Ukraine membantu Turki membina enjin turbin berkuasa tinggi.

SUBSCRIBED#مبروك_تركيا إفتخر يامسلم تركيا تختبر بنجاح طائرة مسيرة مسلحة بصواريخ كروز تفوق سرعتها سرعة الصوت 1600 كيلومتر /س ولا تكتشفها أنظمة الرادارات بجميع أنواعها. دعواتكم لمؤسس تركيا الإسلامية العظمى #أردوغان

MASJID ADALAH RUMAH SYAITAN

INI BUKAN RUMAH ALLAH, INI RUMAH SYAITAN!! (JADI MARKAZ PAS).

Imam yang berjalan menuju masuk ke dalam masjid terhenti langkahnya. Lalu dia memalingkan wajahnya ke arah susuk separuh abad yang sedang menjerit-jerit di luar pintu pagar masjid.

Kebetulan aku baru tiba di perkarangan masjid. Jadi di waktu aku berselisih dengan pakcik tersebut, dia sedang menjerit sambil memerhati ke arah masjid.

“INI BUKAN RUMAH ALLAH… INI RUMAH SYAITAN!!… INI BUKAN RUMAH ALLAH… INI RUMAH SYAITAN!!..”

Berkali-kali pakcik tersebut mengulangi perkataan yang sama. Hampir kesemua jemaah yang sedang berada di dalam masjid keluar untuk melihat pakcik tersebut.

“Kenapa orang tua tu?”

Salah seorang jemaah bertanyakan pada sahabatnya.

“Tadi aku nampak Pak Ngah On halau dia.”

“Halau? Dah kenapa halau dia?”

“Gila agaknya. Lagipun pakaian dia tu kotor.”

Aku mencuri dengar perbualan jemaah lain yang kebetulan berada berhampiran dengan tempat aku meletakkan motosikal. Usai mendengarnya, aku terus menuju ke arah pakcik tersebut mengikuti Imam masjid.

Lalu imam mendekatinya.

“Pakcik… Kenapa pakcik cakap macam tu?” Tanya Imam muda kampung aku yang baru sebulan menggalas tanggungjawab sebagai imam masjid.

“Ini bukan rumah Allah. Ini rumah syaitan. Kalian semua pulanglah. Solat apanya di rumah Syaitan.”

Dari gaya bahasanya, dia sepertinya bukan berasal dari sini. Usianya lebih dari separuh abad. Pakaiannya agak comot. Tetapi wajahnya bersih. Malah, giginya juga bersih dan agak putih berseri.

“Hoi orang tua. Cakap baik-baik sikit. Ni kan masjid.” Celah salah seorang jemaah masjid yang agak berang mendengar kata-kata dari pakcik tersebut.

“Sabaq Bang Man. Sabaq… Orang tu tak betul tu..” Jemaah lain cuba menyabarkannya.

“Astarfirullah Al Azim… Kenapa pakcik cakap macam tu. Ni kan masjid. Rumah Allah…” Imam membalas.

“Kalau ini rumah Allah, kenapa halau aku dari memasukinya? Apa kerana pakaian aku tidak cantik seperti kalian semua?”

Pakcik tersebut merenung tajam ke arah seorang lelaki yang merupakan ajk masjid kami.

“Kalau benar ini rumah Allah? Kenapa halau aku?”

Imam muda hanya terdiam mendengar apa yang keluar dari mulut pakcik tersebut.

“Sebab pakaian hang kotor. Sebab tu kami tak bagi masuk.” Bidas ajk yang direnung tajam orang pakcik tersebut mempertahankan perbuatannya.

“Apakah kerana baju aku agak compang-camping lalu kalian menganggap aku kotor. Sedangkan di pakaian aku ini tidak ada sedikit pun najis. Jika benar sekalipun aku ini kotor, maka apa tugas kalian semua? Apakah hanya solat dan memakan hasil dari kutipan masjid? Bukankah kalian semua diberi amanah untuk menjaga rumah Allah? Apakah menjaga rumah Allah itu hanya perlu dijaga bangunannya sahaja? Lalu bagaimana pula orang susah, fakir miskin, muallaf, musafir, yang hidup melarat, susah. Apakah kalian hanya hidup dengan kelompok kalian sahaja dan membiarkan orang lain merempat dan menuju ke Neraka? Demi Allah.. Aku akan tuntut apa yang kalian lakukan pada aku hari ini di depan Allah di akhirat kelak. Aku adalah seorang musafir yang menagih simpati dari pemegang amanah rumah Allah untuk aku berteduh. Tetapi kalian menghalau malah menghina aku. Jika pakaian aku kotor sepatutnya kalian berikan pakaian bersih untuk aku. Kerana aku punyai hak di atas kutipan derma kalian dari masyarakat. Sepatutnya kalian yang diberi amanah dari Allah lebih pentingkan masyarakat di sekeliling kalian dan bukan hanya pentingkan keceriaan bangunan batu itu semata-mata.”

“Tapi sekarang kan musim covid. Kami buat semua ni sebab arahan.” Balas ajk tadi yang masih cuba mempertahankan dirinya.

“Ya memang benar. Kita semua perlu menjaga diri. Tapi apakah sampai perlu kita menghalang orang lain dari memasuki rumah Allah? Apakah dia berjoget, berlari, bermain di dalamnya? Tidak! Dia hanya berjalan ke tempat solat dan beriktikaf di sana. Sedangkan di tempat-tempat lain di luar sana. Di pusat membeli-belah, mereka berjalan, berlari, malah memegang itu dan ini.

Bukankah itu lebih berisiko dari duduk beritikaf di dalam masjid? Jadi kenapa kalian sampai menghalang orang yang jiwanya berada dalam genggaman Tuhan? Apakah kuman itu lebih kuat dari cinta Tuhan? Demi Allah… Apa yang kalian lakukan pada aku hari ini, akan aku tuntut di akhirat kelak.”

Belum sempat Imam muda mengeluarkan kata-kata, pakcik tersebut terus berjalan melintasi jalan raya menuju ke arah bangunan rumah kedai yang berada di sana.

“Pakcik…”

Imam cuba memanggilnya kembali. Tetapi tidak diendahkan olehnya. Tiba-tiba keluar beberapa orang dari kedai tersebut menghalangi penglihatan aku dari melihat susuk tubuh pakcik tersebut. Lalu aku cuba mencari akan kelibatnya namun tidak lagi kelihatan. Malah, tidak ada seorang pun yang melihat ke mana dia pergi. Sedangkan kawasan tersebut adalah kawasan yang agak lapang.

Maka viral-lah seluruh kawasan kampung kami, akan berita masjid didatangi malaikat berupa manusia. Sejak dari kejadiaan itu juga, pengurusan masjid berubah hampir keseluruhannya. Wang derma dimanfaatkan untuk kebajikan masyarakat.

Malah bukan itu sahaja, masjid turut menyediakan tempat beristirehat untuk mereka yang bermusafir dan ianya percuma. Selain dari itu, pihak masjid juga turut melakukan ziarah dari rumah ke rumah bagi memantau kehidupan masyarakat dia sekeliling.

Alhamdulillah.. Hari ini masjid kampung aku lebih ramai dan lebih meriah dari sebelumnya.

Tamat…

Namun apa yang saya cuba sampaikan dalam kisah ini, terutamanya kepada mereka yang diberi amanah oleh Allah dalam menjaga rumahNya, permudahkanlah urusan orang lain.

Saya bukan nak minta untuk dirapatkan saf, tidak. Tetapi sekurang-kurangnya permudahkan urusan orang dalam melakukan ibadah di rumah Allah. Jika orang yang datang itu tidak mempunyai penutup muka, sediakan penutup muka. Jika mereka tidak punyai sejadah, sediakan sejadah.

Penutup muka itu berapa sen sangatlah. Lagi pula, kalian tidak keluarkan satu sen pun dari poket kalian untuk membelinya. Sejadah pula adalah kain, dan ia boleh dinyahkuman dengan menggunakan spray nyahkuman atau sebagainya.

Tidak kisahlah apa pun caranya. Itu tugas kalian untuk menyelesaikannya. Tugas yang diamanahkan kepada kalian semua. Jadi laksanalah dengan sebaiknya.

Sekadar itu sahaja…
Ambillah pengajaran dari kisah diatas…
Menerima tanggungjawab sbg pemegang amanah rumah Allah bukanlah sekadar mengurus keewangan masjid sahaja…tapi memastikan keselesaan setiap ahli jemaah yg hadhir kemasjid,mendekati setiap ahli qariah dan mengambil tahu akan kebajikan setiap ahli qariah…kenduri kendara ahli qariah,mengenal pasti ahli qariah yg tak pernah kemasjid dan mendekati mereka dgn hikmah …. C&P.

Rasuah Duit dan Seks Dalam Kes Kartel Daging Kerajaan Pintu Belakang ?

Rasuah Duit dan Seks Dalam Kes Kartel Daging?

1. Menurut laporan akbar New Straits Times (21 Deisember 2020), sekurang-kurangnya empat pegawai kanan kerajaan dipercayai terlibat dalam proses membawa masuk daging tidak halal ke Malaysia yang kemudian dilabelkan sebagai daging halal.

2. Apa yang amat menyedihkan, laporan NST menyatakan bahawa pegawai tersebut bukan sahaja menerima wang malah ada yang menerima rasuah seks, sebagai imbalan untuk melancarkan operasi penipuan tersebut. Lapor New Straits Times:

“These senior officers, entrusted with the responsibility of ensuring that halal standards are upheld, have instead received money, and in some cases even women for sex, as bribes in order to turn a blind eye to the cartel’s operations and ensure that the its activities go undetected.” (New Straits Times – 21 December 2020)

3. Laporan ini menggambarkan betapa rasuah bukan sahaja merosakkan peribadi pemberi dan penerima, menghancurkan sistem pentadbiran, menghilangkan kepercayaan masyarakat bahkan memberikan kesan kepada pihak ketiga iaitu rakyat sendiri.

4. Benarlah sabda Rasulullah bahawa pelaku rasuah ini adalah dilaknat. Bukan sahaja dilaknat oleh Allah, malah manusia turut melaknat mereka. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

“Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah.” (HR Ahmad)

5. Perhatikan hadith ini betul-betul. Perkataan yang digunakan adalah ‘laknat.’ Bererti perbuatan rasuah ini adalah perlakuan yang amat terkutuk sehingga mereka yang melakukannya dilaknat oleh Allah dan Rasul.

6. Dengan sebab itu al-Imam al-San’ani dan al-Zahabi meletakkan kumpulan perasuah ini sebagai pelaku dosa besar (murtakib al-kabirah) (Subul al-Salam & al-Kaba’ir). Malah al-Imam al-Qurtubi menegaskan bahawa penerima rasuah ini dikategorikan sebagai orang fasiq. (Jami li Ahkam al-Quran)

Semoga Allah menyelamatkan kita dari bahana dan bencana rasuah ini.

Terbukti Rasuah Membinasakan Kita Semua

Rasuah Membinasakan Kita Semua

  1. Menurut laporan akbar berbahasa inggeris New Straits Times, sekurang-kurangnya empat pegawai kanan kerajaan dipercayai terlibat dalam proses membawa masuk daging tidak halal ke Malaysia yang kemudian dilabelkan sebagai daging halal.
  2. Apa yang amat menyedihkan, laporan NST menyatakan bahawa pegawai tersebut bukan sahaja menerima wang malah dalam sebahagian kes menerima rasuah wanita untuk seks, sebagai imbalan untuk melancarkan operasi penipuan tersebut.
  3. Laporan ini menggambarkan betapa rasuah bukan sahaja merosakkan peribadi pemberi dan penerima, menghancurkan sistem pentadbiran, menghilangkan kepercayaan masyarakat bahkan memberikan kesan kepada pihak ketiga iaitu rakyat sendiri.
  4. Benarlah sabda Rasulullah bahawa pelaku rasuah ini adalah dilaknat. Bukan sahaja dilaknat oleh Allah, malah manusia turut melaknat mereka. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

“Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah.” (HR Ahmad)

  1. Perhatikan hadith ini betul-betul. Perkataan yang digunakan adalah ‘laknat.’ Bererti perbuatan rasuah ini adalah perlakuan yang amat terkutuk sehingga mereka yang melakukannya dilaknat oleh Allah dan Rasul.
  2. Dengan sebab itu al-Imam al-San’ani dan al-Zahabi meletakkan kumpulan perasuah ini sebagai pelaku dosa besar (murtakib al-kabirah) (Subul al-Salam & al-Kaba’ir). Malah al-Imam al-Qurtubi menegaskan bahawa penerima rasuah ini dikategorikan sebagai orang fasiq. (Jami li Ahkam al-Quran)

TERBUKTI ALLAH SWT TELAH TURUNKAN BALA DAN BUKA AIB ULAMAK JAHAT PINTU BELAKANG KEPADA MASYARKAT MALAYSIA.

ISU KARTEL DAGING: 6 CADANGAN UNTUK KERAJAAN TANGANI KELEMAHAN KAWAL SELIA HALAL SECARA BERSEPADU

  1. Pendedahan eksklusif media massa perdana mengenai wujudnya kartel yang menjalankan aktiviti haram selama 40 tahun membabitkan penyeludupan daging murah dari negara-negara yang persijilan Halalnya tidak diiktiraf JAKIM mahupun Jabatan Agama Islam Negeri sememangnya mencetus kegusaran umat Islam di negara ini.
  2. Kebimbangan dan keraguan orang ramai terhadap status Halal dan kebersihan daging import halal yang berada di pasaran dengan pelbagai berita-berita sensasi termasuklah campur aduk antara daging halal dan haram mesti ditangani segera oleh pihak Kerajaan.
  3. Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, isu seperti ini bukan kali pertama malah berulang kali timbul hingga menyerlahkan kekangan dan kelemahan ketara dalam isu penguatkuasaan dan kawal selia industri Halal di negara ini.
  4. Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa kuasa pensijilan Halal dan penguatkuasaan halal terletak di bawah bidang kuasa agensi-agensi yang berbeza.
  5. Kuasa pensijilan Halal ketika ini terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, sedangkan penguatkuasaan pula di bawah pelbagai agensi termasuklah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP), Kementerian Kesihatan, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.
  6. Dalam isu mengawal selia urusan import bekalan daging ke Malaysia pula bukan hanya terletak di bawah kuasa mutlak JAKIM, malah pelbagai agensi lain yang membabitkan beberapa peringkat termasuklah Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Polis Pelabuhan.
  7. Bagi menangani isu ini secara bersepadu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan 6 TINDAKAN SEGERA untuk dilakukan oleh Kerajaan:

(i) Mengisytiharkan dan mendedahkan nama-nama syarikat yang sedang disiasat dan disyaki terbabit dengan penipuan sijil dan percampuran daging halal haram.

(ii) Mengambil tindakan semerta menarik semula bekalan daging yang telah memasuki pasaran dalam tempoh 2 minggu ini oleh syarikat-syarikat terbabit melibatkan semua peruncit dan pengedar bagi mengelakkan ianya dijual kepada rakyat dan pengusaha makanan.

(iii) Menubuhkan satu PASUKAN KHAS melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dalam industri Halal bagi mengenalpasti dalang sindiket kartel yang bertanggungjawab dan tindakan tegas diambil tanpa kompromi.

(iv) Menilai kembali kapasiti kakitangan persijilan Halal yang jelas tidak selari dengan bebanan dan keluasan cakupan tugas pengawasan sijil Halal dalam Malaysia dan di luar negara.
(Nota: Maklumat Pemuda UMNO terima terdapat kakitangan Halal di peringkat negeri yang masih bertaraf kontrak walaupun telah bekerja selama 8 tahun ke atas).

(v) Melakukan penambahan segera kakitangan pengawal seliaan Halal di JAKIM dan di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri yang mampu menampung keperluan mendesak bukan sahaja aspek persijilan Halal Malaysia bahkan pemantauan dan penguatkuasaan.

(vi) Memperkasakan kembali Majlis Halal Malaysia yang diperkenalkan di zaman Kerajaan Barisan Nasional bagi membangunkan industri Halal secara komprehensif dan bersepadu yang membabitkan sekurang-kurangnya 300 institusi baik agensi-agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri-Negeri hinggalah kepada swasta yang secara langsung terbabit dalam aspek kawal selia, pensijilan, penguatkuasaan dan pembangunan industri Halal Negara.

  1. Bagi Pemuda UMNO keenam-enam cadangan di atas wajar diambil tindakan segera oleh Kerajaan PN bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan logo Halal Malaysia yang diiktiraf seantero dunia tidak terjejas dan mampu dipertahankan.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

25 Disember 2020

PemudaJurubicaraRakyat

RASUAH BERLELUASA DI ZAMAN PINTU BELAKANG.

RASUAH BERLELUASA

Ertinya:

DaripadaMuaz bin Jabalr.a.berkata, akutelahmendengarRasulullahs.a.w. bersabda: “Ambillahpemberianituselamaiamasihsebagaipemberian.  Tetapiapabilaiatelahmenjadirasuahdalampandangan agama makajangankamumengambilnya.  Namunkenyataannyakamutidakakandapatmeninggalkanrasuahitukeranakamutakut fakir dankamusangatberhajatuntukmengambilnya”.HadisRiwayat At-Tobranidan Abu Naim.

Keterangan

Di akhir zaman rasuah akan menjadi-jadidalammasyarakatdanwangmempunyaikuasauntukmembelipangkatdankedudukandanwangjugadiperlukanuntukmendapatkemudahandaripihak yang berpangkatdanberkuasa.  Wang telahmenjadiTuhan yang disembaholehsetiap orang yang tamakdanrakus.Dalamsituasi yang sebeginirupa, orang sudahtidakmemperdulikansesiapa.Makamusnahlahakhlakdanruntuhlahsegalabudidan yang wujudhanyalahkezalimandanpenindasandarisetiaplapisanterhadaplapisan yang memerlukan.

REALITI HARI INI

PROJEK PEMBANGUNAN

Jenis-jenisrasuahdalamrealitimasakiniterutamadalammemberikan tender sesuatuprojekmelibatkanbanyakpihaktumpangsekakiuntukhabuanmereka.Merekainitidakterkecualiterlibatdalamketegorirasuah, walaupundisebutkomsen.Sebenarnyaadalahrasuahsebabsetiap tender yang bernilai 1 juta, jika 3 peringkat yang tumpangsekaki 10 persenmenyebabkan yang dapat tender tersebutakanberkurangan 30 persenatausebaliknya.  Peluang yang dapat tender tersebut pula bukankeranakelayakandankemahirannyatetapiatasbanyakmanahabuan yang bolehdiabagikepada yang memberikan tender.

Resikodanbala yang kitaterima, akanberlakulahsetiappembangunantersebuttidakberkualitidankurangkuantitibahan.  Rakyat dan Negara terpaksamenanggungbebandanmusibah.Kesimpulannya, setiappemberiantanderatauapasahaja yang diamanahkankepadasesiapasahaja, jika yang memberikan tender itutumpangsekakiataumenerimahabuan, tidakdapattidakmerekainiterlibatsecaralangsungdalamrasuah.  KespenjualanMyKadinimengancamkeselamatan Negara danmenjadipetualang Negara.

Hasilbumidankawasanhutansimpanmasihberterusansekian lama berlakupencerobohanseolah-olahpihakberkuasaagensiperhutanandanpentadbirtanahmembisuseribubahasa.Jugapihakkerajaannegeri yang terlibatbanyakmendiamkandiri.

LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN PUSAT HIBURAN

Pusat-pusatperniagaanjugasangatmudahpihakberkuasaterlibatdenganrasuah.  Buktinyamasihbanyakpusat-pusatperniagaan di bawahkawalanlesenperniagaanberbentukhiburantanpalesen.Kenapamasihbanyakpremisiniberoperasidantidakdibenteras.Lebih-lebihlagipremis yang berbentukperjudian yang berselindung di sebalikperniagaan yang halal darisegiundang-undang yang sediaada.

KES TERKINI

Terbuktipihak yang diberiamanahmenjagaamanahdankepentingan Negara telahdikhianatiolehindividu-individu di agensipenguatkuasaanundang-undang Negara telahditangkapoleh SPRM.Dengansiapakah yang bolehkitarakyatsebagaiwarganegara Malaysia meletakkankepercayaankepadamereka-merekaini yang terdiridaripadapegawai-pegawaikanan polis, kastam, imegresendan lain-lain agensikeselamatan.  Merekainimerupakanpetualang Negara yang tidaklayakdiberikanamanahdandigajimerekadariduitcukairakyat.Ya Allah hapuskanlahpetualang-petualangdanpengkhianat Negara termasukmereka yang masihbelumdiadiliolehundang-undang yang masihmeneruskanpenglibatanmerekadenganrasuahdanmendapatkansumberdana haram.  Rakyat awam sudah termaklum aktiviti mereka selama ini.

PAS HADI PUNYE PUTER BERBELIT2..?INI ANTARA BEBERAPA PUTER LOWBOY PAS?

PAS HADI PUNYE PUTER BERBELIT2..?INI ANTARA BEBERAPA PUTER LOWBOY PAS?

Berikutadalahperbandinganantara PAS versi demi isleyyvs PAS versi Liberal

1) Minum&jualarak :-

Dulu = Haram

Sekarang  =Ituhak orang bukanislam

2) HukumHudud :-

Dulu = Wajiblaksana

Sekarang = Kenatengokkeadaan ,janganjadisuarasyaitan

3) PerlembagaanMalaysia :-

Dulu = Kafir

Sekarang = Islamik

4) Pertandinganratucantik :-

Dulu = Haram

Sekarang = Bolehdirundingdengansyarat .

5) IsuLGBT :-

Dulu = Haram

Sekarang = LGBT harusdisantuni

6) SekolahVernakular :-

Dulu = Mencetuskanmasalahperkauman

Sekarang = Menjagakepentingansetiapkaum

7) Keskenalanggarpemandumabuk :-

Dulu = Salah DAP . Agenda komunis

Sekarang = Salah individu .

8) JualasetTabungHaji :-

Dulu = Agenda komunis ,jualasetumatislam , islamterancam

Sekarang = Sebagaistrategipengurusankewangan

9) Aiyoyo355 :-

Dulu = Waaaaajibb

Sekarang = Kita cadangtusebabkitapembangkang ,lani dah jadikerajaangkenatengokkeadaan la natang .

10) Ucap Merry Christmas :-

Dulu = Haram

Sekarang = Harus

11) Nilai ASB jatuh :-

Dulu = Buktikerajaangagal

Sekarang = Kesanekonomi global

Merry Chrismas🎊🎅

Bagaimanalobai? ����.�

TURKI BERJAYA MEMBINA HOSPITAL DI UTARA SYRIA.

SUBSCRIBEDافتتحت جمعية “أطباء حول الأرض” التركية مركزاً صحياً لخدمة الأهالي، في ريف مدينة “تل أبيض” الواقعة ضمن منطقة عملية “نبع السلام” شمالي سوريا

Turki Menghantar 500 Ribu Tentera Ke Libya.


مفاجأت تهديد تركي لحفتر بنصف مليون جندي تركي وزير الدفاع التركي وكبار قادة الجيش في ليبيا

SUBSCRIBEDعاجل تهديد تركي لحفتر بنصف مليون جندي تركي وزير الدفاع التركي وكبار قادة الجيش في ليبيا ما عليك سوى الانتساب إلى هذه القناة للاستفادة من المزايا: https://www.youtube.com/channel/UCebE… يمكنك دعمنا عبر اللايك والاشتراك وتفعيل زر الجرس ليصلكم كل جديد وشكرا انضمو لمجموعة تلغرام : https://t.me/News1Today للدعم يمكنكم ذلك من خلال بايي بال باي بال لدعم القناة 💲⬇️ http://bit.ly/3bAVUbF للدعم يمكنكم ذلك في حال قمتم بشراء منتجاتكم من امازون من خلال الرابط : https://amzn.to/2GaALu8#تركيا#ليبيا