

Kebanyakan masyarakat hari ini tidak mengambil berat dan memandang remeh soal pernafasan, Sedangkan ilmu pernafasan adalah pakaian para hulubalang terdahulu.
Tahukah kalian jika kita bernafas dengan kaedah tertentu disertakan dengan zikir, Ianya dapat memberikan banyak manfaat pada emosi, kesihatan, fizikal dan rohani kita ? Peranan Nafas ni sangat penting , Bagi para arifbillah, Nafas adalah Imej cermin dari Roh kita dan adalah kembar bagi Ruh. Ruh adalah hakikat dan nafas adalah syariatnya di alam ini.Ruh ibarat kapal, ombak bagaikan nafas.. Jika tenang ombak, tenanglah perjalanan kapal.
Begitu juga Ruh, jika nafas seorang hamba tenang, maka ia memberi kesan pada ruhnya.Para Ahli Sufi dan Hulubalang mementingkan latihan pernafasan. Bila pernafasan elok, maka akan eloklah perjalanan ruh dengan Rabbnya . Emosi amat mempengaruhi pernafasan, baik ia dalam keadaan marah “stress” atau tenang.Jika seseorang itu mengamalkan pernafasan dengan kaedah yang betul ianya pasti berjaya mengawal emosinya.
Mereka yang tidak mementingkan rohani adalah seperti jasad yang tiada Roh , Mereka amat diperbodohkan oleh syaitan, Apa guna sebatang jasad walaupun ianya seorang raja , seorang yang cantik dan kaya, Jika tiada Roh dan Nyawa akan dikebumikan dengan secepat mungkin. Roh dan kerohanian amat penting dalam memahami pengertian hidup dan perjalanan hidup ini .
Sesungguhnya Nafas berasal dari Robbul Alameen , Nafas adalah sumber kehidupan, tanpa nafas hancurlah kehidupan.Nafas adalah al-Hayat yang datang dari Tuhan, ia adalah Rahasia Illahi.
Para ulama sufi mengamalkan zikir nafas untuk pembersihan rohani, Para ahli sufi menamakan ianya sebagai Nasma iaitu gabungan antara Ruh Jasmani dan jasad.Zikir Nafas adalah jentera penggerak kepada semua sistem rohani dan jasmani.
Zikir Nafas juga adalah merupakan IBU kepada segala Zikir .Zikir ini mempunyai banyak keistimewaan ataupun fahilatnya. Dan Zikir Nafas ini ada pecahan dan rangkaiannya tersendiri yakni Nufus, Tanafas dan Anfas.Bermula nafas itu kerana anfas, dan hidup anfas itu kerana nuffus, manakala hidup nufus itu dengan rahsia dan rahsia itulah merupakan (diri) Rahasia Allah. Nufus, Anfas dan Tanafas itu adalah satu perkara yang ghaib, yang wujud tanpa dapat dirasa dan dilihat seperti mana nafas.
Adalah tidak sesuai untuk saya membicarakannya secara lebih jauh , Kerana ini boleh menimbulkan fitnah besar kepada ilmu tersebut. Seperti yang kita sedia maklum adalah menjadi ghalib manusia ia akan menolak sesuatu yang tidak tercapai oleh akal dan ilmunya terutamanya dizaman kini.
Meskipun jalan paling baik jika ia terserempak dengan keadaan demikian ialah dengan mendiamkan diri (tawakuf) disamping belajar untuk memahaminya.Kedudukan Sistem Bathin dan Spiritual ini bergerak dengan Kuasa Qudrat yang mutlak dan hanya dapat dilihat dengan mati hati oleh mereka yang telah hidup hati mereka secara zahir dan bathin.
Tanpa ILMU & AMALAN Mata hati memang tidak akan terbuka dan hidup serta tidak akan dapat memerhatikan keajaibaan hati ini dan perkara haq dan bathil. Berbalik kepada 4 pecahan nafas, Kedudukan Anfas ialah di hidung .Tanafas ditelinga dan Nufus di jantung , Manakala Nafas ialah di mulut.
Anfaas,Nafas,Tanafas dan Nufus ini merupakan satu “kuasa” ataupun keadaan yang keluar masuk (bergerak) dalam tubuh seseorang manusia.Apa kah insan mudah memahami gerakan sistem spiritual dan rohani ini tanpa mengenal Robbnya dan ILLAH nya , dia sekali-kali tidak akan mengenal Robb nya tanpa ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.
Semua sistem pengerakan Nafas , Anfus , tanafas adalah satu sistem Unggul dan yang ajaib yang penuh dengan mukjizat.Tanafas ia bergerak di telinga,Nufus dijantung,Anfas di hidung sementara Nafas pula dimulut.Diantara keempat unsur ini,Nafaslah yang boleh dirasa dan disentuh serta mudah untuk diyakini (kalau kita membicarakan) kerana setiap orang boleh merasakan sengan perasaan zahir.
Justeru itu dalam bab ini saya berminat untuk membicarakan Zikir Nafas sahaja.Nafas adalah sumber utama dalam menghidupkan hati dan jasad, Memahaminya dan menguasainya akan membawa Insan itu kepada kejayaan kerana Nafas adalah saluran penting bagi kita meneruskan hidup di atas bumi ini, ada jasad tanpa Nafas tidak berguna jasad ini.
Ada roh tapi tiada Nafas tiadalah juga bermanfaat.
Bila sebut Nafas orang tahu,Iaitu angin yang keluar masuk daripada lubang hidung dan mulut (daripada luar tubuh kedalam tubuh)Kalau mengikut pengertian saintifik ,Udara yang keluar dari mulut atau hidung itu ialah karbondioksida yakni bahan “perkumuhan”, Sementara yang disedut masuk itu pula ialah oksigen.
Fungsi oksigen ini ialah untuk memutarkan darah dalam jantung, membolehkan nyawa bergerak.
Oksigen itu disedut dari luar dimana ianya diproseskan oleh tumbuh-tumbuhan dan alam seluruhnya.
Fikirkan dan renungkanlah betapa penting nya penguasan Nafas dalam hidup, Para Ahli sufi mengakui hakikat ini bahawa kebanyakan punca masalah hidup tertekan dan sebagainya yang membawa kepada keadaan tidak bahagia dan gelisah adalah kerana tidak wujud harmoni diantara jasad dan qalbu – emosi serta minda. Mengikut kajian pakar 80% punca pesakit adalah berpunca dari ketidakstabilan emosi atau masalah psikologi.Emosi dan jasad ada kaitan yang amat rapat jika tidak dikawal ianya akan membawa mudarat kepada tubuh badan dan juga organ² yang menjalankan tugas penting dalam sistem peredaran darah dan sistem oxygenation.
Justeru itu rawatan yang paling baik ialah membina motivasi dan mental seseorang itu kepada kekuatan dalaman.Tiada pembinaan yang paling baik melainkan mendekatkan manusia itu dengan RabbNya. Dan salah satu pendekatan yang efektif adalah ZIKIR NAFAS.
Mesti ramai yang tertanya² kan bagaimana kaedah pernafasan yang benar lagi menyihatkan, Disamping menguatkan rohani dan jasmani, Membuangkan panas baran dan emosi tidak stabil akan lebih positive serta banyak lagilah Kebaikannya. Memang berkait rapat sangat dengan hidup mengenai nafas ni. Maka carilah guru rohani, Saya tidak layak untuk kongsikan ilmu tersebut. Saya bukan guru dan saya hanyalah manusia pendosa yang jahil lagi hina. *Segala haiwan siang malam memuji Allah dengan nafasnya, Kita bagaimana pula ? *Gambar sekadar hiasan.
JAUHI JEMAAH UMNOPAS YANG TELAH ROSAK JASAD DAN JIWA MEREKA DISEBABKAN HAWA NAFSU MENJADI RAJA DALAM JIWA MEREKA. MEREKA MENGUBAH ASAS-ASAS AGAMA ISLAM MENGIKUT HAWA NAFSU MEREKA- NAUZUBILLAH MINHUM.