Malaysia perlu jadi teladan negara Islam lain, tolak normalisasi Israel

Jangan tunduk pada negara haram Israel, penentangan perlu dikekal

PAS BERSAMA YAHUDI DAN MENGKHIANATI PERJUANGAN RAKYAT PALESTIN

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 4 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Langkah rejim Israel menjalinkan hubungan rasmi satu demi satu dengan negara-negara Islam sejak kebelakangan ini amat membimbangkan, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim.

Katanya, dapat dirasakan bahawa tekanan yang semakin kuat juga akan dikenakan kepada negara-negara Islam untuk menjalin hubungan normalisasi dengan negara haram Israel.

“Walaupun hubungan sulit telah berjalan sekian lama antara negara-negara berkenaan, apa yang berlaku hari ini, menghalalkan ‘perzinaan’ yang telah berlaku sekian lama,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan bahawa Oman dan Indonesia mungkin menjadi negara seterusnya menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, yang dijangka berlaku akhir tahun ini – sebelum Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meninggalkan Rumah Putih.

Setakat ini, Israel dan Indonesia tidak mempunyai hubungan diplomatik secara rasmi, namun menurut portal berita CNBC Indonesia, kedua-dua negara pernah bekerjasama dalam bidang perdagangan dan pelancongan.

Ustaz Omar menegaskan, Malaysia mesti menjadi teladan kepada negara Islam lain dan tidak sesekali tunduk kepada kehendak Tel Aviv.

“Contohi ketegasan Erdogan, jangan melukut di tepi gantang sebagaimana pemimpin negara-negara Arab. Sangat menyedihkan apabila mereka sanggup menjalin hubungan rasmi dengan Israel.

“Malaysia mesti kekal tidak mengadakan hubungan sulit di belakang dan tegas menolak normalisasi.

“Negara haram Israel mesti kekal ditentang dan tidak dijadikan halal walau dengan apa sekalipun sehingga tanah-tanah milik umat Islam dikembalikan,” tegasnya.

Sebelum ini, perjanjian itu telah disertai Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi.

Manakala, pada hujung minggu lalu pula, sebuah lagi negara Asia Selatan, Bhutan mengumumkan akan menjalin hubungan diplomatik penuh bersama Israel.

Sebelum ini, dua negara Liga Arab iaitu Mesir, menandatangani perjanjian damai dengan Israel 1979, diikuti Jordan pada 1994.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s