Gempar !!! Anwar akan bentang sokongan 113 ahli parlimen dalam masa terdekat

Khabar angin bertiup kencang mengatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan cuba meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Sumber dalaman PKR memberitahu Astro AWANI bahawa beliau sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

Dengan jumlah tersebut, ia sekali gus memberi peluang kepada Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, untuk menjatuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber itu lagi, Anwar sedang dalam perancangan untuk memohon perkenan menghadap Agong di Istana Negara dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada jadual Tuanku Baginda,” menurut sumber itu lagi.

Dalam satu sidang media khas pada 23 September lepas, Anwar dilaporkan sebagai berkata beliau sudah mempunyai jumlah sokongan yang disifatkan “kukuh dan meyakinkan” untuk menjadi Perdana Menteri baharu.

Beliau kemudian diperkenan mengadap Agong pada 13 Oktober, dan telah mempersembahkan dokumen yang didakwa mengandungi butiran sokongan majoriti Ahli Parlimen yang diperlukan.

Bagaimanapun Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan susulan berkata, Anwar tidak mempersembahkan senarai nama Ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau.

“Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.loading…

Dalam pada itu seorang pegawai menteri memberitahu Astro AWANI bahawa usaha terbaharu Anwar itu bukan sekadar khabar angin.

“Dengarnya usul itu akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat tamat pada Khamis depan (17 Disember, 2020).

“Berkemungkinan Anwar akan umum perkara ini esok atau lusa. Tetapi kami dengar ia akan berlaku sewaktu 3rd reading Budget (Bacaan Kali Ketiga Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, hari Selasa. Heard this time with SDs (kali ini dengan SD),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/anwar-akan-bentang-sokongan-113-ahli-parlimen-dalam-masa-terdekat-272867

25 Adun BN solid sokong Saarani sebagai MB, sudah tandatangan SD

Semua ADUN Barisan Nasional (BN) Perak sudah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan kesepakatan menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber UMNO Perak memberitahu SuaraTV bahawa 25 orang ADUN BN telah pun membuat keputusan menandatangani SD menyokong Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak sebagai Menteri Besar.

“Semua ADUN BN Perak sokong Saarani jadi Menteri Besar baharu.

“25 ADUN BN sudah tandatangan SD,” kata sumber dalam tersebut.

Maka, bertebaranlah khabar angin nama-nama pemimpin yang bakal naik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu, tidak terkecuali juga bekas Menteri Besar, Datuk Seri Zambry bin Abdul Kadir.

Bagaimanapun, Zambry dilaporkan menafikan spekulasi beliau bakal menerajui Perak sekali lagi.

Difahamkan Saarani bakal menjadi Menteri Besar atas sokongan PKR dan DAP.

Menurut sumber Saarani telah mempunyai sekurang-kurangnya 32 akuan bersumpah (SD) dari Adun BN, PKR dan DAP bagi membolehkan beliau menjadi Menteri Besar.

Berita penuh : https://suara.tv/04/12/2020/25-adun-bn-tandatangan-sd-sokong-saarani-mb-perak-baharu/

‘Tangan terikat’ bawah kerajaan PN berbanding sebelum ini – MIC

MIC akan menganjurkan simposium untuk mencari penyelesaiaan terhadap isu perobohan kuil dalam masa terdekat, kata naib presidennya T Mohan.

Katanya, MIC akan mengundang semua pemimpin India termasuk daripada kalangan pembangkang dan aktivis NGO.

“Kebanyakan kuil ini dibina ketika zaman British atau sebelum merdeka. Tidak boleh roboh begitu sahaja.

“Tapi, masalah MIC sekarang adalah ‘tangannya terikat’ di bawah kerajaan PN berbanding ketika pemerintahan BN,” katanya yang enggan menghuraikan lanjut perkara itu.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perobohan dua kuil Hindu di Kedah dalam masa enam bulan.

Ahli Dewan Negara itu juga berkata kenyataan Menteri Besar Sanusi Md Nor tidak boleh diterima.

“Tidak pernah ada MB seperti dia. Bertindak dan memberi kenyataan seperti budak kecil,” katanya.

Terdahulu, Sanusi menjelaskan bahawa sebuah kuil diroboh di Kuala Kedah kerana dibina di tempat yang tidak dibenarkan, ia melanggar undang-undang.

Dia turut memberitahu bahawa MIC patut diharamkan dan tidak dibenarkan bergerak bebas jika didapati “menghasut orang ramai melanggar undang-undang”.loading…

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang P Ramasamy mendakwa tindakan perobohan kuil di Kedah meminggirkan masyarakat India dan percubaan menghapuskan budaya kaum tersebut.

“Tindakan ini bermula sudah lama. Beribu-ribu kuil dirobohkan di negara ini.

“Saya percaya ia satu tindakan menghapuskan budaya dan agama Hindu secara perlahan,” katanya ketika dihubungi.

Dia turut menekankan terhadap keperluan penggubalan akta untuk mendapatkan satu penyelesaian muktamad dalam isu itu.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin itu berdebat dalam program “Perobohan kuil? Siapa Bertanggungjawab?” anjuran Astro Vaanavil pada 8 Disember.

Kedua-duanya bersetuju kerajaan perlu menubuhkan pusat memantau isu kuil melibatkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

“Seperti Lembaga Wakaf Hindu Pulau Penang (badan yang mengurus 13 kuil di Pulau Pinang), kita perlu adakan satu badan pusat.

“RIBI (Rumah ibadat bukan Islam) ada di setiap negeri memantau isu kuil. Tapi, masih ada kecacatan,” kata Ramasamy.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/554651

Pegawai jabatan Imigresen hadapi 17 pertuduhan terima suapan

Pegawai jabatan Imigresen hadapi 17 pertuduhan terima suapan

Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM21,500 daripada seorang wanita bagi melepaskan warga asing yang melakukan kesalahan imigresen melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Mohd Al-Ridhuan Ahmad Zaini, 35, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Mengikut kesemua pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima suapan wang berjumlah RM21,500 daripada Nur Amanina Maulad Adnan melalui akaun Maybank dan CIMB Bank kepada akaun Bank Muamalat Syarikat Entiti Maju Enterprise milik Nurul Natasha Andrew iaitu isteri tertuduh.

Perbuatan itu sebagai upah untuk diri tertuduh sebagai pegawai gred KP19 membantu melepaskan warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) untuk keluar dari Malaysia melalui pintu keluar udara KLIA2 tanpa diambil tindakan undang-undang.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Tasik Utama 7, Medan Niaga Tasik Damai di sini antara 25 Julai dan 11 Nov lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menawarkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di Ibu Pejabat SPRM selain pasportnya diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi dalam kes ini.

“Ini merupakan satu kesalahan serius dan cara tertuduh melakukan kesalahan ini adalah cara seorang pengkhianat kepada negara,” katanya.

Peguam Harcharanjit Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM20,000 dengan alasan anak guamnya mempunyai tiga anak yang masih kecil berumur antara dua dan tujuh tahun serta telah memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan.loading…

Rozina membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi sehingga kes selesai.

Mahkamah turut menetapkan 12 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.

Media pada 28 November lalu, melaporkan seramai 65 orang terdiri daripada 39 pegawai Jabatan Imigresen, 17 ejen dan sembilan orang awam ditahan berkaitan Op Selat, yang digerakkan SPRM dengan kerjasama jabatan itu bagi membanteras sindiket rasuah dalam pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara. – Bernama

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/114316/BERITA/Semasa/Pegawai-Imigresen-hadapi-17-tuduhan-terima-rasuah

Skandal permit perkapalan, SPRM tahan timb ketua pengarah

Skandal permit perkapalan, SPRM tahan timb ketua pengarah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang timbalan ketua pengarah Jabatan Laut bagi membantu siasatan berhubung skandal perkapalan membabitkan pengeluaran kelulusan khas, kata sumber.

Timbalan ketua pengarah itu ditangkap semalam di ibu pejabat SPRM selepas memberikan kenyataan kepada pihak berkuasa.

Empat yang lain turut ditangkap, termasuk setiausaha bahagian Kementerian Pengangkutan dan tiga pengarah syarikat perkapalan yang berbeza.

Suspek berusia antara 35 hingga 54 tahun.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/11/sprm-tahan-timbalan-ketua-jabatan-laut-terbabit-skandal/

Exco Pemuda Umno desak MB Kedah mohon maaf atas kenyataan berbaur perkauman

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris menyelar sikap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang memberikan perumpamaan ‘minum todi’ ekoran bantahan yang dibuat oleh MIC dan DAP terhadap isu perobohan kuil Hindu pada 1 Dis lalu.

Wan Muhammad Azri yang lebih dikenali sebagai Papa Gomo berkata, kenyataan yang dibuat Muhammad Sanusi itu sesuatu yang biadap dan tidak beretika sama sekali.

Katanya, kenyataan menteri besar Kedah itu telah melemparkan satu persepsi tidak baik terhadap satu-satu kaum.

“YAB Menteri Besar Kedah patut malu dengan kenyataan yang dibuat kerana ini bukan sahaja mengambarkan sikap angkuh kerajaan negeri malah mengambarkan seorang pemimpin Melayu Islam yang begitu celupar mulut,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Wan Muhammad Azri turut berharap, Muhammad Sanusi dapat membuat permohonan maaf kepada seluruh masyarakat India berikutan kenyataan berkenaan.

“Akhir kata, saya harap kita rakyat Malaysia berbilang bangsa dapat bertoleransi antara satu sama lain dalam apa isu sekali pun,” katanya.

Dalam kenyataannya itu, Wan Muhammad Azri turut menyenaraikan kebaikan dari tindakan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah itu dalam isu perobohan kuil.

Katanya, beliau menyokong tindakan meroboh kuil yang dibina di atas tanah yang dimiliki kerajaan negeri dan menganggap isu ini berlaku di semua negeri.

Namun katanya, ada pihak yang mengambil kesempatan di atas keterbukaan kerajaan sebelum ini dengan sengaja membina rumah ibadat biarpun tahu tanah yang digunakan itu tidak diwartakan untuk pembinaan rumah ibadat mana-mana agama.loading…

“Memang sewajarnya tindakan tegas diambil kepada semua rumah ibadat haram agar di masa depan tidak menimbulkan konflik yang akhirnya menjerumus kepada perbalahan perkauman dan agama seperti mana yang berlaku di negeri Selangor tahun 2018 di Kuil Sri Maha Mariamman,” katanya.

Pada 1 Disember lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar yang dipercayai berusia lebih 50 tahun di Taman Bersatu, Kuala Kedah.

Alasan yang diberikan ialah tanah yang dimiliki kerajaan negeri itu mahu dibangunkan.

Selain kuil itu, sebuah dewan silat dan lima kawasan parkir turut dirobohkan untuk dibina gelanggang futsal.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-politik/mb-kedah-perlu-mohon-maaf-atas-kenyataan-berunsur-perkauman-exco-pemuda-umno-271801

Panas !!! Pihak pendakwaan tutup kes rasuah Rosmah

Selepas 23 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwaan hari ini menutup kes Datin Seri Rosmah Mansor yang menghadapi tuduhan rasuah berhubung projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan demikian selepas saksi terakhir, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang dipanggil semula untuk pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan, selesai memberikan keterangan.

Hakim Mohamed Zaini memerintahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis sebelum 28 Disember ini dan 4 Januari depan serta mengemukakan jawapan balas pada 29 Januari.

Mahkamah turut menetapkan 10 Februari tahun depan untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum memutuskan sama ada Rosmah, 69, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut atau diperintahkan untuk membela diri.

Terdahulu Sri Ram memaklumkan pihak pendakwaan telah menawarkan 10 saksi kepada pihak pembelaan termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Hakim Mohamed Zaini menolak permohonan pendakwaan untuk memasukkan rakaman audio mengenai percakapan yang didakwa melibatkan Rosmah dan Najib dan transkripnya, sebagai bukti pendakwaan di mahkamah.

Rosmah, yang berbaju kurung putih dan berselendang, menghadapi satu tuduhan meminta wang berjumlah RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Dia sepatutnya dibicarakan bersama bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, 46, yang didakwa dengan empat tuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak Rosmah atas projek tersebut.

Bagaimanapun pada 8 Januari lalu mahkamah membebaskan Rizal daripada tuduhan tersebut setelah pihak pendakwaan menarik balik keempat-empat tuduhan terhadapnya dan Rizal kemudian menjadi saksi utama pendakwaan.loading…

Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui Rizal, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Saidi.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rosmah didakwa melakukan perbuatan itu di Lygon Bistro, G-24, Ground Floor, Sunway Putra Mall, 100, Jalan Putra, Chow Kit dekat sini, antara Mac dan April 2016.

Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu di ‪No 11, Jalan‬ ‪Langgak‬ ‪Duta,‬ ‪Taman‬ ‪Duta‬, pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 10 April 2019, Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Semua kes itu telah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan yang bermula 5 Februari tahun ini.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/114330/BERITA/Mahkamah/Kes-rasuah-Rosmah-Pihak-pendakwaan-tutup-kes

Dakwaan tidak bayar, Pas Kedah pertikai status ‘halal’ air Pulau Pinang

Dakwaan tidak bayar, Pas Kedah pertikai status ‘halal’ air Pulau Pinang

PAS Kedah mempersoalkan apakah ‘halal’ bagi Pulau Pinang mendapat manfaat bekalan air dari Kedah tanpa memberi sebarang bayaran.

Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya berkata, saban tahun Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menanggung kos bagi pemuliharaan kawasan hutan tadahan air di negeri itu yang memberi manfaat sumber air kepada Pulau Pinang.

“PAS Kedah mempersoalkan dari sudut moral apakah ‘halal’ bagi pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapat manfaat sedangkan Negeri Kedah melalui Syarikat Air Darul Aman (SADA) saban tahun terpaksa membuat bayaran kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah sebagai rasa tanggungjawab terhadap pemuliharaan dan penggunaan sumber air mentah tersebut,” kata Ahmad.

Ahmad berkata, PAS Kedah memberi sokongan penuh gesaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor supaya Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP membayar air yang disalurkan Kedah ke negeri itu.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Kedah telah membuat tuntutan pembayaran sejak tahun 2010 namun tindakan pimpinan Negeri Pulau Pinang untuk tidak mempertimbangkan permintaan itu amat mengecewakan.

Sedangkan negeri Pulau Pinang menggunakan air sebanyak 1,100 juta liter padu (MLD) sehari berbanding penggunaan di negeri Kedah sebanyak 800,000 liter padu sehari.

Sehubungan itu, katanya, sekiranya Pulau Pinang tidak mahu membayar, PAS Kedah menyarankan agar Kerajaan Negeri mencari sumber air yang lain.

“Pas Kedah mencadangkan agar Pulau Pinang dan DAP khususnya berusahalah mencari sumber air yang baru untuk mendapat manfaat secara percuma.

“Anggaplah sumber yang sedia ada adalah kurniaan Allah untuk rakyat Negeri Kedah,” kata Ahmad dalam satu kenyataan yang disiarkan di Harakah Daily.loading…

Sebelum ini Muhammad Sanusi menuntut PBAPP menjelaskan bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun, sebelum mencampuri urusan berkaitan sumber air di negeri berkenaan.

“PBAPP sudah jana banyak keuntungan daripada Sungai Muda kerana di sana banyak kawasan industri, sektor pelabuhan dan perkapalan berbanding Kedah,” kata Muhammad Sanusi.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Jaseni Maidinsa, dilaporkan menggesa kerajaan negeri menghentikan hasrat melombong mineral jenis rare element earth di Sik dan Ulu Muda, Baling.

“Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa), Kementerian Sumber Asli dan Tenaga (NRE), dan Majlis Keselamatan Nasional (MKN) perlu bekerjasama untuk menghentikan usaha berbahaya ini dengan segera.

“Menteri besar Kedah dengan mudah lupa bahawa Ulu Muda adalah kawasan tadahan air terbesar dan terpenting di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER),” katanya.-SM

Berita penuh : https://mykmu.net/2020/12/11/apakah-halal-pulau-pinang-dapat-air-tanpa-membayar-pas-kedah/