Penguatkuasa Syariah di Terengganu dipenjara 14 bulan kerana cabul, aib rakan sekerja

Penguatkuasa Syariah di Terengganu dipenjara 14 bulan kerana cabul, aib rakan sekerja

Seorang penguat kuasa syariah dijatuhi hukuman 14 bulan penjara selepas mengaku salah bagi dua pertuduhan mencabul dan mengaibkan rakan sekerjanya tahun lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Keputusan dibuat Majistret Nordiana Abd Aziz selepas tertuduh, Ahmad Fakkarudin Wahab, 30, menukar pengakuan daripada tidak bersalah sebelum ini kepada bersalah bagi kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh, sebelum ini pada 15 Disember 2019 di mahkamah sama, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan tersebut.

Namun, selepas tiga saksi pendakwaan dipanggil, tertuduh mengambil keputusan menukar pengakuan daripada tidak bersalah kepada bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 40 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatan mangsa di sebuah pejabat kerajaan di daerah ini, jam 4.20 petang pada 25 November 2019.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Selain itu, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan mangsa yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan di lokasi sama, jam 10 pagi pada 25 November 2019.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan bagi pertuduhan pertama dan 12 bulan penjara bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula tarikh sabitan pada Selasa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full, manakala tertuduh diwakili peguam, Othman Bakar.

Terdahulu, Ka Full memohon hukuman yang lebih kepada pencegahan kerana ia adalah gangguan seksual di tempat kerja yang selalu berlaku yang juga dikategorikan sebagai kesalahan jenayah.

Katanya, kejadian itu turut memberikan trauma yang cukup mendalam kepada mangsa yang boleh dilihat menangis sepanjang memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang kakitangan kerajaan di negeri ini ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang rakan sekerjanya ketika wanita itu mahu menunaikan solat.

Lelaki itu ditahan kira-kira jam 3.40 petang pada 6 Disember 2019 di tepi jalan di hadapan stesen teksi dekat Jalan Masjid Abidin di sini.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/115845/BERITA/Semasa/Penguat-kuasa-syariah-dijel-14-bulan-cabul-aib-rakan-sekerja

Mudir Sekolah Agama di Machang didakwa kerana rogol dan seks oral-Serambi Mekah

Seorang pengetua sekolah menengah agama di Machang berdepan enam tuduhan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas dakwaan merogol, mencabul dan melakukan seks oral terhadap seorang pelajarnya sejak dua tahun lalu.

Tertuduh Mazlelee Mustafa, 45, bagaimanapun mengakui tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan dan mohon dibicara selepas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh pada 26 Januari 2018 kira-kira jam 10 pagi bertempat di pejabat pengetua didakwa menyentuh badan dan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun.

Dalam pertuduhan ketiga pula, Mazlelee didakwa melakukan perbuatan merogol mangsa yang sama pada 23 Februari 2019 dalam kejadian jam 10 pagi di pejabatnya.

Selain itu, tertuduh juga didakwa dengan maksud seksual menyebabkan mangsa menghisap kemaluannya dalam kejadian pada 22 Februari lalu di dalam sebuah kereta jenis Honda BRV, antara jam 9.30 malam hingga 11.30 malam di tepi Jalan Machang-Kuala Krai.

Perbuatan sama juga didakwa dilakukan tertuduh pada 22 Ogos 2020 di pejabatnya kira-kira jam 10.30 pagi, manakala dalam pertuduhan terakhir Mazlelee didakwa dengan maksud seksual menyentuh kemaluan mangsa yang ketika itu berusia 16 tahun pada 15 September lalu.

Tertuduh yang diwakili peguam Wan Fadzil Wan Omar merayu agar anak guamnya ditawarkan jaminan yang rendah dengan RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Namun, Ahmad Bazli menetapkan tertuduh diikat jamin dengan RM35,000 dengan seorang penjamin, manakala sebutan kes dan keputusan laporan perubatan ditetapkan pada 24 Januari.

Sebagai rekod bagi pertuduhan pertama dan keenam, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu pertuduhan mengikut pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 Akta yang sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/556152

Mudir Sekolah Agama di Machang didakwa kerana rogol dan seks oral

7 jenama daging ‘haram’ berjaya didedahkan

Geram bila kita baca berita viral baru-baru ni mengenai kartel daging yang diserbu setelah beroperasi berpuluh tahun lamanya.

Lebih geram lagi bila tak ada satu pendedahan pun dibuat oleh pihak yang berkaitan mengenai apa jenama yang dipalsukan cop halalnya, siapa dalang kartel tersebut, dan apa nama syarikat yang mengedarkannya.

Lebih bertambah geram lagi bila pada awalnya ada statement pihak berkuasa kata nak dedah nama syarikat tersebut, tapi tiba-tiba semalam Timbalan Menteri Perdagangan, Datuk Rosol Wahid mula spin pula kata tidak boleh didedahkan nama syarikat tersebut sebab mengganggu siasatan kononnya.

Nah, mana kita tak panas hati bila baca berita macam tu. Siap kempen lagi kata daging kat pasaran tu semua halal jangan risau boleh beli. Siap tunjuk lagi pekerja dia jalan-jalan dalam supermarket tunjuk ada logo halal kat packaging daging yang dijual. Padahal, berita sebelumnya semua cakap pasal daging tak sah taraf sama ada bukan daging lembu, bangkai, atau daging berpenyakit yang telah dipalsukan sijil halalnya dan dipek semula setelah diseludup untuk dijual di negara kita.

Apalah punya bala semua ini. Berpuluh tahun kita disajikan barang yang syubhah lagi tidak jelas sumbernya. Pihak berkuasa enjoy makan duit haram siap dapat habuan wanita lagi. Ini bukan isu birokrasi susah nak apply sijil Halal. Tapi ini isu rasuah, salah guna kuasa agensi berkaitan, penyeludupan, penipuan cop halal, penipuan sumber daging dan juga masalah kejar harga murah.Kalau nak tahu, jenama yang dibawa masuk oleh kartel ni pun sebahagiannya memang dah ada sijil Halal yang sah baik dari Malaysia atau negara asalnya. Tapi diselit dan dicampur juga dengan daging yang tidak halal kemudian dipack semula menggunakan jenama dan cop halal yang telah dipalsukan. Maknanya, kartel ini memang nak buat untung full margin lah makan pukul keliling. Sebab tu dapat jual murah sebab bangkai yang disupply nya, maka harga modal pula sudah tentu jauh lebih murah. Siap ada laporan yang kata mereka guna bangkai kangaroo, kuda dan macam-macam lagi.

Jadi, atas rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim, saya risau bila jenama ini tidak didedahkan. Kalau perkara ini berterusan, maka umat Islam di negara kita ini akan terus-terusan memakan bangkai tanpa sedar. Apa yang kita makan itu akan menjadi darah daging dan merosakkan kita semua.

Maka, malam tadi puas saya baca berpuluh berita mengenai serbuan yang dibuat pihak berkuasa terutama di Johor, akhirnya setelah puas mencari, ada lah terjumpa satu dua laporan media yang tak dipadam jenamanya dan terpapar dalam berita. Sebab kebanyakan berita, wartawan dah kaburkan jenama jadi susah kita nak cari.

Bila dapat berita yang tak kaburkan jenama tu, cepat-cepat saya screenshot dan cari satu persatu jenama tersebut. Hasilnya, anda boleh lihat di dalam gambar yang saya sertakan. Sebahagian jenama tersebut, saya percaya ramai daripada kita sudah pun pernah memakannya. Masalah yang berlaku adalah campuran daging bangkai dengan daging yang halal, maka disebabkan sebelum ini kita tidak tahu, sama-sama kita berharap apa yang pernah kita makan dahulu adalah bahagaian yang halal bukan yang haram.

Lagi pula konsep dalam fiqh, bila kita termakan benda yang kita tidak tahu asal muasalnya, maka ia dimaafkan. Yang dah berlalu tu lupakanlah dan mohonlah keampunan ALLAH, semoga kita sama-sama diampunkan oleh ALLAH Taala jua hendakNYA. Tapi, untuk masa yang kehadapan ni, bila kita dah tahu ada campuran barang tak halal, maka automatik semuanya dah jadi syubhah dan diragui buat kita. Takkan kita nak makan lagi ye tak??

Jadi, disini terpulang kepada anda sama ada mahu terus membeli daging frozen import atau tidak. Setelah banyak pendedahan dibuat, kita pun belum tentu pasti akan kehalalan jenama daging frozen import lain yang tidak didedahkan disini. Untuk mengelak termakan barang yang syubhah atau haram, maka sebaiknya kita tinggalkan terus memakan apa jua jenama daging frozen import. Dalam bisnes, bila tiada permintaan, maka tiadalah supply. Yang jadi masalah, bila dah tahu ada yang syubhah kita tetap terus membelinya, maka sebab itulah kartel ni masih boleh bertahan walaupun dah naik turun mahkamah dan didenda. Pasti akan ada kartel lain yang mengambil alih demand dan pasaran yang kosong tadi dimasa akan datang.Kepada pekedai pula, saya percaya ramai yang akan terkesan dengan penjualan daging import selepas ini. Namun, yakin dan percayalah bahawa rezeki itu telah tertulis oleh ALLAH Taala buat kita semua. Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Apabila kita meninggalkan sumber rezeki yang haram dan syubhah, insyaALLAH akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pintu rezeki kita akan terbuka lebih luas.

Ingatlah kembali pesan orang tua-tua kita dahulu kala. “Jangan beli daging import, sebab kita tak tahu kesahihan barang tersebut.” Akhirnya setelah berpuluh tahun, baru hari ini kita nampak kebenaran pesanan orang tua kita dahulu.

Akhir kata dari saya, carilah barang yang halal, utamakan sumber yang halal dan tinggalkanlah barang yang syubhah dan diragui. Negara kita pun belum darurat lagi, tak mati pun kalau tak makan daging frozen. Masih banyak penjual daging segar temparan. Sokonglah buatan Malaysia, dan Paling penting ingat; BUY MUSLIM AND HALAL FIRST!!