Bukti 7 Syarikat Gergasi Dunia Tidak Percaya Kepada Kerajaan Tebuk Atap Pintu Belakang.

PELABUR LUAR TIDAK BERANI LABUR DI MALAYSIA KERANA KERAJAAN TIDAK KUKUH!

1) Samsung and Apple factories going to Vietnam;

2) Tesla building a factory in Indonesia and even contemplating of SpaceX launchpad too.

3) Amazon invested building data center in Indonesia.

4) GRAB moved to Singapore.

5) Alibaba, Bytedance and Tencent etc all setting up Asia’s headquarters in Singapore.

6) Hyundai setting up Factory in Indonesia.

7) Electric car battery factory from China will set up in Indonesia. 😎 Google moving to Indonesia.

Image may contain: text that says 'KENAPA SYARIKAT GERGASI MENGELAK DARI BEROPERASI DI MALAYSIA? VIETNAM Apple & Samsung Vietnam untuk buka kilang GU UTARA SINGAPURA GRAB berpindah ke Singapura Alibaba, Bytedance dan Tencent pilih Singapura sebagai headquarters Asianya Sebuah kilang bateri untuk kereta elektrik akan dibina di Indonesia Amazon melabur dalam pusat binaan data di Indonesia Hyundai pilih Indonesia untuk bina kilangnya Google, inc pilih Indonesia untuk set up Google Cloud Tesla pilih Indonesia untuk bangunkan kilang dan kemungkinan besar, SpaceX launchpad juga INDONESIA'

AKADEMI NURNUHA – ALFADHIL NIK OMAR BIN NIK AZIZ.

Image may contain: indoor

AKADEMI NURNUHA .

Alhamdulillah setakat ini persediaan sekolah Akademi NurNuha sudah mencapai tahap 90%.Kita masih membuka Pra-Pendaftaran bagi kemasukan Akhir Januari 2021. E-form disediakan di bawah

.✅ Syarat-syarat

👉🏻 KHAS PELAJAR PEREMPUAN SAHAJA.

👉🏻 12-16 TAHUN SAHAJA

Mohon ibubapa isi e-form yang disediakan bagi sesiapa yang berminat mendaftarkan anaknya ke Akademi NurNuha, Kajang.

🌸https://forms.gle/Fh6ZPCWQUpJgZM5V8

Pihak Akademi Nur Nuha akan menghubungi, bagi sesi temuduga inshaAllah.============

Sebarang sumbangan & infaq boleh disalurkan melalui no akaun yang tertera di bawah 🤗03018010121383

TETUAN AKADEMI AL OMARI

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Semoga Allah swt menganjari rahmat kepada kita semua atas usaha melahirkan generasi Al-Quran.

Ustaz Nik Omar

Pengerusi Akademi NurNuha

20 prinsip yang perlu difahami (Siri 2)

SEBELUM ini saya telah menulis kefahaman mudah bagi 10 prinsip yang pertama bagi prinsip 20 yang diambil daripada kata-kata Imam Hassan al Banna.

Justeru, artikel kali ini sebagai sambungan daripada artikel lepas.

(11) Memahami erti bidaah yang sesat.

Kita hendaklah memahami bahawa semua bidaah yang tiada asas syarak adalah munkar yang wajib dibanteras. Bidaah yang sesat ini dilakukan diper’indah’kan oleh manusia dengan nafsu mereka. 

Bentuk bidaah yang sesat itu, sama ada dengan cara menambah-nambah atau mengerat-ngerat apa yang sedia ada dalam Islam. Hal ini perlu kita ketahui dan faham.

Bidaah seperti ini wajib ditolak dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bidaah itu sendiri.

(12) Memahami erti bidaah yang dibenarkan.

Kita hendaklah memahami bahawa bidaah dalam konteks yang dibenarkan, dilakukan sama ada sebagai nilai tambah, atau tidak melakukan sesuatu, melazimi ibadah tertentu adalah khilaf fiqh sahaja. 

Setiap individu mempunyai pendapat yang tersendiri, maka tiada halangan untuk ia mencari pengertian melalui dalil dan bukti 

(a) Bidaah yang dilakukan sebagai nilai tambah seperti berzikir beramai-ramai selepas solat. 

(b) Manakala bentuk tidak melakukan sesuatu pula seperti tidak berkahwin kerana terlalu sibuk menuntut ilmu. 

(c) Melazimi ibadah tertentu pula seperti bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat.

Maka, kita perlulah menghormati amalan-amalan tertentu selagi mana ia ada asasnya dalam agama. Bahkan mereka yang mengamalkan amalan-amalan tertentu mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah S.W.T.

(13) Memahami erti wali Allah dan karamah.

Kita hendaklah memahami bahawa mengasihi orang-orang soleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah cara untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. 

Para wali Allah S.W.T ialah mereka yang disebut oleh Allah S.W.T:


ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَكَانُوا۟ یَتَّقُونَ

“Orang-orang yang beriman dan mereka itu bertakwa.”

(Yunus: 63)


Keramat berlaku pada mereka dengan syarat ia bertepatan dengan syariat. Sekiranya sesuatu yang didakwa keramat itu bercanggah dengan syariat, maka ia tertolak.

Kita juga perlu berpegang bahawa wali Allah tidak mampu memberi manfaat, mahupun mudharat terhadap diri mereka mahupun orang lain, sama ada ketika mereka hidup, ataupun sudah mati. Yang berkuasa hanyalah Allah S.W.T semata-mata.

(14) Memahami amalan sesat hari ini dan menolak alasan membenarkannya.

Kita hendaklah memahami bahawa menziarahi kubur adalah sunnah yang disyariatkan dengan kaedah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. 

Akan tetapi, meminta tolong dengan ahli kubur adalah bidaah, bahkan dosa besar yang perlu ditolak. Contohnya seperti menyeru roh ahli kubur atau bernazar kepada mereka.

Ataupun membuat binaan yang seolah-olah memuja mereka, mengelambuinya, meneranginya dengan lampu, memperluaskannya, bersumpah dengan nama-nama mereka dan sebagainya.

Tiada ruang bagi kita, beralasan dalam amalan-amalan sesat seperti ini demi menutup pintu kemungkaran. Bertawassul dibenarkan, tetapi meminta kepada ahli kubur adalah dilarang.

(15) Memahami perbezaan antara amalan dan perbuatan syirik.

Kita hendaklah memahami bahawa doa yang dipohon kepada Allah S.W.T dengan cara bertawassul melalui makhlukNya adalah termasuk dalam masalah khilafiah, dari segi kaifiat doa tersebut. Bahkan ia tidak termasuk dalam masalah aqidah.

Bertawassul adalah doa yang dipohon kepada Allah S.W.T melalui orang-orang soleh atau amalan-amalan mereka. Maka ia jelas berbeza dengan doa yang dipohon (meminta) kepada ahli kubur, kerana perbuatan ini adalah syirik.

Maka, kita perlu beramal sepertimana kaedah yang diajar oleh Baginda S.A.W dan kaedah tersebut pelbagai. Kita juga perlu mengelakkan diri daripada menyamakan amalan tersebut dengan perbuatan syirik.

(16) Memahami perkara yang diharamkan walaupun ia menjadi kebiasaan.

Kita hendaklah memahami bahawa perkara yang sudah menjadi kebiasaan sedangkan ia adalah salah, tidak akan merubah lafaz-lafaz syariat yang mengharamkannya.

Bahkan ia wajib dipastikan maknanya yang sebenar dan maksud daripada lafaz tersebut. Contohnya membuka aurat yang sudah dianggap perkara biasa, sedangkan ia tetap diharamkan oleh Allah S.W.T.

Kita juga sepatutnya berpegang dengan maknanya yang sebenar dan maksud daripada Firman Allah S.W.T yang mengharamkan pendedahan aurat, contohnya.

Begitu juga riba yang sudah dianggap biasa, sedangkan ia kekal haram. Tidak dibenarkan mengubah makna ayat al-Quran, semata-mata untuk membenarkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

(17) Memahami hakikat amalan dan menyempurnakannya.

Kita hendaklah memahami bahawa akidah adalah asas sesuatu amalan. Amalan pula terbahagi kepada dua, iaitu amalan hati dan amalan anggota. 

Amalan hati adalah lebih mulia daripada amalan anggota. Contoh amalan hati ialah sabar, redha dan sebagainya yang bertujuan membersihkan hati. Amalan anggota pula ialah solat, zakat dan sebagainya.

Kedua-dua amalan ini dituntut. Melakukan kedua-dua ini merupakan tuntutan syarak. Oleh itu, kita hendaklah menyempurnakan kedua-dua amalan ini sekalipun ia berbeza martabat tuntutannya. 

Akidah adalah teras kedua-dua amalan ini. Kita perlulah melengkapkan diri dengan kedua-dua amalan ini seiringan, tanpa mengabaikan salah satu daripadanya. 

(18) Memahami kedudukan ilmu dan ulama’, serta memberi manfaat kepada orang lain.

Kita hendaklah memahami bahawa Islam membebaskan akal, menggalakkan pengamatan dan pemikiran terhadap penciptaan alam sekitar. 

Islam juga memartabatkan kedudukan ilmu dan ulamak, serta menggalakkan amalan kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, dan orang lain.

Nabi S.A.W bersabda;


الكلمة الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها

“Hikmah itu adalah suatu yang hilang daripada orang beriman. Maka, sesiapa yang menemuinya, dialah yang berhak memilikinya.”

(Riwayat at-Tirmizi)


Kadangkala, kita menemui sains daripada Barat, dan janganlah kita menolaknya. Selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam, maka gunakanlah. 

Kita juga mengenali perubatan daripada Barat, maka ia juga menjadi keperluan untuk kita mempelajarinya. Tetapi, ilmu agama adalah utama, dan belajarlah ilmu agama dengan orang yang beragama Islam.

Maka, kita perlu menghormati ulamak, dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan diri sebagai seorang yang memberi manfaat kepada orang lain.

(19) Memahami keutamaan syariat dan keselariannya dengan akal.

Di sana wujudnya pandangan syarak yang tidak termasuk dalam teori akal (sains), begitu juga sebaliknya. 

Jika dalil syarak dan teori akal kedua-duanya adalah jelas dan benar, maka kedua-duanya sama sekali tidak akan berlaku pertentangan.

Pekara yang masih samar-samar sama ada dari pandangan syarak atau teori akal mestilah diperjelaskan ke arah menepati hakikat yang telah pasti kebenarannya.

Sekiranya kedua-duanya itu masih berada di peringkat dzon الظن, maka pandangan syaraklah yang lebih utama untuk diterima. Hinggalah tadi akal dapat disahkan kebenarannya ataupun ia tertolak dengan sendirinya 

(20) Memahami perkara-perkara yang boleh membawa kepada kekafiran dan pengkafiran.

Kita hendaklah memahami bahawa kita tidak boleh mengkafirkan seorang Muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutannya dan menunaikan perkara fardhu, walaupun dia melakukan maksiat. 

Larangan mengkafirkan ini terkecuali pada salah satu daripada perkara ini;

(a) Berikrar dengan mana-mana bentuk atau kalimah kekufuran seperti mengaku kafir dan sebagainya.

(b) Mengingkari sesuatu yang pasti ada dalam agama, seperti mengingkari kewajipan solat, mengingkari pengharam zina dan sebagainya.

(c) Menafikan ayat al-Quran yang terang dan jelas seperti mengingkari kenabian Nabi-nabi Allah S.W.T, dan sebagainya.

(d) Menafsirkan al-Quran dengan penafsiran yang tidak diterima oleh semua uslub Bahasa Arab dalam semua keadaan.

(e) Melakukan sesuatu yang tidak boleh ditafsirkan selain dari kufur.

Maka, kita perlu menghindarkan diri daripada unsur-unsur kekafiran, dan menjauhkan diri daripada mengkafirkan orang lain sewenang-wenangnya.

Oleh: MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 17/2/2020

Rasuah dan keberkatan rezeki

AL-QURAN membentangkan kisah rasuah melalui kisah Nabi Allah Sulaiman A.S. Dalam ayat lain, Allah menggunakan kalimah As Suht dan Aklu Amwal An Nas bilbathil yang merujuk kepada persoalan rasuah. Di dalam kisah melalui ayat 35 hingga 37 surah An-Namlu Allah berfirman:


وَإِنِّی مُرۡسِلَةٌ إِلَیۡهِم بِهَدِیَّةࣲ فَنَاظِرَةُۢ بِمَ یَرۡجِعُ ٱلۡمُرۡسَلُونَ

“Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita.”


فَلَمَّا جَاۤءَ سُلَیۡمَـٰنَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالࣲ فَمَاۤ ءَاتَىٰنِۦَ ٱللَّهُ خَیۡرࣱ مِّمَّاۤ ءَاتَىٰكُمۚ بَلۡ أَنتُم بِهَدِیَّتِكُمۡ تَفۡرَحُونَ

“Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): “Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).”

ٱرۡجِعۡ إِلَیۡهِمۡ فَلَنَأۡتِیَنَّهُم بِجُنُودࣲ لَّا قِبَلَ لَهُم بِهَا وَلَنُخۡرِجَنَّهُم مِّنۡهَاۤ أَذِلَّةࣰ وَهُمۡ صَـٰغِرُونَ

“Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari Negeri Saba’ dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.”

Hadiah sebagai bahan menguji pemimpin

Melalui kisah di atas, Ratu Saba` menerima surat daripada Nabi Sulaiman supaya tunduk dan menyerah kepadanya. Melalui pengetahuannya bahawa Nabi Sulaiman memiliki kerajaan yang besar, Ratu Saba` memilih untuk tidak memeranginya, lalu memutuskan supaya dihantar hadiah yang banyak kepada mereka. 

Ibnu Abbas menyebutkan, “Jika beliau (Nabi Sulaiman A.S) menerima hadiah ini maka dia adalah Raja (iaitu merujuk kepada mana-mana raja yang suka kepada kuasa dan harta) maka kita akan perangi mereka, jika beliau menolaknya, maka dia adalah Nabi, kita akan tunduk kepadanya.”

Sememangnya manusia memang sangat berhajat kepada harta, maka aspek ini menjadi titik utama kelemahan mereka yang menjadi pemimpin.

Rasuah bukan sumber rezeki

Apabila rombongan yang membawa hadiah yang banyak sampai ke Baitul Maqdis dan membentangkan hadiah mereka, ternyata Nabi Sulaiman menolaknya dengan keras! Bahkan Nabi Sulaiman menempelak mereka dengan perbuatan merasuahnya melalui hadiah. Kata Nabi Sulaiman, “apakah kalian cuba merasuah aku dengan harta ini?”. Kata Ibnu Kathir, “adakah kalian mahu mempermainkan aku dengan harta?”

Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi menafsirkan ayat 35 surah An-Namlu seakan-akan Nabi Sulaiman berkata seperti berikut, “Aku bukanlah orang yang memberi rasuah dengan nama hadiah, kerana Allah telah memberi kekayaan kepadaku dengan begitu banyak pemberian. Bahkan kalianlah golongan yang suka pemberian rasuah dan hadiah.”

Ternyata Nabi Sulaiman mendidik kita supaya tidak mengejar rezeki dengan jalan rasuah, bahkan mesti memahami bahawa jalan rasuah itu boleh hadir dengan berselindung di atas nama hadiah atau sedekah.

Kaum Saba` memeluk Islam

Akhirnya, berkat keyakinan Nabi Sulaiman A.S akan rezeki itu datangnya dengan jalan yang diredhai oleh Allah, lalu Allah membuka lagi pintu keberkatanNya dengan keIslaman Ratu Saba` dan seluruh pengikutnya. Firman Allah:

قَالَتۡ رَبِّ إِنِّی ظَلَمۡتُ نَفۡسِی وَأَسۡلَمۡتُ مَعَ سُلَیۡمَـٰنَ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ

“Dia(Ratu Saba`) berdoa: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam “.”

[an-Naml: 44]

Pemulihan berintegriti 

Recovery with Integriti menjadi slogan Sambutan Anti Rasuah Antarabangsa bagi tahun 2020 perlu diamati melalui Kisah Nabi Sulaiman A.S. Integriti hendaklah bertitik tolak dari keimanan dan ketakwaan kepada Allah terlebih dahulu, seterusnya kejujuran pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat bawahan, berbanding terbeliak mata melihat khazanah kekayaan yang tidak pernah dinikmati sebelum ini.

USTAZ MOHD ADLAN MOKHTARUDDIN
Penolong Rektor II (Hal Ehwal Pelajar)
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) – HARAKAHDAILY 10/12/2020

Turki bantah sekatan dari AS

ANKARA, 29 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Speaker parlimen Turki pada Isnin membantah sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara itu kerana pembelian sistem pertahanan peluru berpandu, lapor Agensi Anadolu.

“Mengenakan sekatan tidak mematuhi semangat sekutu atau kehendak untuk bersekutu,” kata Mustafa Sentop di Twitter.

“Pemahaman bahawa Turki wajib mendapatkan peralatan industri pertahanan hanya daripada mereka adalah lapuk. Kami akan terus mengambil setiap langkah yang diperlukan untuk pertahanan negara kita, ” katanya.

Jabatan Perbendaharaan AS pada Isnin mengenakan sekatan terhadap Turki kerana pembelian sistem pertahanan peluru berpandu S-400 Rusia.

Sekatan itu, yang berada di bawah undang-undang dikenali Akta Menangani Musuh Amerika Melaui Sekatan (CAATSA), menyasarkan Industri Pertahanan Turki (SSB), termasuk ketuanya Ismail Demir dan tiga pegawai lain.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dalam satu kenyataan berkata SSB dengan sengaja melakukan transaksi penting dengan Rosoboronexport, entiti eksport senjata utama Rusia, dengan mendapatkan sistem peluru berpandu S-400.

“Sekatan itu termasuk larangan semua lesen dan kebenaran eksport AS ke SSB dan pembekuan aset dan sekatan visa ke atas Presiden SSB Dr. Ismail Demir, dan pegawai SSB yang lain,” tambahnya.

Kementerian Luar Negeri Turki mengutuk keputusan sekatan itu.

“Kami mengecam dan menolak keputusan untuk mengenakan sekatan sepihak terhadap Turki seperti yang diumumkan hari ini oleh AS dalam konteks pemerolehan sistem pertahanan udara S-400 oleh Turki,” memetik kenyataan kementerian.

Presiden Donald Trump pada Jun 2019 berkata, bekas presiden Barack Obama, telah bertindak tidak adil terhadap Turki ketika Ankara mahu membeli sistem pertahanan peluru berpandu Patriot AS.

Sebelum keputusan pada Isnin itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata sekutunya AS sepatutnya menyokongnya, bukan mengenakan sekatan. – Bernama

Presiden Nazi Perancis positif COVID-19

PM Sepanyol, Presiden Majlis Eropah kuarantin diri selepas bertemu Macron

PARIS, 2 Jamadilawal 1442H, Khamis – Presiden Perancis, Emmanuel Macron disahkan positif COVID-19, kata pejabatnya hari ini.

Menerusi satu kenyataan, Istana Presiden Elysee berkata, pemeriksaan ke atas Macron, 42, dibuat selepas menunjukkan simptom-simptom bagi jangkitan itu.

“Seiring dengan peraturan kesihatan saat ini yang diguna pakai untuk semua orang, Presiden Republik akan mengasingkan dirinya selama tujuh hari.

“Beliau akan terus bekerja dan menjalankan aktivitinya dari jauh,” katanya.

Presiden Perancis mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Eropah terkemuka baru-baru ini.

Sebahagian daripada mereka mengumumkan untuk kuarantin diri selepas Macron didiagnos menghidap COVID-19.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez dan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel berkata, mereka akan menjalani kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga. – Agensi

Kes Adib: Bila kita ‘follow up’, ada pihak melenting

Agama, bangsa diperalatkan sehingga jadi fitnah kepada umat

ADIB, mungkin jasadmu sudah tiada tapi semangat perjuanganmu akan terus umat ini kibarkan…

Melihat apa yang berlaku kepada bangsa dan agama Islam hari ini, tidak ada kata-kata yang dapat digambarkan melainkan bahawa pemimpin-pemimpin politik Melayu Muslim yang ada, tidak mempunyai apa-apa agenda dalam perjuangan mereka. Apatah lagi dalam membela umat ini.

Kalau ada pun, itu hanyalah sekadar lintasan-lintasan dalam hati tetapi tidak berani dizahirkan. Kalau kita tanya mereka, pasti mereka akan melenting dan mendakwa kita membuat fitnah dan tuduhan melulu serta dilabel dengan pelbagai gelaran dan nama.

Kalau hendak disenaraikan isu-isu yang membebani orang Melayu, pasti ianya tidak cukup ruang hendak ditulis. Begitu banyak dan besar tetapi tidak ada apa-apa yang mampu dibuat. Kalau ada pun yang ikhlas mahu memperjuangkan bangsa Melayu maka mereka akan diperlekehkan dan dipermain-mainkan. 

Mereka akan diugut dan ditekan sehingga mereka sukar untuk bergerak dan bersuara. Maaf saya katakan, tidak keterlaluan kalau saya istilahkan mereka ini hanyalah ibarat ‘sampah-sampah di jalanan’. Mereka ibarat ranting-ranting yang sudah berulat dan reput dan tidak mungkin umat dapat berpaut untuk menyelamatkan diri. 

Mungkin memang layaklah bangsa ini dihina, dikeji dan diperkotak-katikkan sebegini rupa kerana pemimpin yang sudah nanar pemikirannya. Agama dan bangsa diperalatkan sehingga agama dan bangsa itu sendiri menjadi fitnah kepada umat dan menjadi bahan ketawa kepada musuh. 

Ada juga antara mereka ini hanyalah pemuka kepada pihak lain kerana hakikatnya hidup mereka berada dalam kocek-kocek tauke Cina yang kaya-raya. Mereka bercakap apa yang yang disuruh bukan apa yang sepatutnya; kebenaran. Sama ada di pihak kiri mahupun di pihak kanan, tidak ada bezanya kerana nilai mereka hanyalah sepuluh sen.

Mungkin mereka menyangka bahawa mereka akan ada di puncak kuasa sepanjang masa seumur hayat mereka. Walhal satu hari nanti mereka akan turun juga dan pada ketika itu barulah mereka akan berlumba-lumba ke masjid dan tersengih-sengih berjumpa rakyat. 

Hidup akan terasa kosong dan mula mencari kebahagiaan di atas sejadah. Duit rakyat yang dicuri entah ke mana dan akan terus dicuri.

Genap dua tahun Adib meninggalkan kita. Setiap hari keluarganya merintih meraih simpati tetapi apakan daya. Kita rakyat marhaen ini hanya mampu membantu apa yang termampu sahaja. 

Al-Fatihah buat Allahyarham Adib.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Aminuddin Yahaya

PAS PEMBUNUH DEMOKRASI MALAYSIA

Pembunuh demokrasi dianggap “Anugerah Tuhan”

ALHAMDULILLAH, akhirnya Bacaan Kali Ketiga Bajet 2021 diluluskan dengan 111 Undian Bersetuju, 108 Undian Tidak Bersetuju manakala seorang Ahli Parlimen Tidak Hadir, sekali gus berakhirlah cubaan untuk menjatuhkan kerajaan seperti yang disebutkan oleh Tun Dr Mahathir.

Keadaan ketidaktentuan begini mengingatkan saya kepada kandungan kertas kerja Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) di dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN pada 1 September 2020 lalu yang berbunyi begini:

“Kerajaan ini mempunyai potensi yang tinggi setelah diwujudkan secara tidak sengaja – sebagai satu hikmah besar dari Allah S.W.T. Ini merupakan julung kalinya sebuah Kerajaan Islam berwibawa dapat berkuasa di Malaysia secara tiba-tiba tanpa dirancang.”

“Walaupun ia berada di dalam kedudukan yang genting seperti telur di hujung tanduk, namun ia mewujudkan satu hikmah mengenai dunia yang fanak (tidak kekal) untuk memastikan setiap pemimpin merasakan ketidakselesaan sehingga masing-masing sentiasa bersiap-sedia untuk menghadapi masa depan yang tidak menentu.”

“Kerajaan ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjunjung wawasan dan harapan kumpulan majoriti Melayu Islam di Malaysia. Warga Muslim di Malaysia amat mengharapkan bahawa kerajaan ini akan dapat bertahan selama yang mungkin sehingga PRU15 mungkin lebih daripada dua tahun lagi.”

“Warga Muslim mengharapkan kerajaan ini dapat merombak arah dan model kerajaan hari ini bersesuaian dengan sistem Islam dan berupaya mengamalkan sistem ekonomi, perundangan dan sosial Islam yang lebih unggul.”

Saya bersetuju dengan Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai bahawa ada hikmah wujudnya keadaan ketidaktentuan begini kerana ia memaksa setiap pemimpin sentiasa berjaga-jaga bagi memastikan mereka tidak melakukan apa-apa kesilapan yang membabitkan kepentingan rakyat.

Dalam masa yang sama, disebabkan sikap non-partisan Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, maka kenyataan beliau bahawa ‘warga Muslim di Malaysia amat mengharapkan bahawa kerajaan ini akan dapat bertahan selama yang mungkin’ juga perlulah diberi perhatian sewajarnya.

Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai dan warga Muslim di Malaysia lain yang berkongsi harapan yang sama dengan beliau untuk melihat kerajaan ini akan dapat bertahan selama yang mungkin pastinya merasa amat gembira dengan kelulusan Bacaan Kali Ketiga Bajet 2021.

Kepada para pemimpin parti-parti pembangkang, sudah-sudahlah dengan agenda untuk menjatuhkan kerajaan ini dan sudah-sudahlah dengan cakap-cakap mengenai akuan berkanun (statutory declaration) kerana sudah terbukti kerajaan ini mempunyai majoriti.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 15/12/2020