PAS pula desak batalkan program ratu cantik Miss/Mrs Plus

PAS mendesak supaya penganjuran program Grand Final Gala Night bagi Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 2 Januari depan dibatalkan.

“Penganjuran program berunsur kemaksiatan ini seharusnya tidak dilaksanakan di negara yang bermajoritikan Melayu-Islam.

“Bahkan program sebegini mempunyai unsur ‘hedonisme’ yang boleh merosakkan masyarakat terutamanya anak muda.

“Tambahan, negara sedang diuji bencana pandemik Covid-19 yang meragut banyak nyawa. 

“Seharusnya, ini menjadi medan muhasabah agar tidak mengundang lagi kemurkaan Allah SWT,” kata Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad.

Pada 19 Dis lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) juga membantah penganjuran pertandingan itu dan akan menghantar memorandum bantahan kepada penganjur dan pihak berkuasa tempatan.

Yadim ialah badan amanah bawah perdana menteri ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar seiring dengan dasar negara.

Ia kini dipimpin oleh anggota jawatankuasa PAS Nasrudin Hassan.

Nasrudin sebelum ini berkata Yadim menentang program itu atas alasan “program yang tidak bermanfaat” dan memberi isyarat seolah-olah kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin merestuinya.

Penganjur pertandingan itu mempertahankan acara mereka banyak mendatangkan kebaikan serta tidak mengandungi pertunjukan bikini atau pakaian renang, mahupun “hal yang remeh-temeh”.

Katanya, mereka meletakkan matlamat dan visi untuk meraikan, menggalakkan dan mengangkat kecantikan, kebijaksanaan dan keyakinan wanita bersaiz besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s