PESTA ARAK DI SERAMBI MEKAH

Gejala minum arak semakin liar di kalangan belia Gua Musang

Gejala minum arak semakin liar di kalangan belia Gua Musang

Gejala minum minuman keras dalam kalangan belia Orang Asli sekitar Pos Brooke, Lojing dekat sini, semakin membimbangkan dan dikhuatiri boleh mengundang kejadian tidak diingini.

Perkara itu diakui Penghulu Pos Brooke Lama Riang Bujang yang mengatakan, ia sukar dikawal kerana minuman keras itu juga mudah diperoleh.

“Walaupun sebelum ini belum pernah berlaku krisis rumah tangga dalam kalangan masyarakat Orang Asli, termasuk pasangan muda, namun sejak kebelakangan ini, keadaan seumpama itu semakin kerap berlaku.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada kes seorang penduduk Orang Asli yang mencekik isterinya hingga mati baru-baru berpunca daripada mabuk selepas meminum minuman keras,” katanya.

Menurutnya, dia bersama penghulu Orang Asli kampung lain sentiasa membincangkan perkara itu kerana bimbang dengan peningkatan krisis rumah tangga membabitkan masyarakat mereka.

“Kampung kita ini dekat dengan Ipoh menyebabkan ramai peniaga dari bandar itu datang ke kampung Orang Asli dan menjual minuman keras.

“Ada juga anak muda Orang Asli ke Bandar Gua Musang bagi mendapatkan minuman keras untuk dibawa balik ke rumah,” katanya.

Isnin lalu, seorang wanita Orang Asli ditemui mati dipercayai dicekik suaminya di rumah mereka di Kampung Liak, dekat Pos Brooke.

Kejadian dipercayai berlaku jam 12 tengah hari, ketika mangsa berusia 38 tahun bersama suaminya berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.

Sementara itu, Penghulu Kampung Jedip, Pos Brooke, Nasir Busu berkata, dia bimbang gejala minum minuman keras yang semakin berleluasa boleh menjadi punca kepada krisis dalam rumah tangga.

“Minum minuman keras ini juga semakin menular dalam kalangan remaja kami.

“Kami tidak mampu menghalang kerana ia hak mereka namun kami turut menasihati mereka untuk berhenti berbuat demikian,” katanya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/654106/arak-rosakkan-belia-orang-asli

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: