan kepada perdana menteri.

Siri kekecewaan terbaru Umno ialah apabila syarat yang dikemukakan untuk menyokong Belanjawan 2021 – pengeluaran i-Sinar KWSP dan moratorium automatik – dikatakan dikompromi oleh kerajaan PN.

Gabungan PN didaftar pada 7 Ogos, membabitkan Bersatu, Umno, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP), manakala piagam MN yang dimeterai Umno dan PAS pada 14 Sep 2019 pula, sedang dalam fasa untuk merasmikan kerjasama.

Namun, kata Tengku Razaleigh, sama ada Umno akan bekerjasama bersama dengan PAS dalam MN atau turut bersama Bersatu menjelang PRU-15, adalah hal yang belum dimuktamadkan.

“Lagipun kita tak tahu sama ada dalam bentuk itu (kerjasama dengan PAS) boleh diterima oleh masyarakat umumnya,” katanya yang menyifatkan Umno bawah BN sebagai parti yang bersifat kebangsaan dan tidak mengamalkan sikap perkauman.

“Kerana kita selama ini pun menayangkan kedudukan kita sebagai satu parti dan satu gerakan kebangsaan, yang mewakili semua kaum, semua pihak dalam gerakan kita.

“[…] Jadi pada masa ini kita serah kepada pemimpin untuk menentukannya,” katanya.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa beberapa hari lalu berkata rundingan agihan kerusi antara Umno dan PAS di bawah MN sudah mencapai tahap 60 ke 70 peratus, tetapi rundingan terperinci belum dimulakan dengan Bersatu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar PRU segera selepas Covid-19 terkawal, dan pendirian itu nampaknya turut dikongsi oleh Muhyiddin.

https://www.malaysiakini.com/news/556905

DAGING HARAM – SIAPA PUNYA KERJA?

DAGING HARAM – SIAPA PUNYA KERJA?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Makanan dan produk makanan ni, kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, kena check detail status halal pada zahir makanan tersebut, dan juga bagaimana cara dapatkan makanan tersebut.

2) Daging yang diperoleh daripada haiwan yang mati tanpa disembelih menurut syarak adalah haram. Daging babi adalah juga haram walaupun disembelih mengikut syarak, kerana daging babi haram pada zahirnya.Daging daripada haiwan yang haram dimakan juga adalah haram.

3) Daging yang halal pada zahirnya, sudah disembelih ikut syarak, tetapi ia diperoleh secara mencuri – adalah juga haram dimakan. Daging halal yang dibeli menggunakan duit rasuah, korup, salah guna kuasa curi duit rakyat ,  juga haram. Pendek kata, daging yang diperoleh daripada duit haram atau cara yang haram, adalah haram dimakan.

4) Orang yang tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, akan langgar salah satu atau kedua-dua jenis keharaman ini. Bukan sahaja mereka makan ikut suka, bahkan mereka juga akan jual ikut suka. Yang mahu untung lebih, akan belasah jual daging haram yang ditukar label halalnya. Haram tetap haram walaupun ada logo halal JAKIM yang ditampal tanpa pengesahan JAKIM.

5) 1500 juta  tan daging yang kebanyakannya diseludup dari bolivia ,  China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sudah tersebar ke seluruh negara. Maka berhati-hatilah membeli daging sejuk beku di pasaraya milik cina famili store , zeemart, tesco , econsave, nsk  . Lebih baik bayar lebih sikit untuk mendapatkan daging tempatan  yang dijual oleh penternak dan pejual daging di pasar basah yang diuruskan oleh orang yang kita yakin beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Walau pun mahal sikit daging tempatan tp trjamin halal  .

Sekian ee� 5�zL

JMM dakwa parti politik terbabit kartel daging

Badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa wujud pembabitan parti politik dalam isu kartel daging sejuk beku yang menjadi kontroversi ketika ini.

Menurut presidennya, Hamdan Mohd Salleh, parti politik itu juga terbabit dalam usaha menjatuhkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Katanya, pembabitan parti politik terbesar itu bukannya baru malah didakwa berlaku lima tahun yang lalu.

“Hari ini kita membuat laporan polis mengenai pendedahan sebuah parti politik terbesar dan sekutunya dalam menjatuhkan industri daging dengan berkerjasama dengan pihak kartel.

“Mereka bersekongkol menjatuhkan syarikat GLC kerajaan seperti NFC dengan usaha mengagalkan perusahaan industri daging ini,” katanya dalam sidang media, di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun kata Hamdan, dia tidak dapat mendedahkan parti yang terbabit memandangkan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Hamdan membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Awal bulan ini media melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.

Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.

Media pada 21 dan 22 Disember melaporkan bahawa kartel itu dikatakan bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi-agensi kerajaan untuk membawa daging-daging ke dalam negara kononnya sebagai daging yang berstatus halal.

Antara daging yang dibawa masuk adalah daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal.

Dalam pada itu, Hamdan menggesa pihak berkuasa supaya segera mengambil tindakan dengan menyiasat pimpinan parti politik berkenaan.

“Kita tidak dapat dedahkan (parti terbabit) kerana ia dalam siasatan.

“Kalau tuan (wartawan) kaji isu NFC tuan dapat ketahui pihak yang terbabit,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/556938

Agama Pas Menghalalkan Daging Haram Yang Telah Dimakan.

Jika didengar penjelasan salah seorang ulama terkenal PAS, orang Islam di negara ini tidak perlu lagi berasa gusar kalau-kalau termakan daging haram yang diimport.

Bahkan, kata Ahmad Dusuki Abd Rani, hal itu “tidak menjadi masalah” lagi kerana beberapa sebab.

Melalui penjelasan yang diberikan Ikon Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu, dia berkata isu daging haram yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah hal yang sudah lepas.

“Kita tak tahu (pada masa itu) halalkah (atau) haram tapi dah masuk dalam tubuh badan kita, maka itu menjadi perkara yang dipanggil (hal) dah lepas, tak perlu untuk kita cari dan cungkil kembali,” katanya dalam satu hantaran berbentuk video pendek di media sosial hari ini.

Tambah Ahmad Dusuki jika daging tersebut memang diketahui haram, maka memang Islam melarang umatnya untuk memakan bahan tersebut atau berdepan dengan seksaan neraka.

“Jadi, kalau yang dah lepas-lepas, tak jadi masalah, cuma kita diajar supaya beristighfar dan bertaubat kepada Allah,” katanya.

Isu kartel daging haram yang didedahkan baru-baru ini mengejutkan banyak pihak dan disusuli pula dengan satu pihak menuding jari kepada pihak lain.

Kegiatan itu – yang berselindung di sebalik pensijilan ‘halal’ pihak berkuasa agama – dilaporkan berlaku sejak berpuluh tahun silam.

Ia mendorong perhatian orang ramai tertumpu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bertanggungjawab dalam kuasa memberikan sijil halal dalam negara ini.

Untuk rekod Jakim terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri yang kini diketuai bekas mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad serta timbalannya Ahmad Marzuk Shaary yang juga ahli parlimen PAS dari kawasan Pengkalan Chepa.

Ahmad Dusuki yang juga kini menjadi yang dipertua PAS Shah Alam berkata sesetengah ulama dulu pula mempunyai kaedah agar daging haram yang masuk ke badan mereka boleh “dineutralkan” dengan cara tersendiri.

“Ada sesetengah orang alim ulama, dia baca ayat-ayat al-Quran untuk menjadikan neutral balik benda-benda yang haram tadi.

“Dia baca, banyakkan zikir dan sebagainya… (jadi) tak ada masalah, jangan bimbang,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/556741

IMPORT JUTA² SETIAP BULAN DENDA 100K-150K SHJ ?

IMPORT JUTA² SETIAP BULAN DENDA 100K-150K SHJ ?

Daging babi bercampur daging kambing

MyMetroUtama

Share

Nurul Amanina Suhaini

am@hmetro.com.my

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan cubaan menipu kandungan daging import selepas menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, hari ini.

Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai dan pihaknya menyita bekalan daging bernilai kira-kira RM2 juta dengan anggaran 120 tan.

Katanya, semua daging itu disusun secara bercampur di dalam empat kontena sejuk beku, sebelum dirampas kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat sejak 31 Mei lalu dan terus menyekat pergerakan kontena daripada keluar kawasan pelabuhan, selain menjalankan siasatan bagi mengesan pengimport produk berkenaan.

“Hasil pemeriksaan kami mendapati pengimport adalah pengusaha tempatan produk sejuk beku dan beroperasi di Selangor dan dipercayai mempunyai sijil halal keluaran pihak berkuasa tempatan.

“Mereka sepatutnya mengimport daging kambing halal dari Australia, namun pemeriksaan mendapati hanya satu kontena mengikut peraturan ditetapkan namun tiga kontena lain mengandungi daging kambing dan bercampur daging dipercayai babi dari Sepanyol.

“Pengusaha terbabit nyata melanggar syarat permit mengimport daging dan berdepan tindakan tegas,”katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Siti Nur berkata, setiap kontena dianggarkan mengandungi kira-kira 30 tan daging, selain pengimport itu sudah dipanggil untuk memberi penjelasan dan pihaknya akan membuat pendakwaan jika sabit kesalahan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011 di mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM150,000atau penjara tidak lebih tujuh tahun bagi kesalahan kedua atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. �5�e}!