PANAS!!! Annuar Musa gocoh Nur Jazlan, Umno semakin berantakan

Dilabel sebagai tokoh yang sudah ‘mati’ dalam Umno, Setiausaha Agung BN Annuar Musa bingkas menempelak pihak yang melontarkan sindiran tersebut.

Dan menteri Wilayah Persekutuan itu membidas dengan kata-kata yang tidak kurang pedihnya.

Menjawab tempelakan yang ditujukan itu, Annuar berkata, apa yang penting baginya ialah mati sebagai seorang beragama Islam dan bersyukur jika ketika itu dia masih kekal sebagai ahli Umno.

Secara sinis, katanya, meskipun dituduh ‘mati’ di dalam Umno, setidak-tidaknya dia masih mampu menyumbangkan satu kerusi parlimen Umno, tidak seperti pihak lain yang hidup di negeri kuat Umno tetapi tidak menyumbang apa-apa kerusi buat parti.

“Ada yang kata saya dah mati dalam Umno. Kalau begitu, alhamdulillah. Yang penting saya mati dalam Islam, dan syukur jika saat itu saya kekal ahli Umno.

“Setidak-tidaknya saya masih mampu beri satu kerusi parlimen dan DUN (dewan undangan negeri) untuk Umno.

“Ada yang hidup di negeri kuat Umno tapi gagal sumbang kerusi untuk Umno.

“Pedih kan? You ask for it! (Kamu yang minta!)” kata ahli parlimen Ketereh itu di Facebooknya.

Tak ada pilihan lain

Untuk rekod, pada penggal ini, Annuar tidak bertanding di mana-mana kerusi DUN namun pernah mewakili kawasan Peringat dan Kok Lanas di Kelantan, masing-masing pada 1986 dan 2004.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, sindiran itu dipercayai ditujukan buat Timbalan Pengerusi Umno Johor, Nur Jazlan Mohamed, yang dilaporkan menganggap Annuar sebagai figura yang “sudah mati” dalam perjuangan Umno.

“Dia ‘dah mati’ dalam Umno tetapi tak mahu lompat ke Perikatan Nasional (PN),” katanya seperti dilaporkan portal berita FMT.

Nur Jazlan mengulas kenyataan Annuar – Umno dalam wawancara bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam kelmarin – antara lain menyatakan segelintir ahli Umno lupa bahawa parti itu ialah parti yang kalah dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Kata Annuar, Umno kini tidak mempunyai pilihan lain untuk bertanding dalam PRU akan datang kecuali bersama PAS sebagai sekutu ketika PAS tetap bertegas mahu bersama Bersatu sebagai rakan.

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar (iaitu) Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam wawancara itu.

Untuk rekod, Nur Jazlan merupakan bekas ahli parlimen Pulai di Johor selama tiga penggal sebelum tewas kepada Salahuddin Ayub dari Amanah pada PRU lalu.

Ketika ini dia merupakan timbalan ketua Umno Johor.

Johor sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat Umno-BN namun pada PRU lalu negeri itu tumbang ke tangan PH yang terdiri daripada DAP, PKR, Amanah dan juga Bersatu – parti serpihan Umno sendiri.

Namun, seiring dengan kejatuhan PH di pusat pada hujung Februari lalu kerana kerjasama PN, kerajaan Johor juga bertukar apabila Bersatu bekerjasama dengan Umno di negeri berkenaan.

Sejak PRU-14, Johor sudah mempunyai tiga orang menteri besar, dengan yang terbaru merupakan Adun Benut, Hasni Mohammad dari Umno.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551937

Dr M sokong Muhyiddin-Azmin secara senyap?

Pemuda PKR (AMK) menyifatkan serangan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ke atas presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai usaha untuk menyokong “secara senyap” Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Menyentuh kenyataan Mahathir yang mengimbas semula gerakan politik yang menyaksikan kejatuhan Pakatan Harapan (PH), Naib Ketua AMK Thiban Subbramaniam mendakwa ramai orang percaya Mahathirlah “dalang” di sebalik Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan PH dan kegagalan Anwar menjadi perdana menteri.

“Coretan Tun (Mahathir) yang menyerang Anwar adalah satu cubaan untuk melagakan, memecahbelahkan PH dan menyokong Muhyiddin-Azmin kekal berkuasa secara senyap.

“Kita semua tahu bahawa Mahathir tidak pernah ikhlas semasa PH menjadi kerajaan. Beliau yang menyusun segala langkah untuk Muhyiddin (Yassin), Azmin (Ali) dan Hamzah (Zainuddin) menyusun Langkah Sheraton.

“Baling batu dan sembunyikan tangan, ini politik Mahathir sekarang bagi memastikan Najib (Razak) dan Anwar sekaligus hilang daripada politik negara […]” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, dalam coretan di blognya, Mahathir mempertahankan keputusannya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Katanya, selepas Muhyiddin membawa Bersatu keluar daripada PH dan bekerjasama dengan Umno dan PAS sebagai Perikatan Nasinal (PN), PH masih berpeluang untuk kembali berkuasa ketika Yang di-Pertuan Agong bertemu ahli parlimen untuk menentukan majoriti, sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Kata Mahathir, pada ketika itu, dia sudah mempunyai sokongan 66 ahli parlimen, namun Anwar memujuk ahli 92 parlimen PH untuk menyokong dirinya sendiri, menyebabkan jumlah 158 sokongan yang sepatutnya dimilikinya, tidak kesampaian.

“Saya kalah dan Anwar juga gagal,” kata Mahathir.

Menyentuh soal majoriti yang dibangkitkan Mahthir, memandangkan Anwar memiliki 92 sokongan berbanding 66 yang dimiliki Mahathir, Thiban memberi bayangan bahawa seharusnya bekas pengerusi Bersatu itu yang mengalah, bukannya Anwar.

“Siapa yang harus mengalah dalam situasi sebegini? Jika Tun tidak dapat menyokong Anwar pada masa itu bagaimana dia boleh dapatkan sokongan untuk Anwar selepas enam bulan beliau jadi perdana menteri?

“Ingat rakyat bodoh ke?”

Thiban turut menuduh Mahathir mempunyai agenda jahat menerusi rakaman audio yang bocor beberapa bulan lalu semasa mesyuarat PH dan Bersatu – yang pernah dijawab Mahathir sebagai hasil suntingan dan berniat jahat.

Thiban juga menyifatkan serangan terbuka Mahathir terhadap Anwar menunjukkan presiden PKR itu berjaya meraih sokongan.

“… Perubahan bakal berlaku dalam masa terdekat. Ini masanya untuk PH dan yang lain berdiri teguh bersama Anwar,” katanya lagi.

Annuar Musa ‘dah mati’ ?

Annuar Musa ‘dah mati’ dalam Umno tetapi tak mahu lompat ke PN

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung BN Annuar Musa bahawa PAS bertegas supaya Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu sebagai “tidak tepat.”

“Kerana keputusan Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional Rabu lepas bersetuju untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS sebagai dua parti teras mewakili bumiputera, Melayu, Islam.

“Tidak timbul langsung soal PAS beri kata dua tidak mahu kerjasama dengan Umno tanpa Bersatu,” jelas Asyraf pada hantaran di media sosial malam ini.

Terdahulu, Annuar memaklumkan Umno tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu.

“Dalam kajian kita, Umno dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).

“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya Umno dan PAS dan tinggalkan Bersatu?

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam temu bual bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam semalam.

Bertentangan dengan kenyataan Aysraf malam ini, Annuar pula mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.

Menurut Annuar lagi, keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu adalah keputusan bersama parti itu, dalam usaha untuk menolak kerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Selepas kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.

Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan Bersatu.

Umno pula dikatakan ‘dingin’ dengan Bersatu apabila parti itu mendakwa tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN yang membentuk kerajaan Persekutuan.

Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/551870

ROH ARWAH ADIB DAN ALTANTUYA MASIH BELUM TENTERAM

https://web.facebook.com/pas.pispus.50/videos/198391381822497

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan sabitan kes bunuh Altantuya

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas komando polis Azilah Hadri untuk mengkaji semula sabitan dan hukuman mati ke atasnya berhubung pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Panel lima orang hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed sebulat suara menolak permohonan semakan itu semasa prosiding mahkamah terbuka hari ini.

Anggota hakim lain adalah hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong Lam Kiat, Zaleha Yusof, dan Zabariah Mohd Yusof.

Azilah diwakili oleh J Kuldeep Kumar sementara pendakwaan diketuai oleh TPP Dusuki Mokhtar.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah bertindak selaku peguam pemerhati bekas perdana menteri Najib Razak.

Azilah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman pada 5 Dis tahun lalu bersama-sama akuan berkanun setebal 32 muka surat yang mendakwa bahawa arahan untuk membunuh Altantuya adalah daripada Najib yang ketika itu menyandang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Azilah, 43, meminta agar sabitan serta hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015 diketepikan dan perintah agar kes itu dibicarakan semula.

Pada Disember tahun lalu, peguam Shafee memaklumkan pihak media bahawa anak guamnya iaitu Najib, menyangkal semua dakwaan Azilah itu.

Azilah dan rakannya, Sirul Azhar Umar, 47, telah disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas pertuduhan membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi keesokan harinya pada 2006.

Mereka bagaimanapun telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013 selepas membenarkan rayuan kedua-dua anggota UTK itu.

Pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bersalah melakukan jenayah itu.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/554309

BOYCOTT EXPO DUBAI UAE

RAKYAT GESA MALAYSIA TIDAK SERTAI EXPO 2020 DUBAI UAE.8 Disember 2020

1. Papan iklan Promosi EXPO 2020 DUBAI oleh YB Ahmad Amzad Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS adalah satu mesej yang tidak sensitif terhadap perasaan serta kemarahan umat Islam yang membantah kezaliman Israel keatas rakyat Palestin.

2. Setelah UAE – Negara Arab Bersatu menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, mereka telah menjemput Israel ke EXPO DUBAI 2020 pada tahun 2021.

3. Setelah menerima peserta Zionis Israel ke sebuah konvensyen di Kuala Lumpur pada tahun 2018 semasa Najib Razak menjadi Perdana Menteri, Malaysia pula kini menunjukan sikap lebih berjinak dengan Israel dengan menyertai EXPO 2020 DUBAI UAE yang turut di sertai Israel.

4. AMANAH Terengganu mendesak Kerajaan Malaysia membuat pendirian tegas tentang polisi serta sikap kita terhadap Israel hari ini memandangkan makin ramai negara Arab-Islam menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Selain Mesir, Jordan dan Bahrain, kini Negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga mengadakan perhubungan rasmi dengan Israel.

5. Tidak cukup dengan hanya kenyataan rasmi kerajaan Malaysia sahaja tetapi ianya mesti di ikuti dengan sesuatu tindakan untuk membuktikan keikhlasan serta kesungguhan kita menolak Israel sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin yang terus ditindas dengan kejam.

6. Malaysia mesti memboikot Expo 2020 Dubai UAE yang akan diadakan di Dubai, UAE pada bulan Oktober 2021. Israel akan menyertai Expo tersebut atas jemputan UAE yang kini menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara tersebut.

7. Kalau Malaysia pernah memulau sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980 kerana pencerobohan Russia ke atas Afghanistan, Israel pula telah memerangi dan menakluk Palestin puluhan tahun lamanya.

8. Pertimbangan kemanusiaan dan persaudaraan Islam mesti mengatasi kepentingan perniagaan serta ekonomi.

9. Beberapa tahun lepas kerajaan Barisan Nasional pernah membenarkan rombongan Israel menghadiri suatu Konvensyen Antarabangsa selama seminggu di Kuala Lumpur tanpa di sedari rakyat umum Malaysia.

10. Hari ini kerajaan Perikatan Nasional yang mengaku dirinya sebagai kerajaan Melayu Islam mesti membukti komitmen mereka membela perjuangan umat Islam yang tertindas.

11. Presiden PAS YB Ustaz Haji Hadi Awang juga adalah Duta Khas PM ke Timur Tengah perlu berperanan dalam menasihati kerajaan memulau EXPO 2020 DUBAI demi maruah Islam dan Malaysia yang tidak sanggup bersekongkol dengan Israel Zionis.

12. Sekali lagi AMANAH Terengganu mendesak Kerajaan Malaysia tidak menyertai EXPO 2020 DUBAI sebagai tanda solidariti dan bukti sokongan kepada rakyat Palestin yang dizalimi sekian lama oleh Israel Zionis.

13. Nyawa dan darah rakyat Palestin jauh lagi bernilai dari wang ringgit perniagaan perdagangan antarabangsa bersama rejim Zionis Israel di EXPO 2020 DUBAI.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu.

8 Disember 2020*

Foto : Solidariti bantahan di hadapan papan iklan yang dinaikkan di Kuala Nerus yang mempromosi EXPO 2020 DUBAI UAE hari ini.

China Mengawal Ketat Pergerakkan Umat Islam Uighur

SUBSCRIBED“الشرطة التنبؤية سلاح ضد المسلمين”.. الكشف عن أسباب غريبة استُخدمت لاضطهاد مسلمي الأويغور في الصين.. ما القصة؟ تابعونا على http://www.trtarabi.comhttp://trta.co/facebook – فيسبوك http://trta.co/twitter – تويتر http://trta.co/instagram – إنستغرام

350 Kontena Bantuan Turki Untuk Rakyat Syria.

SUBSCRIBEDهيئة الإغاثة الإنسانية التركية IHH ترسل 350 شاحنة محملة بمساعدات إنسانية من 81 ولاية في كل أنحاء #تركيا إلى #سوريا بمناسبة اليوم العالمي لحقوق الإنسان والذي يوافق 10 ديسمبر/ كانون الأول تابعونا على http://www.trtarabi.comhttp://trta.co/facebook – فيسبوك http://trta.co/twitter – تويتر http://trta.co/instagram – إنستغرام

Setelah Perak, gesaan usul undi percaya terhadap Muhyiddin pula

Usul undi percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memastikan beliau benar-benar mendapat sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mencadangkan usul itu dibentangkan minggu depan sebelum sidang Parlimen berakhir 17 Disember ini bagi menguji sokongan ahli-ahli Parlimen terhadap Muhyiddin.

“Masih sempat untuk membentangkan usul undi percaya terhadap Muhyiddin, bukannya kita suruh bentang usul tidak percaya terhadapnya. Beliau mesti berani, ini perlu dilakukan ‘once and for all’.

“Muhyiddin menerima hampir 20 usul undi tidak percaya terhadapnya daripada blok pembangkang termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), manakala dua usul percaya daripada UMNO dan Pas.

“Jadi bila sudah dibentangkan usul undi percaya terhadapnya, orang lain tidak boleh pertikaikan legitimasi Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Sepakat, Masai di sini hari ini.

Menurutnya, usul percaya itu boleh dibentangkan dalam masa sejam sebelum undi belah bagi Belanjawan 2021 diteruskan dengan meletakkan masing-masing lima atau tiga wakil pembangkang dan kerajaan untuk membahasakannya.

Hassan berkata, usul undi percaya wajar dibentangkan kerana ketika ini terdapat 220 ahli Parlimen dan bukan lagi berjumlah 222 ahli Parlimen selepas Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah (pembangkang) dan Ahli Parlimen Gerik di Perak (kerajaan) meninggal dunia.

Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Johor berkata, kedudukan terkini adalah 110 ahli Parlimen yang berada dalam blok pembangkang, manakala 110 ahli Parlimen lagi berada dalam blok kerajaan.

Tambahnya, perkembangan tersebut menunjukkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti kerana jumlahnya sama antara kedua-dua belah pihak.

“Sekurang-kurangnya Muhyiddin perlu mendapatkan 111 undi daripada usul percaya yang dibentangkan terhadapnya, mungkin Muhyiddin akan mendapat undi yang lebih termasuk akan ada blok daripada pembangkang menyokongnya,” katanya.

Katanya, undi belah bagi yang diterima PN untuk beberapa anggaran Belanjawan 2021 setakat ini tidak boleh dijadikan ukuran bahawa kerajaan PN dan Perdana Menteri sudah mendapat majoriti sokongan.

“Sokongan terhadap Belanjawan 2021 tidak boleh dijadikan ukuran menguji keabsahan kerajaan, itu belanjawan, belanjawanlah,” katanya.

Berita Penuh :https://www.sinarharian.com.my/article/113406/BERITA/Nasional/Usul-undi-percaya-terhadap-Muhyiddin-perlu-dibentang