Setelah Perak, gesaan usul undi percaya terhadap Muhyiddin pula

Usul undi percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memastikan beliau benar-benar mendapat sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mencadangkan usul itu dibentangkan minggu depan sebelum sidang Parlimen berakhir 17 Disember ini bagi menguji sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap Muhyiddin.

“Masih sempat untuk membentangkan usul undi percaya terhadap Muhyiddin, bukannya kita suruh bentang usul tidak percaya terhadapnya. Beliau mesti berani, ini perlu dilakukan ‘once and for all’.

“Muhyiddin menerima hampir 20 usul undi tidak percaya terhadapnya daripada blok pembangkang termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), manakala dua usul percaya daripada UMNO dan Pas.

“Jadi bila sudah dibentangkan usul undi percaya terhadapnya, orang lain tidak boleh pertikaikan legitimasi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Sepakat, Masai di sini hari ini.

Menurutnya, usul percaya itu boleh dibentangkan dalam masa sejam sebelum undi belah bagi Belanjawan 2021 diteruskan dengan meletakkan masing-masing lima atau tiga wakil pembangkang dan kerajaan untuk membahasakannya.

Hassan berkata, usul undi percaya wajar dibentangkan kerana ketika ini terdapat 220 ahli Parlimen dan bukan lagi berjumlah 222 ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah (pembangkang) dan Ahli Parlimen Gerik di Perak (kerajaan) meninggal dunia.

Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Johor berkata, kedudukan terkini adalah 110 ahli Parlimen yang berada dalam blok pembangkang, manakala 110 ahli Parlimen lagi berada dalam blok kerajaan.

Tambahnya, perkembangan tersebut menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti kerana jumlahnya sama antara kedua-dua belah pihak.

“Sekurang-kurangnya Muhyiddin perlu mendapatkan 111 undi daripada usul percaya yang dibentangkan terhadapnya, mungkin Muhyiddin akan mendapat undi yang lebih termasuk akan ada blok daripada pembangkang menyokongnya,” katanya.

Katanya, undi belah bagi yang diterima PN untuk beberapa anggaran Belanjawan 2021 setakat ini tidak boleh dijadikan ukuran bahawa kerajaan PN dan Perdana Menteri sudah mendapat majoriti sokongan.

“Sokongan terhadap Belanjawan 2021 tidak boleh dijadikan ukuran menguji keabsahan kerajaan, itu belanjawan, belanjawanlah,” katanya.

Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/113406/BERITA/Nasional/Usul-undi-percaya-terhadap-Muhyiddin-perlu-dibentang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s