APABILA DAPAT GAJI RM 3 RIBU SEBULAN.

Suami dapat gaji bersih RM3,000.00 terus buat internet banking bayar:

– Bil air RN30.00.

– Duit rumah RM700.00.

– Duit kereta RM700.00.

– Bil telefon suami dan isteri RM200.00.

– Bil elektrik RM170.00.

– Ansuran motor kapcai RM150.00.

– Yuran Tuisyen anak RM150.00.

– Tukar RN150.00 duit pecah seringgit

-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan.

Jumlah Keseluruhan Habis dibelanjakan RM2,250.00.

Lalu berbekalkan duit baki gaji RM750.00 balik ke rumah jemput isteri dari tempat kerja, terus disambut dengan isteri satu soalan,’Hari ni hari gaji abang kan? Jom pergi beli barang dapur. Banyak dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm nie! Sebab I tak laratlah nak masak hari nie.. Lagipun, bebudak pun esok hari sabtu cutikan?’.

Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yang bongsu..’Ayah.. Cikgu adik cakap ari Isnin, Cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru..”

Isteri spontan menyampuk..’Mintak kat ayah.. Ayah baru dapat gaji..

‘Sambil itu, anak yang sulung pula mencelah..’Ayah.. Kakak pun nak duit RM30.00 hari isnin nie.. Untuk beli Buku Rujukan.. Dah dekat nak periksa nie..’

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong. Tinggal baki gaji RM700.00 (Baru hari pertama terima gaji tu..!!!).

Kemudian, selepas maghrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur. Sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 (Baki gaji RM650.00) langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah RM50.00 (Baki gaji RM600.00).

Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 (Baki gaji RM350.00) untuk beli barang kering dan RM50.00 (Baki gaji RM300.00) untuk beli barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja.

Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit (Yang tinggal baki hanya RM300.00 dari jumlah gaji bersih RM3,000.00) dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Esoknya, pagi Sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50 (Baki gaji RM293.50).

Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di Pasar Malam Jalan TAR sempena Malam Minggu. Si suami ikutkan jugak dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak-anak. Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 (Baki gaji RM263.50).

Sesampai di Jalan TAR, si isteri berkenan dengan Tudung Bawal berharga RM15.00 mintak dibelikan. Suami pun keluarkan duit bayar (Baki gaji RM248.50) .

Kemudian bila ke depan sedikit, bahagian pakaian kanak-kanak pula nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. isteripun selamba berkata..

‘Bang.. Baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diaorang yang baru nie. Murah jer.. RM15 hengget..’

Suami pun keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak (Baki gajiRM218.50).

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar, mintak singgah di kedai makan untuk makan malam. Sang ayah kesiankan degan rengekan anak pun singgah lah di Kedai Makan Tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi. Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM218.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan lagi RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM210.00.

Malamnya pulak, beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta!!!

Maka bermulalah pagi hari Isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM60.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat, serta menghitung hari lagi untuk ke 25 hb/26 hb yang akan datang samada sampai atau tidak??

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan dengan muka sedih…

‘… Tidak ada modal. Tinggal baki gaji RM60 Hengget je nak buat modal hidup sampai hujung bulan nie…

‘Lalu isteri menjawab dgn sinis..’.. Kalau ajak balik kampung saya je, tak de duit.. Kalau ajak balik kampung saya je, Abang kata tak de duit.. Mana pergi duit gaji abang selama nie? Tak kan lah baru seminggu gaji tinggal baki 60 hengget? Sudah tak berduit.. Abang ada simpan pompuan lain ke..?”

Terpinga-pinga suami.. Confused..!! Blurred..!! Nak dijawab, jadi perang.. Nak diceritakan yang sebenar nanti, disalahkan balik, kata kita mengungkit hanya sebabkan belanjakan tudung RM15.00 tu…

Begitulah realiti kehidupan seorang suami yang penyabar demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

p/s: Kepada yang masih bujang, sudah bersediakah anda untuk menghadapi situasi sebegini?

** Masa Depan Itu Dibeli Oleh Masa Sekarang.

SUMBER

Dari FB Bravo Rio.

TURKI BERJAYA MEMBINA PERISAI NEGARA UNTUK MELINDUNGI NEGARA TURKI DARI SERANGAN MUSUH.

اللهم ألحق أمتنا الإسلامية والعربية  بحلف العزة والكرامة حلف الطيب اردغان وعمر خان  حلف القلوب الناطقة بالإسلام والإيمان اللهم أستجب

احسنت والله ينصر تركيا الواحد بيفرح بالاخبار الحلوه دي اللهم اعز المسلمين واذل الكفار والمتصهينين

اللهم زد وبارك لتركيا مزيداً من التقدم والازدهار فهي امل توحيد العالم الإسلامي

يمانيه اليمانيه


يمانيه اليمانيه
30 minutes ago

السلام عليكم اني اترجاك واتوسل اليك يا اخي ان تقرا رسالتي هذا كامله ولا تتركها بدون ما تقراها اخي اول كلامي اقسم بلله علا كتاب الله اني لا اكذب عليك ولا انصب ولا احتال اني بنت يمنيه نازحين من تعز اني واسرتي وعلينا اجار بيت الشهر ب13الف يمني ولان علينا 39الف حق 3اشهر وصاحب البيت من الناس الي ما ترحم والله يا اخي انه يجي كل يوم يبهدلنا ويتكلم علينا ويريد يخرجنا من البيت للشارع لاننا ما قدرنا ندفع له الاجار وما يروح الا بعدما نبكي ورجعوا تكلموا عليه الجيران ومهلنا لاخر هذا الاسبوع واذا ما دفعنا له حلف يمين بلله انه بيخرجنا الى الشارع بدون رحمه واحنا اسره ايتام فقراء مشردين من بيوتنا بسبب هذا الحرب ولا نجد قوت يومنا وعايشين اني وامي واخوتي سغار والدنا متوفي الله يرحمه وما معنا احد في هذا الدنيا يقف بجانبنا في هذا الضروف القاسيه وما معي اخوان كبار اني الكبيره في اخوتي ولاكن اني بنت لا اتسطيع مثلك ان اروح اشتغل بين الرجال واصرف علا اسرتي والله ثم والله يا اخي اننا قد لنا يومين محرومين من لقمت العيش ومعي اخوان صغار انظر كيف حالتهم اقسم بلله يا اخي انهم خرجوا من البيت للشارع وشافوا الجيران ياكلوا راحوا وقفوا عند بابهم لجل يعطوهم ولو خبزه يابسه يسدوبها جوعهم والله الذي له ملك السموات والارض انهم غلقوا الباب وطردوهم ورجعوا يبكوا ايموتوا من الجوع ما احد رحمهم وعطاهم لقمت عيش ولان لوما احد ساعدنا بحق كيلوا دقيق اقسم بلله اننا انموت من الجوع فيا اخي اني دخيله علا الله ثم عليك واريد منك المساعده لوجه الله واسالك بلله يا اخي لو انت مسلم وتحب الخير واتساعدني ولو ب500ريال يمني ان تطلب اسم بطاقتي وترسلي ولا تتاخر وايعوضك الله بكل خير فيا اخي انت رجال اذا شفت اسرتك جاوعين تعمل المستحيل من اجل تامن لهم الاكل ولاكن اني بنت عيني بصيره ويدي قصيره ليس لي اب مثلك واخواني سغار شوف كيف حالتهم وساعدنا وانقذنا قبل ان يطردونا في الشارع نتبهدل او نموت من الجوع هذا رقمي واتساب +967711096080الذي يريد مساعدتنا لوجه الله يراسلني واتساب اني اقسم بلله الذي رفع سبع سموات بلا عمد وبسط الارض ومهد اني لا اكذب عليك بحرف من هذا الرساله واني ما طلبتك الا من ضيق ومن قسوت الضروف والحال الذي احنا فيه اني واسرتي نسالك بلله يا اخي انك توقف معنا تذكروا قول الله سبحانه وتعالى( وفي اموالهم حق معلوم للسائل والمحروم صدق الله العظيم.)تساعد معنا يااخي الله يجزيك الف خير..Show lessREPLY

LOMBONG EMAS TURKI YANG MENYIMPAN EMAS 6 MILYAR USD.

قيمته نحو 6 مليارات دولار.. لقطات جوية لمنجم الذهب في ولاية بيلجيك غربي #تركيا الذي أعلن عن اكتشافه أمس الثلاثاء، ويحتوي 3.5 ملايين أونصة من الذهب

سبحان الله الله كريم لانهم ساعدوا اخواننا السوريين اللهم احفظ اخواننا المسلمين في كل مكان

آللهم زدهم ولا تنقصهم وانصر ارضوكان ومن والاه واخذل الصهاينة ومن والاهم وخصوصا بلحت وشيطان العرب

ماشاء الله نتمنى كل الخير للاشقاء في تركيا و في كل العالم الاسلامي

lebih 40 tahun ‘kartel daging’ bekal daging tiada sijil halal

Pegawai-pegawai kanan dari tidak kurang empat agensi kerajaan dilaporkan bekerjasama dengan ‘kartel daging’ untuk membawa masuk daging-daging tidak sah ke dalam Malaysia sebelum dipasarkan sebagai daging-daging yang mempunyai sijil halal.

Para pegawai kanan yang diberi amanah untuk memastikan hanya daging halal yang mematuhi standard untuk dipasarkan kepada umat Islam, sebaliknya menerima wang rasuah.

Malah ada segelintir pegawai dilaporkan menerima habuan seks wanita sebagai sogokan untuk menutup mata terhadap operasi kartel daging berkenaan dan memastikan aktiviti haram mereka tidak dapat dikesan.

Difahamkan kartel berkenaan sudah beroperasi di negara ini selama lebih 40 tahun, di mana sindiket itu dipercayai mengimport daging dari rumah penyembelihan tanpa sijil halal dari beberapa negara seperti Brazil, Bolivia, Kanada, Colombia, Sepanyol dan Mexico.

Negara yang yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Malaysia untuk mengimport daging halal hanyalah, Australia, Argentina, Brazil, India, Afrika Selatan, Pakistan, Jepun, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Di mana urusan import diselia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia, Jabatan Kastam dan Polis Pelabuhan pula ditugaskan untuk menguruskan bekalan berkenaan sebaik sahaja memasuki pelabuhan-pelabuhan di Malaysia.

Kartel daging yang sudah beroperasi bertahun-tahun lamanya itu menunjukkan mereka sudah mempunyai satu helah licik yang ampuh bagi memastikan produk-produk mereka berjaya melepasi pemeriksaan pihak berkuasa dari rumah sembelihan sehingga ke pelabuhan untuk dipasarkan.

New Straits Times memetik sumber dalaman memaklumkan bahawa proses itu bermula di luar negara, di mana pegawai agensi kerajaan yang diamanahkan untuk memantau kualiti daging di rumah sembelihan perlu menentukan sama ada ia memenuhi kualiti standard pengesahan halal Kerajaan Malaysia yang ketat.

Sumber itu berkata, dalam kes-kes tertentu, pegawai berkenaan selepas menerima rasuah, akan meluluskan daging-daging berkenaan meskipun ia belum pun sampai di tempat pemeriksaan.

“Hanya terdapat dua agensi yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan kelulusan produk dari kilang pemprosesan di luar negara. Namun begitu banyak produk-produk daging dari kilang yang diragui memasuki Malaysia menimbulkan persoalan tentang keberkesanan sistem,”

Sumber itu memaklumkan, sebaik sahaja kartel berkenaan melepasi pemeriksaan peringkat awal, mereka menghadapi beberapa masalah untuk membawa produk itu ke dalam negara menerusi pelabuhan.

Tiga kawasan utama kemasukan kapal kata sumber itu, adalah zon bebas Pelabuhan Klang, Westport dan Northport.

Kartel itu katanya sudah bertahun-tahun berusaha memastikan ‘tali barut’ mereka dalam agensi kerajaan ditempatkan di pelabuhan tersebut.

Perkara ini katanya hanya boleh dilakukan dengan penglibatan pegawai atasan dari agensi yang bekerjasama dengan kartel tersebut.

“Salah satu modus operandi menggunakan borang K8 Kastam, ketika produk memasuki pelabuhan. Borang K8 bermakna sebuah kapal itu hanya boleh singgah di Malaysia sebelum berlayar keluar ke tempat lain,”

“Dalam kes ini, akibat pegawai korup, kapal berkenaan meskipun telah diistiharkan sebagai K8, barangan dibawanya masih boleh keluar melalui saluran lain,”

“Pegawai yang meluluskan saluran itu akan menerima rasuah wang tunai dari seorang pengantara untuk memberi lampu hijau kepada kargo bagi meninggalkan pelabuhan menggunakan lori,” kata sumber itu.

Barangan di dalam kargo berkenaan katanya, kemudian akan diambil oleh satu daripada beberapa kilang, dan daging itu akan dicampurkan dengan daging mempunyai sijil halal dan dibungkus semula dengan logo halal palsu sebelum dipasarkan.

Kata sumber itu lagi, kartel berkenaan melakukan tindakan itu disebabkan proses mengimport daging halal dari sumber yang sah dan mendapatkan kelulusan pihak berkuasa memakan belanja yang besar.

“Oleh itu tanpa melalui proses pensijilan halal, kartel itu memperolehi keuntungan yang besar,”

Tambahnya lagi peniaga dan pemborong juga cenderung untuk mendapatkan sumber barangan yang lebih murah.

“Kartel tersebut memberi jaminan bahawa produk itu mempunyai sijil halal, ini bagi memastikan kelangsungan permintaan terhadap barangan mereka,” katanya.

Sumber — https://www.milosuam.net/2020/12/pegawai-kanan-terima-rasuah-dan-seks.html#ixzz6hPOTraE5

Ahli Parlimen paling ramai rasuah

MUKADIMAH KETIKA ditanya tentang rasuah di negara ini, ternyata beliau bimbang. Baginya, gejala itu sudah menjadi pandemik. Sudah menjadi budaya dalam kalangan masyarakat. Paling merisaukan Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia, DATUK SERI AKHBAR SATAR, rasuah paling banyak dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa. Beliau yang juga bekas Presiden Transperancy International Malaysia berkata, jika rasuah dalam kalangan ahli politik, pegawai…

Pelabur lebih suka pilih negara Asean lain berbanding Malaysia – Pakar Ekonomi

Prospek pertumbuhan jangka panjang yang menguntungkan, iklim pelaburan yang menarik dan dasar yang konsisten adalah beberapa sebab yang menyebabkan pelabur antarabangsa memilih negara Asean lain daripada Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.

Menurut laporan FMT, profesor ekonomi Universiti Sunway Yeah Kim Leng juga menekankan pentingnya kestabilan politik, pemerintahan yang baik, korupsi yang rendah dan “usaha promosi yang diselaraskan peringkat teratas” sebagai beberapa faktor utama mengapa Singapura, Indonesia dan Vietnam berjaya menarik perhatian tinggi pelaburan profil akhir-akhir ini.

Ketiga-tiga negara itu menerima lebih daripada 80% rekod pelaburan langsung asing (FDI) AS $ 156 bilion yang ditarik oleh negara-negara Asean tahun lalu, menurut Unctad, agensi perdagangan PBB. Hanya 5%, atau hanya RM31.7 bilion (US $ 7.8 bilion) yang pergi ke Malaysia.

“Malaysia harus meningkatkan prestasinya dalam semua faktor lembut dan keras ini yang menarik pelbagai jenis pelabur yang mencari kecekapan, mencari pasaran dan mencari sumber,” kata Yeah kepada FMT.

Memperhatikan bahwa upaya Indonesia untuk membasmi korupsi telah menghasilkan peningkatan tajam dalam peringkat dunia mereka, Yeah juga mengatakan pemilihan kembali presiden Indonesia Joko Widodo tahun lalu telah “memicu minat investor internasional” dalam desakan infrastruktur dan perindustriannya.

Yeah, mantan ketua ekonomi kumpulan di agensi penarafan kredit RAM Holdings, juga mengatakan strategi promosi pelaburan yang diselaraskan di Indonesia telah memungkinkan pemerintah untuk “menggairahkan syarikat global terkemuka” dengan pangkalan pasarnya yang besar dan berkembang sekitar 270 juta orang.

Sebagai tambahan, Yeah mengatakan potensi Indonesia untuk mengembangkan sumber daya alamnya yang luas diperhatikan oleh syarikat global yang mencari peluang pelaburan berdasarkan sumber.

Yeah mengulas mengenai posting Facebook baru-baru ini oleh mantan perdana menteri Najib Razak yang mengatakan bahawa terdapat kekurangan usaha untuk menarik pelabur asing dalam dua tahun terakhir.

Najib berkata syarikat gergasi teknologi AS Tesla, Amazon dan Google memandang Indonesia sebagai pilihan pelaburan dan bertanya apa yang dilakukan oleh agensi pelaburan Malaysia untuk menarik FDI.

Walaupun FDI ke Malaysia meningkat 3.1% dari RM30.7 bilion pada tahun 2018 kepada RM31.7 bilion pada tahun 2019, ini adalah penurunan yang ketara dari dua tahun sebelumnya. Malaysia mencatatkan RM41 bilion pada 2017 dan RM47.2 bilion pada 2016.

Memerhatikan bahawa negara ini mempunyai pejabat perdagangan, misi pelaburan dan pelbagai kakitangan yang mempromosikan negara di luar negara, ahli ekonomi kanan di Malaysian Rating Corporation, Firdaos Rosli tidak setuju bahawa agensi pelaburan Malaysia “tidak melakukan cukup” untuk menarik pelaburan.

Dia menjelaskan bahawa agensi pelaburan negara hanya menjalankan tugas mereka dalam ruang peraturan sekarang.

“Apa kelebihan perbandingan kami ?,” dia bertanya. “Itu adalah persoalan juta dolar.

“Peraturan kami sangat sesuai untuk menarik pelaburan bernilai rendah. Tetapi ketika negara-negara lain juga menawarkan insentif yang sama, kita mengehadkan diri untuk bersaing di tempat yang kalah. ”

Berita penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/12/19/economists-explain-why-investors-prefer-other-asean-countries/

Perbicaraan kes pecah amanah RM3.65 juta bekas Timb Presiden Pas bermula 1 April

Perbicaraan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa atas 17 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan RM3.65 juta akan bermula 1 April tahun depan.

Timbalan pendakwa raya Allan Suman Pillai berkata, tarikh perbicaraan berikutnya di hadapan hakim mahkamah sesyen Rozilah Salleh juga sudah ditentukan pada Jun, Julai dan Ogos.

“Tarikh dipersetujui ketika kes itu disebut di hadapan Rozilah hari ini,” katanya kepada FMT.

Peguam Mohd Shukri Ahmad Mansor mewakili Nasharudin.

Awal bulan lalu, bekas Ahli Parlimen Yan dan Bachok itu dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) atas 16 tuduhan CBT membabitkan penerimaan tidak jujur RM321,273.80 sebagai gaji kerana menjadi pengerusi Yayasan Nassar antara 2015 dan 2018.

Bagaimanapun, beliau akan dibicarakan atas 14 pertuduhan CBT dan tiga pengubahan wang haram membabitkan RM3.65 juta.

Pada 19 Okt 2019, beliau berdepan 33 pertuduhan pengubahan wang dan CBT berjumlah RM4 juta.

Nasharudin ialah timbalan presiden PAS dari 2005 hingga 2013. Beliau dipecat kerana mengkritik parti itu dan tidak menghadiri mesyuarat.

Beliau menjadi rapat dengan Najib Razak sebelum PAS dan UMNO menjalin kerjasama politik, dan pernah menemani bekas perdana menteri itu dalam lawatannya ke Gaza di Palestin.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/17/bicara-kes-cbt-rm3-65-juta-bekas-pemimpin-pas-nasharudin-1-april/

Ratu cantik: Fatwa tidak dihormati dan ditakuti? – DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF

BAHAWA wanita Islam adalah diharamkan menyertai pertandingan ratu cantik telah difatwakan secara rasmi oleh kerajaan. Di Selangor, fatwa berbunyi ‘Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik’ telah diwartakan pada 11 Mei 1995.

Di Wilayah Persekutuan pula, fatwa berbunyi ‘Adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik’ telah diwartakan pada 8 Februari 1996.

Dua wanita Islam bernama Fahyu Hanim Ahmad dan Noni Mohamad yang melanggar fatwa ini dengan menyertai pertandingan ratu cantik di Hotel Holiday Villa, Petaling Jaya, pada 13 Jun 1997 juga telah pernah didenda sebanyak RM1,400 atau 4 bulan penjara serta berkelakuan baik selama 6 bulan.

Malangnya, daripada senarai 13 peserta pertandingan ratu cantik “Miss/Mrs Plus Malaysia 2020’s Grand Finale Gala Night” yang akan berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, pada 2 Januari ini, masih ada lagi nama-nama wanita Islam terpapar.

Boleh semak sendiri nama-nama mereka: Melissa Tyndall, Aleena Shahman, Helenah Abdul Hatta, Jeishwari Balbir Singh, Nicol Gomez, Punitha Peruma, Nadia Rosli, Emilia Josephine Masiun, Abiramy Ramasamy, Dayshendri P Pecquan, Lianne Alychia Hendriks, Belinda Halime dan Maira Tajudin.

Malang sekali bila fatwa sudah tidak lagi dihormati dan ditakuti oleh umat Islam sendiri. Soalnya ialah mengapa?

Di mana suara golongan Feminis, pejuang hak asasi dan Wanita PAN?

Pemuka feminis Malaysia, Datin Paduka Marina Mahathir, pernah menyebut: “Sebagai seorang feminis, saya mempunyai masalah dengan pertandingan ratu cantik – ia mengekalkan eksploitasi wanita sebagai hanya hiasan.” (“As a feminist, I have a problem with beauty contests – they perpetuate the exploitation of women as mere decoration.”)

Pesuruhjaya SUHAKAM, Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, pula pernah menyebut: “Pertandingan ratu cantik yang menghendaki peserta membuka aurat serta dipertontonkan kepada umum untuk diadili adalah jelas haram dan berdosa. Perlu diingat, wanita Islam bukanlah alat pertandingan. Banyak perkara boleh dijadikan mainan, tetapi bukan wanita Muslimah.”

Angkatan Wanita PAN juga pernah menyelar penganjuran pertandingan ratu cantik yang disifatkan sebagai “jelas bertentangan dengan syariat Islam dan adab ketimuran kerana ianya mendedahkan aurat, tidak memberikan manfaat, mengeksploitasi wanita sebagai bahan hiburan dan sebagainya.”

Malangnya, di mana suara mereka semua tatkala masyarakat sedang panas dengan cerita pertandingan ratu cantik “Miss/Mrs Plus Malaysia 2020’s Grand Finale Gala Night” yang akan berlangsung di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur, pada 2 Januari ini?

Mengapa hanya suara para pemimpin PAS seperti YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Tuan Haji Kamaruzaman Mohamad dan Ustaz Nasrudin Hassan sahaja yang kedengaran?

Apakah hanya para pemimpin PAS sahaja yang istiqamah dan konsisten mempunyai kepekaan terhadap permasalahan ini?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 22/12/2020

Berhati-hati, moga jejak mereka tidak diikuti – USTAZ MOKHTAR SENIK

CERITA dulu-dulu, ketika mereka masih ada dalam PAS. Banyak kerja-kerja pelik yang mereka buat. Sehingga tiada beza dengan parti Sekular. 

Dalam senyap mereka ada meeting tersendiri sesama mereka. Sehingga keputusan mesyuarat bersama Presiden mereka abaikan kerana mereka ada keputusan lain sesama mereka.

PAS ibarat gerabak-gerabak buruk bagi mereka. Di mana keputusan dibuat mengikut hala tuju mereka. Semacam PAS ini milik dua tiga orang di kalangan mereka sahaja. Dalam diam mereka ada ‘Projek langgar Hadi’.

Proksi dan ejen-ejen mereka dilantik dan dipilih menduduki posisi strategik supaya dapat menarik undi perwakilan kepada mereka. Kalau perlu bayaran mereka akan bayar hanya untuk dipanggil bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kawasan yang akan menyokong mereka nanti di Muktamar.

Mereka bergerak dengan mewujudkan team yang tersendiri, yang akan bekerja melobi dan melonjakkan mereka ke kerusi yang diidamkan dalam parti. Siapa yang tidak bersama team mereka dikira musuh yang perlu disingkirkan. Maka ejen-ejen akan bekerja mencantas musuh tersebut.

Pintu-pintu dibuka kepada musuh untuk menembak Presiden atas nama keterbukaan berfikir dan meraikan perbezaan. Dengan harapan Presiden semakin tersisih dan kalau boleh terus terbunuh.

Dalam masa yang sama mereka ada perundingan dengan parti luar sehingga Presiden parti lain lebih mereka wala’ berbanding Presiden sendiri.

Strategi diatur demi kepentingan mereka. Pimpinan negeri atau kawasan yang boleh mereka pergunakan akan mereka pegang. Itulah mereka, sehingga akhirnya mereka mahu gantikan Presiden dengan ‘orang-orang mereka’ supaya PAS dapat diperkudakan oleh parti luar. Tidak lain dan tidak bukan bertujuan mencapai impian mereka.

Jangan diulangi jejak mereka, kerana kita telah menyaksikan sifat tamak, dan berkepentingan dalam perjuangan akhirnya akan membawa kepada kehinaan. Walau ahli bawahan tidak menyedarinya, walau ahli tidak sebijak mereka dan walau ahli tidak mampu bersuara. Namun Allah melihat dan mengetahui. Jika pemimpin khianat, Allah akan bersama ahli yang ikhlas dan jujur.

Belajarlah dari kisah mereka yang masih terlalu dekat dengan kita. Moga kita tidak menjadi orang yang menjejaki jalan kehinaan itu.

USTAZ MOKHTAR SENIK
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 21/12/2020