UmnoBn Bakal Rampas Kelantan Dalam PRU Ke 15.

Pas Kelantan mengambil pendekatan yang diguna pakai di peringkat nasional berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, langkah itu perlu dibuat bagi memastikan tiada pertembungan kerusi tiga penjuru membabitkan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) di Kelantan.

“Pada PRU15 nanti, Pas tidak akan bertembung kerusi dan pada asasnya, kerusi yang dimenangi UMNO, mereka akan kekal bertanding.

“Jika Pas menang, kita akan bertanding. Sebabnya nak mengelakkan pertandingan tiga penjuru. Ketetapan di peringkat Parlimen saya tidak terlibat, (cuma) pelaksanaan di negeri pun akan samalah nanti.

“Tindakan yang kita buat ini untuk mengukuhkan hubungan dalam MN dan PN,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Darulnaim, hari ini.

Mengulas lanjut, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan itu berkata, pada PRU15 nanti, mana-mana kerusi yang dimenangi oleh parti itu maka parti tersebut akan mewakili MN dan PN.

Pada Isnin lalu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, rundingan antara UMNO dan Pas sudah selesai antara 60 dan 70 peratus dan dipersetujui bahawa UMNO akan bertanding bagi 55 kerusi yang dimilikinya manakala Pas tidak akan meletakkan calon.

Memetik kenyataan sama turut dipersetujui bahawa 18 kerusi Pas tidak akan ditandingi UMNO dan bagi kawasan yang gagal dipertahankan oleh kedua-dua parti tersebut.

Jika undi UMNO lebih maka UMNO bertanding dan Pas tidak akan bertanding begitu juga dengan Pas, jika undi mereka lebih, maka UMNO tidak akan bertanding.

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/115061/BERITA/Politik/PRU15-Pas-elak-pertembungan-kerusi-di-Kelantan

Kelantan Milik UmnoBN ?

Kemelut Umno dan Pas di Perak selesai, Kelantan masih bergocoh dalam diam?

Pada 7 Disember lalu, Umno Kelantan keluarkan suatu kenyataan rasmi, bunyinya seperti mempersoalkan sikap Pas, adakah masih kekal setia bersama dalam perjanjian Muafakat Nasional (MN) atau sudah berpaling tadah menyokong Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Situasi ini berlaku rentetan dari kemelut perbalahan politik di antara Umno dan Bersatu di Perak yang membawa pada kejatuhan Peja dari Bersatu sebagai MB Perak.

Selain itu, kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas merangkap MB Kelantan, YB Ustaz Ahmad Yakob yang lebih mengutamakan PN bersama Bersatu berbanding Umno dalam MN juga turut disinggung keras oleh Umno, mana satu pilihan Pas sebenarnya?

Akhirnya, Umno menzahirkan niat dan ancaman mereka, jika Pas masih bergelewak bersama Bersatu di dalam PN dan mengenepikan Umno sebagai sekutu dalam MN, maka Umno sedia tandingi semua kerusi di Kelantan, menentang Pas secara bersemuka dan sebagai anak jantan.

Malangnya, gertakan dari Umno Kelantan itu hanya dijawab oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan yang menyifatkan Umno melompat dari kolam masuk ke longkang, menunjukkan bahawa Pas tidak melihat Umno sebagai rakan sekutu yang setara dan penting di Kelantan.

Pegawai khas MB Kelantan itu juga seolah-olah mempersendakan Umno dengan mengajak supaya perkasakan MN untuk pertahankan kerajaan PN.

Hari ini, Umno hanyalah bagaikan seekor harimau tua patah gigi, segala drama dan kluk klek mereka yang mahu ugut Bersatu dan Pas dalam PN nampaknya tidak menjadi, sekadar meraung garang kegeraman, akhirnya diam membisu apabila dicekoh batu oleh bekas musuh politik mereka.

Umno ancam Pas : https://www.malaysiakini.com/news/554208

Pas jawab Umno : https://www.malaysiakini.com/news/554405

PESTA ARAK DI SERAMBI MEKAH

Gejala minum arak semakin liar di kalangan belia Gua Musang

Gejala minum arak semakin liar di kalangan belia Gua Musang

Gejala minum minuman keras dalam kalangan belia Orang Asli sekitar Pos Brooke, Lojing dekat sini, semakin membimbangkan dan dikhuatiri boleh mengundang kejadian tidak diingini.

Perkara itu diakui Penghulu Pos Brooke Lama Riang Bujang yang mengatakan, ia sukar dikawal kerana minuman keras itu juga mudah diperoleh.

“Walaupun sebelum ini belum pernah berlaku krisis rumah tangga dalam kalangan masyarakat Orang Asli, termasuk pasangan muda, namun sejak kebelakangan ini, keadaan seumpama itu semakin kerap berlaku.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti sama ada kes seorang penduduk Orang Asli yang mencekik isterinya hingga mati baru-baru berpunca daripada mabuk selepas meminum minuman keras,” katanya.

Menurutnya, dia bersama penghulu Orang Asli kampung lain sentiasa membincangkan perkara itu kerana bimbang dengan peningkatan krisis rumah tangga membabitkan masyarakat mereka.

“Kampung kita ini dekat dengan Ipoh menyebabkan ramai peniaga dari bandar itu datang ke kampung Orang Asli dan menjual minuman keras.

“Ada juga anak muda Orang Asli ke Bandar Gua Musang bagi mendapatkan minuman keras untuk dibawa balik ke rumah,” katanya.

Isnin lalu, seorang wanita Orang Asli ditemui mati dipercayai dicekik suaminya di rumah mereka di Kampung Liak, dekat Pos Brooke.

Kejadian dipercayai berlaku jam 12 tengah hari, ketika mangsa berusia 38 tahun bersama suaminya berada di rumah sebelum berlaku pertengkaran.

Sementara itu, Penghulu Kampung Jedip, Pos Brooke, Nasir Busu berkata, dia bimbang gejala minum minuman keras yang semakin berleluasa boleh menjadi punca kepada krisis dalam rumah tangga.

“Minum minuman keras ini juga semakin menular dalam kalangan remaja kami.

“Kami tidak mampu menghalang kerana ia hak mereka namun kami turut menasihati mereka untuk berhenti berbuat demikian,” katanya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/654106/arak-rosakkan-belia-orang-asli

Ustaz sebuah Madrasah melakukan cabul sesama jenis ditahan polis

Ustaz sebuah Madrasah melakukan cabul sesama jenis ditahan polis

Seorang guru agama berusia 32 tahun ditangkap di sebuah madrasah di Kampung Awah, Machang, petang Rabu, selepas polis menerima laporan tindakan melakukan kelucahan melampau termasuk meraba kemaluan ke atas mangsa lelaki.

Mangsa, seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun itu membuat laporan polis ke atas guru berkenaan yang cuba mencabulnya dengan mencium pipi dan mengesel kemaluan di paha mangsa di sebuah hotel di Jalan Pantai Cahaya Bulan, di sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, laporan berkenaan diterima daripada mangsa di Balai Polis Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan.

Menurut beliau, mangsa dan guru berkenaan dikatakan keluar sekitar pukul 11 malam, 15 Disember lepas dengan menaiki sebuah kereta yang di pandu suspek.

“Pada 16 Disember, jam lebih kurang 1.15 pagi, suspek telah menghantar mangsa ke bilik sebuah hotel, semasa berada di dalam bilik tersebut, suspek bertindak mencabul mangsa.

“Suspek bertindak mencium pipi dan meraba kemaluan mangsa, suspek turut menggeselkan kemaluanya ke paha mangsa” katanya.

Shafien menjelaskan, mangsa yang masih bujang mengenali suspek dua hari sebelum kejadian di sebuah kompleks beli-belah di bandar Kota Bharu.

“Tangkapan sudah dilakukan ke atas suspek di sebuah pondok agama di Machang dan kes disiasat mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan,” tambahnya lagi.

Sumber berita

Ibu Zafrul terlibat Taliworks, Putra minta SPRM siasat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat menteri-menteri yang dikaitkan dengan perancangan untuk adakan rundingan terus projek pembangunan air di Kedah bernilai RM550 juta.

Pengerusi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Perak, Datuk Hamidah Osman berkata, laporan SPRM dibuat berdasarkan tularnya tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurutnya, siasatan terperinci wajar dilakukan kerana rundingan tersebut akan melibatkan individu-individu yang ada kaitan dengan menteri berkenaan.

“Untuk makluman, ibu kepada Zafrul merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif kepada Taliworks Corporation Berhad, manakala Pengarah Eksekutif di syarikat sama dilaporkan ada kaitan dengan anak lelaki Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Memandangkan projek ini sudah menjadi kepentingan awam, Putra menggesa SPRM menyiasat secara terperinci perkara itu serta mengambil tindakan tegas terhadap mereka terlibat jika wujudnya unsur penyelewengan atau salah guna kuasa,” katanya selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Meru Raya di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu tangkap layar perbualan berkaitan penglibatan anak syarikat kerajaan negeri, Kedah Bina Darulaman Berhad (BDB) dan cadangan penglibatan rakan usahasama Taliworks Corporation dalam projek pembangunan di negeri itu.

Bagaimanapun, Selasa lalu, Setiausaha Politik Takiyuddin, Wan Rohimi Wan Daud menjelaskan perbualan itu sengaja dipetik di luar konteks selain dengan niat curang bagi membina persepsi negatif dan mencemar nama baik pihak berkaitan.

Pada masa sama, Hamidah turut mempersoalkan peranan Takiyuddin sebagai menteri penyelaras antara Kedah dan kerajaan Persekutuan.

“Bagaimana dengan negeri lain seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan sebagainya, siapa pula menteri penyelaras bagi negeri-negeri ini? Kenapa begitu istimewa hingga ada menteri khas,” katanya.

Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/115223/BERITA/Politik/Putra-minta-SPRM-siasat-menteri

Tun M beri bayangan kemungkinan kerajaan PN tumbang esok

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh sekali lagi jika pengundian kali ketiga Belanjawan 2021 gagal mendapat sokongan majoriti esok, kata Dr Mahathir Mohamad.

Menyatakan hal itu Mahathir berkata ahli parlimen perlu memikirkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan sendiri atau jawatan kerana ketika ini rakyat sudah cukup marah kepada kerajaan.

Justreru bekas perdana menteri itu berkata dia dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sedia menawarkan diri untuk membantu mengembalikan negara dan membantu rakyat.

Tengku Razaleigh juga mengesahkan dia tidak akan terlibat dalam pengundian belanjawan esok.

Pemimpin BN sokong Anwar Ibrahim perlu keluar parti

KOTA BHARU: Dasar ‘No DAP, No Anwar’ merupakan ketetapan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) dan jika ada ahli yang melanggarnya maka mereka sudah melanggar dasar parti, kata Setiausaha Agong BN, Tan Sri Annuar Musa.Katanya, ia termasuk pemimpin BN dan UMNO jika benar dakwaan mereka memberi sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau menegaskan perkara itu ketika mengulas mengenai dakwaan terdapat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen UMNO menyatakan sokongan terhadap Anwar.”Saya boleh mengesahkan sebagai Setiausaha Agung BN, soal SD ini bukan merupakan keputusan parti dan tidak dibincangkan di peringkat parti.

“Peringkat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) MN adalah kerajaan Perak dan PN (Perikatan Nasional) dipertahankan dan dasar ‘No Anwar, No DAP’ tidak dikompromikan.”Dasar itu masih (terpakai) sehingga saat ini dan perkara yang lain itu melanggar keputusan parti,” katanya di sini, hari ini.Beliau berkata, Muafakat Nasional (MN) dan BN tidak pernah membincangkan cadangan atau perkara mengenai menandatangani SD sedemikian.Mengulas lanjut, Annuar berkata, jika dakwaan mengenai sokongan kepada Anwar tidak berasas, ahli Parlimen BN yang dikaitkan itu perlu membuat laporan.Beliau turut menjelaskan tidak mempunyai maklumat dakwaan Anwar memperolehi 113 tanda tangan SD daripada ahli Parlimen termasuk daripada BN.Annuar berkata, jika ada yang ingin melanggar dasar parti, mereka yang terlibat perlu berhenti menjadi ahli parti.

https://www.astroawani.com/berita-politik/pemimpin-bn-sokong-anwar-ibrahim-perlu-keluar-parti-272975

SEJARAH PENGKHINAT DALAM PAS PERAK – Datok Dr Hj Abd Malik

Credit to Datok Dr Hj Abd Malik.

Sedikit biodata beliau :

  1. Bekas Setpol PM4 selama 6 tahun
  2. Bekas EXCO negeri Perak
  3. Pengkaji sejarah bersama mendiang Prof Khoo
  4. Penasihat beberapa syarikat ternama di Malaysia..
  5. Kanan sekali dalam gambar di bawah 👇

Sama2 belajar di Oxford..
Tuanku Sultan Perak Junior Datok Dr A Malik

Posting sebelum memandu ke utara..

Assalamualaikum sahabat2,

(1) Biarlah saya jawab isu biadap dan kurang ajar PAS di Perak.

(2) Maaf jawapan saya ini
panjang sedikit.

(3) Sultan Nazrin adalah antara
Raja atau Sultan terbaik di dunia
kerana mempunyai kelulusan tertinggi dlm akademik.

(4) Baginda juga memiliki moral yang tinggi di kalangan Sultan dan Raja2 di dunia.

(5) Raja2 di Arab,
Belgium, Brunei, Indonesia (Kraton), Jepun,
England, Siam, Sweden, Sepanyol tidak
mempunyai
kelulusan tertinggi seperti
Sultan Nazrin.

(6) Sultan2 di Malaysia pun tidak setanding dgn baginda.

(7) Raja Jepun ada 2 ijazah dari Oxford tetapi
Tuanku Nazrin ada 3 ijazah dari
Oxford dan Harvard.

(8) Kita bertuah mempunyai
Sultan yg sangat
cerdik di berikan oleh Allah Taala
kepada rakyat Perak dan rakyat Malaysia.

(9) Tindakan ADUN PAS dan pemimpin PAS Pusat yang bodoh, tidak menghormati dan BIADAP kepada Tuanku
Nazrin bererti sifat DERHAKA pada baginda Sultan.

(10) Orang Cina dan orang India juga lebih hormat kepada Raja2 Melayu berbanding dgn
pemimpin2 PAS yg BIADAP dan DERHAKA
(11) Rukun Negara kita yang menyebut tentang Ketaatan
pada Raja langsung tidak
di hormati oleh
pemimpin PAS.

(12) Perlembagaan Malaysia dan
Undang2 Tubuh
Negeri2 Melayu yang
menerima
konsep Raja Berperlembagaan
langsung tidak dihormati oleh
pemimpin2 PAS
sedangkan mereka menjadi
Ahli2 Parlimen dan Ahli2 Dewan Negeri.

(13) Kalau mereka menolak
Perlembagaan Msia kerana Hadi Awang pernah mengeluar fatwa
sesat mengatakan Perlembagaan Msia
adalah ‘Perlembagaan Kafir’ kena pula mereka terhegeh2
nak bertanding
dalam Pilihanraya Umum ?

(14) Dalam Islam juga menuntut
umatnya menghormati
Raja dan Sultan.

(15) Sebab itu di Arab Saudi dan beberapa negara
Arab masih ada Sultan @ Raja2.

(16) Yg tak menghormati Raja adalah
fahaman Shiah
sahaja.

(17) Adakah Hadi Awang Khalifah
Syiah di Msia dan Asia Tenggara yg tidak menghormati
Sultan dan Raja Melayu seperti
mana berlaku di Iran ?

(18) Beliau sering hadir di
Persidangan
Ulame Sedunia
(Ulama Syiah)
anjuran Iran,
setiap dua tahun.

(19) Tahun ini tidak diadakan kerana
Covid 19.

(20) Saya minta kerajaan Mahyuddin dan Hamzah menyiasat kegiatan dan amalan Syiah
yg berlaku secara berleluasa di dalam PAS. Kahwin kontrak
adalah suatu amalan dikalangan ahli2 PAS yg tidak dihapuskan oleh Hadi Awang.

(21) Saya juga meminta pemimpin2 tinggi UMNO, khususnya
Zahid Hamidi
mengkaji semula
persahabatan UMNO dengan PAS dalam MN.

(22) Zahid Hamidi sebagai rakyat Perak
sepatutnya berasa sensitif
mengenai tindakan biadap
dan derhaka PAS
terhadap Sultan
negeri kita sendiri.

(23) Kita ahli UMNO perlu sedar musuh dalam selimut.

(24) Dulu allahyarham
Tun Razak terima PAS dlm
BN. Tetapi mereka menikam UMNO
dari rusuk.

(25) Sebab itu allahyarham Tun
Hussain Onn keluarkan PAS dari BN.

(26) Dalam MT, Hussein Onn
beramanat jangan sekali2
UMNO menerima dan berpakat dengan
PAS setelah PAS
khianat pada UMNO.

(27) Pemimpin tertinggi UMNO
hari ini lupa sejarah pengkhianatan PAS terhadap
UMNO.

(28) Saya bertanggong
jawab keatas apa yang saya tulis ini.

(29) Berani kerana Benar.

(30) Daulat Tuanku

dari saya

Dato Dr. Abdul Malek Hanafiah.