10 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA TAHUN 2019/2020 TANPA ORANG MELAYU.

DENGAN SISTEM RIBA BERTOPENGKAN ISLAM MEMBUAT EKONOMI UMAT ISLAM SEMAKIN TERTINDAS, TEKANAN KEATAS UMAT ISLAM UNTUK MEMBAYAR KADAR RIBA SEMAKIN TAHUN SEMAKIN TINGGI.

KINI SISTEM EKONOMI ISLAM TANPA RIBA DI BUMI MALAYSIA SUDAH BERKUBUR DAN SISTEM BANK ISLAM BERLANDASKAN RIBA MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN.

SISTEM RIBA DI MALAYSIA TELAH DIPERKASAKAN OLEH ULAMAK-ULAMAK UPAHAN BANK RIBA YANG MEMILIKI SIJIL-SIJIL Phd DALAM BIDANG EKONOMI DARI UNIVERSSITI-UNIVERSITI SEKULAR DALAM DAN LUAR NEGARA. UMAT ISLAM MALAYSIA KINI MEMBINA KEHIDUPAN DAN BERAMAL IBADAT BERBEKALKAN PINJAMAN RIBA, WALAUPUN MEREKA TAHU SATU DINAR RIBA SAMA DENGAN DOSA BERZINA DENGAN IBUBAPA SENDIRI. BERBEKALKAN ALASAN DARURAT EKONOMI, UMAT ISLAM SANGGUP BERZINA DENGAN IBUBAPA SENDIRI, APAKAH ALLAH SWT BOLEH DITIPU DAN DIPERDAYAKAN DENGAN ALASAN DARURAT CIPTAAN ULAMAK-ULAMAK UPAHAN MEREKA YANG HIDUP MEWAH DI DUNIA KERANA MENJADI PEMBELA KEPADA SISTEM RIBA YANG MEREKA UBAH UNTUK MENGELIRUKAN UMAT ISLAM SECARA BIJAK PADA FIKIRAN MEREKA ? – SEMOGA ALLAH SWT MENLINDUNGI KITA SEMUA DARI TERLIBAT DENGAN SISTEM BANK ISLAM YANG MASIH MELETAKKAN KADAR RIBA.

MARILAH KITA MEMBENTUK KEHIDUPAN YANG MEWAH DI DUNIA DAN KAYA DI AKHIRAT TANPA RIBA DAN RASUAH.

10 orang terkaya di Malaysia Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukan nombor satu dalam senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 dengan nilai bersih AS$12.8 bilion walaupun kekayaannya merosot sebanyak AS$2 bilion, menurut Forbes Asia.

Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2019 yang dikeluarkan hari ini menyebut 30 hartawan Malaysia menyaksikan kekayaan mereka merosot manakala 11 lagi menikmati peningkatan.

Sementara itu, Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong (Malaysia) menambah kekayaan sebanyak AS$ 2.2 bilion dan kekal pada kedudukan nombor dua dengan nilai bersih AS$9.4 bilion.Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank memperoleh AS$700 juta, meningkat satu anak tangga ke nombir tiga dengan nilai bersih AS$6.7 bilion.

Lima hartawan teratas dalam senarai itu ialah Tan Sri Ananda Krishnan di tempat keempat dengan AS$6.2 bilion, susut AS$900 juta apabila saham dalam penyedia perkhidmatan tenaga Bumi Armada susut 78 peratus tahun ini hingga 1 Mac.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation dan IOI Properties menduduki tempat kelima, dengan nilai kekayaannya merosot sebanyak AS$200 juta kepada AS$5.4 bilion.

Wong Thean Soon menduduki tempat ke-48, setelah mengalami kerugian terbesar apabila nilai bersihnya menjunam 63 peratus kepada AS$280 juta.

Saham syarikatnya My E.G Services, yang menawarkan akses perkhidmatan kerajaan secara dalam talian, terjejas selepas pilihan raya tahun lepas ekoran persepsi bahawa ia dikait rapat dengan kerajaan terdahulu.

Seorang pelabur besar dalam syarikat itu, kedudukan Datuk Dr Norraesah Mohamad, satu-satunya wanita dalam senarai tahun lepas, turut merosot.

Jutawan lain yang menyaksikan kekayaan mereka merosot termasuklah Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang mengekalkan kedudukannya di tempat ke-12 walaupun kekayaan merosot AS$200 juta kepada AS$1.7 bilion.

Saham syarikat berkaitan infrastrukturnya menyusut susulan kajian berterusan ke atas projek-projek infrastruktur mega Malaysia.

Seorang lagi hartawan yang mengalami kemerosotan ialah Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay, yang berada di nombor tujuh dengan kekayaan bernilai AS$4.4 bilion.

Beliau jatuh satu tempat daripada nombor enam tahun lepas apabila kekayaannya susut sebanyak AS$300 juta.

Pendatang baharu Abdul Kadier Sahib memasuki senarai itu buat kali pertama di tempat ke-49 dengan nilai bersih AS$275 juta.

Beliau ialah Pengarah Serba Dinamik Holdings, syarikat pembekal minyak dan gas yang dilancarkan pada 2017 dan menyaksikan sahamnya melambung.

Pengasas syarikat, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, yang berada di tempat 40, dengan nilai AS$345 juta, memulakan perniagaannya setahun lalu dan menyaksikan kenaikan bersihnya sebanyak 11 peratus tahun ini.

Menurut Forbes Asia, terdapat dua hartawan menyertai semula senarai tahun ini.

Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group menduduki tempat ke-35 dengan nilai bersih AS$420 juta manakala Datuk Loh Kian Chong dari Oriental Holdings kembali dalam senarai di tempat ke-45 dengan nilai bersih AS$320 juta.

Nilai bersih minimum untuk dimasukkan dalam senarai tahun ini ialah AS$250 juta, turun daripada AS$ 300 juta tahun lepas.

Senarai ini disusun menggunakan maklumat dari individu, bursa saham, penganalisis, pangkalan data peribadi, agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, dan sumber lain.

Jumlah nilai bersih adalah berdasarkan kepada harga saham dan kadar pertukaran pada penutupan pasaran pada 28 Februari.

Syarikat persendirian dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat-syarikat yang sama dengan dagangan awam.

Anggaran termasuk kekayaan pasangan, dan jika mereka merupakan pengasas syarikat, ia turut mengambil kira kekayaan anak hsil dari syarikat itu.

Dalam kes kekayaan anggota keluarga adalah berdasarkan kepada syarikat yang sama, ahli-ahli ini digabungkan menjadi satu penyenaraian, selagi masing-masing mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memenuhi syarat.

Senarai penuh boleh didapati dalam terbitan terkini Forbes Asia, yang sudah berada di pasaran. -BERNAMA

94% Kekayaan 40 Bilionair Terkaya Malaysia Datang Dari Sektor Kronisme |  Ekonomi Rakyat
AGAMA DARI LANGIT SEPERTI KRISTIAN DAN ISLAM TETAP MENGHARAMKAN RIBA.
12 Rahsia Kejayaan Bisnes Mereka Ini Yang Korang Boleh Pelajari

10 TERKAYA DI MALAYSIA 2017.

SENARAI 10 TERKAYA DI AMALAYSIA 2018.

1Robert Kuok$14.8 B94minyak sawit, perkapalan, hartanah
2Quek Leng Chan$7.2 B76perbankan, hartanah
3Ananda Krishnan$7.1 B79telekom, media, oil-services
4Teh Hong Piow$6 B87perbankan
5Lee Shin Cheng$5.6 B79minyak sawit, hartanah
6Lim Kok Thay$4.7 B66kasino
7Chen Lip Keong$3.3 B70kasino, hartanah, tenaga
8Koon Poh Keong & Poh Ming$3 Baluminum
9Lau Cho Kun$2.6 B82minyak sawit, hartanah
10Kuan Kam Hon$2.5 B70sarung tangan sintetik
RIBA DAN RASUAH SUBUR DI BUMI MALAYSIA KERANA SIKAP BANGSA MELAYU DAN PENGANUT AGAMA ISLAM SENDIRI YANG SANGGUP HIDUP BERGAYA, WALAUPUN DARI SUMBER HARTA YANG HARAM.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s